Search

.

Content

Tentang blog

Ini adalah blog peribadi saya. Segala pendapat yang dinyatakan adalah idea dan rekaan saya sendiri. Jangan menganggap bahawa anda mengenali saya kerana anda membaca blog ini secara kebetulan. Diharapkan anda menghormati sy dan tidak menjadi penyiasat psiko. Semua pandangan atau pendapat yang ditulis dalam blog ini adalah peribadi dan milik sy sepenuhnya. Sy berhak mengawasi agar menghormati sensitiviti, agama dan politik.

Terima kasih,
Hazlynda Kushairi


#Chanteks

Friday, 15 July 2011

Berkawan

Assalammualaikum ;)

Maaf ya sudah lama tidak kemaskini blog, keadaan tidak mengizinkan, sibuk dengan tugasan harian ditambah pula denga nrezeki yang datang, syukur alhamdulillah. Hari Jumaat, hari yang dinantikan oleh kita semua, seperti sy, kepulangan husben sentiasa dinantikan. Semalam husben sampai jam 4 pagi dan kami akan berhari minggu di kampung halaman husben, balik Nogori yaww!

Sudahlah.

Pepatah melayu menyatakan, kawan biar beribu, kasih biar satu. Disebabkan kawan yang beribu itu lah sudah menjadi sepuluh. Dalam kehidupan saya, dari sekolah rendah, kawan sy berlainan. Dari sekolah menengah, kawan sy bukan yang dulu. Dari UiTM pula, diploma yang lain, degree yang lain tapi pusing² tetap satu fakulti, satu UiTM dihatiku. Bila sudah bekerja, kawan kerja lain pula ragamnya, 3 berlainan latar belakang dan perangai, dari British ke Berjaya ke kini, semuanya lain karektor.

Terdapat pelbagai kategori kawan ;)

Kawan seumur hidup

Mereka ini yang paling sy sayangi, 11 orang kesemuanya termasuk sy. Dari tingkatan satu hinggalah ke hari ini, kami tetap bersama. Dulu kalau zaman sekolah, kelas berlain, ada yang jurusan sains, seni dan akaun tetapi tetap bersatu setiap kali waktu rehat, pulang dan ke Pusat Tuisyen Kasturi (popular kasturi ni pada waktu itu) Waktu rehat, kami akan makan di tepi tiang bendera, itu trademark kami. Makan nasi lemak yang dibeli sebelum waktu sekolah, dari makcik di pasar berdekatan. Setelah semuanya melanjutkan pelajaran ke luar bandar, semua berpecah, ada di MMU, ada di Politeknik Johor & Pulau Pinang, ada di UiTM Dungun, Sarawak, Perak dan Johor. Kemudiannya seorang demi seorang bertunang dan berkahwin dan mengandung dan beranak. Meriah keluarga kami! Ikatan persahabatan kami masih kuat, tidak seperti dalam slot Samarinda - Annissa, itu kawan makan kawan. Alhamdulillah, sudah lebih 10 tahun persahabatan kami ;)


Kawan membimbing

Tidak juga dilupakan pada kawan waktu sekolah yang telah banyak memberi sokongan dan bimbingan dalam akademik. Al-maklumlah, sy ni bukan diantara 5 teratas ketika peperiksaan. Setiap kali guru matematik tambahan, Puan Sri Herbert, wooohh beliau sangat garang, sehingga ada yang menangis dan terkuncil di dalam kelas, sy tidak bohong. Sejujurnya sy sangat tidak meminati matematik tambahan, lainlah jika matematik moden, itu kegemaran kerana Bonda boleh tunjuk ajarku sifu. Setiap pagi, mereka inilah mangsa buku latihan, yang mana sy tahu, sy akan buat, yang mane tidak, takut dimarahi oleh Puan Sri, tiru aja buku latihan mereka! Daripada kena marah, sekurangnya kalau salah, buat pembetulan. Mereka ini genius, bijak dan pintar, merekalah idola waktu dalam kelas ;)


