Search

.

Content

Tentang blog

Ini adalah blog peribadi saya. Segala pendapat yang dinyatakan adalah idea dan rekaan saya sendiri. Jangan menganggap bahawa anda mengenali saya kerana anda membaca blog ini secara kebetulan. Diharapkan anda menghormati sy dan tidak menjadi penyiasat psiko. Semua pandangan atau pendapat yang ditulis dalam blog ini adalah peribadi dan milik sy sepenuhnya. Sy berhak mengawasi agar menghormati sensitiviti, agama dan politik.

Terima kasih,
Hazlynda Kushairi


#Chanteks

Monday, 13 June 2011

Perihal Si Riben Sakura

Assalammualaikum ;)

Entri mengenai persiapan kahwin dahulu. Masihkah kalian ingat entri ini, DIY Bunga Manggar - DONE! Disini ada dicoretkan sedikit tentang bunga manggar yang sy gunakan ketika Hari Besar dahulu.

Kemudiannya, di atas permintaan Harzharun, entri ini dicoretkan dengan lebih perincian. InsyaAllah.

Blogger harzharun said...

mek yang! (bmaksud, awak yg disayangi)..hahahaha!!!..alang2 ko semangat hapdet blog letak pic kawen dgn selingan menyebut nm seth tan ni, ble x ko letak pic ur bunga manggar on both side...yg dah siap la...pic dlm real event...ko bunga ko guna bunga sakura kan...n belah razmie guna riben kan...sbb adik aku br nak btungkus lumus prep kawen dia neh...so, i need an idea tuk tunjuk kat dia...dia cam x minat sgt dgn bunga manggar gula2 sbb belengas t masuk semut sementara simpan katanya...

7 June 2011 12:25


Blogger harzharun said...

oncall...menyampah ok!...hahaha...

mek..mn pic bunga manggar??

11 June 2011 21:48

BUNGA MANGGAR SAKURA

Bunga manggar Sakura ciptaan sy ini adalah secara kebetulan. Idea asal yang terlintas di fikiran Tok Johor sy, "Lynda, why not bunga manggar u do something different, from sakura, that will be nice!" Idea itu pula disahut dan direalisasikan oleh sy ketika sy melintasi Jalan Petaling untuk mencari barang. Sy membeli bunga sakura ini apabila perayaan Gong Xi Fa Cai bermula. Ketika itu, kebanyakkan kedai yang ada di deretan Jalan Petaling itu menjual sakura dengan harga yang murah. Jangan terus terjah kedai, buatlah perbezaan harga, ada kedai yang menawarkan harga yang lebih murah kerana kita mengambil kuantiti yang banyak.

Percubaan pertama sy adalah menggunakkan ranting kayu yang dibeli dari SSF. Ranting itu tidak sesuai kerana tiada lenturan. Sy telah menggunakan lidi kelapa sawit. Bonda bilang, lenturan yang cantik daripada lidi kelapa sawit, sy setuju. Gambar dibawah adalah percubaan satu dua tiga dari sy ;)

Kemudian, bunga sakura yang sedia ada di ranting plastik itu, dipisahkan dan disimpan didalam kotak bagi memudahkan penyimpanan yang berlebihan.

Lidi tersebut dililit supaya kelihatan lebih kemas. Bunga sakura yang diasingkan itu dicucuk seperti membuat sate. Jarak yang diletak janganlah pada kedudukan yang sama supaya bunga sakura tidak kelihatan kosong. Ini adalah bahagian rumitnya kerana setiap bunga yang diletak akan dilekatkan dengan tape supaya tidak longgar dan kekal di kedudukannya.

Memang benar, bunga sakura ini memerlukan kesabaran dan teliti dalam menghasilkan sesuatu yang cantik. Secara peribadi, bunga manggar sakura sy ini adalah yang ringkas tetapi nampak kelainan sedikit. Kebetulan warna tema adalah putih dan kelabu dan sedikit merah jambu pada bunga, maka bunga sakura adalah pilihan hati sy. Gambar dibawah yang diambil oleh DZP menunjukkan bunga manggar sakura sy yang diletakkan pada tiang. Bukan sy tidak mahu orang memegang dan mengiringi ketibaan pengantin, itu sudah terlalu semak buat sy kerana di dalam gambar, cukup sekadar adanya pengantin dan pengiring. Itu sudah memadai bagi sy.

BUNGA MANGGAR RIBEN

Idea bunga manggar ini asalnya dari majlis resepsi Kak Long yang menggunakan riben lebihan sebagai bunga manggar. Idea itu dikongsikan bersama husben dan beliau bilang, "Ok, belah sy kalau awak sempat, kita buat bunga manggar riben ek?" Tanpa menghampakan husben, idea itu direalisasikan semula di majlis bertandang. Untuk menghasilkan bunga manggar riben, tidaklah serumit sakura.

Riben berwarna cream dan kuning dipotong banyak supaya dapat memudahkan kerja.

Kemudian, riben diikat selang seli atau mengikut selera kita seperti gambarajah dibawah ;)

Sy masih menggunakan lidi kelapa sawit yang telah dililit dengan tape berwarna coklat supaya kelihatan lebih kemas.

