Search

.

Content

Tentang blog

Ini adalah blog peribadi saya. Segala pendapat yang dinyatakan adalah idea dan rekaan saya sendiri. Jangan menganggap bahawa anda mengenali saya kerana anda membaca blog ini secara kebetulan. Diharapkan anda menghormati sy dan tidak menjadi penyiasat psiko. Semua pandangan atau pendapat yang ditulis dalam blog ini adalah peribadi dan milik sy sepenuhnya. Sy berhak mengawasi agar menghormati sensitiviti, agama dan politik.

Terima kasih,
Hazlynda Kushairi


#Chanteks

Thursday, 25 August 2011

Syawal terakhir

Assalammualaikum ;)

Lima hari lagi Syawal menjelma. Cepatnya masa berlalu. Bagaimana dengan persiapkan raya kalian? Mesti seronok kan? Berbeda bagi sy pada tahun ini. Gembira dan hambar.

Dulu masa kecil...

Bila sudah dekat nak raya mesti seronok sbb Bonda akan bawa membeli belah baju raya. Baju kurung yang dibeli mesti corak yang sama tapi berlainan warna atau sama warna tetapi berlainan corak. Itu sudah pasti untuk kami bertiga - Arwah, Bonda dan sy. Selain baju kurung, Bonda akan membeli gown atau pakaian untuk dipakai pergi beraya selepas Syawal pertama, menziarahi keluarga dan rakan Bonda, masa yang sama, dapat sy kumpul duit raya. Al-maklumlah, duit raya sy tidak sebanyak mana kerana dari sebelah keluarga sahaja tapi syukur alhamdulillah dapat juga sy menabung. Malam raya, sibuk menolong Arwah di dapur dan bersiap sedia untuk takbir. Indahnya kenangan bersama Arwah. Selepas takbir, mulalah bersiap sedia sapu dan mop lantai, mengubah kedudukan kerusi dan menukar sarung kerusi serta alas meja, mengeluarkan pinggan mangkuk dan gelas yang akan digunakan untuk keesokkan harinya. Pagi Syawal, sy tidak berkesempatan untuk solat raya kerana waktu itu sy harus ke pasar membeli santan seawal selepas subuh dan menolong Arwah dan Bonda, selalunya sy lebih ke arah mengemas daripada memasak. Mengemas, oh, itu kepakaran sy!

Sejak Arwah sakit...

Tahun lalu, raya sy sudah tidak ada serinya lagi tambahan pula di rumah Damansara ini. Sy pernah menulis di entri ini - Syawal ini tidak seindah dulu. Dengan bibik lari dari rumah, dengan keadaan sy dihantar mengajar di Kampar selepas raya, pelbagai dugaan yang diterima, sy redha. Allah menguji hambaNya supaya menjadi lebih kuat, dan daripada apa yang telah terjadi, sy selalu ingat pesan Arwah, "Jangan melatah" Memang ada kebenarannya. Bak kata Nasrah, "Learn to ignore"


Sy tidak menyangka bahawa Syawal lalu merupakan Syawal terakhir kami bersama Arwah. Ini yang mempilukan hati sy. Selama 27 tahun sy beraya bersama Arwah Tokwan, Arwah Nenda dan Bonda, kini mereka tiada dan lebih memilukan apabila kini kami tinggal dua beranak sahaja. Perkara pertama yang sy fikirkan adalah Bonda, bagaimana Bonda harungi Syawal ini tanpa Arwah dan sy disisi. Kasihan Bonda. Gambar diatas ketika sy mendukung Arwah dari katil ke kerusi rodanya. Sy tidak sampai hati melihat Arwah terbaring di katil sedangkan anak cucu cicit yang lain di hadapan gelak ketawa raya. Kain cotton yang sy beli ditempah untuk dipakaikan pada Arwah bersama kain batik yang dibelinya sebelum sakit dahulu, masih baru. Bagi sy, sungguhpun Arwah terbaring sakit, beliau berhak menikmati Syawal walaupun itu Syawal terakhir baginya. Arwah berada di luar bersama kami untuk kurang dari 2 jam sahaja kerana kami risau akan keadaan Arwah, bimbang jika beliau tidak selesa. Raya sy juga tidak semeriah mana pun, baju tidak ditempah sebaliknya sy memakai baju lama, sy tidak kisah, bahkan ketika itu duit hendak digunakan untuk Majlis, sy berjimat begitu juga husben. Tiada seluar, baju dan kasut raya.

Kini Syawal menjelma...

Sy tidak menafikan perasaan gembira itu ada kerana tahun ini merupakan tahun pertama sy beraya sebagai isteri dan pulang ke kampung halaman husben. Tidak pernah sy beraya di lkampung kerana kampung sy adalah Rumah Selayang, rumah dimana sy dibesarkan, itulah kampung sy, tidak berganjak, tidak terluak minyak kereta dan duit untuk tol dan petrol. Keadaan di Kuala Lumpur sama seperti di kampung kerana apabila semua orang pulang ke kampung halaman masing², bandaraya menjadi sepi dan sunyi, yang penting tiada kesesakan lalu lintas. Itu kelebihan. Hujung minggu ini sy akan beraya di kampung husben dahulu, kami sudah berjanji untuk bergilir dan kemudiannya kami pulang ke KL semula kerana Bonda pula akan keseorangan selepas Nyah pulang ke Perak.

