Search

.

Content

Tentang blog

Ini adalah blog peribadi saya. Segala pendapat yang dinyatakan adalah idea dan rekaan saya sendiri. Jangan menganggap bahawa anda mengenali saya kerana anda membaca blog ini secara kebetulan. Diharapkan anda menghormati sy dan tidak menjadi penyiasat psiko. Semua pandangan atau pendapat yang ditulis dalam blog ini adalah peribadi dan milik sy sepenuhnya. Sy berhak mengawasi agar menghormati sensitiviti, agama dan politik.

Terima kasih,
Hazlynda Kushairi


#Chanteks

Wednesday, 20 July 2011

Gelap seketika

Assalammualaikum ;)

Rabu lalu, Bonda pulang dari kursus dari Jabatan Pendidikan, badan sudah tidak enak. Sy sempat bergurau dengan Bonda, "Itulah you.... hantu durian. Jangan makan banyak, you degil, kan dah rasa nak demam."

Apa punya anak!

Rasa bersalah yang amat bila bergurau "kasar" dengan Bonda. Keesokannya harinya, jam loceng berdering, hati terdetik, "Dah pukul 6.30 pagi, kenapa Mama tak siap ke sekolah?" Rupa-rupanya..... "Mama demam lah, badan rasa sejuk sangat, nanti pagi kita ke klinik?" Oh, Bonda demam rupanya. Hati nakal terdetik lagi, "Mesti demam durian ni, kene sorok durian lepas ni" Selepas pulang dari makan tengahari, bergegas sy batalkan kelas petang kerana Bonda sudah hubungi, badannya sangat lemah dan minta agar sy segera pulang. Sempat juga memilih klinik mana mahu pergi, biasanya rekod yang sedia ada di Rahman Putra. Bonda malas hendak ke klinik BSD, sebab jarang sama sekali ke sana.

Hari minggu yang lalu, husben pulang kerana sudah berjanji dengan ibu mertua (IM) mahu pulang ke Nogori setelah 6 bulan berkahwin, husben tidak berkesempatan untuk pulang ke Nogori kerana cutinya yang singkat. Dalam hati sudah bergelodak, disini Bonda sedang demam panas, disana IM sedang menanti kepulangan pengantin basi. Keliru seketika. Untuk tidak mengecewakan mana-mana pihak, Bonda tinggal di rumah Makcik di Sungai Buloh sementara sy dan husben pulang ke Nogori sabtu dan ahad lalu. Sabtu sudah, Bonda pergi ke klinik semula untuk rawatan, dibawa oleh Ijad. Doktor bilang kalau sabtu masih demam kita ambil darah - NAN ADO! Diberi antibiotik dan ubat tahan sakit. Hati sudah tidak keruan di Nogori, sekejap sahaja sms Makcik untuk tanya khabar Bonda.

Kelmarin, 18 Julai, sambutan hari lahir Bonda yang tiada maknanya seperti tiada sambutan kerana Bonda tidur dengan keadaan lesu sahaja. Tidak bermaya, tiada selera makan, badan lenguh. Semalam pula sy bawa semula Bonda ke klinik dan akhirnya doktor mengambil darah Bonda untuk dihantar ke makmal. Kalau hari Sabtu yang lalu sudah ambil darah kan senang?

Malam sudah, mereka menghubungi kerana Bonda positif demam denggi. Sy bergegas menyediakan beg pakaian Bonda dan segala keperluan yang perlu dibawa bersama. Dalam hati berdoa, "Moga-moga dapat bilik seorang, boleh temankan Mama kat sana" Rupanya sy bermimpi, tidak ada bilik perseorangan yang kosong, harus tunggu hingga tengahari esok. Bersabar. Ini kali pertama Bonda dimasukkan ke dalam wad. Sy tahu bagaimana perasaannya, pasti gundah gulana, takut, tidak selesa, sy pasti. berat hati meninggalkan Bonda tadi. Pasti tidurnya tidak lena. Sebelum pulang Bonda bilang, "...kan best kalau you boleh temankan Mama"

Sayu.

