Search

.

Content

Tentang blog

Ini adalah blog peribadi saya. Segala pendapat yang dinyatakan adalah idea dan rekaan saya sendiri. Jangan menganggap bahawa anda mengenali saya kerana anda membaca blog ini secara kebetulan. Diharapkan anda menghormati sy dan tidak menjadi penyiasat psiko. Semua pandangan atau pendapat yang ditulis dalam blog ini adalah peribadi dan milik sy sepenuhnya. Sy berhak mengawasi agar menghormati sensitiviti, agama dan politik.

Terima kasih,
Hazlynda Kushairi


#Chanteks

Thursday, 29 September 2011

Kitaran manusia

Assalammualaikum ;)

Lamanya tak menulis. Menulis tanpa gambar.

Sudah lama tidak membebel.

Pasti bosan kan?

Berikutan dengan entri lalu Masalah Kitaran, hari ini Kitaran Manusia. Wah, macam subjek sains darjah enam pula ;)

Tetapi ini adalah realiti setiap daripada kita lalui.


Dahulu selepas tamat belajar di universiti, orang mula sibuk bertanya pada kita, "Eh, siapa boyfriend kau?" atau "Kau dah ada yang special belum?"

Kalau melawan, dibalas pula "Umur kau dah pelan meningkat, cepat² lah cari"

..... Kalaulah duit bukan masalahnya, sudah lama bertunang.


Selepas bertunang pula, orang mula sibuk bertanya pada kita, "Bila majlisnya?" atau "Eh, jangan tunggu lama², langsungkan cepat"

Kalau melawan, "Tak elok ikat lama² ni, nanti macam-macam dugaan"

..... Kalaulah duit bukan masalahnya, sudah lama bernikah.


Selepas bernikah pula, orang mula sibuk bertanya pada kita, "Ni sudah ada isi ke belum?" atau "Kau dah mengandung ke belum? Dah 8 bulan kau kahwin"

Kalau melawan, "Ahhh... anak si polan yang kawen 3 bulan lepas kau pun dah mengandung"

..... Kalaulah Allah sudah tetapkan rezeki itu awal, sudah lama beranak.


Selepas beranak satu pula, orang mula sibuk bertanya pada kita, "Bila AAA nak dapat adik pula ni?" atau "Eh,tak payah jarak jauh, biar berderet"

Kalau melawan, "Kau jangan nak tolak rezeki, tak baik"

..... Kalaulah makcik boleh jadi bibik sy, sudah lama beranak lima.


Apabila seseorang itu jodohnya singkat dan berpisah, orang mula sibuk bertanya pada kita, "Kenapa kau buat keputusan terburu" atau "Kau dah fikir panjang ke?"

Kalau melawan, "Itulah kau, dulu gatal nak kahwin cepat!"

..... Kalaulah dulu "orang" tak sibuk desak untuk kahwin, sudah lama bahagia.


Selepas berpisah jumpa pula penggantinya, orang mula sibuk bertanya pada kita, "Cepatnya kau dah ada pengganti?"

Kalau melawan, "Kau dalam edah lagi dah menggatal nak kahwin"

..... Kalaulah dulu tak ikut kata hati, sudah lama bahagia.


Dalam dunia ni, orang tidak akan berhenti bertanya. tertanya juga dalam hati, "Korang ni cubalah menjawab, jangan nak bertanya je" Pergilah hingga ke hujung dunia selagi pun, orang pasti bertanya soalan² yang berulang kepada kita. Sy sama sekali tidak berkecil hati, malahan sudah biasa dengan soalan, "Bila nak ada baby ni?"

Sy tahu Allah akan berikan rezeki kepada sy bila tiba masanya. Sy tidak terburu dan tidak merancang. Ada rezeki, alhamdulillah. Belum ada rezeki, mungkin Allah berikan rezeki CBL dahulu *wink* I live my life the way I love.

