Search

.

Content

Tentang blog

Ini adalah blog peribadi saya. Segala pendapat yang dinyatakan adalah idea dan rekaan saya sendiri. Jangan menganggap bahawa anda mengenali saya kerana anda membaca blog ini secara kebetulan. Diharapkan anda menghormati sy dan tidak menjadi penyiasat psiko. Semua pandangan atau pendapat yang ditulis dalam blog ini adalah peribadi dan milik sy sepenuhnya. Sy berhak mengawasi agar menghormati sensitiviti, agama dan politik.

Terima kasih,
Hazlynda Kushairi


#Chanteks

Friday, 1 July 2011

1/2 tahun

Assalammualaikum ;)

Subhanallah. Sy hampir terlupa.

Setengah tahun yang lalu, berat sy 54kg dan kini 58kg.
Waktu itu sy dihias cantik, cantik sekali, sekali seumur hidup ;)


Setengah tahun yang lalu, senyuman itu tidak mungkin terukir seindah itu. Senyuman yang paling indah pernah sy berikan sepanjang hari walaupun diri sudah keletihan. Inai merah dijari, itulah pertama kali dalam hidup sy. Sy seorang yang tidak suka berinai melainkan inai hitam di kuku, itu di zaman muda, kononnya nampak macam pewarna kuku berwarna hitam ;)


Setengah tahun yang lalu, perasaan 3 rasa itu tidak mungkin kembali seperti waktu itu. Semoga perasaan itu adalah yang pertama dan terakhir di dalam hidup sy. Perasaan berdebar berdepan dengan realiti yang selama ini dimimpikan. Perasaan sedih apabila Bonda menyerahkan anak tunggalnya kepada husben dan Arwah tidak dapat bersama sy di hari yang beliau sendiri nantikan. Perasaan gembira yang tidak terkata apabila sy sah menjadi isteri Razmie Isa. Perasaan ini hanya datang pada waktu dan ketika itu sahaja.


Cintanya hanya milik sy dan cinta sy hanya untuknya bukan untuk Seth Tan ;P

Perasaan berdebar yang diakhiri dengan senyuman. Masih segar di ingatan dan masih sayup kedengar bunyi "eh" yang dilafazkan oleh husben ketika akad. Itulah, orang suruh berlatih sebelum tidur, beliau enggan. haish!


1 Januari 2011, termeterai janji diantara kami berdua, lafaz ijab dan kabul, ikatan kami bersatu. Syukur alhamdulillah.


Cincin dijari bukan lambang kemegahan cincin perkahwinan siapa paling besar, batu siapa paling mahal, diamond siapa paling bersinar. Cincin dijari lambang cinta dan ikatan itu yang dibawa hingga ke syurga.


Husben, selama 1/2 tahun kita harungi kehidupan bersama, bermadu bulan jarak jauh, cinta kita tetap bersemi. Terima kasih atas kesabaran itu. Terima kasih kerana menjadi husben yang terbaik dan paling baik diantara yang terbaik. Allah temukan kita semula, Allah telah merancang sesuatu untuk kita. Allah membawa Arwah pergi, Allah menggantikan awak untuk sy dan Bonda. Kita terpisah hanya sementara, Allah pasti menjanjikan sesuatu yang indah buat kita nanti. Bersabar dan sentiasa redha dengan dugaan jarak jauh selagi cinta itu mekar dihati. Semoga cinta kita dan ikatan ini bersatu hingga ke syurga.

Terima kasih Husben.


Selamat Ulangtahun 1/2 Tahun, Husben!

Daripada isterimu yang comel,
(walaupun tidak secantik Nora Elena)
Hazlynda Kushairi

13 komentar:

jooleata says:
at: 1 July 2011 at 14:32 said...

hikhik.. comel..

congrats! :)

Fariza says:
at: 1 July 2011 at 14:34 said...

manisnya.
x sabar juga tunggu hari bahagia. ;))

♥ balkidz_hunny ♥ says:
at: 1 July 2011 at 14:59 said...

Lunda, aku nak nangis bace entry kau.
sayu, kenapa ek? :(


Happy 6th monthsaryly :)HEHE

LisaLisut says:
at: 1 July 2011 at 15:06 said...

awww so sweet.suka gile gmbr2 nikah u.putih bersih clear.DZ mmg best haish.

comel la tu sbb naik 4kg.haha.
happy 6month lynda :)

not irene says:
at: 1 July 2011 at 15:11 said...

awak tetap tak kalah dengan nora elena...

~Ayu BnSyg~ says:
at: 1 July 2011 at 16:10 said...

=)

Ms. Fiena says:
at: 1 July 2011 at 16:13 said...

lyndaaaa.. bab mengarang ayat bagi org lain nanges kamu mmg pandai kan...

saya sebak.

choclairissa @ intan says:
at: 2 July 2011 at 12:06 said...

sekejap je kn dh setengah tahun~

b-are zakri says:
at: 2 July 2011 at 14:08 said...

alhamdulillah..congrats!

nida-razak says:
at: 2 July 2011 at 16:11 said...

comel la lynda.. =) skejap je setengah tahun kan..smoga bahagia smpai syurga.. =)

Cik Hazz says:
at: 2 July 2011 at 22:28 said...

tersentuh hati bc ur entry & suka ur writing.. Selamat Ulangtahun Lynda & Husben!! =)

http://cikhazz-is-writing.blogspot.com/

farah fadhil says:
at: 3 July 2011 at 02:59 said...

part 'eh' tu mmg comel sgt!
I siap story to my fiance lg :D

and u're linked,lynda
hope u dont mind :)

oshinz says:
at: 7 July 2011 at 13:55 said...

T.T hehe.. alololo. so sweet.. semoga kekal sampai syurga sis!!!

Stalking Me!

Kamsahameeda!

Spread the love

"Spread love everywhere you go: first of all in your own house. Give love to your children, to your wife or husband, to a next door neighbour... Let no one ever come to you without leaving better and happier. Be the living expression of God's kindness; kindness in your face, kindness in your eyes, kindness in your smile, kindness in your warm greeting."

by Mother Theresa

RH Pre-Wedding

RH Pre-Wedding
We enjoyed the moment! Just smile and the pictures will be awesome!

RH Engagement

RH Engagement
It was in year 2009. A small celebration between two families :)

RH Wedding

RH Wedding
Our experience working independently for the big day which fell on a very auspicious date, 1.1.11 *smile*

RH Saranghae

RH Saranghae
A story of our humble abode.

RH Travelogue

RH Travelogue
“Traveling – it leaves you speechless, then turns you into a storyteller.” – Ibn Battuta

Tabung Gajah

Inspirations

Buddies

They blog on weddings

They call me, Lunda.

The Writer

My Photo
hazlynda kushairi
Nama pendek, Lynda ;)
View my complete profile

Alhamdulillah

Alhamdulillah
Terima kasih, 4Weddingku!

RH Journey

Daisypath Anniversary tickers

February 2016

February 2016
We are featured in Impiana February 2016

June 2011

June 2011
We are featured in Pengantin June 2011

May 2011

May 2011
We are featured in Pengantin May 2011

April 2011

April 2011
We are featured in Pengantin April 2011

March 2011

March 2011
We are featured in Pengantin March 2011