Search

.

Content

Tentang blog

Ini adalah blog peribadi saya. Segala pendapat yang dinyatakan adalah idea dan rekaan saya sendiri. Jangan menganggap bahawa anda mengenali saya kerana anda membaca blog ini secara kebetulan. Diharapkan anda menghormati sy dan tidak menjadi penyiasat psiko. Semua pandangan atau pendapat yang ditulis dalam blog ini adalah peribadi dan milik sy sepenuhnya. Sy berhak mengawasi agar menghormati sensitiviti, agama dan politik.

Terima kasih,
Hazlynda Kushairi


#Chanteks

Thursday, 6 October 2011

Anak emas

Assalammualaikum ;)

Eh, terasa lamanya tak menulis di blog caca marba penuh emosi tak tentu pasal ini. Sudah lima hari sy demam, sejak hari Sabtu yang lalu dan alhamdulillah hari ini, lebih ceria berbanding semalam dan hari² sebelumnya yang sangat lesu dan pucat. Hari ke-enam, kalau masih demam, doktor nasihatkan ambil darah. Syukur alhamdulillah sudah berada di kamar beradu sendiri ;)

Entri hari ini, jangan salah sangka atau membuat andai terlalu awal ya? Memang benar, sy anak sulong yang juga merupakan anak bongsu, pendek kata, sy anak tunggal Anak tunggal tidak bererti sy anak emas tetapi sy seorang anak yang tidak memakai emas merah kecuali emas putih sahaja. Pelik kan? Entah kenapa kulit menjadi merah dan gatal jika sy memakai emas merah, sudah terbukti dahulu semasa sekolah apabila tiba raya, pagi hendak bersiap, Bonda sudah sediakan rantai dan gelang tetapi akhirnya hanya pakai untuk beberapa jam sahaja. Emas sekarang mahal, rugi badan tak pakai emas merah kan?

Sudahlah, banyak membebal Hazlynda ni.

Anak emas?

Dulu sy, kini dia.

Tempoh hari dapat panggilan dari saudara,
"Dia ada kat rumah ke?"

Wah, sekarang sejak ada dia, bukan hendak ditanya khabar saudara rapat ini dahulu, dia juga yang mendapat perhatian dahulu. Tidak mengapa.


Kemudian apabila mendapat tahu dia tidak sihat,
"Dia dah ok ke? Tak pergi klinik?"

Wah, dia lagi yang orang ramai mengambil berat. Sy yang demam ini? Ok, kami demam lain hari, tidak boleh dipertikaikan. Tidak mengapa.


Tiba pula waktu makan tengahari atau makan malam, Bonda pasti,
"Kita nak makan apa malam ini? Dia nak makan apa?"

Wah, nak pergi makan pun ikut selera dia. Tidak mengapa, selera tekak kami sama cuma dia suka makanan sangat pedas, sy suka makanan suam-suam pedas. Ada ke?


Adakala pula bila tiba hari Isnin dan sy tidak ke kantor, ambil cuti lagi sebab nak temankan dia dengan urusan kerajaannya.
"Eh, kau temankan dia ke? Takpe, pergilah temankan. Kasihan dia"

Wah, semua orang kasihankan dia sahaja? Habis itu, yang tukang teman ini? Tiada siapa yang mengasihani? Tidak mengapa, asalkan dapat baju sehelai atau kasut sepasang atau tudung sehelai dan makan tengahari ditaja oleh dia, itu sudah gembirakan hati.


Setiap kali hendak keluar, pasti dia buli sy untuk menggosok bajunya walhal baju dah digosok sebelum lipat. Bonda pula memihak pada dia,
"Ala, gosok sahajalah sekali lagi, dapat pahala"

Wah, back up besar sekarang. Tidak mencebik, takut, kerana kalau melawan atau ingkar, nanti derhaka dan berdosa. Gosok sahaja baju dia hingga terbakar! Padan muka.


Kalau dulu, baju raya beli untuk diri sendiri atau untuk Bonda dan Arwah Nenda, tiba-tiba Bonda mencelah di celah kiraan bajet raya,
"Jangan lupa beli 2-3 baju untuk dia. Kan raya bersama?"

Wah, baju raya pun nak sy belikan? Tidak mengapa, lagipun kalau keluar pasti dia belikan sesuatu untuk sy, jasamu dikenang wahai dia.


