Search

.

Content

Tentang blog

Ini adalah blog peribadi saya. Segala pendapat yang dinyatakan adalah idea dan rekaan saya sendiri. Jangan menganggap bahawa anda mengenali saya kerana anda membaca blog ini secara kebetulan. Diharapkan anda menghormati sy dan tidak menjadi penyiasat psiko. Semua pandangan atau pendapat yang ditulis dalam blog ini adalah peribadi dan milik sy sepenuhnya. Sy berhak mengawasi agar menghormati sensitiviti, agama dan politik.

Terima kasih,
Hazlynda Kushairi


#Chanteks

Tuesday, 18 October 2011

Aku sebuah blog

Assalammualaikum ;)

Hari ini aku hendak menulis bagi pihak Puan aku, Puan Hazlynda.

Kasihan beliau.

Aku dilahirkan sebagai anak alam maya Puan kira-kira empat tahun yang lalu, kalau mengikut profile yang ditunjuk adalah pada November 2007. Aku tahu, Puan aku menghidupkan aku sekadar untuk mengeratkan silaturrahimnya bersama bekas-bekas rakan sekelas beliau ketika di UiTM dahulu. tergelak aku apabila Puan aku menulis entri pertamanya mengenai buah hatinya yakni suaminya, Tuan Razmie. Aku tak sangka Puan aku berjiwa bunga tetapi malangnya ketika itu hanya beberapa orang rakan kelasnya sahaja yang membalas komen bersama. Puan aku ni masih duduk di bawah tempurung, tak reti nak bersosial dengan laman sosial blog ni.

Kasihan beliau.

Aku tak kisah Puan selalu jenguk aku atau tidak, asalkan dia tidak menghiraukan aku langsung sudah. Aku pasti beliau akan kemaskini aku setiap minggu walaupun secara jujurnya, penulisan Puan tunggang-langgang, dan tidak sensasi langsung! Pendek kata - tidak menarik seperti Hanis Zulaikha. Aku akui Puan aku tidak secantik Hanis Zulaikha dan penulisan beliau pun tidak secantik Hanis. Tidak mengapalah, mungkin sudah ditakdirkan aku bersama Puan Hazlynda. Redha.

Kasihan beliau.

Kemudian Puan mula bersosial dan berjinak dengan aku serta rakan-rakan yang lain. Wah, dia sudah pandai link-link orang yang tak dikenalinya dan berbual seperti sudah lama mengenali mereka, gelak terbahak-bahak. Kurang sopan betul Puan aku ni, suka hati dia sahaja nak borak dan bertepuk tampar. Tapi itulah beliau, seorang yang suka hati. Beliau mula menulis secara aktif semasa hendak berkahwin. Apa sahaja persediaan yang beliau lakukan, mesti nak update. Walaupun pergi mencari perabot kamar tidur pun nak update, walhal beliau tidak membeli pun, baru survey, bak kata orang kelantan - koya lebih! Kadang-kala bila dibaca balik, Puan aku suka tulis ikut suka hati beliau, adakala ayat beliau tidak mengancam atau tertarik pun tapi ada jugak yang nak follow. Pelik kan? Nak kata hebat macam Hanis Zulaikha, alamak Puan, pergi cermin diri dulu. HAHAHAHA.

Kasihan beliau.

Aku tidak nafikan, menulis beliau sewaktu membuat persediaan berkahwin memang banyak, terlalu banyak yang hendak ditulis walaupun 60% daripada penulisan beliau adalah merapu. Kalian perasan tak, adakala Puan aku ni suka emo terlebih, bila emo, semua orang malas nak layan tetapi aku terpaksa juga layan perasaan emo beliau, iyalah, akulah tempat beliau mencurahkan perasaan, nak buat macamana, aku pasrah. Walhal aku tahu, kalian di luar sana semuanya memaki hamun aku kan? "Blog Hazlynda (akulah tu!) asyik emo je" atau "Asyik-asyik bukak blog Hazlynda (aku lagi yg kena!) dia nak emo je, period apa?" Patutlah aku asyik tersedak je, kalian mengutuk aku di belakang ya?

Kasihan aku (kali ini)

Aku memahami perasaan Puan aku, sudah kahwin apa yang hendak diceritakan? Beliau pula tidak habis-habis dengan projek CBL nya. Aku cemburu dan kecil hati. Puan aku asyik update blog dan fb CBL sahaja. Kini aku dibiarkan seminggu sekali diupdate. Hurm, takpalah, blog CBL kan adik aku juga. Asalkan Puan aku bahagia dengan apa yang dia buat, aku sudah cukup gembira.

Kasihan aku (lagi sekali)

Tetapi,

Hari minggu yang lalu, Puan aku sudah tidak keruan, internet di rumah kami. Eh, kami? Iyalah, kami kan tinggal serumah. Di rumah kami, streamyx bermasalah dan Puan aku sudah naik berang. Setiap hari telefon Telekom untuk selesaikan masalah ini tapi malangnya mereka bilang, "...memang ada masalah teknikal di luar" Itulah, Puan aku ni, ambillah unifi, kan laju. Rupanya Puan aku dengar keluhan hati aku suruh ambil unifi. Puan bilang, "Duduk rumah seorang je yang pakai internet, tunggu duduk rumah sendirilah baru pakai unifi." Maaf Puan, tak tahu pulak Puan dengar keluhan hati ini. Serba salah aku dibuatnya.