Hingga ke hari ini...

Perasaan sy masih tidak stabil, pelbagai perasaan yang ada. Baju raya tahun ini pun tidak ada cuma baju melayu husben sudah siap beberapa bulan lalu kerana sebelum Arwah sakit, Arwah memberi kain untuk dibuat baju melayu untuk husben berwarna merah jambu kusam (dusty pink). Kain untuk baju kurung sy pula sudah siap 2 bulan yang lalu, kain batik daripada duit khairat yang dibeli untuk disedekahkan kepada anak cucu dan jiran tetangga di Selayang. Sy membuat kain batik itu sebagai kain untuk dipakai bersama baju kurung, berwarna merah jambu kusam juga tetapi malangnya baju tiada. Sy malas hendak berasak di dalam lautan manusia yang sedang sibuk membeli barang untuk persediaan raya ini.

Tidak mengapa, baju tidak penting.

Syukur alhamdulillah kerana diberi kesempatan kepada sy dan keluar untuk menikmati Ramadhan dan Syawal ini. Semoga tahun hadapan dipanjangkan umur untuk bersama menikmati Syawal yang mulia.

Salam Aidilfitri. Maaf Zahir dan Batin.

Ingatan tulus ikhlas dari kami,

Azimah Yahaya
Hazlynda Kushairi
Razmie Isa

7 komentar:

Fariza says:
at: 25 August 2011 at 10:00 said...

lynda, terharu baca. hadapi hidup dengan penuh kesabaran. insyaAllah kebahagiaan kian terpancar. lynda harus kuat ye. :)
sweet cerita lynda semasa kecil.
salam aidilfitri dan maaf zahir dan batin. :)

lovelyadibah says:
at: 25 August 2011 at 10:01 said...

Selamat hari raya aidilfitri lynda.be strong eyh.

harzharun says:
at: 25 August 2011 at 10:52 said...

hi mek...
aku thn ni pun sama jugak cam ko...ptama kali beraya tanpa arwah tok...xtau mcm mn rsnya...

arwah tok aku pun dah lama sakit..time raya, dia mmg baring kat katil je..tp katilnya tu kami letak kat ruang tamu..boleh la jugak di tgk anak cucunya..aku as cucu sulong mmg terasa la..sbb walaupun dah kerja aku still dpt duit raya tau..cucu sulong..then, masa dia sihat dulu, menu hari raya ikut selera aku...sejak dia sakit, walaupun bukan dia yg masak tuk hari raya, aku ttp akan mkn tepi katil dia..saja temankan dia..tahun ni semua tu dah xde..dia x sempat tgk my baby pun..huuu

kaklong says:
at: 25 August 2011 at 11:22 said...

semoga cik puan lynda lebih tabah yer...kak long doakan lynda akan rasa bahgia bersama insan tersayang yg sedia ada ni...lakukan yg terbaik selagi kita masih mampu,...yea...

tc ya'

LisaLisut says:
at: 25 August 2011 at 11:38 said...

selamat hari rayaaaaa.chilll :)

Siti Suhaila says:
at: 3 September 2011 at 01:38 said...

:') sedih saya baca..

btw dah follow blog ni.. sudi la follow blog saya jugak yer :D

http://cintairmata.blogspot.com/

Reen Tart Nenas says:
at: 6 September 2011 at 13:47 said...

lynda, same here. tapi alhamdulillah semua ok. wpun sedih, tp cuba tidak dibawa2 perasaan tersebut. sebab kalau saye sedih, mama saye lagi la sedih kan. Selamat Hari Raya Lynda!

Stalking Me!

Kamsahameeda!

Spread the love

"Spread love everywhere you go: first of all in your own house. Give love to your children, to your wife or husband, to a next door neighbour... Let no one ever come to you without leaving better and happier. Be the living expression of God's kindness; kindness in your face, kindness in your eyes, kindness in your smile, kindness in your warm greeting."

by Mother Theresa

RH Pre-Wedding

RH Pre-Wedding
We enjoyed the moment! Just smile and the pictures will be awesome!

RH Engagement

RH Engagement
It was in year 2009. A small celebration between two families :)

RH Wedding

RH Wedding
Our experience working independently for the big day which fell on a very auspicious date, 1.1.11 *smile*

RH Saranghae

RH Saranghae
A story of our humble abode.

RH Travelogue

RH Travelogue
“Traveling – it leaves you speechless, then turns you into a storyteller.” – Ibn Battuta

Tabung Gajah

Inspirations

Buddies

They blog on weddings

They call me, Lunda.

The Writer

My Photo
hazlynda kushairi
Nama pendek, Lynda ;)
View my complete profile

Alhamdulillah

Alhamdulillah
Terima kasih, 4Weddingku!

RH Journey

Daisypath Anniversary tickers

February 2016

February 2016
We are featured in Impiana February 2016

June 2011

June 2011
We are featured in Pengantin June 2011

May 2011

May 2011
We are featured in Pengantin May 2011

April 2011

April 2011
We are featured in Pengantin April 2011

March 2011

March 2011
We are featured in Pengantin March 2011