Kawan kuncham

Mereka ini pula adalah diantara kawan UiTM sy yang otak gila dan sekepala hingga ke hari ini. Pada awalnya ketika di UiTM, kami tidaklah bertegur, senyum sudah, al-maklumlah, orang ada boyfriend kampus, tiada masa untuk kawan yang lain. Bila sudah bekerja, sudah keluar dari kelompok dan kepompong UiTM, barulah menjadi rapat, menjadi lebih rapat bila bersama melanjutkan pelajaran. Tapi sy dan Norlis bukan kesayangan UiTM seperti Aween. Ya, Aween dan Norlis yang mengambil gambar Pre-Wedding sy. Yang lagi sorang itu, Bejan. Beliau dari UiTM Perak bersama, kawan tolong sain kedatangan, kawan tolong siapkan kerja, eh, selalunye sy yang tolong sehingga buat di tepi tandas, 5 minit sebelum submission. Rindunya waktu belajar. Merekalah kuncham, penggosip mengalahkan beautiful nara, mereka lebih pantas!


Kawan mencari rezeki

Mereka ini pula datang dari berbagai latar belakang, ada yang begini kelakunya, ada yang begitu kelakunya. Mereka di Britsih Council, tidak dinafikan, apabila bekerja dengan mereka yang bertutur seperti British, sedikit sebanyak kita akan terikut. Ketika itu, walaupun di sana, english sy ditahap intermediate, sekurangnya setiap hari sy belajar perkataan dan bunyi baru. Kagum! Berhijrah pula ke Berjaya. Disini berbeda, pertuturan lebih ke bahasa melayu. Kroni yang sy punya pun hanya melayu kerana politik kuat. Ala, di syarikat mana pun yang kita pergi, pasti ada politiknya. Sy bersyukur kerana di sini, tempat sy bekerja sekarang, kami lebih ke perihal sendiri, adakala jumpe di cubicle, ada kala tidak. Bila sy ke kelas, dia di cubicle, bila sy di cubicle, dia ke kelas. Walaupun berlainan karektor dan latar belakang, kami tetap mencari rezeki untuk meneruskan kehidupan ni ;)


Kawan berjimba

Mereka ini pula adalah kawan berjimba. Aen dan wid adalah kawan dari UiTM Perak dan dari mereka dikenali pula yang lainnya. Wid pula senior kami, Aen pula sahabat sebilik dari masuk hingga tamat pengajian. Wid senior yang nakal, ketika kami sedang menggunakan telefon awam, Wid dan Sha menyimbah sebaldi air dari tingkat 3 ke bawah. Inilah kerja mereka setiap malam, dari situ kami jadi kawan dan terus rapat. Dengan yang lain, seperti yang lain, kawan atas kawan atas kawan, akhirnya menjadi kawan yang senang didampingi. Sekepala membawa berkat. Bersama mereka pergi melalak, bersama mereka pergi berjimba!


Kawan dari hati ke hati

Mereka ini sy kenali dari alam maya. Sama seperti Huda, Nawal dan Yaya sehingga tertubuhnya kumpulan Soulsisters. Masih ingat mereka? Huda sudah tidak aktif di alam maya kerana sibuk dengan kehidupan selepas berkahwin, tanggungjjawab isteri diutamakan. Yaya pula sedang duduk memegang kalkulator, menghitung hari untuk si nonet melihat dunia (wah, dah nak jadi machu nih!) Nawal pula sibuk dengan pengurusan FierNawal Studio. Kepada yang belom tempah baju raya, bolehlah hubungi Nawal. Nanti sy kemaskini entri ttg perniagaannya. Bersama yang lain juga, sebelum tertubuhnya group bbf di facebook, kami sering berutusan di blog, melalui blog, berkongsi perasaan, berkongsi pendapat dan berkongsi segalanya. Diantara mereka yang sy kenali pada awalnya selain Huda, Nawal dan Yaya adalah Sarah Supernova, Cik Atia, Moose the Loose, Si Kecil, Jaja Butterfly, The Zaila, Aim Fabulous, Acik Wedding Diaries, Elya Elmo, Farah Fatihah, Mawar Dunhill, Nizabeba, Nyomel Lurve-you, SK Adam sehinggalah ke hari ini, kamu, kamu dan kamu di dalam group bbf. Kita semua menuju ke arah matlamat yang sama iaitu berkahwin dan disebabkan itu, ikatan persahabatan alam maya kita semakin erat ;)


