Search

.

Content

Tentang blog

Ini adalah blog peribadi saya. Segala pendapat yang dinyatakan adalah idea dan rekaan saya sendiri. Jangan menganggap bahawa anda mengenali saya kerana anda membaca blog ini secara kebetulan. Diharapkan anda menghormati sy dan tidak menjadi penyiasat psiko. Semua pandangan atau pendapat yang ditulis dalam blog ini adalah peribadi dan milik sy sepenuhnya. Sy berhak mengawasi agar menghormati sensitiviti, agama dan politik.

Terima kasih,
Hazlynda Kushairi


#Chanteks

Monday, 31 October 2011

Jom belajar!

Assalammualaikum ;)

Entri hari ini membuatkan hati sy melonjak dan tidak sabar untuk ke kelas. Perasaan yang dialami sekarang tidak seperti perasaan hendak sambung MA - sangat jauh berbeda!

Sungguh. Sy tidak bohong.

Dulu, kalau nak ke kelas MA je mesti rasa nak bunuh diri je, hendak pula tiba-tiba MA perlu kembali ke basic diploma iaitu melukis! Oh, itu bukan sy. Sy tidak suka melukis tapi suka membebel. Bila tiba hujung minggu mulalah panik tidak tentu arah kerana tugasan belum siap. Kalau dulu kerja sekolah tidak siap, jam 6.40 tiba di sekolah terus pinjam buku kawan. Ini, sudah tahap MA, kalau tidak siap kerja, pinjam tangan untuk melukis boleh?

Gila.

Berlainan pula dengan kelas ini. Tiba Isnin je, tidak lagi Monday Blues tetapi Awesome Monday! Tugasan yang diberikan, keesokkan harinya sudah siap. Lebih efisyen berbanding di sekolah dan kelas MA kan? Sangat efisyen! Bagi sy, sesuatu yang sy minat dan suka, memang semuanya cepat kecuali CBL, walaupun sy mmg suka dengan kerja kahwin tetapi disebabkan CBL adalah pekerjaan separuh masa, kerja-kerja CBL hanya dapat dilakukan ketika pulang dari kerja dan hari yang tiada kelas malam.

Berbalik kepada cerita kelas menarik ini.

Pada awalnya, sy sudah minta izin husben untuk pergi ke kelas malam ini tetapi malangnya di Pusat tersebut hanya jumaat atau sabtu sahaja bagi part time course. Ok, ini masalah besar kepada sy kerana hari jumaat, sabtu dan ahad sahaja yang sy ada untuk pulang ke Selatan. Dalam masa yang sama, diri sudah serba salah. Disana husben, disini minat. Sy terpaksa batalkan sahaja dan tunggu kelas seterusnya.

Rezeki.

Rezeki sy agaknya, sy telah mendapat emel dari HR bahawa mereka akan membuka pendaftaran kelas ini kepada staf. Perkara pertama yang sy lihat adalah hari dan waktu kelas. Alhamdulillah, setiap hari isnin dan rabu. Perasaan sy? Melonjak kegembiraan! Sy terus hubungi husben dan minta izin semula kerana sy tidak mahu melengahkan masa untuk berdaftar. Hendak tahu husben bilang apa? husben bilang, "Buat apa belajar tu, baik pergi belajar memasak" Sensetif terus.

Hati dah luruh. Malas hendak difikirkan.

Tetapi sebaik sahaja husben sms, "Pergilah belajar, sy izinkan"

Yawwwwwwwwwwwwwwwwwwwwwwwwwww!!!!

Memang terus daftar jumaat itu kerana isnin berikutnya sudah kelas.

Alhamdulillah, sy sedang dan masih belajar bahasa ini ;)

Annyonghashimnikka!

Ya, BAHASA KOREA!

학습하자!

Sy tidak terlintas di fikiran bahawa sy akan mengambil kelas bahasa ini. Kononnya dulu di UiTM bahasa ketiga yang sy ambil adalah French. Tidak kemana, tidak ke Paris pun. Cukup makan B sahaja.

Setelah sy bergiat dalam menonton k-drama di dramacrazy dan maaduu, hati lebih cendorong ke arah bahasa ini. Sepupu sy syorkan sy belajar bahasa german tetapi sy tetap berkeras untuk bahasa ini. Kononnya nanti bila tengok k-drama tidak perlulah sarikata dibawah. Koya lebih Hazlynda ni!

Bahasa Korea 한국어/조선말 adalah bahasa rasmi dari kedua-dua Korea Utara dan Korea Selatan juga bahasa rasmi di Wilayah Autonomi Etnik Korea Yanbian di China. Bahasa Korea disifatkan sebagai agglutinatif dan tatabahasanya mengikut urutan subjek objek kerja. Berbanding dengan Bahasa Jepun, Bahasa Korea lebih senang dari segi penulisan, bacaan dan sebutan. Bahasa ini banyak dipengaruhi oleh Bahasa Cina melalui kewujudan perkataan Sino-Korean. Perkataan bahasa korea asli membentuk 35% manakala 60% merupakan perkataan Sino-Korean, 5% merupakan pinjaman bahasa lain. Disebabkan ini, di dalam kelas, murid cina lebih cepat memahami dan senang faham kerana kebanyakkannya datang dari bahasa cina itu sendiri.