Kasihan beliau (semula)

Selepas 7 hari tanpa internet di rumah, akhirnya Puan berasa lega Ahad lalu dengan adanya streamyx di rumah! Streamyx lagi! Tukarlah unifi, Puan nih!

Tiba-tiba,

Puan terima sms dari kawan-kawan, "Mana pergi blog? Kenapa tutup?"

Eh, aku dah tak wujud? Aku pun tak sedar.

Memang benar, Puan aku menggelabah satu rumah bila lihat dashboard 0 MANAGE BLOG.

ZERO!

Puan menjerit, Tuan yang ada disebelah terkejut. Aku pun terkejut, sejak bila aku hilang dan tak wujud lagi? Sampai hati Puan. Menggelabah Puan cuba refresh page dan mencari aku serta adikku, si blog CBL. Bila Puan taip url di atas, boleh pula ditulis tiada blog bernama itu. Eh, aku dah mati ke?

Kasihan aku melihat Puan, kelam kabut mencari aku. Aku dengar Puan bilang pada Tuan dan Bondanya, "Habislah semua yang sy tulis untuk persediaan majlis dan semua luahan perasaan yang ada dalam blog. Semuanya GONE sekelip mata je. 4 tahun dengan blog walaupun nuffnang tak byk mana pun. Sedihnya!"

Puan aku sedih!

Hati bunga dan sensetif juga Puan aku ni.

Apabila Tuan cuba tukar kata laluan dan refresh semula, alhamdulillah, aku muncul kembali!

Taraaaaaaaaaaaaaaaaaaaa disini aku pula menulis untuk Puan!

Barulah aku tahu yang Puan sayangkan aku. Aku ingat selama ini, Puan hanya mempergunakan aku sebagai tempat luahan dan menyimpan memori, rupanya beliau sayangkan aku. Terharu aku melihat reaksi Puan apabila dia kehilangan aku seketika.

Inilah hidupku. Aku sebuah blog.

I love you Puan!

Sebelum Puan marah aku mengarang entri ini, lebih baik aku lari sekarang!

yang benar,

10 komentar:

hajar hazizi says:
at: 18 October 2011 at 10:31 said...

em..saya tersenyum bila buka dashboard ade update dr blog puan anda ini..rupa nyer ada masalh yang berlaku pada blog puan...lega sgt dpt baca semula..hehehe...alhamdulillah

Khalisa Ridzuan says:
at: 18 October 2011 at 10:46 said...

kahkahkahkah.scary siut.blog ni hidup dan boleh mengarang.hohohohohoho

i penah jd cmni kat blog lama.duluuuuu.gelabah gila nk mati bila hilang semua benda.rs nk nangis dan rs penulisan selama ini sia2.i cna feel u.heh

Ms. Fiena says:
at: 18 October 2011 at 10:57 said...

hahhahaha mcm real si blog menulis

AnEs says:
at: 18 October 2011 at 11:47 said...

hihihi..sweet entry yg ni! buat backup lynda!

Aisyalicious says:
at: 18 October 2011 at 13:37 said...

this is so comel :) hasil penulisan dari blog sendiri. hye hazlynda.blogspot. kirim salam pada puan ok?

roeza says:
at: 18 October 2011 at 14:10 said...

menarik!!

K.I.N.A says:
at: 18 October 2011 at 14:47 said...

hahaha..cutenya..mcm mne bleh hilang tu..

fitria says:
at: 18 October 2011 at 17:27 said...

nk berkenalan dgn hazlynda.blogspot.com ek.. alolo comelnye :P

ENEF with ♥ says:
at: 18 October 2011 at 21:32 said...

hehe, comel je. kalau masuk exam boleh dapat A dah.^^

jooleata says:
at: 19 October 2011 at 08:02 said...

:D sian awak punya blog ni, mngadu pula.. hahahah

awak jaga dia baik2 yer...

Stalking Me!

Kamsahameeda!

Spread the love

"Spread love everywhere you go: first of all in your own house. Give love to your children, to your wife or husband, to a next door neighbour... Let no one ever come to you without leaving better and happier. Be the living expression of God's kindness; kindness in your face, kindness in your eyes, kindness in your smile, kindness in your warm greeting."

by Mother Theresa

RH Pre-Wedding

RH Pre-Wedding
We enjoyed the moment! Just smile and the pictures will be awesome!

RH Engagement

RH Engagement
It was in year 2009. A small celebration between two families :)

RH Wedding

RH Wedding
Our experience working independently for the big day which fell on a very auspicious date, 1.1.11 *smile*

RH Saranghae

RH Saranghae
A story of our humble abode.

RH Travelogue

RH Travelogue
“Traveling – it leaves you speechless, then turns you into a storyteller.” – Ibn Battuta

Tabung Gajah

Inspirations

Buddies

They blog on weddings

They call me, Lunda.

The Writer

My Photo
hazlynda kushairi
Nama pendek, Lynda ;)
View my complete profile

Alhamdulillah

Alhamdulillah
Terima kasih, 4Weddingku!

RH Journey

Daisypath Anniversary tickers

February 2016

February 2016
We are featured in Impiana February 2016

June 2011

June 2011
We are featured in Pengantin June 2011

May 2011

May 2011
We are featured in Pengantin May 2011

April 2011

April 2011
We are featured in Pengantin April 2011

March 2011

March 2011
We are featured in Pengantin March 2011