Search

.

Content

Tentang blog

Ini adalah blog peribadi saya. Segala pendapat yang dinyatakan adalah idea dan rekaan saya sendiri. Jangan menganggap bahawa anda mengenali saya kerana anda membaca blog ini secara kebetulan. Diharapkan anda menghormati sy dan tidak menjadi penyiasat psiko. Semua pandangan atau pendapat yang ditulis dalam blog ini adalah peribadi dan milik sy sepenuhnya. Sy berhak mengawasi agar menghormati sensitiviti, agama dan politik.

Terima kasih,
Hazlynda Kushairi


#Chanteks

Tuesday, 5 July 2011

Membaca, memperingati dan memberi

Assalammualaikum ;)

Hari minggu sudah, sy pernah naikkan link ini di facebook mahupun di group FSSR dan Blogger Brides Forever. Semoga kita semua membaca, memperingati dan memberi.

Membaca.

Sabtu lalu buat pertama kali sy jenguk blog Kak Moon melalui link seorang kawan di facebook. entah kenapa hati sy mahu terus membaca blog Kak Moon. Berterus-terang, sy jarang sekali blog walking sejak sudah berkahwin ni. Pemalas. Sy memulakan pembacaan sy dari pagi hinggalah ke tengahari, al-maklumlah Bonda ke sekolah untuk larian 1 Malaysia. Rumah tiada apa yang bersepah melainkan bilik, baju sudah siap di ampaian, selesai semua terus mebaca dari satu entri ke entri yang lain hinggalah ke entri yang terbaru.

Kisah mengenai biras Kak Moon, Norma yang menghidap sakit brain tumor. Daaripada penulisan Kak Moon, beliau merupakan biras yang sangat mengambil berat dan tidak pernah membezakan pertalian dan darah yang mengalir. Sy tidak dapat menceritakan segalanya tentang Norma disini, selebihnya ada baiknya kalian sendiri mulakan bacaan itu di entri Kak Moon yang telah dikompilasikan tentang Norma, di sini,


Membaca sendiri ada baiknya daripada mendapat berita yang disampaikan. Sy sendiri bergenang airmata membaca kesemua entri kisah duka yang dilalui oleh Norma. Hati sy sayu kerana sy tahu bagaimana perasaan menjaga orang sakit dan bagaiman perasaan bile orang yang paling kita sayangi sakit seperti itu. Keluarga dan keluarga mertua Norma sangat tabah dan sentiasa memberi dorongan kepada Norma lebih lagi, suaminya Talib.

Memperingati.

Kita yang sihat seharusnya beringat dan sentiasa bersyukur dengan apa yang diberikan serta ditakdirkan dalam hidup kita, Allah sudah tentukan bahagian masing-masing. Kalau kita rasa kita susah, ada yang lebih susah daripada kita. Kalau kita rasa kita miskin, ada yang lebih miskin daripada kita. Kalau kita rasa kita sakit, ada yang lebih sakit daripada kita. Kalau kita rasa kita hebat, ada yang lebih hebat daripada kita. Kalau kita rasa kita besar, ada yang lebih besar daripada kita iaitu Allah.

Melihat sahaja gambar yang ada di dalam semua entri Kak Moon, hati sy makin sayu, makin deras airmata seperti air terjun di Lata Iskandar. betul kata Kak Moon, siapa kata tiada lelaki seperti Seth Tan di dunia ini? Talib, suami Norma yang sentiasa disisinya, tatkala pulang dari kerja terus ke sisi isteri, anak mereka, Rafiq kini dijaga oleh Ibu Talib.

Sayu melihat Norma di katil hospital, di rumahnya.

Melihat Norma minum susu melalui ryles tube, sy tahu itu sangat sakit.

Hati bertambah sayu melihat Rafiq, anak mereka di pangkuan Norma. Norma mendapat tahu tentang sakitnya apabila di dalam pantang. Apakah perasan kita jika ditempat Norma pada ketika itu? Kasih ibu hingga ke syurga.

Apatah lagi melihat gambar Talib. suami Norma yang sentiasa disisi Norma tidak kira penat dan waktu. Sokongan daripada suami yang sangat diperlukan pada ketika itu sebagai pembakar semangat untuk Norma terus menentang sakitnya itu. Hati sy sayu melihat genggaman erat tangan seorang isteri yang sedang berusaha melawan sakitnya. Norma dan Talib sangat tabah menghadapi dugaan Allah.


Memberi.

Memberi di dalam konteks ini membawa dua maksud iaitu berdoa dan bersedekah. Mereka bukan meraih simpati atau populariti seperti gadis bawahan umur dahulu. Ini adalah kisah benar. Jika kita tidak dapat menghulurkan wang ringgit, sebaliknya kita berdoa agar Norma dapat pulih seperti dahulu. Kasihanilah Rafiq, anak kecil yang tidak tahu apa. Kasihanilah Talib, suami Norma yang tabah. Kasihanilah Norma, seorang guru yang kini sedang melawan sakitnya. Semoga doa kita semua diperkenankan oleh Allah. Mereka juga tidak meminta serartus atau seribu untuk didermakan, duit yang dihulurkan adalah ikhlas dan tidak perlu riak dengan pemberian itu.

Kepada yang berminat, boleh hulurkan bantuan kalian ke akaun,

CIMB
01070.06867.7528
NOORMAWATI MOHD RASIF

Semoga Allah membalas segala jasa baik kalian.
Bersama kita doakan yang terbaik buat Norma.

