Search

.

Content

Tentang blog

Ini adalah blog peribadi saya. Segala pendapat yang dinyatakan adalah idea dan rekaan saya sendiri. Jangan menganggap bahawa anda mengenali saya kerana anda membaca blog ini secara kebetulan. Diharapkan anda menghormati sy dan tidak menjadi penyiasat psiko. Semua pandangan atau pendapat yang ditulis dalam blog ini adalah peribadi dan milik sy sepenuhnya. Sy berhak mengawasi agar menghormati sensitiviti, agama dan politik.

Terima kasih,
Hazlynda Kushairi


#Chanteks

Thursday, 27 October 2011

Bermadu

Assalammualaikum ;)

Seronok cuti panjang?

Cuti sy dipotong setengah, maksud sy, tiada di rumah dari Jumaat hingga Rabu tetapi di KL untuk hari Isnin sahaja, pelik kan? Untuk apa? Berjumpa dengan Fiena dan hadiri kelas mengajar dan belajar ;)

Entri hari ini sangat ringkas, sy rasa. Sy sendiri tidak tahu bagaimana hendak dimulakan.

Bukan kisah sy dimadukan dan bukan kisah bini-biniku gengster!

Kisah mengenai sy yang mencari madu untuk husben dan beliau redha ;)

Sejak sy mempunyai teman baru, sy tidak menghiraukan sekeliling sy. Dalam 24jam, waktu tidur 6jam, bekerja 8jam dan 10jam dihabiskan bersama madu sy.

Sy juga tidak lagi berebut alat kawalan astro bersama bonda. Bonda sudah aman menonton rancangan kegemarannya tanpa gangguan daripada sy. Sy sudah tidak lagi menonton sinetron kerana sy sudah ada madu.

Madu sy kini adalah sahabat karib sy,



Pada awalnya, sy sendiri tidak tahu mengapa ratusan ribuan orang like maaduu sehinggalah sy sendiri ke fanpage tersebut, WOWWW!! Memang best! Pasti ramai sudah tahu kewujudan maaduu di laman sosial facebook yang kini sudah mempunyai 1,430,888 orang like this!

Dahulu ketika di UiTM, kami hanya menonton cerita korea melalui cd yang dicopy dari kawan. Pada ketika itu, semua orang sedang sibuk menonton Full House. Kami pun tontonlah Full House 2 hari 2 malam. Jangan terkejut ya, sy dan roomate sehingga ponteng kelas 2 hari semata-mata hendak menghabiskan k-drama ini. Sejujurnya, kami mandi hanya sekali sehari, mandi ketika hendak membeli makanan tengahari di kafe, dan ketika ke kafe, kami pause seketika dan sambung semula selepas pulang dari tapau. Oleh kerana terlalu obses dengan jalan cerita Full House, kami mahu tahu apa yang berlaku seterusnya sehingga malas hendak makan malam dan ke kelas HAHAHA good old days!

Selepas tamat belajar, susah untuk mendapatkan cd k-drama, jadi sy banyak menonton di dramacrazy.net. Tetapi sy harus loading dahulu dan sebaik pulang dari kerja baru dapat menonton satu episod dan sementara menonton satu episod, sy akan biarkan episod seterusnya loading supaya sy dapat menonton secara berterusan tanpa menunggu. Sy ini seorang yang sangat tidak sabar!


Kini, alhamdulillah, dengan adanya maaduu, walaupun sy menggunakan streamyx sahaja, sy tidak perlu menunggu dan dapat menonton maaduu tanpa gangguan. Walaupun di maaduu terdapat ganggu iklan tetapi sy tidak mempedulikan selagi maaduu percuma untuk ditonton kerana iklan itulah yang membuatkab kita semua dapat menonton k-drama secara percuma.

YA, TONTON SECARA PERCUMA DI MAADUU!

Kalau percuma, semua orang mahu kan? Tidak perlu beli dvd, tidak perlu tunggu loading, tidak perlu bergegas pulang menunggu depan tv untuk k-drama kegemaran kita. Di maaduu, tontonlah berulang kali ;)

Kini, semua orang sedang sibuk menonton ini,

YA, BOYS OVER FLOWER!

Di entri Hidayati Farhan, beliau sendiri leka menonton k-drama di maaduu. Tidak dinafikan hero-hero k-drama semuanya jambu dan tampan. Sejujurnya, bagi sy, tidak semua heroin k-drama itu cantik HAHAHA dan sy sendiri tidak punyai hero k-drama kegemaran kerana semuanya tampan dan berkebolehan. Oleh sebab itu, ketika Poyaty hendak menonton di maaduu, sy sarankan beliau menonton BOF kerana keempat-empat hero itu jambu dan tampan supaya beliau dapat membiasakan diri menonton para pelakon k-drama yang tampan².

