Search

.

Content

Tentang blog

Ini adalah blog peribadi saya. Segala pendapat yang dinyatakan adalah idea dan rekaan saya sendiri. Jangan menganggap bahawa anda mengenali saya kerana anda membaca blog ini secara kebetulan. Diharapkan anda menghormati sy dan tidak menjadi penyiasat psiko. Semua pandangan atau pendapat yang ditulis dalam blog ini adalah peribadi dan milik sy sepenuhnya. Sy berhak mengawasi agar menghormati sensitiviti, agama dan politik.

Terima kasih,
Hazlynda Kushairi


#Chanteks

Monday, 8 August 2011

Menulis blog

Assalammualaikum ;)

Entri minggu sudah memang sangat lemau, ditambah pula dengan kehadiran "Siti Alwani". Terima kasih kerana sudi daftar diri semata² untuk menulis komen di blog yang jengkel ini.

Lupakan. Itu tidak penting.

Adakala sy terfikir, kenapa sy hendak menulis setiap pagi, apa yang hendak sy tulis setiap pagi. Dulu, sebelum berkahwin memang banyak perkara yang hendak dikongsi bersama. Rindunya waktu menulis ketika hendak berkahwin. Apa sahaja yang dibuat, pasti hendak dicatat, terlalu banyak yang hendak ditulis tetapi terlalu pendek masa yang ada saat itu. Kini, bila sudah berkahwin, tidak bermakna kehidupan sy membosankan kerana tiada apa yang hendak dikongsi bersama. Sejujurnya, sy tidak seperti pasangan yang lain, tinggal bersama suami, memasak untuk suami dan melakukan aktiviti riadah bersama suami. Kalau sy mempunya kesempatan begitu, pasti sy akan menulis tapi bimbang pula orang akan bosan membaca. Ada keinginan membuat entri tentang rumah, perkongsian hidup, pengalaman bersama tetapi belom tiba masanya, perkahwinan jarak jauh sangat menyiksa diri ;)

Apabila sy mula menulis tentang kehidupan yang sy lalui setiap hari, ada pula yang komen dan tidak berpuas hati. Sy bukan seorang yang menulis dan menokok tambah cerita bagi membuatkan ayat da nsetiap apa yang sy tulis itu melazatkan. Itu bukan sy. Sy menulis dari hati, mulut tertutup rapat dan jari menaip. Isi hati sy yang berkata dan jari menyampaikan melalui blog ini. Oleh sebab itu, sy ada menulis di bahagian kiri blog;

Do not assume that you know me because you read my blog and facebook on a regular basis. Please respect me. Don't be a psycho stalker. Any views or opinion represented in here are personal and belong solely to me.

atau

Ini adalah blog peribadi saya. Segala pendapat yang dinyatakan adalah idea dan rekaan saya sendiri. Jangan menganggap bahawa anda mengenali saya kerana anda membaca blog ini secara kebetulan. Diharapkan anda menghormati sy dan tidak menjadi penyiasat psiko.

Sekarang, menjadi sukar untuk sy menulis. Adakala sy dapat merasakan penulisan sy terbatas disebabkan perlu menjaga hati dan perasaan orang lain tetapi bak kata semua yang meninggalkan komen di entri sebelumnya iaitu ".....Blog you, sukahati you-lah!" Ada kebenarannya, sy tidak mahu bersikap angkuh dan ego di dalam hal ini tetapi sy pernah terdetik bahawa sy menulis hanya sekadar apa yang ingin sy kongsikan dan melalui perjalanan hidup sy. Sy juga tidak pernah mencerita apa yang sebenarnya berlaku di dalam keluarga dan itu adalah sangat peribadi dan tidak pula sy berkongsi disini untuk mengaibkan atau meraih simpati kepada kalian semua. Ada juga yang memberi pendapat supaya sy menukar url atau privasi blog ini, bukan sy tidak mahu tetapi sy tidak takut kerana sy tahu sy di landasan yang benar ;)

Menulis blog juga bukan semata-mata mendapatkan follower yang paling ramai. Sy tidak mengharap mempunyai follower yang ramai seperti yang sudah mencipta nama. Cukup sekadar menjadi diri sendiri. Mereka yang mengenal diri sy, walaupun kami kawan di alam maya, mereka juga tahu sy seorang yang bagaimana. Tidak mengatakan bahawa sy disukai ramai tetapi sy percaya keikhlasan sy berkawan dengan mereka membuatkan mereka menghargai persahabatan di alam maya ini. Sy tidak pernah berpura menjadi yang terbaik sebaliknya sy cuba untuk menjadi yang terbaik.

Ada juga salah seorang pembaca blog bernama Nur Halimah bilang, "...ayat akak superb.kdg pk rajin nya akak tulis2 mcm tu.mybe akak rajin membaca dgn cakap kot.dats y ayat2 yg akak tulis sedap ja bila baca.tu yg suka baca blog akak:) suka jugak entri terbaru tu.harap 1 hari dapat grab any stuff from CBL.cantik&kreatif.well done"

Sy kembang.