Selalu sy sedapkan hati sy dan tersenyum, seperti mana Bill Rancic pernah kata,
"Everything will be okay in the end. If it's not okay, it's not the end"

Tetapi tiba pula ayat yang menikam kalbu, apabila seseorang bertanya kepada sy,
"Kau tak subur kot?"

Dari sudut pandangan sy, daripada orang bertanya, menilai dan beranggapan, ada baiknya orang-orang seperti ini mendoakan sama kebahagiaan orang lain.

Oh, semalam memang sy angin, tidak tahu angin timur atau angin barat.

Sekian.

25 komentar:

Fariza says:
at: 29 September 2011 at 10:23 said...

lynda, mmg betul. soalan yg sama je akan ditanya. nak buat cmana akan. semuanya ketentuan dr Allah. apa2 pun harus bersyukur :)

cuba jika jwb mcmni, semua yg berlaku atas kehendak Allah. stgh mrk akan diam. dan stgh ada pula yg jawab balik. hurmmm.

SuzieDiela says:
at: 29 September 2011 at 10:30 said...

let it go ape org nk kate lynda...rezeki semua Allah tentukan..insyaAllah..

jooleata says:
at: 29 September 2011 at 10:47 said...

Melayu oh Melayu.. haha

sopan santun dan budi perketi cukup, cuma terlebih "concern"

Hazz says:
at: 29 September 2011 at 11:01 said...

jangankan dah kahwin beb. i haritu br nak bg invitation kad, boleh pulak member ni dok sibuk2 suruh kita beranak cecepat lepas kahwin. kejar dia katanya. ambooooi tahulah dia tu anak dah nak masuk no 3. tak payahlah nak duk eksen2 sangat. eeeeeeeeeee, nyampah tau!!

。+゚o。. Puan Dot . 。o+゚。 says:
at: 29 September 2011 at 11:16 said...

btul linda...org ni sibok tanye kan?kadang geram.. xfhm ke perasaan org.. hurm...baik jauh kan dr org yg mcm mak nenek ni.. hahaha.. chill

Nadz says:
at: 29 September 2011 at 11:24 said...

as salam sis...saya pun dah married 8 months jugak...biasalah sis ornag ni banyak bertanya dari memikirkan perasaan orang...kadang2 kalau menjawab orang kata kita ni biadap..tapi diorang tanya soalan pun kategori tu jugak...hahahha takper sis...sabar banyak2 and berdoalah sebab bila kita berdoa bagi mendapatkan zuriat ...insya allah zuriat kita nanti adalah yang terpelihara dan beriman..insya allah :)

erin moshimoshi says:
at: 29 September 2011 at 11:33 said...

sabar babe !! ni kuasa allah ..
mna tahu lynda dpt kembar .. betul x...
tapi jgn streesup sgt dear

♥ balkidz_hunny ♥ says:
at: 29 September 2011 at 11:41 said...

Aku tak pernah bosan bace entry ko mek! :D

asyik bertanya tak pernah nak menjawab! itu betul!
sabar mek. aku pun 10bulan kawen baru ade. tu pun penat jawab soalan org. aku paham perasaan ko.

Ingat, Allah tu perancang terhebat! Lebih hebat dari sape2pun manusia. kita tak tahu apa yg Dia rancang untuk kita, yang pastinya Dia lebih tahu yg terbaik utk kita.

take care mek!

ceklala says:
at: 29 September 2011 at 11:48 said...

angin puting beliung mungkin hehe...biar jela manusia2 bermulut puaka camtu babe..selagi tak tutup mata ade je kesalahan orang lain yang dicari..

aku ni ha sampai dah naik muak orang tanye bile nak kawen. dah jodoh lum sampai nak buat cane. bukan tak usaha mencari..puas dah..tapi again lum sampai lagi jodoh..

selalunye tuan punya badan rilex je tapi orang sekeliling yang lebih2..manusia kan.

rose says:
at: 29 September 2011 at 12:03 said...

manusia mmg begitu..dah x boleh lari..suka atau tidak..kne terima jugak..

kaizen says:
at: 29 September 2011 at 12:05 said...

lumrah hidup bermasyarakat

*jgn biarkn diri dikongkong oleh masyarakat

mas saari says:
at: 29 September 2011 at 12:49 said...

singgah sini for the first time...salam perkenalan!

biasalah kan bila dah berkahwin pasti orang akan tanya tentang zuriat! cepat ke lambat itu rezeki Allah kan, kita ni hanya mampu berusaha dan berdoa!