Kawan setongkol

Mereka inilah kawan yang paling gila! Kawan yang bersama susah payah, senang lenang, lepak ketawa, tepuk dan tampar. Bersama mereka melafazkan ikrar cintai UiTM, bersama mereka naik ke pentas, bersama mereka menangis tak siap kerja, bersama mereka mengenggam ijazah, bersama mereka, kenangan 5 tahun itu terlalu indah untuk dikembalikan. Kini semua membawa haluan kiri dan kanan masing-masing. Kami hanya dapat berjumpa apabila adanya kenduri kawan², itulah waktunya untuk berkumpul. Mereka diantara kawan yang tolong cover line masuk kuliah lewat, mereka juga yang tolong hantar printing di saat akhir, mereka juga yang tolong siapkan sketches, mereka juga yang tolong tapaukan makanan, mereka juga yang teman pergi ke mamak jam 3-4 pagi, bersama mereka, kami kecapi impian di dalam dunia grafik. GRAFREAKIANS. Rindunya waktu orientasi disembur air longkang, rindunya teh ais Pak Din, rindunya kuih pakcik kat tangga, rindunya Mr Paul cikgu english kita yang kini mengajar satu tempat dengan sy! Mereka ini gila tetapi mewarnai kehidupan sy ;)


Kawan dunia dan akhirat

Mereka berdua ini pula, kawan sy dunia dan akhirat. Mereka yang sangat istimewa dalam hidup sy, Bonda dan juga tempat yang telah menggantikan Arwah Nenda, husben sy. Merekalah yang pendengar setia, mereklah yang sudi pinjamkan bahu untuk sy berteduh daripada kesedihan, merekalah penguat duka lara sy, merekalah yang menggembirakan hati sy, merekalah segalanya bagi sy. Kawan untuk berhibur, kawan untuk bercerita, kawan untuk makan, kawan untuk tidur, kawan untuk menonton tv, kawan untuk bergembira, kawan untuk berduka, kawan untuk setiap masa. Kerana mereka, sy tidak pernah rasa keseorangan di dunia ini.


Tidak kiralah beribu mana kawan yang kita ada. Adakah mereka masih mengingati kita atau sekadar duduk di dalam friend list di facebook? Sy tidak kisah dan tidak mengambil peduli. Sungguhpun sy tidak mempunyai beribu kawan, asalkan orang tahu kita ikhlas berkawan.

Selamat berhujung minggu!

15 komentar:

shukrin farahdiba @ ceklala says:
at: 15 July 2011 at 10:02 said...

ok siyes sebak baca entry ni!

nangis2 nak siapkan final work, kene simbah air longkang mmg best ever memoryla!hahaha..hamik ko sume bebudak satu uma sume kene simbah!hahahah..

tapi itula memory yg paling indah dalam hidup kan bile dikelilingi kawan2 yang macam2 perangai dan ragam :) hehe

sedar x sedar ade 3 pic aku dlm ni!hiks..bile lagi nk lepak ni meks?

farahfatihah says:
at: 15 July 2011 at 10:27 said...

emosi plak aku pg2 nih baca entry ko mek...bergenang plak mata aku eceh =)
pape pun tq sbb sudi kawan ngan aku =P

hana yoriee says:
at: 15 July 2011 at 10:31 said...

lor..tuisyen kat kasturi ke?? kenapa kita tidak pernah ketemu? hihi..

gembira dapat bertemu dan berkawan dgn CEO Creative by Lynda ni.. =)

LisaLisut says:
at: 15 July 2011 at 10:54 said...

such a sweet post.sobs.cntik2 semua gambar.semua muka kawan2 ada. DZ did a good job :)

syanaim says:
at: 15 July 2011 at 11:13 said...

