Search

.

Content

Tentang blog

Ini adalah blog peribadi saya. Segala pendapat yang dinyatakan adalah idea dan rekaan saya sendiri. Jangan menganggap bahawa anda mengenali saya kerana anda membaca blog ini secara kebetulan. Diharapkan anda menghormati sy dan tidak menjadi penyiasat psiko. Semua pandangan atau pendapat yang ditulis dalam blog ini adalah peribadi dan milik sy sepenuhnya. Sy berhak mengawasi agar menghormati sensitiviti, agama dan politik.

Terima kasih,
Hazlynda Kushairi


#Chanteks

Thursday, 16 June 2011

Masih ingat Si Gumok tu?

Assalammualaikum ;)

Masih kalian ingat entri ini - Maaf, si gemok itu bukan sy?

Beliau adalah maid of honor sy iaitu Ijad.

Kini sudah terbalik, masa kecil sy kurus dia gumok, sekarang dia kurus sy pula gumok.
Buktinya,

Afif bilang, "Madada (Mama Lynda) takleh swim, nanti bocor lagi, Madada kan gumok!"

WOW! Anak buah sendiri cakap sy gumok, sedangkan beliau baru sahaja berusia 3 tahun sudah tahu erti gumok? haish.

Berbalik kepada kisah kami berdua. Kami mempunyai persamaan, pendek kata dalam bahasa pasarnya, kami sangat ngam-ho.

Dulu masa kecil, Ijad pergi kedai, sy nak ikut!

Dulu masa sekolah, Ijad nak balik, sy nak ikut!
Iya, satu sekolah, satu bus, satu rumah, satu hala, semuanya nak ikut.

Dulu masa remaja, Ijad nak pergi KLCC, sy nak ikut!

Dulu masa kerja, Ijad masuk kul 0830, sy pun sama!
Masuk kerja pun nak sama waktu supaya pulang boleh lepak makan sekejap,
maklumlah... kami kan satu bumbung, satu bos, satu Council.

Dulu sebelum kahwin,
Ijad nak pergi Pavillion, sy nak ikut beli barang hantaran!
Ijad nak pergi Bangsar, sy nak ikut pergi spa!
Ijad nak pergi One Utama, sy nak ikut pergi Parkson beli perfume!
Ijad nak pergi KLCC, sy nak ikut survey cincin!
Ijad nak pergi toilet, ok, yang ini sy taknak ikut.

Boleh dikatakan beliaulah orang kuat selain Bonda dan Uncle Azizul. Dari mencari hantaran hingga ke Cosry hingga ke beli bunga hantaran hingga ke beli inai hingga ke beli kasut Bonda hingga ke mana saja untuk persediaan kahwin, Ijad bersama sy kerana husben berkhidmatan demi perbelanjaan kami dan negara seberang, bukannya untuk negara sendiri *podacit*

Ijad teman setia.

Sehinggalah di Hari Besar sy, beliau bertungkus lumus menyiapkan kerja last minute dan tanggungjawab terakhir beliau adalah dekorasi tangga, yang akhirnya beliau dapat melelapkan mata pada jam 0500. Kasihan.

Masih ingat kata-kata ini di entri lalu?

"We are sisters by chance, friends by choice!"

Buktinya,
Inilah antara sebabnya sy lebih senang mengambil mereka yang sangat rapat dengan sy untuk berada disisi sy 27 jam. Seseorang yang tahu rentak sy, seseorang yang tahu persediaan sy, seseorang yang sentiasa peka dan cepat bertindak. Sedangkan apabila Bonda melangkah masuk dewan untuk akad nikah, Bonda sempat berbisik pada sy, "I didn't know this was your idea and you planned well ek" Apa yang sy mahukan untuk majlis, hanya sy dan Sarah Abd Rahim (Chenta Weddings) sahaja yang tahu, sehinggalah 4-5 minggu sebelum majlis, sy bilang sama Uncle Azizul dan Ijad supaya mereka tahu dan memastikan apa yang sy mahu, insyaAllah tercapai. Alhamdulillah, apa yang dirancang dan diinginkan menjadi realiti. Sudah sy bilang, "Chenta Weddings will never let you down. They always have new and fresh ideas. Trust me!"

