Search

.

Content

Tentang blog

Ini adalah blog peribadi saya. Segala pendapat yang dinyatakan adalah idea dan rekaan saya sendiri. Jangan menganggap bahawa anda mengenali saya kerana anda membaca blog ini secara kebetulan. Diharapkan anda menghormati sy dan tidak menjadi penyiasat psiko. Semua pandangan atau pendapat yang ditulis dalam blog ini adalah peribadi dan milik sy sepenuhnya. Sy berhak mengawasi agar menghormati sensitiviti, agama dan politik.

Terima kasih,
Hazlynda Kushairi


#Chanteks

Monday, 18 July 2011

Bonda

Assalammualaikum ;)

Dua puluh tujuh tahun yang lalu, Bonda membesarkan sy tanpa kasih seorang bapa. Bonda yang melayan kerenah sy dan melayan kemahuan sy dari kecil hinggalah ke dewasa. Anak tunggal, orang sudah label sebagai anak manja atau anak emas. Tidak pula sy dihiasi dengan emas permata. Bukan senang menjadi ibu tunggal, bukan senang menjadi senang. Melihat Bonda mengharungi kehidupan sebagai ibu tunggal menyedarkan sy betapa besarkan pengorbanan seorang Bonda kepada anaknya yang seorang ini.

Ibu mana yang tidak mahu melihat anaknya berjaya?

Ibu mana yang tidak mahu melihat anaknya bahagia?

Ibu mana yang tidak mahu melihat anaknya menggenggam ijazah?

Ibu mana yang tidak mahu melihat anaknya membesar?

Bonda sy mahu kesemua itu.

Bonda sy adalah segalanya.


Melihat sy membesar dihadapan matanya sendiri menjadi kepuasan dalam hidupnya. Bonda hampir pencen, tidak lama lagi, lebih kurang satu setengah tahun dari sekarang. Bonda pernah bilang, "Bila Mama pencen nati semua hutang kereta, asb pun habis bayar. Senang hati Mama. Mama nak pergi berjalan, buat umrah.. haji..." Senang hati sy mendengar. Bukan senang dengan mengambil kesempatan ke atas duit pencen Bonda tetapi senang melihat Bonda berkata begitu, daripada sekarang, setiap kali pulang, pasti ada sahaja cerita tentang sekolahnya sehinggakan sy bilang, "...tukar sekolah selatan, ikut sy" atau pun "...mama pencen awal je lah, tak pening kepala nak fikirkan hal sekolah lagi" Ya, memang sy menghasut Bonda untuk pencen awal atau ikut sy ke selatan. Mengapa? Kerana segelintir guru di sekolah yang "elit" tidak mempunyai tahap pemikiran yang matang, bertindak seperti keanakan dan tidak menghormati pentadbir atau sekurangnya menghormati Bonda sebagai orang yang lebih tua. Itukah perilaku seorang pendidik? Oh, sungguh memalukan!

Setelah Arwah Nenda pergi meninggalkan kami, kami lebih kerap pulang ke rumah Makcik di Sungai Buloh. Menghabiskan masa dan hari minggu kami di sana. Sy tidak sabar menunggu "waktu" itu. Waktu untuk berkemas, berhijrah dan memulakan kehidupan yang abru bersama Bonda dan husben. Bersabar, insyaAllah waktu itu akan tiba.

Melihat airmata Bonda di hati pernikahan sy membuatkan hati sy bertambah sayu. Berat hati Bonda menyerahkan tanggungjawab yang selama ini dipikul kepada husben. Pernah sekali Bonda bilang kepada sy, "Mama tak percaya Razmie, cikgu sementara kat sekolah Mama dulu boleh jadi menantu sekarang ni. Jodoh agaknya..." Sy bersyukur. Bersyukur kerana jodoh ini, ikatan yang direstui oleh Bonda dan Arwah Nenda. Dulu Bonda pernah bilang pada sy, "Kat sekolah Mama ada guru sandaran tu macam muka farid kamil, belom kahwin lagi tu..." Hati sy terdetik, "Eh Mama ni, i kan dah kawan ngan si polan tu 2 tahun dah, boleh pula dia nak kenenkan?" Akhirnya, daripada persahabatan kami, kami menjadi rapat dan berkahwin. Ya, akhirnya sy akur dengan pilihan Bonda, alhamdulillah, semoga ikatan kami hingga ke syurga.


