Search

.

Content

Tentang blog

Ini adalah blog peribadi saya. Segala pendapat yang dinyatakan adalah idea dan rekaan saya sendiri. Jangan menganggap bahawa anda mengenali saya kerana anda membaca blog ini secara kebetulan. Diharapkan anda menghormati sy dan tidak menjadi penyiasat psiko. Semua pandangan atau pendapat yang ditulis dalam blog ini adalah peribadi dan milik sy sepenuhnya. Sy berhak mengawasi agar menghormati sensitiviti, agama dan politik.

Terima kasih,
Hazlynda Kushairi


#Chanteks

Wednesday, 14 September 2011

Berbadan dua

Assalammualaikum ;)

Ya Allah, dah lama tak tulis secara serius dan panjang berjela di blog sendiri. Maaf la ek, terlalu sibuk dengan kehidupan seharian hingga tiada masa, cuma yang ada, entri yang ringkas sahaja. Dulu sebelum kahwin, seronok dan tidak sabar hendak kemaskini blog dengan setiap satu persiapan yang dibuat, hingga ke bunga manggar iaitu perkara paling minimal yang hendak dirunsingkan pun dicerita di dalam blog. Selepas berkahwin, mulalah pula review tentang majlis. Bila difikirkan semula, perasan macam artis pun ada sedangkan orang tidak mahu pun membaca tentang kehidupan kita selepas berkahwin. Sudah mula rasa bosan apabila semua review telah dibuat. Timbul pula entri emosi memanjang dari Hazlynda Kushairi sehingga ada seorang daripada kalian bilang, "Dulu masa sebelum kahwin, baca blog dia, sekarang ni asyik emo je."

Hurm. Sekadar luahan je.

Kemudian, sy mula menulis tentang Creative by LYNDA. Menulis dan berkongsi tentang apa yang sy minat. Bonda pernah tanya, "You tak bosan ke menghadap kertas dan bunga setiap hari?" Apabila sudah minat, benda tu jadi kegemaran sy. Hendak pula membuat kerja sambil melayan Maaduu. Setelah itu, jika sudah berbadan dua dalam erti kata lain, mengandung, mulalah pula mencari ilmu dan berkongsi ilmu dengan mereka yang berpengalaman.

............ Dan bermulalah kisah sy selanjutnya.

Awal Ramadhan yang lalu, hati melonjak kerana husben pulang untuk bersahur dan berbuka bersama. Maklumlah, ini kali pertama kami berpuasa sebagai suami isteri, eh, ni pun nak bagitahu ek *wink* Tapi malangnya hari pertama itu sy tidak berpuasa bukan kerana uzur tetapi tidak larat untuk berpuasa. Selepas sahur, sy muntah berkali-kali mungkin kerana salah makan atau diarrhea. Hati jahat berbisik, "Wihuuu hari ini tak puasa!" Liatnya hari pertama! Selepas subuh husben bilang, "Pagi nanti kita pergi klinik" Sayup kedengaran, sy sudah kembali lena. Maaf ya, muntah itu letih. Paginya pula, sy tidak ke kantor, sebab memang yakin dapat medical leave. Sy ke klinik panel, kalau disini, minta saja apa jenis ubat atau vitamin, pasti dapat, nak lak percuma kan? Bermulalah cerita di klinik panel.

Doktor : Ok Cik Hazlynda, apa masalah awak?

Hazlynda : Sy muntah pagi tadi dalam pukul 6 pagi kemudian badan jadi seram sejuk macam nak demam doktor.

Doktor : Hari minggu lalu pergi mana dan ada sakit tak?

Hazlynda : Sy pergi makan luar kemudian makan jeruk, baru makan sikit tiba-tiba sesak nafas.

Doktor : Oh, you ada asma ye. Ada ubat?

Mulalah doktor beri penerangan tentang sakit asma atau semput. Memang benar, pada hari kejadian, rasa seperti di hujung nyawa, nak bernafas pun terkapai² gara-gara jeruk di Ikano berhadapan Uncle Lim's. Sebelum ni memang sy hantu asam atau jeruk, tidak pernah pula kena semput sampai begitu sekali. Sy memang semput tetapi tidak bergantung pada inhaler, sy makan pil untuk melegakan. Doktor pula cadangkan sy ambil inhaler dan pil. Ok, sudah dapat ubat untuk sakit yang pertama. Tiba pula sakit kedua,

Doktor : Masa you keluar ada makan luar tak?

Hazlynda : Ya doktor, malam tu sy tak lalu makan jadi sy tapau dan makan keesokan paginya. Makanan masih elok, tak basi.
(Sebab pergi supper, selera tiada, makan selepas subuh, tu pun tak habis)

Doktor : Mungkin sebenarnya nasi itu sudah basi atau persekitaran kedai tersebut. You baring, i periksa perut.