::ok sangat terharu sbb ada gambar aku skali..kiss n hugs babe!!..:)..and percayalah..blog gak yang buat kita jadi rapat kan..:)::

cik yaya says:
at: 15 July 2011 at 12:06 said...

you're always at my heart tho to meet or gather like we used to adalah susah.i'm suddenly missing Wangsa Maju so much!

and so rugi of you sbb tak makan lamb.lol

~Ayu BnSyg~ says:
at: 15 July 2011 at 13:24 said...

Ok suka pulak gambar Ayu ado. Boleh gitu?

Jan@Afzan says:
at: 15 July 2011 at 14:30 said...

saya senang & suka & ingin berkawan dengan Lynda..:D, wlupun hanya di dunia maya..insya Allah, akan ketemu juga..

friends?

weedeeit.co says:
at: 15 July 2011 at 16:25 said...

saya adalah sebak,mata berkaca kaca membacanya.nice knowing u darling.kau adalah betty paling kelaka pnh aku jumpa.lagi klaka dan menghiburkan daripada betty kat ntv7 drama brazil tu,dari betty pejabat kat 8tv tu dan yg paling penting lagi best daripada betty utar.

muah muah
-kekasih gelap seth tan-

LittleSunshine says:
at: 15 July 2011 at 17:22 said...

ramainya kawan linda..touching tgk entry ni..besnya bila dpt celebrate hari bhgia bersama2 kawan kan

miss puteri says:
at: 15 July 2011 at 18:16 said...

pasti suatu hari nanti saya juga akan upkan entry mcm nie.. cantiknyee semua. tersentuh dgn cerita.....

Darling Aween says:
at: 17 July 2011 at 10:03 said...

sronok dgn cerita ni, i LIKE

oshinz says:
at: 17 July 2011 at 19:57 said...

T.T biar kawan sedikit tapi setiap kawan yang sedikit itu di-appreciate!! =)

FareeZan says:
at: 19 July 2011 at 12:57 said...

ah sekatil senyunyu seasma.bahahaha. i love u 4 eva. cafe cikdin adalah kenangan.dan tak terlupa jaman braces kau bila rangka ayam & sayur kangkung melekat di celah gigis.ahaha. luv u kuncham.

Mawar misswateva says:
at: 19 July 2011 at 15:57 said...

friends forever!walau jmp hanya sekali dua, tetap kawan selamanya.
sedih bace entry ko.sobs.

Stalking Me!

Kamsahameeda!

Spread the love

"Spread love everywhere you go: first of all in your own house. Give love to your children, to your wife or husband, to a next door neighbour... Let no one ever come to you without leaving better and happier. Be the living expression of God's kindness; kindness in your face, kindness in your eyes, kindness in your smile, kindness in your warm greeting."

by Mother Theresa

RH Pre-Wedding

RH Pre-Wedding
We enjoyed the moment! Just smile and the pictures will be awesome!

RH Engagement

RH Engagement
It was in year 2009. A small celebration between two families :)

RH Wedding

RH Wedding
Our experience working independently for the big day which fell on a very auspicious date, 1.1.11 *smile*

RH Saranghae

RH Saranghae
A story of our humble abode.

RH Travelogue

RH Travelogue
“Traveling – it leaves you speechless, then turns you into a storyteller.” – Ibn Battuta

Tabung Gajah

Inspirations

Buddies

They blog on weddings

They call me, Lunda.

The Writer

My Photo
hazlynda kushairi
Nama pendek, Lynda ;)
View my complete profile

Alhamdulillah

Alhamdulillah
Terima kasih, 4Weddingku!

RH Journey

Daisypath Anniversary tickers

February 2016

February 2016
We are featured in Impiana February 2016

June 2011

June 2011
We are featured in Pengantin June 2011

May 2011

May 2011
We are featured in Pengantin May 2011

April 2011

April 2011
We are featured in Pengantin April 2011

March 2011

March 2011
We are featured in Pengantin March 2011