Tahun 2009 yang lalu, sy dimasukkan ke dalam Putra Medical Centre dua hari sebelum majlis pertunangan akibat denggi. Ketika itu sy baru berjinak didalam dunia blog, sy masih punya entri tersebut di sini - Daku diserang Aedes!!! Perasaan? Tak usah ditanya, Allah sahaja yang tahu. Bila sudah tangguh segala persiapan, perasaan berdebar hendak menjadi tunangan orang sudah hambar dan tidak ada perasaan lagi, tidak seperti kali pertama perasaan teruja dulu. Menulis entri di katil no 2, wad 7. Kenangan dan dugaan bertunang.

Tahun 2010 pula, sy tidak dimasukkan ke dalam hospital tetapi menjaga Arwah Nenda yang dimasukkan ke dalam hospital akibat serangan strok kali kedua. Pasti ada diantara kalian yang terdetik dihati, "Ala, asal sikit tentang Arwah nenda dia, boring aku baca 67 kali!" Maafkan sy, hubungan antara sy dengan Arwah bukan sekadar nenek dengan cucu tetapi Arwah adalah segalanya bagi sy, pendengar setia, penapis calon suami, mesin atm bergerak, penyimpan rahsia, Arwah adalah kawan, sahabat baik, ibu, nenek bagi sy. Sy pernah menulis entri ketika di hospital menjaga Arwah di entri ini - Doa buat Nenda tercinta. Ini semua kenangan yang sy ada ketika merawat dan menjaga Arwah.

Tahun 2011 ini, Bonda pula yang dimasukkan ke dalam Putra Medical Centre, hospital yang sama seperti sy mendapat rawatan dan wad 7 yang sama cuma katil no 4 diatas sakit yang sama iaitu denggi. Kasihan melihat keadaan Bonda. Dahulu ceria dan banyak bercakap, semenjak demam, tidak bermaya dan malas berbicara. Sy faham keadaan Bonda. Disangkakan demam durian rupanya denggi.

Malam sy hari ini berseorangan. Selalunya ditemani Bonda jika husben tidak pulang. Bonda di wad, sy di rumah Makcik. Bonda pasti tidak selesa kerana sebelum pulang, Bonda ingatkan sy berkali², "Esok you datang awal sikit jam 7 pagi ke?" Kasihan.

Mama,
Maafkan Lynda ya Mama? I ingatkan you demam durian, I baru satu ulas, you sudah 3 ulas. Tak sangka pula you kena denggi. Tentang sekolah, lupakan sahaja, ini bukan masa untuk fikirkan tentang Kementerian datang membuat pantauan ke, Jabatan datang membuat pemeriksaan ke, lebih baik rehatkan minda dan fikir untuk pencen lebih awal *hehe* Moga cepat sembuh. Balik nanti kita sambut hari lahir Mama dan juga Afrin. Love you!

Dunia sy gelap, malam sy bertambah gelap.

Gelap seketika.

22 komentar:

Cik NeyNa says:
at: 20 July 2011 at 09:01 said...

takde saper yang harus boring kalau u nak talk bout ur late grandma..its yours honey..citer jer pe yang nak diluah...terutamanya tentang yang kita sayang..kan?

♥ dak pink says:
at: 20 July 2011 at 09:08 said...

Setuju dgn cik neyna. Blog kita, ikut suka kita lah nak tulis apa. =)

Ada orang kata air 100plus elok diminum oleh orang yang kena denggi. Cubalah, mana tahu demam bonda boleh kebah.

kaklong says:
at: 20 July 2011 at 09:14 said...

terharu kak long baca post cik puan lynda ni..

pe pun, doa anak solehah akan dimakbulkan Allah...Insyallah..

kak long pun kat sini doakan bonda u sihat nnt..amin

mohon utk take cre die lebih tak sama dgn demam biasa ye dear...

♥ balkidz_hunny ♥ says:
at: 20 July 2011 at 09:14 said...

Setiap kali ko mention nama arwah MakTok, aku mesti akan sayu teringat entry2 ko pasal die.


Semoga Mama ko cepat sembuh Lynda. dan kau....HARUS Tabah okey!