Hazlynda : ek?

Jadi sy pun menurut perintah. Bukan kami berdua di dalam bilik pemeriksaan ya, ditemani jururawat beliau. Ditekan kiri dan kanan. Alhamdulillah bukan gastrik, bukan appendiks. Bila ditekan lagi, rasa membuak mahu muntah. Beliau berhenti dan sambung semula penerangan tentang sakit kedua. Diberi ubat untuk muntah, stomach wind dan diarrhea. Tiba-tiba.....

Doktor : Eh, you sudah kahwin?

Hazlynda : Sudah doktor (dalam hati, "gatal betul doktor ni tanya soalan macam tu!"

Doktor : Sudah lama kahwin?

Hazlynda : Awal tahun ini, dalam 8 bulan sudah.

Doktor : Bila you last period?

Hazlynda : Dua bulan yang lepas.

Ya, maaf ya sy bersikap terbuka. Sejak berkahwin, kitaran haid sy tidak seperti dulu. Sudah pernah buat pregnancy test tapi negative, jadi setiap kali bila keadaan ini berulang, sy sudah lali dan tidak mahu membuat test lagi. Kesinambungan dari cerita di atas;

Doktor : You pergi buat test, mana tahu ada baby.

Hazlynda : Baik. (dalam hati, "duh! Doktor ni, aku tahu mesti negatif sbb baru je aku check dulu)

Sy pun akur. Kembali ke bilik doktor.

Doktor : Tidak mengapa, kita cuba tengok saja...

Hazlynda : (perasaan tidak berdebar kerana sudah tahu jawapannya)

NEGATIF.

Doktor : Tidak mengapa, you masih muda, berusaha lagi!

Hazlynda : Ye (sambil tersenyum)

Akhirnya doktor mengesahkan bahawa sy diarrhea dan tidak mengandung. Dahulu, seminggu sebelum majlis, kami bertiga (Arwah, Bonda dan sy) diarrhea sehingga terpaksa makan ubat hitam seperti arang - tapi berkesan. Kemudian awal Ramadhan pula sy diarrhea lagi. Jadi, hari minggu yang sudah, sy muntah lagi. Badan sangat lesu dan keletihan kerana apa sahaja yang dimakan semuanya diluakkan kembali. Sy terus ke klinik panel, malangnya tutup. Tidak mengapalah, ubat dahulu masih ada. Ditambah pula dengan demam dan semput, mashaAllah memang terkulai badan ini, tidak berbuat apa melainkan menonton cerita korea HEHE ;)

Keesokan harinya sy kembali ke klinik panel bersama doktor yang paling cekap di dunia yang pernah sy temui.

Doktor : Ya Cik Hazlynda.... Sakit apa pula kali ni?

Hazlynda : Sy muntah-muntah lagi la doktor, demam pun sama, lagipun cuaca macam ni, letih sy.

Doktor : You pregnant agaknya?

CUT!

MashaAllah doktor ni, kenapa la dia yang paling ghairah nak tahu sy berbadan dua atau tidak. Mahu saja sy pergi ke klinik setiap bulan untuk buat pemeriksaan. Sy layan sahaja perasaan doktor.

Doktor : Nahhh you pergi ambil air kencing, kita check.

Kembali dari tandas.

Berdebar?

Tidak berdebar?

Sangat berdebar?

Debaran berakhir.

Doktor : Aiyoh, negatif lagi. Tidak mengapa, you masih muda, masih bertenaga, cuba banyak kali.

Hazlynda : Sy tahu doktor, sy baru sudah menstrual sbb tu sy tahu negatif (sambil senyum pada doktor, dalam hati, "Itulah ghairah sangat suruh periksa, tanyalah dulu" haish...)

Hendak tahu sy sakit apa? Combo - demam dan diarrhea.

Doktor oh doktor! Ini kali pertama sy berjumpa dengan doktor yang sangat prihatin dengan keadaan dan kehidupan pesakitnya. Sejujurnya, sy sudah 3 kali bertukar klinik panel tetapi yang ini paling lama kerana ubat yang diberikan berkesan dan doktor menghuraikan setiap satu itu secara terperinci. Bukan senang nak jumpa doktor macam ni.