13 komentar:

♥ dak pink says:
at: 5 July 2011 at 09:10 said...

Sekali lagi nanges lepas bace entri ni.

Semoga Allah meringankan beban Norma dan keluarganya. Amin.

amy fahmi says:
at: 5 July 2011 at 09:27 said...

sedih. T_T

UyaRayza says:
at: 5 July 2011 at 09:28 said...

ade baca jugak kat blog kak moon..sedih sgt5..marilah kite berdoa..

K.I.N.A says:
at: 5 July 2011 at 10:37 said...

sedihnya..besar dugaan Allah kepada beliau..

Miss Moon says:
at: 5 July 2011 at 10:38 said...

thanks dear

i really really appreciate it ...akak walau dah bebulan ngan dia org everytime tulis ...time tew jugaks air mata nih mengalir ...lepas tew baca apa yg u tulis nih pun air mata ai pun bergenang je ...

thanks sebab sudi share nih kat ur lovely blog

moga Allah bless u and ur family

Regards
Moon

AIDA MUNIRAH AZMI says:
at: 5 July 2011 at 13:58 said...

Salam.

Felt so sad reading Norma' cancer experience. I am only 25 and also a cancer patient and had undergo chemo & radiotherapy. I might not be good at giving advice but I would suggest for Norma to get a second opinion. Try consult with Dr Mohamed Kamal of SDMC Cancer Centre. Also, tak salah if ikhtiar lebih, I would recommend 4Life Transfer Factor. May I know how I can contact Norma? Probably I can get my 4Life Consultant to pay her a visit? InsyaAllah, if all fails, tak salah kita mencuba... I documented my cancer journey in my blog http://munirah18.blogspot.com/ to share my experience with other cancer patients.

Regards,
Aida.

PussyCat says:
at: 5 July 2011 at 15:30 said...

sis!sedihnya!

hazlynda kushairi says:
at: 5 July 2011 at 15:48 said...

DAK PINK :
Sesame kita doakan untuk Norma.

Amy :
doakan untuk Norma ya babe.

UYA :
Sesame kita doakan untuk Norma ek Uya ;)

KINA :
berat dia memikul, berat lagi mata kita memandang. Doakan kesihatan Norma ye Kina ;)

hazlynda kushairi says:
at: 5 July 2011 at 15:51 said...

KAK MOON :
most welcome kak. Takpelah, kita ikhtiar dan menolong sesama Islam. Berkat doa kawan² blog mungkin sedikit sebanyak dapat membantu keluarga Norma. Terima kasih Kak Moon sudi jenguk blog kita.

lynda takde niat nak buat orang menangis baca blog ni tapi lynda sendiri pernah lalui apa yang keluarga akak lalui, bukan senang menjaga orang sakit.

Semoga Allah perkenankan doa kami semua.

hazlynda kushairi says:
at: 5 July 2011 at 15:56 said...

AIDA :
Hi Aida, I've read your blog since last year. Do you know Aunty Rashidah Ali? She's my aunt and I've got your link from her.
To reach Kak Moon, you can pm her @fb or blog. I get in touch with Kak Moon on fb.
On 4Life transfer factor, my late grandma took that too. its kinda expensive but alhamdulillah at least we've tried our best for her. With 4Life, she's getting better each day but its fate, she left us after 8 months bed-ridden at home under our (me and my mom) care.
I suggested 4Life to Kak Moon, she knew about it and they bought it for Norma as well.
Aida, you're very strong. I cried reading ur stories.
Thank you for sharing Aida ;)

hazlynda kushairi says:
at: 5 July 2011 at 15:56 said...

PUSSY CAT :
Doakan untuk Norma ya ;)

cik yaya says:
at: 6 July 2011 at 09:24 said...

talib kuat gila kann?sobss
hari2 aku tggu kak moon update pasal norma huuu

hazlynda kushairi says:
at: 6 July 2011 at 13:02 said...

KAK YA :
aku pun same, sekarang ni tiap pagi bukak blog Kak Moon. untung dapat biras mcm Kak Moon.

Stalking Me!

Kamsahameeda!

Spread the love

"Spread love everywhere you go: first of all in your own house. Give love to your children, to your wife or husband, to a next door neighbour... Let no one ever come to you without leaving better and happier. Be the living expression of God's kindness; kindness in your face, kindness in your eyes, kindness in your smile, kindness in your warm greeting."

by Mother Theresa

RH Pre-Wedding

RH Pre-Wedding
We enjoyed the moment! Just smile and the pictures will be awesome!

RH Engagement

RH Engagement
It was in year 2009. A small celebration between two families :)

RH Wedding

RH Wedding
Our experience working independently for the big day which fell on a very auspicious date, 1.1.11 *smile*

RH Saranghae

RH Saranghae
A story of our humble abode.

RH Travelogue

RH Travelogue
“Traveling – it leaves you speechless, then turns you into a storyteller.” – Ibn Battuta

Tabung Gajah

Inspirations

Buddies

They blog on weddings

They call me, Lunda.

The Writer

My Photo
hazlynda kushairi
Nama pendek, Lynda ;)
View my complete profile

Alhamdulillah

Alhamdulillah
Terima kasih, 4Weddingku!

RH Journey

Daisypath Anniversary tickers

February 2016

February 2016
We are featured in Impiana February 2016

June 2011

June 2011
We are featured in Pengantin June 2011

May 2011

May 2011
We are featured in Pengantin May 2011

April 2011

April 2011
We are featured in Pengantin April 2011

March 2011

March 2011
We are featured in Pengantin March 2011