Bonda, seorang yang sangat sy kagumi. Di sekolah, beliau guru sy. Di rumah, beliau Bonda sy. Bonda memang garang, semua orang tahu itu. termasuk bff sy yang dari sekolah yang sama dengan Bonda, kebanyakkannya pernah buku latihan melayang ke dalam kolam tepi kelas akibat tidak membuat latihan atau didenda berdiri hadapan kelas. Kenangan itu yang mendewasakan dan membuat mereka belajar dari kesilapan. Walaupun di sekolah, Bonda tidak pernah pilih kasih. Kalau sy buat salah, sy juga kena denda di ahadapan perhimpunan pada suatu ketika dahulu, akibat bermain kapal titanic ketika pdang ditenggelami air. Nakal bukan? Waktu itu filem titanic hangat di pawagam. Kami membuat kapal kertas dan layarkan di dalam padang sehingga mengakibatkan longkang padang tersumbat. Bonda ketika itu penyelia petang, diumumkan pelajar yang terlibat, beberapa pengawas dan pelajar, termasuklah sy! Kasihan Bonda, pasti malu dengan kelakuan sy. Eh, seronok tahu main kapal kertas tika padang banjir ;)

Kini, Bonda berasa lega apabila tanggungjawabnya diserahkan kepada husben. Bukan senang bagi sy untuk membuat keputusan berkahwin. Sy memerlukan husben yang bukan sahaja menerima sy seadaanya tetapi juga menerima Bonda. Sy anak tunggal, Dahulu Arwah Nenda ada, kini Bonda sudah tidak punyai sesiapa melainkan sy. Berat hati sy untuk meninggalkan Bonda seorangan di rumah sementara sy pula di selatan bersama husben. Tidak mudah bagi sy. Alhamdulillah husben memahami. Sy sudah pasti akan membawa Bonda kemana sahaja. Harta yang sy punya hanya Bonda dan husben. Sakit pening Bonda, kini sy yang jaga. Dulu masa kecil, Bonda yang menjaga, kini sudah menjadi tanggungjawab dan giliran sy.


Hari ini merupakan hari lahir Bonda. 18 Julai. Bonda yang sangat sy kagumi, sy sanjungi, sy sayangi dan sy lindungi. Bonda adalah segalanya kepada sy. Selama 27 tahun membesar dihadapan mata Bonda, sy tahu betapa besarnya pengorbanan ibu tunggal ini dalam membesarkan sy tanpa kasih sayang seorang bapa. Dahulu masa kecil sy pernah bilang pada Bonda, "You taknak kahwin lain ke Ma?" Bonda hanya menjawab, "Mama boleh tanggung you seorang diri and I'm happy this way" Bagaiman perasaan sy? Bergenang air mata dan bersyukur.

Hari ini sudah 4 hari Bonda demam dan tidak kebah. Hari Khamis yang lalu, doktor bilang demam biasa tetapi tidak diberi antibiotik dan disuruhnya kembali pada hari Sabtu jika demam tidak berkurangan. Bagaimana hendak berkurangan kalau antibiotik tidak diberi? Sabtu lalu, Bonda kembali ke klinik dan diberi antibiotik, doktor bilang, mungkin demam virus, kalau masih tidak kebah, hari ini datang untuk ambil darah. Eh, apakah? Mengaut keuntungan lebih dari setiap consultation yang diberikan? Hari ini sy akan membawa Bonda ke klinik itu semula kerana demamnya masih tidak kebah, sudah lima hari. Gila. Mengaut keuntungan dari orang sakit.

