Search

.

Content

Tentang blog

Ini adalah blog peribadi saya. Segala pendapat yang dinyatakan adalah idea dan rekaan saya sendiri. Jangan menganggap bahawa anda mengenali saya kerana anda membaca blog ini secara kebetulan. Diharapkan anda menghormati sy dan tidak menjadi penyiasat psiko. Semua pandangan atau pendapat yang ditulis dalam blog ini adalah peribadi dan milik sy sepenuhnya. Sy berhak mengawasi agar menghormati sensitiviti, agama dan politik.

Terima kasih,
Hazlynda Kushairi


#Chanteks

Monday, 1 August 2011

Marhaban ya Ramadhan!

Assalammualaikum ;)

Selamat hari Isnin. Hari yang disambut dengan penuh kesyukuran tidak seperti hari Isnin yang biasanya dilalui dengan rasa malas dan sangat malas. Mood sy juga berbeda di pagi ini. Header baru ditukar sempena 7 bulan berkahwin ;) Syukur alhamdulillah. Moga ikatan ini berkekalan hingga ke syurga. Amin.


Hari ini hari Isnin.

Hari pertama di dalam bulan Ogos tahun 2011.

Hari pertama umat Islam seluruh dunia menyambut Ramadhan.

Hari pertama sy menyambut Ramadhan tanpa Arwah Nenda.

Hari pertama sy menyambut Ramadhan bersama husben.

Ramadhan tahun ini merupakan ramadhan bercampur baur rasanya. Ada suka ada duka, ada gembira ada lara, ada bermakna dan adakala tidak.

Buat pertama kalinya sy menyambut ramadhan tanpa Arwah Nenda. Subhanallah. Perasaan sayu itu sentiasa ada. Ikatan diantara kami terlalu kuat dan semua kenangan bersama Arwah terlalu indah untuk dikenang. Seperti tahun-tahun sudahnya, menjadi kebiasaan Arwah apabila Ramadhan tiba, Arwah pasti membuat kenduri tahlil untuk Arwah Wan dan yang lain. Tahun ni, kami pula yang menyambung apa yang pernah dilakukan oleh Arwah tetapi agak berlainan, kenduri tahlil diadakan di Pulau Pinang, kampung Arwah Nenda sebelah ibunya. Dulu, apabila Ramadhan tiba, Arwah Nenda akan masak rendang. Rindunya pada masakan Arwah. Selalunya hujung minggu, rumah Arwah pasti dikelilingi dengan anak² dan cucu² sehingga penuh rumah Selayang tetapi kini tidak lagi, keluarga sudah berpecah setelah Arwah pergi.

Seperti tahun sebelumnya, kami sahur bertiga, Bonda, sy dan bibik. Setelah selesai sahur, mulalah menukar lampin Arwah, lap badannya, menukar pakaian dan memberi susu serta ubat. Itu adalah rutin harian sy. Hari ini, apabila kami membuka siaran Oasis, teringat pada Arwah kerana tv di dalam bilik Arwah akan sentiasa berkumandang Indahnya Iman. Kenapa Arwah pergi meninggalkan sy dan Bonda begitu cepat? Masih terlalu banyak yang ingin sy kongsikan bersama Arwah. Sy ingin menolong di dapur sambil belajar memasak dengan Arwah, sy ingin mengaji dan solat terawih bersama Arwah setiap malam, sy ingin sentiasa berada disisi Arwah. Ya Allah, hanya Dia yang tahu bagaimana perasaan sy ketika Arwah pergi meninggalkan sy dan ketika saat ini dimana semua pihak menyalahkan sy dan Bonda. Arwah pasti tahu apa yang berlaku diantara anak² cucu² beliau di muka bumi ini.

Maaf sy emosi, sy terlalu rindukan Arwah saat ini.

dan....

Buat pertama kalinya sy menyambut Ramadhan bersama husben. Agak terkejut apabila husben menghantar sms tengahari semalam ,"Awak, sy balik KL hari ni, projek dah habis, sy ambil cuti 2 hari sampai Selasa." Alhamdulillah. Allah mengizinkan kami untuk sahur bersama dan berbuka bersama hari ini. Sepesrti tahun sebelumnya, husben akan datang berbuka pada hujung minggu sahaja itu pun pada awal dan hujung sebelum pulang ke kampung halaman. Suatu pengalaman yang sememang manis untuk dikenang. Bangun seawal 4.30 pagi untuk menyediakan sahur untuk Bonda dan husben. Bonda pun terkejut kerana sy bangun lebih awal daripadanya. Mungkin teruja dan tidak sabar menjalankan tanggungjawab menyediakan sahur untuk keluarga.

Husben tidak banyak karenah, beliau makan apa sahaja yang disediakan kecuali ikan. Tolong jangan tanya sy kenapa tetapi itulah hakikatnya. Husben tidak makan ikan dan durian dari kecil hinggalah ke hari ini. Rugi kan? Ikan itu protein, durian itu raja buahan, sedangkan pelancong pun datang ke Malaysia untuk menikmati durian. Rugi besar tapi sy yang untung.

Sudahlah.