Oleh kerana itu, sy yang sudah menonton berkali² di maaduu, sy tidak mempunyai pelakon idaman kalbu. Semuanya jambu, bila minat Min Ho, jumpa pula Kim Bum. Lebih baik suka semuanya dan yang paling penting bagi sy, k-drama tidak berlarutan emosi apabila menonton dan tidak seperti menonton sinetron, asyik memaki hamun apabila melihat kejahilan yang dilakukan, betul tak? Jangan tipu.

Seperti sy, selalunya selepas habis satu cerita, sy akan scroll di bahagian MOST POPULAR. Disitu terdapat k-drama yang paling kerap ditonton oleh peminat maaduu. Sy baru sudah menonton Cloud Stairs. Cerita mengenai doktor yang tidak mempunyai lesen dan sijil tetapi beliau mempunyai hati yang baik untuk membantu masyarakat dan menyedarkan doktor² yang hanya pentingkan duit.

Seronok menonton di maaduu.

Mahu sy buat review untuk cerita yang ditonton pun boleh ;)

Disebabkan minat yang mendalam ketika menonton k-drama, sy menghadiri kelas korean ;)

Di entri akan datang, insyaAllah sy akan berkongsi apa yang sudah ditonton dan apa yang sy belajar dan apa nama korea sy ;)

Selamat menonton!

27 komentar:

Fariza says:
at: 27 October 2011 at 10:21 said...

hik3. madu ea. :) dulu time sekolah minat gila. ha3. x missed. pastu dh bekerja kurang, skrg ni kena ambil mood balik. ahahaha

ceklala says:
at: 27 October 2011 at 10:29 said...

ceh!tertipu aku memula..maseh sbb kasi aku mende baru!pasni bolela menonton di opis kalo bosan2!hehehe

erin moshimoshi says:
at: 27 October 2011 at 11:04 said...

tq2 dri dulu mencari seyh ... tergntung nak tgok boy over flower

Zizie Eazie says:
at: 27 October 2011 at 11:06 said...

time study dulu mmg hantu cite korea..
tp skrg mcm dah kureng minat..
mungkn kerana peningkatan usia sy...
wahh..mcm dah tua bebeno je rasa ^_^

lovelyadibah says:
at: 27 October 2011 at 11:11 said...

hooo..br tau pe kelas yang lynda pegi.:)

Hidayati Farhan says:
at: 27 October 2011 at 11:14 said...

lynda, hahaha, kerana mu lynda daku terjebak. tapi xpe, besh sgttt. skang tgh tgk coffee prince. bapak klako.

btw, saya suka heroin BOF, dia comel dan gila

PutriesNoora says:
at: 27 October 2011 at 11:45 said...

noora follow sini,noora pn tgh addict dgn maaduu ni...syok layan korea!

Siti says:
at: 27 October 2011 at 12:51 said...

hi... i nak recommend u tgk cite pasta...comel sgt cite ni... i watched it when i was in USA last year... tengokla... :)

♥ dak pink says:
at: 27 October 2011 at 12:51 said...

Tengah tunggu Full House 2 keluar. =)

Reen Tart Nenas says:
at: 27 October 2011 at 13:53 said...

yang fullhouse tu mmg tepat skali! tapi xde la sampai ai ponteng kelas hoke. cuma mmg xsabo la nak balik dari kelas semata2 mau nonton. masa tu mmg terus pk dah keje nanti nak buat rambut mcm pelakon pompuan tu ape ke ntah nama die. nak beli baju cam die. tp bile dah keje, lupa sudaaaaa. hahaha thx babe bgtau link. haruslah ku nonton cite korea sehingga suamiku diabaikan. hahaha

K.I.N.A says:
at: 27 October 2011 at 14:07 said...

haha..sanggup tu ponteng kelas..
kina masa tgk full house tu mmg xtido sampai ke pagi..seyes best gile.

bab heroin korea tak sllunye cantik tu setuju!

farhanna says:
at: 27 October 2011 at 14:24 said...

warghh gut info, tp x boleh kasi tau hubs.. kalau x duk ngadap madu je la dia..

choclairissa @ intan says:
at: 27 October 2011 at 14:24 said...

haha alangkah bestnye kalo i ade time cam dulu2 nk tgk cite korea bila2 mase saje.. :(

oshinz says:
at: 27 October 2011 at 17:11 said...

dah lama tak layan cerita korea. =)

modusoperandi111209 says:
at: 27 October 2011 at 17:55 said...

ade subtittle tak?

takot tak paham lak nanti =(

emma dangdut says:
at: 27 October 2011 at 18:35 said...

kak linda dah gila korea ye..uteh kat umah pun sama ni..nasib tak jangkit lagi kat emma ni :P otw la tu :P

ElyaElmo says:
at: 27 October 2011 at 22:32 said...

oit!bapak rajin ko attend2 kelasss niiii......ko ni mmg tak leh duk diamm yehhhhhhhhhh :p

hazlynda kushairi says:
at: 31 October 2011 at 09:31 said...