Kalau waktu sy hendak rehatkan mata, dalam erti kata lain, tidur sebentar di waktu petang, perut dia mulalah berkeroncong, Bonda pula bilang,
"Buatlah minum petang untuk dia, kasihan dia, tadi makan tengahari awal"

Wah, Bonda ni memang dah lupa sy ni anaknya atau dia anaknya? Pilih sekarang. Sy akur, takut nak melawan, derhaka tak masuk syurga. Nak cium bau syurga kan? Turuti. Alamak, tiba-tiba teringat Frutti Tutti sebab bunyi lebih kurang turuti kan?


Bila tanya Bonda, siapa anak emas Bonda, sy atau dia? Sudah seperti dalam sinetron indonesia, berebut kasih sayang dan tahkta. eceh. Nak tahu siapa Bonda pilih?

Bonda bilang, "2-2 anak Mama"

Inilah anak emas baru Bonda.

Semua orang sayang dia tapi dia cintakan sy seorang je, katanya ;)


Alhamdulillah, Arwah Nenda pergi dengan meninggalkan seorang "hero" untuk menjadi ketua keluarga, melindungi dan mendidik sy.

Alhamdulillah, pilihan hati direstui oleh Bonda. Ala, memang dari dulu Bonda asyik sebut guru ni, guru ni, haaaaa terkesima bila tahu jodoh anaknya dengan guru sementara ni.

Alhamdulillah sudah 9 bulan 5 hari kami disatukan.

Dahulu, tak balik raya sebab tiada kampung, kampung di KL juga, kini sudah ada kampung untuk beraya bergilir.

Dahulu, jadi anak tunggal, kini sudah ada 9 adik beradik instant.

Dahulu jadi kasih sayang tidak dikongsi, kini dikongsi bersama husben.

Dahulu tidur bersama Bonda, bawah ketiak Bonda, kini berebut bantal bersama husben.

Dahulu tidak heran dengan percintaan jarak jauh, kini semakin ghairah hendak berhijrah.

Dahulu tidak pandai memasak, kini sudah pandai sikit.

Dahulu tiada lelaki di dalam rumah, kini sudah ada walaupun ketinggian kami sama ;P

Dan yang paling penting.....

Dahulu sy anak emas, kini sy isteri dia ;)

22 komentar:

Rilla says:
at: 6 October 2011 at 08:44 said...

So comel. Like entri ni banyak2.

Leonora Halim says:
at: 6 October 2011 at 09:08 said...

Dahulu tidur bersama Bonda, bawah ketiak Bonda, kini berebut bantal bersama husben. <---- *LIKE*

hehe.. hepi recovery Lynda...

Khalisa Ridzuan says:
at: 6 October 2011 at 09:12 said...

awwwwwwwwwww manissssssssss sekali :D

。+゚o。. Puan Dot . 。o+゚。 says:
at: 6 October 2011 at 09:18 said...

hye linda..selamat hari raya erk..
wah dia dah jadi anak emas bonda ya.. hihi.. bagus la.. smua org suka dia..mesti rase lebih bahagia

ceklala says:
at: 6 October 2011 at 09:20 said...

dulu kini dan selamnya die tetap cintakan kau sampai akhir hayatnya insyaallah :)

Shiela Rahim says:
at: 6 October 2011 at 09:37 said...

sweet =)

aNaYaNa says:
at: 6 October 2011 at 09:50 said...

Ini entry yang paling sweet saya jumpa pagi ni..heee..eh saya pun alergik pakai emas merah esp cincin..nanti merah2 jari..huhu..kulit cap ayam ker apa..sedih.

choclairissa @ intan says:
at: 6 October 2011 at 09:56 said...

saye pun same..mak sendiri amik berat psl husben sbb katanya..mak xde anak laki sulong..tibe2 ade :)

peanut says:
at: 6 October 2011 at 10:40 said...

lebih kurang mcm saya..
saya pun PJJ..
kalo dia balik,mesti mak tny..
nak masak apa eh?
dia makan apa eh?
dia makan ni tak,itu tak?
(sy masih xpandai masak..hahah)
skang pun sy dh ada kampung..hehe..
sumanya sama kecuali sy bukan anak tunggal..hehe

Liyanaroxx says:
at: 6 October 2011 at 11:35 said...