Di hari yang penuh dengan keredhaan dan keberkatan dari Allah s.w.t, sy sekeluarga ingin memohon maaf seandainya adalah yang terluka dan terasa apabila membaca blog ini, maaf juga diatas kesalahan, kesilapan, kekhilafan yang andaikata pernah kami lakukan secara sengaja ataupun tidak.


Salam Ramadhan dari kami bertiga ;)

15 komentar:

rara pinkmafia says:
at: 1 August 2011 at 09:17 said...

doakan nenda lynda bersama insaninsan soleh.

selamat berpuasa.

shukrin farahdiba @ ceklala says:
at: 1 August 2011 at 09:35 said...

selamat berpuasa. moga puasa pada tahun ini lebih bermakna dari yang sebelumnya :)

LisaLisut says:
at: 1 August 2011 at 09:45 said...

i br nk ckp,ha?bertiga? rupanya ade nama Azimah di situ.hehe.

happy for u dpt bersama husben di hari pertama puasa.

slmt berpuasa too 3 of u too :)

neeza the gojes says:
at: 1 August 2011 at 10:07 said...

Puan Lynda CBL : Selamat BERPUASA for both triple of u :) Smoga mendapat keberkatan dan keredhaan dari Tuhan di bulan yg mulia ini, AMIN.

yUmIe says:
at: 1 August 2011 at 11:25 said...

husband aku xmkn ikan air tawar and kurang mkn durian..lbh kurang jela tu kn??tp mmg kte yg untung..haha.

selamat berpuasa pn lynda:)

FareeZan says:
at: 1 August 2011 at 11:55 said...

ewah.ewah. masak pe yam?harap thn dpn aku plak merasa bgn 4pagi.ehem.

arwah tahu kau rindu dia,,bln ni mesti die dtg melawat kau:)

nYomeL says:
at: 1 August 2011 at 12:07 said...

Alhamdulillah.. Ramadhan dtg lagi.
Salam Ramadhan buat lynda dan family.

*Doakan Nenda bahagia di sana. InsyaAllah...

Kukiskuskus says:
at: 1 August 2011 at 12:23 said...

selamat puasa mek!!!

Sue.Mr.Faris says:
at: 1 August 2011 at 14:40 said...

selamat berpuasa lynda :) nanti tgk inbox ye. sy ada PM :) Sue Malerk :)

CouLeur de Chiqu3 says:
at: 1 August 2011 at 15:23 said...

selamat berpausa disamping insan terchenta !!

maafkan ko adaer salah silap yer...

0-0

CouLeur de Chiqu3 says:
at: 1 August 2011 at 15:23 said...

*kalo

mizzura says:
at: 2 August 2011 at 13:11 said...

salam ramadhan :-)

oshinz says:
at: 3 August 2011 at 14:10 said...

okehla tu, tak makan ikan daripada tak makan sayur. ehehehe. selamat berpuasa sis!!

sarahhernyzar says:
at: 4 August 2011 at 13:07 said...

bday saya juga...weee~!!!

jasonfan says:
at: 4 August 2011 at 15:25 said...

The garder Alex Rubel tells us that there have been held three Flower girl dresses in the rainforest, there are still many new people booking their wedding here. Everyone want to have a speacil memory in the forest, they have expect the Wedding Jackets in a different area to have a special experience.
People like close to nature, Top Organza Wedding Dress which made the rainforest becomes an excellent place to get married. The rainforest are not boring at all, you can close to various animals.

Actully, the level of closing to animals has left the Lace wedding dresses
of curious of the local “residents”. For they always go to inspect when there are cocktail parties. A fox go to attend the first wedding here which made the wedding interesting, and everyone like it very much. So why not try to have your Halter Wedding Dresses
in the tropical rainforest and leave a special memory in your life.
In regards to currently trend of wedding ceremony, in addition to Tropical Wedding, let’s take Switzerland as an example.

Stalking Me!

Kamsahameeda!

Spread the love

"Spread love everywhere you go: first of all in your own house. Give love to your children, to your wife or husband, to a next door neighbour... Let no one ever come to you without leaving better and happier. Be the living expression of God's kindness; kindness in your face, kindness in your eyes, kindness in your smile, kindness in your warm greeting."

by Mother Theresa

RH Pre-Wedding

RH Pre-Wedding
We enjoyed the moment! Just smile and the pictures will be awesome!

RH Engagement

RH Engagement
It was in year 2009. A small celebration between two families :)

RH Wedding

RH Wedding
Our experience working independently for the big day which fell on a very auspicious date, 1.1.11 *smile*

RH Saranghae

RH Saranghae
A story of our humble abode.

RH Travelogue

RH Travelogue
“Traveling – it leaves you speechless, then turns you into a storyteller.” – Ibn Battuta

Tabung Gajah

Inspirations

Buddies

They blog on weddings

They call me, Lunda.

The Writer

My Photo
hazlynda kushairi
Nama pendek, Lynda ;)
View my complete profile

Alhamdulillah

Alhamdulillah
Terima kasih, 4Weddingku!

RH Journey

Daisypath Anniversary tickers

February 2016

February 2016
We are featured in Impiana February 2016

June 2011

June 2011
We are featured in Pengantin June 2011

May 2011

May 2011
We are featured in Pengantin May 2011

April 2011

April 2011
We are featured in Pengantin April 2011

March 2011

March 2011
We are featured in Pengantin March 2011