Search

.

Content

Tentang blog

Ini adalah blog peribadi saya. Segala pendapat yang dinyatakan adalah idea dan rekaan saya sendiri. Jangan menganggap bahawa anda mengenali saya kerana anda membaca blog ini secara kebetulan. Diharapkan anda menghormati sy dan tidak menjadi penyiasat psiko. Semua pandangan atau pendapat yang ditulis dalam blog ini adalah peribadi dan milik sy sepenuhnya. Sy berhak mengawasi agar menghormati sensitiviti, agama dan politik.

Terima kasih,
Hazlynda Kushairi


#Chanteks

Monday, 25 July 2011

Bukan senang

Assalammualaikum ;)

Bukan senang nak jadi senang. Duit yang dikumpul setiap bulan tidak dapat menanmpung keperluan kehidupan di Kota Sebok mahupun di Kota Singa. Dengan kos kehidupan yang tinggi, adakalanya duit gaji yang diperolehi tidak mencukupi. Walaubagaimanapun, Bonda beribu kali pesan kepada sy, simpan sedikit, walaupun sedikit, makin lama banyak juga. Itu pesan Bonda. Sejak berusia 18 tahun, Bonda menyaran sy membuka akaun ASB, Bonda bilang, "Ini simpanan untuk hari tua atau waktu terdesak." Tanpa bertanya, buka sahaja akaun itu.

Melihat Bonda membesarkan sy seorang diri, menjaga sy waktu sakit, memberikan pendidikan yang terbaik untuk sy berjaya dalam hidup, memberikan kesedaran dan mematangkan diri untuk lebih berdikari. Nama sahaja anak tunggal atau ada yang bilang anak tunggul, tapi mencari duit sendiri untuk mendapatkan sesuatu yang diimpikan. Mencari duit sendiri bukanlah bermakna mencuri atau merompak. Selepas tamat sekolah sementara menunggu jawapan UiTM, sy bekerja di Focus Point sehinggalahwaktu cuti semester di UiTM, sudah kenal pengurus disana, sudah berpengalaman dan hafal segala kos n jenama bingkai dan cermin serta contact lens, agak mudah diterima bekerja waktu cuti semester dan pernah sekali, jualan bulanan sy mencecah RM15k, sy mendapat bonus tambahan. Duit yang diperolehi digunakan sebaik mungkin. Membeli printer, duit tambahan membeli komputer riba, membeli peralatan melukis dan segala keperluan sebelum semester bermula. Seronok dapat pegang duit sendiri!

Selepas tamat diploma, Bonda menyarankan membeli saham ASB di Maybank. Ketika itu sy menggunakan penyata gaji ketika bekerja di Focus Point. Ada juga yang bilang sy agak kuno, sangat makcik² membuka akaun ASB tetapi sy tahu, Bonda pasti tahu apa yang terbaik untuk sy. Setelah sy sambung di UiTM Shah Alam, sy mula bekerja sebagai pekerja sementara di British Council. Gaji bulanan yang diperolehi setiap bulan sangat lumayan kerana kiraan mngikut jam kita bekerja. Apabila mereka memerlukan pekerja tambahan, mereka akan hubungi dan disitulah bermulanya hubungan baik sy diantara British Council dan Hazlynda. Mahu pula Ijad bekerja disana, memang seronok! Mahu tahu berapa gaji sy sejam? RM10 untuk satu jam. Tapi, waktu itu, sekarang sudah kurang sedikit semenjak ekonomi meleset.

Tapi.....

Senang untuk menghabiskan duit. Keadaan ini sy terasa apabila sy mula bekerja, maksud sy bekerja tetap di British Council. Kedudukan strategik pejabat yang bertentangan dengan KLCC sangat menghabiskan duit sy. Mahu pula ketika itu belom punya komitmen rumah, merancang untuk bertunang ataupun berkahwin, jadi duit yang ada digunakan untuk membayar kutu dan kereta, itu sahaja. Selebihnya digunakan kearah pembaziran. Mulalah mencari kemeja, seluar, skirt dan kasut kerja. Sy bukan seorang yang suka menghias kereta dengan aksesori tambahan. Dari dulu hingga kini, kereta sy hanya yang standard cuma cermin sahaja digelapkan. Jadi, duit yang ada digunakan untuk aktiviti sosial. Ahaaa jangan salah sangka, sy tidak ke disko untuk mabuk. Ah, kalau sy bilang pun, pasti ada di dalam hati yang berbisik, "Orang yang buat, dia takkan mengaku" ataupun "Eleh, konon! Taknak mengaku bila tulis blog!" Sudah sememangnya benar, bukan apa sy hendak berselindung. Tidak heran pun, setiap hari siang dan malam sy lalu di Jalan Ampang dan Jalan P.Ramlee, bertentangan dengan Zouk lagi (yang waktu ketika itu sangat tiptop!)

