Search

.

Content

Tentang blog

Ini adalah blog peribadi saya. Segala pendapat yang dinyatakan adalah idea dan rekaan saya sendiri. Jangan menganggap bahawa anda mengenali saya kerana anda membaca blog ini secara kebetulan. Diharapkan anda menghormati sy dan tidak menjadi penyiasat psiko. Semua pandangan atau pendapat yang ditulis dalam blog ini adalah peribadi dan milik sy sepenuhnya. Sy berhak mengawasi agar menghormati sensitiviti, agama dan politik.

Terima kasih,
Hazlynda Kushairi


#Chanteks

Monday, 15 August 2011

Rumah Idaman

Assalammualaikum ;)

Maaflah ya, sy sudah tidak punyai banyak masa untuk kemaskini blog setiap hari. Kalau ada pun pasti entri yang membosankan. Tetapi hari ini sy lebih bersemangat kerana kita sudah dua minggu berpuasa. Sudahkah kalian membayar zakat? Jangan lupa.

Entri hari ini kesinambungan entri minggu sudah. Gambar di dalam entri tersebut bukanlah rumah yang akan kami diami. Sy agak berbeda dengan pasangan pengantin baru yang lain. Dilahirkan sebagai anak tunggal merupakan tanggungjawab yang besar, hendak pula Bonda adalah ibu tunggal. Oleh kerana itu, dalam pemilihan husben, sy tidak memilih asalkan husben boleh terima Arwah Nenda dan Bonda seadanya. Sebelum berkahwin, sy cuma punya mereka berdua di dunia ini, Merekalah harta sy yang paling berharga, sebab itu apabila ada yang mencanang atau melibatkan maruah Nenda dan Bonda, sy akan meradang. Anak dan cucu mana yang tidak akan pertahankan? Sila bilang.

Sy dan husben tidak mempunyai plan selepas berkahwin kerana ketika itu Arwah terbaring di katil dan sy sendiri bilang pada husben bahawa sy tidak dapat mengikutnya ke Selatan kerana sy mempunyai tanggungjawab yang besar disini. Ya, sy tahu, tempat isteri disisi suami tetapi husben dan sy berhati dan perut, takkan kami membiarkan Nenda bersama Bonda disini? Alhamdulillah, husben seorang yang sangat memahami dan situasi menjadi lebih sempurna jika ada yang bertolak ansur. Dulu, ketika hayat Nenda masih ada, sy pernah bilang, "Nanti kalau dah kahwin, kalau Lynda pindah Johor, Maktok nak ikut tak?" Nenda bilang, "Maktok ikut" Kemudian sy bertanya lagi, "Kalau Lynda dan Razmie kerja, Mama ke sekolah, Maktok tinggal seorang macamana?" Nenda bilang lg, "Maktok pergi rumah Alloy, Lynda carilah dekat dengan rumah Alloy" Hajat membawa Nenda bersama tidak kesampaian.

Rumah Selayang.

Setelah Bonda berpisah dengan Abah, kami dua beranak berhijrah dan tinggal bersama Arwah Tokwan dan Maktok dalam erti kata lain, kami menumpang berteduh di rumah mereka. Ya, rumah Selayang itulah satu-satunya harta peninggalan Arwah. Walaupun rumah itu diberikan kepada Bonda atas dasar kasih sayang, ia tetap milik Arwah. Terlalu banyak kenangan di rumah itu. Sesungguhnya sy rindu pada Rumah Selayang. Rindu pada bilik sy, bilik Arwah, bilik Bonda dan persekitaran Selayang. Dari kecil hinggalah dewasa, sy dibesarkan, dimandikan, diberi makan, diberi perlindungan, diberi jagaan dan diberi sepunuh kasih sayang dari Arwah Tokwan, Arwah Maktok dan Bonda di Rumah Selayang. Semua kenangan indah dan setiap detik itu masih segar diingatan sy. Dimana Arwah Nenda selalu beli ikan di hadapan rumah, duduk di dapur memasak sambil berborak dengan jiran di belakang, pokok durian Arwah Tokwan di belakang rumah, memori itu tidak akan pudar. Pada tahun 2009, sy melangsungkan Majlis Pertunangan di Rumah Selayang. Sy rindu persiapan ketika hendak bertunang. Bilik Bonda yang sy sendiri cat, mengemas rumah kerana sejujurnya sy lebih suka mengemas berbanding dengan membuat kek. Kalau dulu ketika Arwah Nenda sedang masak, sy di depan sedang susun atur di ruang tamu. Apabila Nenda selesai masak, "Eh, dah tukar pulak?" Sy suka, lebih suka melihat Nenda suka dengan apa yang sy aturkan.

Sy rindu bilik Bonda ketika sy sedang bersiap untuk Majlis Pertunangan.


Sy juga merindui kenangan bersama 26 tahun bersama Arwah Nenda di Rumah Selayang. Gambar di bawah, Nenda duduk di sudut memerhatikan upacara menyarungan cincin.