CikPuan Fara says:
at: 29 September 2011 at 13:27 said...

linda, i sgt2 memahami u esp dialog yg last tu.. i lagilah dah setahun 5mth.. sekadar nak share bacaan dr sebuah artikel.."sesungguhnya Allah swt tidak sekali-kali berlaku kejam dgn hambanya.." fikir positif dear.. & enjoy our life berdua.. rezeki pasti akan dtg.. Insya Allah :)

ameris says:
at: 29 September 2011 at 13:56 said...

linda, sabar ok. insyaallah ada rezeki nnt. akak dulu thn pertama nikah mmg nak anak cpt maklum la kawin umo 30. prengnen masa bulan ke10 kawin pastu gugur.pastu cek doktr ada cyst rupanya. try lagi amik ubat hormon & kesuburan thn ni baru dapat baby now dh 8 bln. and now again pregnen lagi 2months. dh rezeki...masa nk dpt dulu bukan main susah...

fika79 says:
at: 29 September 2011 at 15:36 said...

hahahah..like!Like!like!like!like!..pedulikan la org nak tanya apa..cakap kat dia, i mintak duit u ker??

[s.u.r.i.a] says:
at: 29 September 2011 at 16:03 said...

sangat-sangat memahami kamu. sangat boleh merasai apa yang kamu rasa. angin 2 kita tak minta datang pun, dia datang tiba-tiba sebab orang sibuk dengan hidup kita yang bahagia berdua. kenapa perlu samakan kita dengan hidup orang lain. sungguh tak adil.

Khumaera Ismail aka Habibi Hamid says:
at: 29 September 2011 at 17:09 said...

pergh..bab-bab subur tu sensitif ok! sape yg ckp camtu..rezeki tu dari Allah.walau subur 200- 1000% sekali pun, kalau Allah kate takde, memang takkan ade. bab tu kena usaha dan tawakal. mulut orang dear takleh tutup.huhuhu~

Jan@Afzan says:
at: 30 September 2011 at 09:50 said...

oh, tak pernah bosan membaca blog u.

kitaran soalan yang memang sentiasa berlegar2 di sekeliling. hanya kita yang kenal diri kita..:D

Jan dah kawen setahun lebih, raya tahun ini, soalan pasal "zuriat" memang banyak dapat..Hati ini sedey jek..

Subur? Memang menjadi isu sensitip! jan penah dapat satu soalan yg sgt buat kecik ati..

"Jan, ko mandul kot"

Pergh...dalam hati nangis, kat mulut, senyum jek lah...hanya kita saja tahu (padahal dah check doc, doc kata OK) belum rezeki Allah nak bagi..Dia Maha Mengetahui..

Usaha. Doa. tawakal

LisaLisut says:
at: 30 September 2011 at 22:40 said...

i br kawin xsmpai 3 minggu pn org asik ckp buat baby cpt.haish...saya rindu baca blogggggg akak ;p

dialicious says:
at: 1 October 2011 at 10:32 said...