Sangat sweet entry ini...DIA yang melayari bahtera kehidupan sebagai suami isteri bersama dgn lynda... :)

K.I.N.A says:
at: 6 October 2011 at 12:06 said...

ololo..sweetnye..;)

sarahsayangjiman says:
at: 6 October 2011 at 12:54 said...

hehehe. weeii sama laa kita..dah jadi second dah kita ni. tapi takpe..lagi bahagia!

~ NANA ~ says:
at: 6 October 2011 at 13:01 said...

hihi suka la entry ni lynda...best baca!

farhanna says:
at: 6 October 2011 at 13:04 said...

ala linda.. lps kawen mak kite mmg akan jd cmtu otomatik.. semua dia akan dulukan husband kite dr kite.. so kalau balik kg, i lepas tgn la.. hehehhe semua mak nk handle..

Jan@Afzan says:
at: 6 October 2011 at 13:25 said...

i like totally!

"cikkin" says:
at: 6 October 2011 at 13:43 said...

sweet sgt lynda..untung dia..=)

yUmIe says:
at: 6 October 2011 at 13:43 said...

sungguh comel..tp aku pn skrg hadapi benda yg sme..khai mkn x ini??khai xmnm kn air ni??klu aku marah husben aku mkn byk sgt sbb die dh gemok,backup bsr mst adenye duk berkata"biarle die nk mkn..jgn dihalang selera die"..owhh aku pn bkn ank emas lg..hahaha

~ Lady D ~ says:
at: 6 October 2011 at 16:32 said...

bertuahnye ur hubby ni. uhh.. it makes me neves nak kawen ngan my fiance, he is ank tunggal, same as u lynda. omg.. dunno how much his parent would accept my presence nnt

Fieda says:
at: 6 October 2011 at 20:08 said...

...sama, saya pun anak tunggal.... mak selalu akan lebihkan orang tu juga nanti.....hukhukhuk....

lysa says:
at: 7 October 2011 at 14:21 said...

so sweet. semoga bahagia hingga ke akhir hayat :)

Rina (◕‿◕)✿ says:
at: 9 October 2011 at 00:13 said...

lynda!!!!

rina anak tunggal jugak tau...
tinggal di KL..

dan my fiancee pulak ade 8 adik bradik..dan org klate..

hahaha..mcm lebih kurg jekk kita kan?

xlama lg..rina akan ade rmai adik bradik..ada kmpung..

mak rina pon sikit2 asik tanye die je...cis...spe anak mak sbnrnye ni. haha..

hehe...bestnye rs..ade geng :)

Cik Hazz says:
at: 19 October 2011 at 16:36 said...

samalah.. bila balik raya haritu semuanya bertanyakan 'dia' dulu. Dia dah makan? Dah sediakan air untuk dia? Dia nak makan apa hari ni? bla bla blaaa.. redha. dapat pahala. ;-)

Stalking Me!

Kamsahameeda!

Spread the love

"Spread love everywhere you go: first of all in your own house. Give love to your children, to your wife or husband, to a next door neighbour... Let no one ever come to you without leaving better and happier. Be the living expression of God's kindness; kindness in your face, kindness in your eyes, kindness in your smile, kindness in your warm greeting."

by Mother Theresa

RH Pre-Wedding

RH Pre-Wedding
We enjoyed the moment! Just smile and the pictures will be awesome!

RH Engagement

RH Engagement
It was in year 2009. A small celebration between two families :)

RH Wedding

RH Wedding
Our experience working independently for the big day which fell on a very auspicious date, 1.1.11 *smile*

RH Saranghae

RH Saranghae
A story of our humble abode.

RH Travelogue

RH Travelogue
“Traveling – it leaves you speechless, then turns you into a storyteller.” – Ibn Battuta

Tabung Gajah

Inspirations

Buddies

They blog on weddings

They call me, Lunda.

The Writer

My Photo
hazlynda kushairi
Nama pendek, Lynda ;)
View my complete profile

Alhamdulillah

Alhamdulillah
Terima kasih, 4Weddingku!

RH Journey

Daisypath Anniversary tickers

February 2016

February 2016
We are featured in Impiana February 2016

June 2011

June 2011
We are featured in Pengantin June 2011

May 2011

May 2011
We are featured in Pengantin May 2011

April 2011

April 2011
We are featured in Pengantin April 2011

March 2011

March 2011
We are featured in Pengantin March 2011