Search

.

Content

Tentang blog

Ini adalah blog peribadi saya. Segala pendapat yang dinyatakan adalah idea dan rekaan saya sendiri. Jangan menganggap bahawa anda mengenali saya kerana anda membaca blog ini secara kebetulan. Diharapkan anda menghormati sy dan tidak menjadi penyiasat psiko. Semua pandangan atau pendapat yang ditulis dalam blog ini adalah peribadi dan milik sy sepenuhnya. Sy berhak mengawasi agar menghormati sensitiviti, agama dan politik.

Terima kasih,
Hazlynda Kushairi


#Chanteks

Monday, 4 July 2011

Cakap besar

Assalammualaikum ;)

Coretan di pagi hari. Sahaja suka suka suka suka SUKA ;)

Cakap besar :
Anak aku tak main la belajar kat universiti tempatan ni, taraf pendidikan yang rendah.
Cakap kosong :
Anak aku dah setahun lebih balik dari Colombo, belom dapat kerja lagi.
Cakap dalam hati :
Padan muke! Lain kali ukur di badan sendiri.


Cakap besar :
Anak aku lepas SPM terus masuk universiti, takde kerja² sambilan atau stop dulu.
Cakap kosong :
Anak aku sekarang ambil degree kat Kolej Olympia, baru semester dua.
Cakap dalam hati :
Eh, ingatkan terus dapat tajaan pergi ke London ke Glasgow ke United ke untuk sambung belajar. Kolej sahaja? OK!


Cakap besar :
Anak aku Si Ponen ambil ACCA kat UK dah 5 tahun pastu nak rehat jap katanya pastu baru cari kerja.
Cakap kosong :
Si Ponen sekarang sambung masters kat UPM, katanya nak sambung lagi tinggi untuk dapat gaji lebih tinggi
Cakap dalam hati :
Kesudahan nampak bekerja sebagai kerani di 99 Speedmart. Kata belajar kat UK dan dah ada masters, takkan kerja sini je kot? Ok, jangan syak wasangka, mungkin susah nak dapat kerja kot? Tapi syaitan menghasut, "Mak dia cakap besar, anak dia bukan bagus mana pun!" Ok, itu kata syaitan bukan kata hati HAHA ;P


Cakap besar :
Kalau aku nak ade boyfriend, aku tak heran orang melayu, aku nak yang darah campur, hensem dok!
Cakap kosong :
Kenalkan boyfriend i, Hashim, u tak kenal ke dia? Korang kan dulu satu sekolah kat SMK Parit Rendam Tak Timbul?
Cakap dalam hati :
Lah! Mana boyfriend Jowo kau? Nak tunggu yang darah campur gak? Patutlah sampai umor 38 kau tak kawen lagi! OK - ini mulut celupar!


Cakap besar :
Aku daftar course ni sbb aku tahu peluang kerja kat luar tu banyak dalam bidang ni, daripada kau duk melukis, apa kau dapat? Lukis kat CM je nanti!
Cakap kosong :
Semua kerja tak kena dengan kelulusan aku! 5 tahun aku ambil kat UM, kenapa satu kerja pun tak dapat? Dulu bidang ni ramai sangat orang nak carik pekerja dalam bidang ni.
Cakap dalam hati :
Kau kerja mana sekarang? Huh? Kau kerja kerani kat The Store je? Lah... kasihan kau. Ape? Aku? Aku creative director sekarang kat Leo Burnett. Kenapa kau tak try cari rezeki kat kaki lima CM? (hamekau!)


Cakap besar :
Aku kerja siang malam, punch card kul 0700 balik kul 2100, mestilah aku yang dapat anugerah pekerja terbaik tahun ni!
Cakap kosong :
Ah, aku dah belanja bos minum setiap petang, berani dia tak bagi aku anugerah tu? Memang aku tak halalkan teh tarik 30 hari tu!
Cakap dalam hati :
Patutlah bila kau dapat duit anugerah cemerlang tu kereta kau rosak, motor kau hilang, nampak sangat duit kau dapat tu tak berkat. Kasihan!


Cakap besar :
Lepas pencen ni, Aunty nak pergi jelajah satu dunia ni, Aunty nak berjalan puas-puas. Mak kau tu, dah pencen pergi haji je? kedekut betul! pergilah berjalan makan angin....
Cakap kosong :
Duit yang Aunty ingat nak pergi melancong tu dah kene rompak minggu lepas. Habis semua duit Aunty *menangis sekuat hati*
Cakap dalam hati :
Itulah, lain kali simpan dalam hati, jangan bagitahu dunia teriak kuat-kuat. Menyesal sekarang tiada gunanya. Penat Aunty kerja 55 tahun kan?