*hugs*

aZeeMaH says:
at: 20 July 2011 at 09:19 said...

erkk..cuba makan sup ketam...ada org kata elok juga utk org denggi...

moga ibu lynda cepat sembuh yer.amin

shukrin farahdiba @ ceklala says:
at: 20 July 2011 at 09:22 said...

be strong babe..allah loves u :)

rara pinkmafia says:
at: 20 July 2011 at 09:33 said...

jgn berseday dear.hopefully ur mom cepat sembuh ya =) smile...

farahfatihah says:
at: 20 July 2011 at 09:42 said...

moga bonda kamu cepat sembuh yer sayang *hugs*

Reen Tart Nenas says:
at: 20 July 2011 at 09:50 said...

get well soon bonda!

nYomeL says:
at: 20 July 2011 at 10:42 said...

Semoga mama lynda cepat sembuh. Amin!
Be strong ye lynda.

*hugs&kisses*

fitria says:
at: 20 July 2011 at 11:04 said...

insyaAllah takdek ape2 k lynda.. kami semua doakan ur mom cepat sembuh..

UyaRayza says:
at: 20 July 2011 at 13:42 said...

semoga ur mum semboh cepat..insyaallah semuanya akan ok semula..doa byk2 yer dear

natrah jaafar says:
at: 20 July 2011 at 13:59 said...

huhuhu...semoga cepat sembut..sy pon merasa jugak sbb makan durian esoknye terus admitted kat hospital selama 4 hari...hantu durian..hihi

nadeera says:
at: 20 July 2011 at 14:42 said...

kena byk minum air..mkn buah tembikai n sup ketam..100 plus pun ok..kita cuba selagi boleh..moga BONDA cepat sembuh k.amin :-)

Fiza Amran says:
at: 20 July 2011 at 15:11 said...

dear.minum banyak air , plus air pegaga untuk turunkan suhu badan

anaztasias nora aira says:
at: 20 July 2011 at 18:50 said...

semoga cepat sembuh ur mom lynda. Insya Allah.

Khairiyah aka Kerry says:
at: 20 July 2011 at 22:15 said...

hi lynda, kerry ni.hope your mom get well soon.. bagi makan betik n minum air banyak2 k.

ederq says:
at: 21 July 2011 at 09:35 said...

get well soon aunty! lynda, putra medical centre ni dekat je dgn my house. i dulu pon deliver sini. i lost ur fon num beb. nt bagi!

Sarah Abd Rahim says:
at: 21 July 2011 at 13:32 said...

Banyak² bersabar k? Aku doakan semoga Bondamu cepat sembuh..

Love you Hazlynda Kushairi!! x0x0

FareeZan says:
at: 21 July 2011 at 16:58 said...

weyy mak kau dh kua spital ke belom? hope cepat sembuh.buat sup ketam.

kelipkelipchumel says:
at: 24 July 2011 at 16:30 said...

moga your mom cepat sembuh ye..

hazlynda kushairi says:
at: 30 July 2011 at 20:28 said...

UNTUK SEMUA :

Thanks korang semua sbb beri kata semangat dan mencadangkan ;)

Stalking Me!

Kamsahameeda!

Spread the love

"Spread love everywhere you go: first of all in your own house. Give love to your children, to your wife or husband, to a next door neighbour... Let no one ever come to you without leaving better and happier. Be the living expression of God's kindness; kindness in your face, kindness in your eyes, kindness in your smile, kindness in your warm greeting."

by Mother Theresa

RH Pre-Wedding

RH Pre-Wedding
We enjoyed the moment! Just smile and the pictures will be awesome!

RH Engagement

RH Engagement
It was in year 2009. A small celebration between two families :)

RH Wedding

RH Wedding
Our experience working independently for the big day which fell on a very auspicious date, 1.1.11 *smile*

RH Saranghae

RH Saranghae
A story of our humble abode.

RH Travelogue

RH Travelogue
“Traveling – it leaves you speechless, then turns you into a storyteller.” – Ibn Battuta

Tabung Gajah

Inspirations

Buddies

They blog on weddings

They call me, Lunda.

The Writer

My Photo
hazlynda kushairi
Nama pendek, Lynda ;)
View my complete profile

Alhamdulillah

Alhamdulillah
Terima kasih, 4Weddingku!

RH Journey

Daisypath Anniversary tickers

February 2016

February 2016
We are featured in Impiana February 2016

June 2011

June 2011
We are featured in Pengantin June 2011

May 2011

May 2011
We are featured in Pengantin May 2011

April 2011

April 2011
We are featured in Pengantin April 2011

March 2011

March 2011
We are featured in Pengantin March 2011