Air mata sy pasti mengalir tiap kali melihat gambar Arwah. Beliau sangat istimewa dihati sy.

Rumah Damansara.

Sudah setahun setengah kami meyewa di rumah ini. Ya, kami menyewa di rumah ini. Sebulan selepas Majlis Pertunangan, kami tinggal di rumah Makcik iaitu Kakak Bonda. Kami memanggil beliau Nyah (pelat dari perkataan Ngah) Bonda dan Nyah sahaj anak perempuan di dalam keluarga. Tidak dinafikan, kami (Arwah, Bonda dan sy) lebih rapat bersama Nyah berbanding dengan yang lain, mungkin kerana mereka berdua adik-beradik perempuan yang lebih memahami. Kami selalu juga tido disana pada hujung minggu atau adakalanya kami ke sana selepas kerja. Mengapa sy menyewa di Damansara? Sy tidak ada niat menjauhkan Nenda daripada kawan²nya di Selayang. Kami tinggal bertiga dan ketiga-tiganya perempuan, apa yang membimbangkan sy adalah, apabila sy ke kerja, Bonda ke sekolah, Nenda akan tinggal sendirian dan siapa yang akan menjaga Nenda di rumah? Pernah kami ada bibik tapi akhirnya beliau mahu berhenti kerana katanya kerja di kilang lebih lumayan. Lepaskan sahaja. Sy tidak membuat keputusan sendiri, sebaiknya sy telah berbincangan dengan Arwah, Bonda, makcik dan pakcik sy. Ketika sy sedang mencari rumah sewa yang berdekatan dengan Sg Buloh, Arwah sudah tidak sihat. Lokasi yang dipilih bukan kehendak diri sy, sebaliknya mencari yang berhampiran dengan pakcik² serta makcik sy kerana 3 buah keluarga menetap di Sg Buloh, seorang di Kg Baru dan seorang di Damansara. Oleh sebab itu sy memilih di Damansara supaya sedang mereka melawat atau jika ada kecemasan, lebih dekat dan cepat mereka tiba. Pada awalnya kami ingat, jika sewa disini, apabila sy hendak ke kerja, bolehlah sy menghantar Nenda ke rumah Nyah tetapi hajat itu tidak kesampaian kerana Nenda pulang ke rumah Damansara selepas keluar daripada hospital. Namun begitu, bilik Arwah telah sy lengkapi dengan LCD tv dan aircond suapaya Nenda selesa. Sy tidak mengatakan bahawa sy menjaga Arwah dengan baik tetapi sy mahukan yang terbaik untuk Nenda, keselesaan beliau yang sy titikberatkan. Bilik Nenda sudah seperti di hospital, dipenuhi dengan peralatan dan keperluannya.

Di Rumah Damansara ini juga sy membuat persediaan Majlis Perkahwinan. Menjalankan tugas dua dalam satu tidak semudah yang difikirkan. Ketika itu, sy sedang mengambil masters dan dalam pada yang sama, pelbagai dugaan yang harus sy hadapi. Rumah Damansara ini juga terdapat kenangan yang tidak dapat dilupakan, saat-saat menjaga Arwah dan persiapan berkahwin.


Gambar dibawah diambil selepas selesai majlis akad nikah. Sebelum akad, Nenda sedang tidur tetapi sy salam beliau. Selepas selesai bergambar, sy meminta mereka bawa kami pulang untuk memohon restu dr Arwah. Kasihan Arwah, hajatnya melihat sy bersanding tidak kesampaian.


Rumah Selatan

Masihkah kalian ingat gambar rumah ini?


Ya, setelah semuanya berlalu, kami telah berbincang. Seperti yang sy katakan, kami tidak seperti pasangan yang lain, selepas berkahwin, memiliki rumah sendiri. Kami baru sahaja merancang masa depan kami bersama.

Tidak semudah itu. Banyak perkara yang harus diambil kira. Sungguhpun Arwah sudah tiada, sy masih mempunyai Bonda yang kini sudah keseorangan, dahulu sekurang²nya beliau mempunyai Nenda untuk berteduh dan menjalani kehidupan bersama. Kini, Bonda cuma ada sy (dan husben). Kami tidak mahu terburu-buru menncari rumah. Husben tidak cerewet tetapi sy agak cerewet. InsyaAllah kami akan berpindah ke Selatan cuma masanya belum ditentukan. Banyak perkara yang harus sy fikirkan. Buat masa ini, biar keadaan reda dan kami akan melangkah perlahan².

Jiran sebelah pernah bertanya kepada sy, "You sudah duduk berdua, kenapa tak pindah balik rumah you?" Bukan sy tidak mahu berpindah semula ke rumah Selayang. Andaikata sy mahu berpindah ke Selatan (insyaAllah) kos pengangkutan yang dikenakan, jumlahnya tidak kecil tetapi besar! Dahulu, sewa lori dari Selayang ke Damansara sahaja RM1800, jika dari Damansara ke Selayang kemudian ke Selatan, berapa pula kos pengangkutannya? Jumlahnya pasti boleh digunakan untuk hiasan pelamin di hari besar. Bila direnungkan, buatkan sy berfikir 66x.