Cakap besar :
Aunty kalau nak beli kasut, Aunty tak pakai Primavera ni semua, kaki Aunty alergi.
Cakap kosong :
Aunty swipe je!
Cakap dalam hati :
Patutlah hutang Aunty bertimbun. Ukur kasut dikaki sendiri. Tepuk dada tanya selera. Biar papa asal bergaya!


Cakap besar :
Aunty kalau nak ke mana mesti dengan Uncle, pergi Pavillion ke, One Utama ke, Gardens ke, Empire ke, mesti dengan Uncle!
Cakap kosong :
Uncle tak bagi Aunty jalan sorang² walaupun ke kedai depan tu. (kononnya tua bangka romantik!)
Cakap dalam hati :
Memang lah sebab Aunty takde lesen dan tak reti berdikari HAHAHA patutlah kemana sahaja kena ada Uncle. Kasihan, lihat dunia sekali sebulan ya?


Cakap besar :
Ah Lynda tu pandai la dia tulis orang tu cakap besar, orang ni cakap besar. Dia pun sama BESAR sama CAKAP BESAR!
Cakap kosong :
Ah Lynda tu pandai la dia tulis orang tu cakap kosong, orang ni cakap kosong. Dia pun sama KOSONG sama CAKAP KOSONG!
Cakap dalam hati :
Ah sukahati Lynda-lah! Inikan sekadar berkongsi apa yang rasa. Ketika menulis entri ini, Lynda pun tersengih² macam kerang busuk sebab belom mandi lagi sudah celik mata celik IT!


Sekadar hiburan mata membaca ;)

12 komentar:

Fariza says:
at: 4 July 2011 at 09:06 said...

fariza suka !!!
betul kan.
mulut manusia mcm2.
lynda cntik banner. love it

LisaLisut says:
at: 4 July 2011 at 09:09 said...

oh i like! :)

hazlynda kushairi says:
at: 4 July 2011 at 09:13 said...

FARIZA :
oh banner, terima kasih. tiba mood, banner pun tukor ;P

hazlynda kushairi says:
at: 4 July 2011 at 09:13 said...

LISA ELENA :
Oh, i loike u too!

shukrin farahdiba @ ceklala says:
at: 4 July 2011 at 09:46 said...

hahaha...ragam dunia :)

Hidayati Farhan says:
at: 4 July 2011 at 10:04 said...

kesian dkt anak kpd aunty ckp besar kan. dia yg org pandang serong, pdhal dia x salah apa. hahaha

CikPuan Fara says:
at: 4 July 2011 at 10:24 said...

hahaha ragam manusia. pelbagai kerenah. paling selalu tgk situasi parents gahkan anak tapi xde ape pun sebenarnya ;p

Cik Emie says:
at: 4 July 2011 at 11:14 said...

hiburan n peringatan..good one lynda :)

Fiza Amran says:
at: 4 July 2011 at 12:57 said...

nasihat penuh bermakna

UyaRayza says:
at: 4 July 2011 at 13:11 said...

nice one lynda hehehe..tergelak ok baca hehehe

fitria says:
at: 4 July 2011 at 18:27 said...

haha..sweet la lynda ni.. i likeee

oshinz says:
at: 7 July 2011 at 13:53 said...

hahahahaha.. kite pun belum dapat keje lagi. sape bos kat sini mau guna pekerja?!!!! saya mop lantai pun boleh.

Stalking Me!

Kamsahameeda!

Spread the love

"Spread love everywhere you go: first of all in your own house. Give love to your children, to your wife or husband, to a next door neighbour... Let no one ever come to you without leaving better and happier. Be the living expression of God's kindness; kindness in your face, kindness in your eyes, kindness in your smile, kindness in your warm greeting."

by Mother Theresa

RH Pre-Wedding

RH Pre-Wedding
We enjoyed the moment! Just smile and the pictures will be awesome!

RH Engagement

RH Engagement
It was in year 2009. A small celebration between two families :)

RH Wedding

RH Wedding
Our experience working independently for the big day which fell on a very auspicious date, 1.1.11 *smile*

RH Saranghae

RH Saranghae
A story of our humble abode.

RH Travelogue

RH Travelogue
“Traveling – it leaves you speechless, then turns you into a storyteller.” – Ibn Battuta

Tabung Gajah

Inspirations

Buddies

They blog on weddings

They call me, Lunda.

The Writer

My Photo
hazlynda kushairi
Nama pendek, Lynda ;)
View my complete profile

Alhamdulillah

Alhamdulillah
Terima kasih, 4Weddingku!

RH Journey

Daisypath Anniversary tickers

February 2016

February 2016
We are featured in Impiana February 2016

June 2011

June 2011
We are featured in Pengantin June 2011

May 2011

May 2011
We are featured in Pengantin May 2011

April 2011

April 2011
We are featured in Pengantin April 2011

March 2011

March 2011
We are featured in Pengantin March 2011