Sejujurnya sy tidak mengharap kalian untuk terus membaca dan suka pada gaya penulisan sy. Dahulu ketika awal menulis blog dan sepanjang tempoh persediaan kahwin, sy menulis mengikut suka hati dan penggayaan bebas. Entah kenapa tahun ni mula berubah. Hendak kata sy rajin membaca, tidak, sy paling benci membaca sebab itu subjek sejarah sy tidak pernah dapat A dari sekolah hinggalah ke peringkat universiti. Sy sangat tidak suka membaca tapi sy suka bercakap. Bagi mereka yang mengenali diri sy, sy suka bercakap dan gelak. Kalau di facebook, sy suka gelak terbahak² seperti gadis tidak sopan iaitu BAHAHAHAHA, gelak ikhlas dan puas. Sy seorang yang ceria walaupun di dalam ada luka. Sedalam mana luka tersebut, hati sy tetap riang.

Menjadikan blog ini penuh dengan emosi juga bukan kehendak sy. Menulis juga atas batasannya. Tidak semua yang diceritakan terlalu terperinci. Tanya sama hati, kenapa tulis begini? Sudah itu sahaja yang dirasakan buat masa ini, buat apa mahu menyorok rasa itu dan berlakon seperti kehidupan ini sangat sempurna?

Tepuk dada tanya selera.

Tidak mahu mengulas lebih lanjut. Takut ada pihak yang tersinggung.

Mohon maaf.

9 komentar:

PussyCat says:
at: 8 August 2011 at 09:19 said...

sis!juz continue on writing kayy..there are many readers awaiting for ur entry everyday. we cant please everyone so let it be kepada stalker. ;)

hazlynda kushairi says:
at: 8 August 2011 at 09:22 said...

PUSSYCAT :
susah kalau nak sedapkan hati orang membaca. tak reti nak karang ayat merdu untuk tenangkan mereka.

aurinh says:
at: 8 August 2011 at 09:34 said...

dear - you are blogging for you or for yourself - it is up to you how you want it to be. no one forcing them to read right?

keep be positive - do not worry what other ppl say - just focus on good things in your life like CBL, ur new life with hubster - and surely good vibes will reverberate towards you.

cheers!

aurinh says:
at: 8 August 2011 at 09:35 said...

oops grammar ntah apa2 lol.. sentences pun agak bonkers lol

the first sentence should go like this - are you blogging for you or for other ppl

Jan@Afzan says:
at: 8 August 2011 at 10:04 said...

dear Lynda.

salam ramadhan ke-8.

Be yourself lynda..Buat apa yang u senang. Kita memang payah nak sedapkan hati orang lain, tapi jgn risau ada orang lain lagi yang tetap menyokong & membaca blog Lynda dengan tekun..hehe

I really like ur word in every entry, kadang2 ada yg merangsang emosi dan ada yang membina semangat dan yang pasti ada juga entry yang buat jan ceria! Keep it up!

neeza the gojes says:
at: 8 August 2011 at 20:04 said...

Hazlynda: yup,me too suke bace belog u coz gaye penulissn yg best.keep up blogging,dear.

papaYA says:
at: 8 August 2011 at 22:57 said...

Dear,

I read your blog occasionally and I see nothing wrong. I love it. Your words are always written beautifully and I love reading about your relationship with your mother and arwah.

Recently, I was accused of being insensitive towards the preggers (I'm a ttc of 2 years) because of an entry I wrote in my blog. So she put up a status fb and she accused me back saying all sorts of hurtful things about me not being pregnant (indirectly, but I know it's meant for me).

It's easier for those to say to ignore it. But it's quite hard to actually not to care about these sort of people.

It's kinda cliche tapi bersabarlah ye.. These people don't pay for your food and bills..

*hugs&kisses*

Mimy Hamid says:
at: 9 August 2011 at 14:18 said...

why i'm like like to read ur blog..for me ur sincere..ur wrote deep form ur heart...keep blogging my dear...i'll be read..

Nadya Zahid says:
at: 15 August 2011 at 16:33 said...

yeahhhhhhhhhhh...lynda, just be urself beb...dont be sad...im always here for u bebeh :)

Stalking Me!

Kamsahameeda!

Spread the love

"Spread love everywhere you go: first of all in your own house. Give love to your children, to your wife or husband, to a next door neighbour... Let no one ever come to you without leaving better and happier. Be the living expression of God's kindness; kindness in your face, kindness in your eyes, kindness in your smile, kindness in your warm greeting."

by Mother Theresa

RH Pre-Wedding

RH Pre-Wedding
We enjoyed the moment! Just smile and the pictures will be awesome!

RH Engagement

RH Engagement
It was in year 2009. A small celebration between two families :)

RH Wedding

RH Wedding
Our experience working independently for the big day which fell on a very auspicious date, 1.1.11 *smile*

RH Saranghae

RH Saranghae
A story of our humble abode.

RH Travelogue

RH Travelogue
“Traveling – it leaves you speechless, then turns you into a storyteller.” – Ibn Battuta

Tabung Gajah

Inspirations

Buddies

They blog on weddings

They call me, Lunda.

The Writer

My Photo
hazlynda kushairi
Nama pendek, Lynda ;)
View my complete profile

Alhamdulillah

Alhamdulillah
Terima kasih, 4Weddingku!

RH Journey

Daisypath Anniversary tickers

February 2016

February 2016
We are featured in Impiana February 2016

June 2011

June 2011
We are featured in Pengantin June 2011

May 2011

May 2011
We are featured in Pengantin May 2011

April 2011

April 2011
We are featured in Pengantin April 2011

March 2011

March 2011
We are featured in Pengantin March 2011