FARIZA :
Lynda pun mase dulu 1st time start keje, jarang sgt tgk sbb takde masa tapi sejak dah tengok 1 k-drama, mesti nak tgk yg lain, dah jadi mcm ketagih lak ;)

LALA :
tonton babe kat maaduu, so far, ngan maaduu aku paling berpuas hati. Tengok BOF dulu, biasakan dengan hero hensem² ;)

hazlynda kushairi says:
at: 31 October 2011 at 09:32 said...

ERIN :
tengok kat maaduu ek ;) kat tv pun ada, 8tv rasenye tapi alih suara, sangat tak best!

ZIZIE :
hehe eh, kalau peningkatan umur? aigoo.. terasa diri dah tua, lynda pun dah nak 30.

hazlynda kushairi says:
at: 31 October 2011 at 09:34 said...

DIBA :
Dah lama peram je HAHAHA aritu baru gtau ;) Mesti baca status kat fb ni ;P

POYATY :
lee min ho ek? HAHA macho habes tapi tunggu....... ramai lagi yg belum tnegok tu HAHAHA ;P

Coffee Prince oklah... tapi lepas ni tengok My Fair Lady ek?

hazlynda kushairi says:
at: 31 October 2011 at 09:37 said...

NOORA :
semua addicted to maaduu sbb takde lag dan tak perlu loading kan? HEHE smooth je tengok ;)

SITI :
HAHAHA i dah sudah tengok pasta. eventho heroin mcm sangat typical tapi moment kat dapur paling best kan? tiap kali tengok mesti terliur, esok tu i mkn spaghetti HAHA

hazlynda kushairi says:
at: 31 October 2011 at 09:39 said...

DAK PINK :
bile ek FH2 nak kuor? Rain jugak ek?

REEN :
babe, situasimu agak bahaya, jangan sampai abaikan suami HAHAHA macam lynda takpe, time suami takde baru tonton HEHE kalau ade, takde chance le... HAHA lynda sampai ponteng kelas, tak faham tul sampai nak poteng kelas HAHAHA kuasa FH ;)

hazlynda kushairi says:
at: 31 October 2011 at 09:40 said...

KINA :
HAHAHA kami tido gak siap pause pastu bangun sambung tgk. 2-2 kene tengok masa yg sama HAHAHA gila tul kan?
heroin mmg tak selalu cantik, tak mcm sinetron tapi jalan cete k-drama jauh lebih berkualiti kan ;)

FARHANNA :
HEHE jgn sampai abaikan husben tau!

hazlynda kushairi says:
at: 31 October 2011 at 09:41 said...

INTAN :
betul babe, i pun kekawan bilang, "kau beruntung la kan, husben jauh, takyah pening nak masak, kemas dan segala, tunggu la kau dah pindah duk bersama!" seram. tapi weekend lynda pun tak dapat tonton :(

hazlynda kushairi says:
at: 31 October 2011 at 09:42 said...

OSHINZ :
layan tau sis!

MODU :
ade subtittle, english & malay. try try tengok jom!

hazlynda kushairi says:
at: 31 October 2011 at 09:43 said...

EMMA :
HAHAHA kem salam uteh ngan cikgu ek? kak lynda mmg suke tgk, cepatlah berjangkit kat emma ;P

ELYA :
elya, aku mmg takleh duk diam. kalau ko jiran aku, mmg tiap ptg aku bertandang main masak-masak ngan ko tau?

GoJeS says:
at: 1 November 2011 at 10:06 said...

hihihih...awl2 tau psl madu ni memang crazy abis wlpun kami bkn peminat korea tp lyn jek cte2 die...smpai wt keje kt opis pun xsenang sebab xsbr nk lyn madu...hihiih..

Stalking Me!

Kamsahameeda!

Spread the love

"Spread love everywhere you go: first of all in your own house. Give love to your children, to your wife or husband, to a next door neighbour... Let no one ever come to you without leaving better and happier. Be the living expression of God's kindness; kindness in your face, kindness in your eyes, kindness in your smile, kindness in your warm greeting."

by Mother Theresa

RH Pre-Wedding

RH Pre-Wedding
We enjoyed the moment! Just smile and the pictures will be awesome!

RH Engagement

RH Engagement
It was in year 2009. A small celebration between two families :)

RH Wedding

RH Wedding
Our experience working independently for the big day which fell on a very auspicious date, 1.1.11 *smile*

RH Saranghae

RH Saranghae
A story of our humble abode.

RH Travelogue

RH Travelogue
“Traveling – it leaves you speechless, then turns you into a storyteller.” – Ibn Battuta

Tabung Gajah

Inspirations

Buddies

They blog on weddings

They call me, Lunda.

The Writer

My Photo
hazlynda kushairi
Nama pendek, Lynda ;)
View my complete profile

Alhamdulillah

Alhamdulillah
Terima kasih, 4Weddingku!

RH Journey

Daisypath Anniversary tickers

February 2016

February 2016
We are featured in Impiana February 2016

June 2011

June 2011
We are featured in Pengantin June 2011

May 2011

May 2011
We are featured in Pengantin May 2011

April 2011

April 2011
We are featured in Pengantin April 2011

March 2011

March 2011
We are featured in Pengantin March 2011