Balik rumah, sy terus hubungi husben dan Bonda. Tergelak dengan peristiwa setiap kali sy ke klinik panel ini. Mungkin muka sy sudah dilabelkan "berbadan dua - mungkin? sila periksa"

Tidak mengapa... Belum ada rezeki, insyaAllah suatu hari nanti. Penantian itu tidak menyeksakan kerana sy tahu Allah pasti sudah merancang sesuatu indah dalam hidup sy, cuma redha dan terima dugaanNya. Mana tahu, mungkin seperti Sazzy, the sexay mommy yang kini mempunyai anak kembar di atas sifat sabar mereka, alhamdulillah dikurniakan dua orang anak sekaligus.

Aja-aja fighting!

30 komentar:

K.I.N.A says:
at: 14 September 2011 at 10:20 said...

Betul tu..Allah itu Maha Mengetahui..Dia nak lynda honeymoon dulu..:)

Aja-aja fighting!

K.I.N.A says:
at: 14 September 2011 at 10:20 said...

Betul tu..Allah itu Maha Mengetahui..Dia nak lynda honeymoon dulu..:)

Aja-aja fighting!

Fariza says:
at: 14 September 2011 at 10:21 said...

he3. funny doct itu tp bagus. xpe. insyaAllah ada rezeki. jaga diri ok :)

hazlynda kushairi says:
at: 14 September 2011 at 10:25 said...

KINA :
Aja-aja fighting! Lynda pun percaya pada rezeki, belom ada lagi, insyaAllah ;) Thanks Kina!

Fariza :
Doktor tu mmg terbaik. Dia bagi harapan dan semangat dalam masa yang sama ;)

~ NANA ~ says:
at: 14 September 2011 at 10:28 said...

kekekeke mcm kelakar la pulak...xpe lynda, we r in da same boat....aja aja fighting! hihi

hazlynda kushairi says:
at: 14 September 2011 at 10:29 said...

NANA :
mari kita naik boat hingga ke hujungnya! berjuang.

hajar hazizi says:
at: 14 September 2011 at 10:36 said...

hehe..prihatin yer doktor tuh..
sy doakan yang terbaik untuk awak...

yUmIe says:
at: 14 September 2011 at 10:37 said...

hehe doc panel ko mmg prihatin le..xpe ko usaha lg lps ni..eh ape kes aku ckp mcm doc tu plak??:|
xpela lynda,rezki ko ade tu nt.insyaALLAH..

erin moshimoshi says:
at: 14 September 2011 at 10:41 said...

sabar dear ...
mood honeymoon uh :)

Jan@Afzan says:
at: 14 September 2011 at 10:46 said...

bagusnye doktor panel itu, asik suruh buat test ye...huhuhu. Tak penah lak mcm tuh bila jumpa doctor panel..hehe

Takpe, sama2lah kita berdoa...belum rezeki, jum berhoneymadu lagi!! yuhuuhuhu

p/s : kan? sazzy memang lucky, lama menunggu..rupanya Allah nak bagi 2 sekaligus..alhamdulillah

~LeeyanaRadhi~ says:
at: 14 September 2011 at 10:49 said...

yeah u are rite babe...makes thing simple..insyaAllah nnt tiba2 aja ada..ihih...berdoa dan terus berdoa... =)

ceklala says:
at: 14 September 2011 at 11:19 said...

comel doktor itu! cuba tanye die pulak..doktor sudah kawen??hahahah

nida-razak says:
at: 14 September 2011 at 11:41 said...

xpe lynda...insyaAllah penantian tu nanti akan memberi hasil yg lumayan ke, cam sazzy kan..insyaAllah.. =)

misya mialen says:
at: 14 September 2011 at 12:00 said...

sy doakan linda dimurahkan rezeki utk dpt bb;D

Reen Tart Nenas says:
at: 14 September 2011 at 12:40 said...

bergembira sementara ada masa berdua. hehehe saye pun sama bot jugak la. hehehe

Nadya Zahid says:
at: 14 September 2011 at 13:18 said...

sabar laling..nadya pon same...aritu xdtg period for 2 weeks...pastu asyik nak muntah n xsihat..gi check..doc suruh buat pregnancy test, tp -ve..hampe je.tp pasrah..Allah maha mengetahui...
kekadang stress dgn mulut2 org yg asyik menanye bile nak preggy?

Gadis says:
at: 14 September 2011 at 13:26 said...

kalakar la citer u..

seronok Gadis baca..
hihihi..

agaknyer doktor tu yang eksited..hihih

Liyana SCR says:
at: 14 September 2011 at 13:38 said...