Setelah bertukar kerja di Berjaya Group, lagilah duit gaji keluar seperti air terjun. pejabat di atas, di tingkat bawah pula syurga membeli belah, di hadapan Plaza Low Yat, berdekatan dengan Sungei Wang yang juga bertentangan dengan Lot 10 dimana Lot 10 pula berhadapan dengan Pavillion. Bagaimana duit itu hendak disimpan kalau pejabat sudah dikelilingi dengan tempat berkelah seperti ini? Tetapi mujur ketika itu, hasrat untuk bertunang sudah ada. Perbelanjaan agak terkawal tetapi adakala menyimpang ke susur keluar Jalan Sultan Ismail, bak kata pepatah barat, "No turning back!" Tiada jalan keluar melainkan terus melabur dan rambang mata. Siap berjanji didalam hati, "Okeh, bulan depan beli ini pula, nanti habis pula duit ni" Maaf, sy tidak ada kad kredit yang boleh memusnahkan masa depan sy. Bonda sudah 158,743,216 kali bilang, "Please, you jangan nak berkredit kad. Don't you ever." Marah. Hati degil berbisik, "Ala, nanti I bayar lah sendiri setiap bulan. Mama ni......." Anak yang degil. Tapi, alhamdulillah, hingga kini, sy hanya ada hutang kereta dan ASB. Ingat ini sahaja komitmen sy? TIDAK. Panjang senarai membayar setiap bulan.

Siapa bilang gaji pensyarah itu sangat banyak sehingga boleh memiliki Audi? Bermimipilah. Tidak bagi sy yang sekangkang kera ini. Memang benar, ramai diantara kalian yang sudah berkahwin, mencari rumah sebagai aset dan ada juga yang sudah mendiami. Ada juga yang beranggapan bahawa rumah yang sy tinggal sekarang pasti akan diwarisi kepada sy? Bermimpilah. Soal harta pusaka jangan dibuat main. Dengan adanya hasutan pihak tiga dan keempat iaitu pihak ketiga - ipar duai, pihak keempat - syaitan nirojim. Dengan kuasa mutlak mereka ini boleh mengakibatkan sesebuah keluarga itu musnah dan hilang kepercayaan. Ini benar, disebabkan mulut ****** sesorang, yang lain akan berbelah, hendak pula yang mendengar cakap pasangan, sudah tidak kira syurganya dimana. Ah, malas mahu bicara lebih lanjut tentang harta pusaka. Allah maha mengetahui, sesungguhnya kami tidak mengejar harta Arwah. Terpulang.

Ada juga yang.....

Ada juga yang mengaburi orang lain dengan duit yang diperolehi. Sebagai contoh, berkelakuan baik dengan membeli sarapan, mengumpan dan meraih kepercayaan dengan membantu serta mengulurkan bantuan dari segi kewangan kepada yang lain. Oh, ini sangat terkenal dikalangan masyarakat melayu. Walhal duit itu milik suaminya dan si suami yang bodoh mengikut kata isteri yang mengaut sedikit demi sedikit duit yang disimpan. Memang itu adalah harta sepencarian, bagaimana pula dengan harta yang dikumpul tetapi ketika itu duda? Jawab.