Hi lynda!how's married life?kalau tanya I mmg jwb xpayah ada baby cpt2.kenal dulu hubby u..enjoy travelling.I dulu natural planning for 10mths then baru preggy.but of coz I didn't tell anyone abt it.senang jwb "belom ada rezeki".hehe.sementara ni bole kumpul duit sikit2.utk rumah/utk future baby.i tell u bila dh ada baby ni mmg limit sgt time for ur hubby.belum cite psl hal ehem ehem lg.mmg sgt xde masa.but its undeniable baby mmg best sgt2!only when ur ready:)nway kan I rasa org yg suka tnya bila nak ada baby tu biasanya yg dah ada baby kan?sbnrnye dorg jeles sbb lynda still bole enjoy lg xde responsibilities.bole tdo straight 8hrs n kemana2 senang.hehe

Cik Puan Lara says:
at: 1 October 2011 at 13:50 said...

biasela tu kan...mcm la mngandung ni kite leh suke2 nk,suke2 xnak.mcm tekan suis on off plak kan..tu semua ketentuan Allah kn..kite usaha n berserah,Dia y menentukn..

dah rs soalan2 mcm tu.kdg2 buat bodoh,tp kdg2 mmg emo gk la...

LisaLisut says:
at: 4 October 2011 at 11:20 said...

haha i suka statement Puan Diah.100% :)

Syima Syaz says:
at: 4 October 2011 at 23:57 said...

eei jahat nye mulut..

mulut org mmg mcm tu kan lynda.btw, kita baru je masuk kerja seminggu.. kakak office dah tanya..'dah ada isi ke?'..kelakarnye!

Reen Tart Nenas says:
at: 5 October 2011 at 14:10 said...

lynda, reen dh meroyan kat page fb lynda dh pasal nie. hahaha anyway, tetap nak ckp, org yg sibuk tanya tu adalah org yg mmg dh takde masa utk diri sendiri dan hubby. ye lah, dah ada anak, semua anak je. tp sape takmo anak kan? tp kalau belum masanye, takpe la. kite tunggu dan lihat la. sementara berdua nie, enjoy la our moment together, iye tak? xkesah la dok satu rumah / LDR.

mereka terlalu risau kite nie tak subur. adoiii dan ia telah mula merisaukan kite, "eih, betul ke aku x subur"?

Hanie Adzman says:
at: 5 October 2011 at 16:16 said...

Hye Lynda, new reader (tak, sbnrnya dah lama stalk ;p) But, seriously, we get the same feeling!!! Penat nak jwb, bila nk dpt anak, like..mgkn makcik blh tlg doakan utk sy cpt dpt baby..lg rmi doa, lg cpt sy dpt baby, TQ =)

Stalking Me!

Kamsahameeda!

Spread the love

"Spread love everywhere you go: first of all in your own house. Give love to your children, to your wife or husband, to a next door neighbour... Let no one ever come to you without leaving better and happier. Be the living expression of God's kindness; kindness in your face, kindness in your eyes, kindness in your smile, kindness in your warm greeting."

by Mother Theresa

RH Pre-Wedding

RH Pre-Wedding
We enjoyed the moment! Just smile and the pictures will be awesome!

RH Engagement

RH Engagement
It was in year 2009. A small celebration between two families :)

RH Wedding

RH Wedding
Our experience working independently for the big day which fell on a very auspicious date, 1.1.11 *smile*

RH Saranghae

RH Saranghae
A story of our humble abode.

RH Travelogue

RH Travelogue
“Traveling – it leaves you speechless, then turns you into a storyteller.” – Ibn Battuta

Tabung Gajah

Inspirations

Buddies

They blog on weddings

They call me, Lunda.

The Writer

My Photo
hazlynda kushairi
Nama pendek, Lynda ;)
View my complete profile

Alhamdulillah

Alhamdulillah
Terima kasih, 4Weddingku!

RH Journey

Daisypath Anniversary tickers

February 2016

February 2016
We are featured in Impiana February 2016

June 2011

June 2011
We are featured in Pengantin June 2011

May 2011

May 2011
We are featured in Pengantin May 2011

April 2011

April 2011
We are featured in Pengantin April 2011

March 2011

March 2011
We are featured in Pengantin March 2011