Siapa yang tidak mahu punyai rumah sendiri?

Sy mahu. Husben pun mahu.

Kami masih mencari, tiba waktunya berpindah, insyaAllah.

14 komentar:

jooleata says:
at: 15 August 2011 at 09:16 said...

take your time, :) insyAllah akan dipermudahkan.. :)

hazlynda kushairi says:
at: 15 August 2011 at 09:20 said...

JOO :
thanks babe. insyaAllah. mudah-mudahan dipermudahkan urusannya ;)

Syima Syaz says:
at: 15 August 2011 at 09:27 said...

good luck lynda...=)
rezeki tu pasti ada, insyaallah

farahfatihah says:
at: 15 August 2011 at 09:36 said...

lynda, aku pun xda rumah sendiri lagi tau huhuh selagi aku tak pindah johor, mmg susah nak buat perancangan....

hazlynda kushairi says:
at: 15 August 2011 at 09:37 said...

SYIMA :
thanks babe. insyaAllah. mudah-mudahan.

hazlynda kushairi says:
at: 15 August 2011 at 09:37 said...

FF :
tu la, aku ni banyak nak kene lalui, nak pindah Johor, lagi la banyak aku nak kene fikir, banyak sangat! tak terfikir kekadang tu.

AnaLyana says:
at: 15 August 2011 at 09:44 said...

sabarlah betty, insyallah semuanya pasti ada hikmah..:)

uit, update url aku tu...hikhik.. aku dah tukar url..

kaklong says:
at: 15 August 2011 at 09:53 said...

insyallah...rezeki Allah itu luas! amin ;)

~ NANA ~ says:
at: 15 August 2011 at 10:19 said...

i pon xde rumah sendiri lg sbb LDR :(

bila dh duk sama2 nnti baru pk psl rumah...

btw gud luck lynda!

Cik Hazz says:
at: 15 August 2011 at 22:54 said...

oh, jauhnya Johor. but doakan ur wish & husben comes true. good luck dear! ;-)

choclairissa @ intan says:
at: 16 August 2011 at 08:51 said...

kitorg pun masih kumpul duit sebab bercita2 nk beli landed house kt kl(specifically area ampang yg mahal ini)..

bersabar dulu pasti ade ganjarannya lynda :)

[ Hanie ] says:
at: 16 August 2011 at 13:52 said...

insyaallah..
ade rezki tu nanti :)

papaYA says:
at: 19 August 2011 at 07:41 said...

Eh, kat Selayang?
Selayang area mana? I was raised in Selayang myself, belakang warta lama..

tak jumpa rumah idaman lagi takpe..
Home is where the heart is. Kalau hati anda di situ, di situ la rumah idaman anda..

Allah itu maha adil dan penyayang. Pengorbanan akan dibalas dengan rezeki yang berkat. InsyaAllah..

Reen Tart Nenas says:
at: 19 August 2011 at 13:56 said...

lynda, saye mencari rumah dari before kawen lagi. kecewa dlm mencari tu mmg ada. alhamdulillah, after beberapa bulan kawen, kami gigih mencari rumah dan jumpa! insyallah kalau xde apa2, by end of year, boleh pindah. beli rumah bukan macam beli baju. ia perlukan komitmen yg sgt tinggi :) hanya kite dan Allah sahaja yg tau apa yg terbaik utk kite :)

Stalking Me!

Kamsahameeda!

Spread the love

"Spread love everywhere you go: first of all in your own house. Give love to your children, to your wife or husband, to a next door neighbour... Let no one ever come to you without leaving better and happier. Be the living expression of God's kindness; kindness in your face, kindness in your eyes, kindness in your smile, kindness in your warm greeting."

by Mother Theresa

RH Pre-Wedding

RH Pre-Wedding
We enjoyed the moment! Just smile and the pictures will be awesome!

RH Engagement

RH Engagement
It was in year 2009. A small celebration between two families :)

RH Wedding

RH Wedding
Our experience working independently for the big day which fell on a very auspicious date, 1.1.11 *smile*

RH Saranghae

RH Saranghae
A story of our humble abode.

RH Travelogue

RH Travelogue
“Traveling – it leaves you speechless, then turns you into a storyteller.” – Ibn Battuta

Tabung Gajah

Inspirations

Buddies

They blog on weddings

They call me, Lunda.

The Writer

My Photo
hazlynda kushairi
Nama pendek, Lynda ;)
View my complete profile

Alhamdulillah

Alhamdulillah
Terima kasih, 4Weddingku!

RH Journey

Daisypath Anniversary tickers

February 2016

February 2016
We are featured in Impiana February 2016

June 2011

June 2011
We are featured in Pengantin June 2011

May 2011

May 2011
We are featured in Pengantin May 2011

April 2011

April 2011
We are featured in Pengantin April 2011

March 2011

March 2011
We are featured in Pengantin March 2011