Lynda, bc entry u ni berdebar pun ade, nak ketawe pon ade sbb doc tu bersungguh2. hihihi. Takpe Lynda, enjoy d process. InsyaAllah ada rezeki tu. ^_^

MiEzA says:
at: 14 September 2011 at 15:17 said...

lynda.. bersabar ye.. insyaAllah ada rezeki nanti. x pun tunggu miza, kita pregnant sama2. :) hehe.. tarikh nikah pon dah sama.. bergurau sahaja :)

Mawar misswateva says:
at: 14 September 2011 at 15:37 said...

mek..xpe. bak kata doc.
"u muda lagi dan masih BERTENAGA."
Makanya, aja-aja fighting!

Fatin Fairuz says:
at: 14 September 2011 at 16:48 said...

insyaAllah nanti ade lynda=)..enjoy life berdua dulu..hehe

choclairissa @ intan says:
at: 14 September 2011 at 22:10 said...

lynda..kalo xsilap la..buat pregnancy test tapi result -ve kena bayar kan?huuu dokter kayooo :)

ElyaElmo says:
at: 14 September 2011 at 22:48 said...

d0ctor2 ni..asal dh kawen je org tu...demam2 and muntah2,...terus excited kata kiter pregnant kan.len kali tnye laa dulu btol2 kat patient.haha

oshinz says:
at: 15 September 2011 at 03:21 said...

smoge dapat twins ye sis!!! hehe. takpe, macam doktor tu nasihat-cuba banyak kali. =) teruskan usaha ya..

ainnazari says:
at: 15 September 2011 at 07:38 said...

i.Allah, ada rezeki x kemana...i doakan u pn murah rezeki ;)) amin YRA

papaYA says:
at: 15 September 2011 at 13:47 said...

Ubat hitam tu memang charcoal pill. Arang ade unsur "mengikat" bakteria yang menyebab you diarrhea. sebab tu dalam filter air gune arang dan tentera pun kalau food poisoning dalam hutan akan telah arang.

Anyway, gynea at An-Nur bangi said, 1 to 2 years tak pernah conceive is still considered normal dalam komuniti malaysia. She was surprised to hear that I already gone through fertility treatment at 18 month of marriage.

dont stress yourself. always believe that Allah has better plan for you. Take care..

Ainul says:
at: 16 September 2011 at 12:30 said...

taknak try homeopathy ke? saya dl pun period tak tetap.sejak anak dara lagi.Alhamdulillah lps mkn ubat homeopathy tu sebln lps tu saya peknen.ianya bkn la 100% akan berjaya tp kwn2 saya jg p sana alhamdulillah sume dh peknen..yang penting usaha & doa. Rezeki dtg dr ALLAH ")

blh refer sini :-

http://jalanabadi172784.blogspot.com/2011/04/homeopati-untuk-mengandung.html

ederq says:
at: 19 September 2011 at 10:16 said...

ala lynda, awal lagi. enjoy! hehe

shapattnson says:
at: 20 September 2011 at 23:03 said...

salam dear ..
nampak gaya perasaan kita hampir serupa cuma awak masih awal lagi :) cuba lagi dan lagi :) betul awak cakap Allah pasti ada rancangan yang indah buat awak ... u muda lagi ... insyaAllah rezeki tetap ada :)

~~Miss iLa~~ says:
at: 22 September 2011 at 23:42 said...

xpe lynda.. Insyaallah ade la rezeki lynda tu nnti.. Take care..;)

Stalking Me!

Kamsahameeda!

Spread the love

"Spread love everywhere you go: first of all in your own house. Give love to your children, to your wife or husband, to a next door neighbour... Let no one ever come to you without leaving better and happier. Be the living expression of God's kindness; kindness in your face, kindness in your eyes, kindness in your smile, kindness in your warm greeting."

by Mother Theresa

RH Pre-Wedding

RH Pre-Wedding
We enjoyed the moment! Just smile and the pictures will be awesome!

RH Engagement

RH Engagement
It was in year 2009. A small celebration between two families :)

RH Wedding

RH Wedding
Our experience working independently for the big day which fell on a very auspicious date, 1.1.11 *smile*

RH Saranghae

RH Saranghae
A story of our humble abode.

RH Travelogue

RH Travelogue
“Traveling – it leaves you speechless, then turns you into a storyteller.” – Ibn Battuta

Tabung Gajah

Inspirations

Buddies

They blog on weddings

They call me, Lunda.

The Writer

My Photo
hazlynda kushairi
Nama pendek, Lynda ;)
View my complete profile

Alhamdulillah

Alhamdulillah
Terima kasih, 4Weddingku!

RH Journey

Daisypath Anniversary tickers

February 2016

February 2016
We are featured in Impiana February 2016

June 2011

June 2011
We are featured in Pengantin June 2011

May 2011

May 2011
We are featured in Pengantin May 2011

April 2011

April 2011
We are featured in Pengantin April 2011

March 2011

March 2011
We are featured in Pengantin March 2011