Ada juga yang sudah memberi tetapi mengungkit. Sebagai contoh, duit yang diberikan "kononnya" sebagai hadiah majlis perkahwinan. Setelah selesai majlis, apabila majlis itu berlangsung dengan meriah dan jayanya, mulalah mulut si memebri tadi, "Nasibaik aku bagi dia seribu, kalau tak, takdenya khemah transparent tu!" Ok, dengar sini. Seribu yang diberikan untuk khemah transparent? Ya, mungkin dengan duit seribu itu, si pengantin akan mendapat rangka khemah sahaja. Harap maklum. Sebelum bercakap, sila buat sedikit penyelidikan sebelum mengeluarkan kata yang mungkin suatu hari nanti akan terkena di batang hidung sendiri.

Sudahlah, haihhhh.... Sebab itu sy malas mahu menulis kerana adakalanya mengikut emosi. Menulis dari hati dan meluahkan apa yang dirasai. Mungkin ada juga yang bilang, "Ala, apa yang dia tulis tu sebenarnya lagi teruk dr yang kita sangkakan." Ada juga yang bilang, "Kononnya dia tulis di blog macam MIL dia sayang sangat kat dia, aku ni, sepupu husben dia, Mak Lang aku bilang, dia susah nak terima dia tu sebagai menantu" Ambil. Sedas dua di kepala. Apabila kita sudah menulis kebenaran dan kejujuran, menulis dari hati yang ikhlas, ada pula yang membuat onar-onar sebegini?

Bagaimana?

Adakala terasa seperti mahu ditutup blog ini kerana sy tahu "makcik²" dan ahli keluarga yang lain membaca. Tetapi sejujurnya, sy tidak ras bersalah atau takut dengan apa yang sy tulis, seperti entri Makcik di Facebook. Itu kenyataannya. Kalau mereka bilang sy yang biadap atau kurang diajar, sila lihat cermin dan jaga butiran patah perkataan yang dikeluarkan ketika bergossip. Jika sy tidak menghormati mereka sebagai makcik yang lebih tua dari sy, bagaimana pula mereka yang tidak menghormati Arwah Nenda sy? Allah maha mengetahui.

Sudahlah. Entri makcik yang sangat membosankan.

Daripada bercerita tentang makcik yang menyakitkan hati, ada baiknya kalian singgah sebentar di Creative by LYNDA - FOR GRAB!

Marilah kita mulakan hari pertama minggu ini dengan senyuman ;)

Gaji menyusul! Yahoooooooooo.......!!!!!

13 komentar:

LisaLisut says:
at: 25 July 2011 at 09:33 said...

lynda is backkkkkkkkkk :D
siapa kata bukak ASB tu kuno mcm makcik? -___- so i pun makcik lah?sbb bukak asb seawal lepas SPM?sobsob...

bior la nk kata kuno.duit aku bukan duit dia.hahaha

ok i teruja dgn wedding guestbook tu.53days lynda :D (wah siap bg reminder hahaha)

choclairissa @ intan says:
at: 25 July 2011 at 09:43 said...

lynda..i bukak ASB dr zmn spm..tapi tibe2 lately ni ramai ckp ASB haram..entahla i pumn xtau..skrg dh bukak akaun tabung haji pulak :)

fati says:
at: 25 July 2011 at 10:15 said...

be strong lynda!
abaikan sahaja makcik makcik itu ;)

Renee Meow says:
at: 25 July 2011 at 10:23 said...

*smiling* :D

fitria says:
at: 25 July 2011 at 10:24 said...

sabar lynda.. mulut makcik2 mmg camtu.. xboleh nk tutup..

♥ balkidz_hunny ♥ says:
at: 25 July 2011 at 10:27 said...

bukak ASb makcik2? tidak same sekali. aku bukak mase umur dah 12 tahun (umur min). klau boleh anak aku baru lahir ni pun nak aku bukak ASB. hehe.

aku suke statement nie "Siapa bilang gaji pensyarah itu sangat banyak sehingga boleh memiliki Audi?"
haissh, aku benci bile org selalu ckp "Ala, kau boleh lah pakai itu-ini gaji kau besar, kau kan pensyarah."

demnn.
*baru hari 1st gaji hari ni, dah tinggal separuh gaji aku bayar bil n commitment sume :p

ps: ok, sorry lepas geram.

hana yoriee says:
at: 25 July 2011 at 10:34 said...

hoho..ASB dr zaman muda remaja..smpi bertukar ke akaun dewasa..mana boleh dikatakan makcik2..haha..itulah duit yg boleh cover majlis kahwin hana sedikit sebanayak..skrg nak top up balik duit ASB..hihi

Jan@Afzan says:
at: 25 July 2011 at 12:12 said...