Berbalik pada Ijad.

Di kala sy sedang gementar dan gembira, beliau sempat menghiburkan hati sy. Oleh kerana sy yang gumok itu hendak tumbang akibat kaki kebas. Si kurus itulah yang menyelamatkan si gumok daripada tumbang. Phew! Selamat.

Kasihan Ijad, rambut pun tidak sempat didandan.

Status sebagai anak tunggal tidak menghalang sy untuk mendapat kasih sayang daripada abang, kakak dan adik. Siapa bilang anak tunggal itu membosankan? Alhamdulillah, walaupun mereka (Alloy, Kak Long, Ijad dan Aila) hanya sepupu pada pangkat di dalam keluarga, mereka telah sy anggap sama seperti adik-beradik kandung kerana dengan mereka sy membesar bersama, bergaduh, merajuk, meminta tolong, sama seperti yang lain.

Hidup sy tidak bosan.




















Ya, tidak bosan. Kerana hari ini lebih kurang beberapa jam dari sekarang, kami akan pulang ke Selatan. Bukan bersama Bonda sahaja tetapi sebelas lagi ahli keluarga yang lain akan turut serta esok hari.

It's our family trip!

Ke mana? InsyaAllah akan sy kemaskini minggu hadapan ;)

5 komentar:

Khalisa Ridzuan says:
at: 16 June 2011 at 09:11 said...

ala bestnye family getaway.well i dont have MOH "for real".sbb semua kawan i nk jd guest.haha.bole?tak boleh suruh adik i sbb dia kene jd floor manager.eceh.

pasrah jela sapa pun.but i need someobe who have experience and calm to soothe my nerves down on my w day huhuh

-lisa lisut-

PussyCat says:
at: 16 June 2011 at 09:39 said...

both of u have the same smile..hehe..lucky u..

Reen Tart Nenas says:
at: 16 June 2011 at 10:38 said...

lynda, mana nak beli bella litching? huwaaa ai tanye kat fb kite tu xde org reply nie. seme excited cerita kurus je nie.

♥ balkidz_hunny ♥ says:
at: 16 June 2011 at 11:24 said...

Happy weekend di Kota Singa Lunda.

Minggu depan kite dating yukk!
:)

Nadya Zahid says:
at: 16 June 2011 at 14:18 said...

Have fun n have a gud trip mek...

Stalking Me!

Kamsahameeda!

Spread the love

"Spread love everywhere you go: first of all in your own house. Give love to your children, to your wife or husband, to a next door neighbour... Let no one ever come to you without leaving better and happier. Be the living expression of God's kindness; kindness in your face, kindness in your eyes, kindness in your smile, kindness in your warm greeting."

by Mother Theresa

RH Pre-Wedding

RH Pre-Wedding
We enjoyed the moment! Just smile and the pictures will be awesome!

RH Engagement

RH Engagement
It was in year 2009. A small celebration between two families :)

RH Wedding

RH Wedding
Our experience working independently for the big day which fell on a very auspicious date, 1.1.11 *smile*

RH Saranghae

RH Saranghae
A story of our humble abode.

RH Travelogue

RH Travelogue
“Traveling – it leaves you speechless, then turns you into a storyteller.” – Ibn Battuta

Tabung Gajah

Inspirations

Buddies

They blog on weddings

They call me, Lunda.

The Writer

My Photo
hazlynda kushairi
Nama pendek, Lynda ;)
View my complete profile

Alhamdulillah

Alhamdulillah
Terima kasih, 4Weddingku!

RH Journey

Daisypath Anniversary tickers

February 2016

February 2016
We are featured in Impiana February 2016

June 2011

June 2011
We are featured in Pengantin June 2011

May 2011

May 2011
We are featured in Pengantin May 2011

April 2011

April 2011
We are featured in Pengantin April 2011

March 2011

March 2011
We are featured in Pengantin March 2011