Akhirnya, bunga manggar riben sudah siap untuk digunakan. Bagi bunga manggar riben, cara membuatnya tidak seremeh atau tidak seteliti sakura kerana kita akan hanya mengikat riben pada lidi dan siap. Mudah dan ringkas. Maafkan sy kerana tiada gambar bunga mnggar yang diambil ketika bertandang.

Kepada Harzharun, selamat mencuba!

Kepada mereka yang ingin mencuba, semoga sukses!

Jika kita melakukan sesuatu yang kita suka dan ikhlas,
insyaAllah hasilnya pasti sesuatu yang indah.

Percayalah.

14 komentar:

LisaLisut says:
at: 13 June 2011 at 10:50 said...

cop.utk yg riben bunga manggar,ini lidi biasa ?wow...

bungamaggar sakuram ehem, tak sewa ke?haha(semua benda nk sewa kau ni lisa haha);p

hazlynda kushairi says:
at: 13 June 2011 at 10:56 said...

LISA :
riben n sakura gune lidi yang same, lidi kelapa sawit, orang kata lenturan dia lagi cantik daripada penyapu lidi biasa.
ehem, bunga sakura ade i simpan tapi taktau mane my mom letak. ade yang hilang, ada yang rosak. Nanti i cari balik ek.

K.I.N.A says:
at: 13 June 2011 at 11:15 said...

love both of them!

hazlynda kushairi says:
at: 13 June 2011 at 11:23 said...

KINA :
thank you Kina ;)

UyaRayza says:
at: 13 June 2011 at 12:37 said...

cantekkkkkkkkkkkkkkkk...ok2 hehehe..inspirasi dtg lagi nie hehehehe...ble la buat sdiri hehehe..xpe tiru knnn? hehehe

hazlynda kushairi says:
at: 13 June 2011 at 12:45 said...

UYA :
boleh boleh, silakan. semoga dapat beri inspirasi kt b2b semua ;) selamat maju jaya ek >.<

Cik Hazz says:
at: 13 June 2011 at 12:47 said...

nice! lidi kelapa sawit ni ada jual kat kedai ke? mn nak carik ek? huhu~ ;-)

http://cikhazz-is-writing.blogspot.com/

♥ balkidz_hunny ♥ says:
at: 13 June 2011 at 15:38 said...

lunda, mane ko beli lidi kelapa sawit nie? aku nak beli n buatkan sepupu aku punye lah. kire sponsor. HAHA.
nak buat pun tak susah :)

thanks for sharing!

natrah jaafar says:
at: 13 June 2011 at 17:39 said...

wow..bunga sakura..hehehe..suka..suka...sungguh bernas...

anaztasias nora aira says:
at: 13 June 2011 at 20:04 said...

teringat suasana jepun.. sakura !!

harzharun says:
at: 13 June 2011 at 21:56 said...

i lap u cayang!!..hehe

thanx lunda...

aku rasa nak wat yg riben la...sbb theme color adik aku t hijau puteh...kalo guna sakura x masuk plak...

tp mn nak cr lidi kelapa sawit tu...kne tny2 org neh...

III bDkNaKaL III says:
at: 14 June 2011 at 08:13 said...

lyndaa..ia adalah sgt cantek!i suke bunga manggar riben...inspirasi utk i!

0sh!Nz d' sen0r!ta says:
at: 14 June 2011 at 12:17 said...

suka bunga sakura tu. comellll!!!!

h.a.n.a.m.i.e.y says:
at: 15 June 2011 at 11:52 said...

OMG.. dua2 pon cantek...!
pn linda.nak tiru idea bleh?! hee

Stalking Me!

Kamsahameeda!

Spread the love

"Spread love everywhere you go: first of all in your own house. Give love to your children, to your wife or husband, to a next door neighbour... Let no one ever come to you without leaving better and happier. Be the living expression of God's kindness; kindness in your face, kindness in your eyes, kindness in your smile, kindness in your warm greeting."

by Mother Theresa

RH Pre-Wedding

RH Pre-Wedding
We enjoyed the moment! Just smile and the pictures will be awesome!

RH Engagement

RH Engagement
It was in year 2009. A small celebration between two families :)

RH Wedding

RH Wedding
Our experience working independently for the big day which fell on a very auspicious date, 1.1.11 *smile*

RH Saranghae

RH Saranghae
A story of our humble abode.

RH Travelogue

RH Travelogue
“Traveling – it leaves you speechless, then turns you into a storyteller.” – Ibn Battuta

Tabung Gajah

Inspirations

Buddies

They blog on weddings

They call me, Lunda.

The Writer

My Photo
hazlynda kushairi
Nama pendek, Lynda ;)
View my complete profile

Alhamdulillah

Alhamdulillah
Terima kasih, 4Weddingku!

RH Journey

Daisypath Anniversary tickers

February 2016

February 2016
We are featured in Impiana February 2016

June 2011

June 2011
We are featured in Pengantin June 2011

May 2011

May 2011
We are featured in Pengantin May 2011

April 2011

April 2011
We are featured in Pengantin April 2011

March 2011

March 2011
We are featured in Pengantin March 2011