ASB kuno! aiyakk, mana ada kuno.Jan dari akaun TING remaja ke dewasa. Semua duit yg dapat masa raya ke masa zaman tak keje, mak masuk kat situ.. dengan duit tu lah banyak yg boleh disalurkan pada saluran yg betul

luckily for Jan, tak dok kat ibu kota yg mencabar, klu tak habis duit gaji. Sekarang pun habih jugak, membayar hutang2 segala bagai..hehe. Jan bukan gomen, gaji pun ujung bulan baru dapat, so takleh nak "Yahooo" lagi...huhu

p/s : Thank u kerana kembali menulis setelah the last entry 20july..hehe

anaztasias nora aira says:
at: 25 July 2011 at 13:18 said...

eheheh linda. tahu x nora pun dulu dpt offer keje di berjaya group tp untuk position di berjaya university itu...tapi bukan rezeki untuk di sana... waahhhhhhhhhh kalo x mesti nora shopping sakan gak ekekek :P

wanie says:
at: 25 July 2011 at 15:51 said...

kak lynda.... hidup tanpa hutang kad kredit sgt membahagiakan... hutang kereta dan hutang rumah lambat lagi nak habis.. tp nanti akan abis jugak...

dura m. says:
at: 25 July 2011 at 21:32 said...

linda,

setuju on ur mom's. dont u ever on kad kreditttt. ehehe.

me too pun da start menabung on asb since 13 years old. Mula-mula dulu menabung dlm bsn, boleh bwk blk tabung gajah biru..nanti isi duit dlm tabung boleh gajah biru bunyik2 menyanyi..Nanti dduit dalam tabung da penuh, boleh abah bwk ke bsn. EHehe. Nostalgic sungguh.

But, now, start 13 years till now, me da start menabung dlm asb instead of bsn, sebab benefitnya lebih banyak.

Reen Tart Nenas says:
at: 26 July 2011 at 16:20 said...

parents dari warga pendidik mmg akan suruh anak-anak buka akaun asb bila tiba masanya. me too. abes spm, terus ada akaun asb. dengan duit simpanan itu la saye boleh berkahwin :) kalau x, huwaaaaa ke laut la gues.

CouLeur de Chiqu3 says:
at: 29 July 2011 at 17:52 said...

my parents plak..ASB tu utk hasil tua..so jgn diusik dan hnya untuk emergency..

duit utk kawen lain pulak tabungnye...

Stalking Me!

Kamsahameeda!

Spread the love

"Spread love everywhere you go: first of all in your own house. Give love to your children, to your wife or husband, to a next door neighbour... Let no one ever come to you without leaving better and happier. Be the living expression of God's kindness; kindness in your face, kindness in your eyes, kindness in your smile, kindness in your warm greeting."

by Mother Theresa

RH Pre-Wedding

RH Pre-Wedding
We enjoyed the moment! Just smile and the pictures will be awesome!

RH Engagement

RH Engagement
It was in year 2009. A small celebration between two families :)

RH Wedding

RH Wedding
Our experience working independently for the big day which fell on a very auspicious date, 1.1.11 *smile*

RH Saranghae

RH Saranghae
A story of our humble abode.

RH Travelogue

RH Travelogue
“Traveling – it leaves you speechless, then turns you into a storyteller.” – Ibn Battuta

Tabung Gajah

Inspirations

Buddies

They blog on weddings

They call me, Lunda.

The Writer

My Photo
hazlynda kushairi
Nama pendek, Lynda ;)
View my complete profile

Alhamdulillah

Alhamdulillah
Terima kasih, 4Weddingku!

RH Journey

Daisypath Anniversary tickers

February 2016

February 2016
We are featured in Impiana February 2016

June 2011

June 2011
We are featured in Pengantin June 2011

May 2011

May 2011
We are featured in Pengantin May 2011

April 2011

April 2011
We are featured in Pengantin April 2011

March 2011

March 2011
We are featured in Pengantin March 2011