Mama,
You are the one who made my childhood special, and I remember every minute of it. With every memory I own, I realize the love and care you showered on me. What saddens me, is that no matter what I do, I gave... I can never thank you. You are my super angel. You're the star of my life. You'll always be the best Mama! Love, hugs and kisses will help you to recover.

I love you, Mama.

Get well soon.

It's your birthday ♥

12 komentar:

jooleata says:
at: 18 July 2011 at 10:55 said...

:)

nYomeL says:
at: 18 July 2011 at 10:58 said...

Happy Birthday & get well soon mama lynda!

LisaLisut says:
at: 18 July 2011 at 10:58 said...

sedihnya i baca.terharu gila.sobsob.get well soon makcik.happy bday :)

AdaNaz87 says:
at: 18 July 2011 at 11:07 said...

sedihnye. tak tahu nak cakap ape. get well soon bonda sis lynda. ((;

AIN MUSTAZA says:
at: 18 July 2011 at 11:15 said...

kak lynda..happy bfday to ur mom..kita serupa..anak tunggal kepada ibu tunggal..(*_*)..semoga unty panjang umur dan dimurahkan rezeki oleyhNya..insyaALLAH..aminn

♥ balkidz_hunny ♥ says:
at: 18 July 2011 at 12:13 said...

Syahdu! :(
muka kau saling tak tumpah bonda kau.
get well soon auntie. Happy besday!

rara pinkmafia says:
at: 18 July 2011 at 12:16 said...

moga ur mom cepat sembuh ya =)

seday membaca nya.

Squarecut Ring says:
at: 18 July 2011 at 13:01 said...

Get well soon bonda. Happy birthday :)

CikPuan Fara says:
at: 18 July 2011 at 14:01 said...

hepi besday bonda! sedih baca entry awk. btw, saya mmg minat sgt cara penulisan blog nih.. rasa nak baca dan terus baca ^^

Norafiza Syakilla says:
at: 18 July 2011 at 16:02 said...

same birthday with me... ;)

UyaRayza says:
at: 18 July 2011 at 16:39 said...

terharunye baca...anyway muka ur mum sebijik dgn u heheh

Reen Tart Nenas says:
at: 19 July 2011 at 13:31 said...

lynda, reen skip baca tulisan lynda, coz the first para pun dah buat rasa air mata bergenang. i miss my mama too. almost 3 weeks tak jumpa :( tak sabar nak balik minggu nie, jumpa dia.

Stalking Me!

Kamsahameeda!

Spread the love

"Spread love everywhere you go: first of all in your own house. Give love to your children, to your wife or husband, to a next door neighbour... Let no one ever come to you without leaving better and happier. Be the living expression of God's kindness; kindness in your face, kindness in your eyes, kindness in your smile, kindness in your warm greeting."

by Mother Theresa

RH Pre-Wedding

RH Pre-Wedding
We enjoyed the moment! Just smile and the pictures will be awesome!

RH Engagement

RH Engagement
It was in year 2009. A small celebration between two families :)

RH Wedding

RH Wedding
Our experience working independently for the big day which fell on a very auspicious date, 1.1.11 *smile*

RH Saranghae

RH Saranghae
A story of our humble abode.

RH Travelogue

RH Travelogue
“Traveling – it leaves you speechless, then turns you into a storyteller.” – Ibn Battuta

Tabung Gajah

Inspirations

Buddies

They blog on weddings

They call me, Lunda.

The Writer

My Photo
hazlynda kushairi
Nama pendek, Lynda ;)
View my complete profile

Alhamdulillah

Alhamdulillah
Terima kasih, 4Weddingku!

RH Journey

Daisypath Anniversary tickers

February 2016

February 2016
We are featured in Impiana February 2016

June 2011

June 2011
We are featured in Pengantin June 2011

May 2011

May 2011
We are featured in Pengantin May 2011

April 2011

April 2011
We are featured in Pengantin April 2011

March 2011

March 2011
We are featured in Pengantin March 2011