Hangul ialah aabjad untuk Bahasa Korea yang berbeza dari sistem logographic Sino-Korean hanja. Hangul merupakan sistem abjad fonomik yang disusun mengikut blok-blok suku kata. Setiap blok mengandungi sekurang-kurangnya 24 aksara hangul, sekurang-kurangnya satu dari setiap 14 konsonan dan 10 vokal.



Bagi sy, kalau sudah minat dalam sesuatu bahasa itu, insyaAllah akan dipermudahkan. Kita perlu terus berusaha dan terus mendalami ilmu itu tidak kiralah bahasa korea ke, bahasa arab ke, bahasa german ke, bahasa jepun ke. Itu hak masing-masing.

Sy sendiri masih belajar dan akan terus belajar. Sekiranya ada diantara penulisan sy salah, harap dimaafkan. Sy budak baru belajar ;)


14 komentar:

K.I.N.A says:
at: 31 October 2011 at 09:42 said...

kina pernah belajar asas bahas korea..tp sebab jarang praktik jd da byk lupa..

seronok kl belajar sambil nyanyi lagu..

masa belajar dulu nyanyi lagu 3 bears..cite fullhouse..:)..goodluck linda!

hazlynda kushairi says:
at: 31 October 2011 at 09:45 said...

KINA :
HAHAHA oppa bear! omma bear!
InsyaAllah.... Amin. Lynda pun cuba belajar dan faham dengan tengok k-drama (sambil mengayam bunga lagi) HAHAHA ;P

kelipkelipchumel says:
at: 31 October 2011 at 09:46 said...

bestnya bebeh.daku pn tgh mancari cari nk blaja bhsa korea gak..tp semacam agak sukar mencari di kota bharu ni.uhuhu..sila kongsi pembelajaran kamu di blog oke.bole sy kongsi blaja.

erin moshimoshi says:
at: 31 October 2011 at 09:48 said...

bestnye ade kelas korea je .. nak la mcm nie :(

lynda says:
at: 31 October 2011 at 10:07 said...

http://lynda-mylife.blogspot.com/..join dan add blog kite ye..:)

LisaLisut says:
at: 31 October 2011 at 10:17 said...

sokong razmie.g bljr masak lah.hahaha kidding.lepas ni bole honeymoon 2nd yr kat jeju island lah.bye.

hazlynda kushairi says:
at: 31 October 2011 at 10:30 said...

BAYU :
mu dah pindah kelate ke? lah...... boleh babe, insyaAllah aku kongsi tapi aku pun budak baru belajor, camne?

ERIN :
best kelas korea! tapi susah la babe kalau area muor...

hazlynda kushairi says:
at: 31 October 2011 at 10:31 said...

LYNDA :
sudah >.<

LISA :
HAHAHAHA takyah nak sokong sgt! Eh, mane tau plan nak ke jeju lagi 10thn tu? HAHAHA kumpul duit dulu babe, tapi mmg i nakkkkkkkkkk sgt ke jeju island :(

Moose says:
at: 31 October 2011 at 11:01 said...

oi oi blaja bahasa german blh ckp dgn aku & sarah. deutsch aku pun getting rusty. nk tulis 1 ayat pun kena fikir lama2. haha

hazlynda kushairi says:
at: 31 October 2011 at 11:22 said...

MOOSE :
tunggu habes kelas ni lah. german susah skit orang kata HAHAHA susah la sarah n kau nak ngumpat aku lepas ni HAHAHA tunggu babe, aku akan cube jugak ;P gila bahasa takpe janji aku tak gila glemer!

FareeZan says:
at: 31 October 2011 at 12:04 said...

engko dh gila ke hapa? omg sgtlah kau kan.ahahaha. kalu aku jd rajemi pon paksa kau p kelas memask.aduyai! ahaha btw.tak rugikan belajar pelbagai bahasa. :P

hazlynda kushairi says:
at: 31 October 2011 at 12:09 said...

PAJIJAN :
Alah, dulu aku suh kau ajar aku arab, takmo, asyik suh tido je HAHAHA rajemi memahami kehendak aku, eceh ;P Ala, masak tu, insyaAllah dari hari ke hari leh improve ;P
Betul tu Jah, tak rugi belajar hokkien, tamil, bahasa melayu, english n now korean HAHAHA ;P

Cik Puan Mimi says:
at: 31 October 2011 at 17:18 said...

waaaa..bestnye belajar koreaaa!! best dengar diorang bercakap.tapi sepatah haram tak faham..hehe..bagus2 belajar byk2 bahasa ni. :)

Moose says:
at: 31 October 2011 at 21:03 said...

german quite senang compared to french. ko dah ada basic french kan? lagilah senang klo nak belajar german. german ni you pronounce what you see. takde tergeliat lidah cam french. hehe

Stalking Me!

Kamsahameeda!

Spread the love

"Spread love everywhere you go: first of all in your own house. Give love to your children, to your wife or husband, to a next door neighbour... Let no one ever come to you without leaving better and happier. Be the living expression of God's kindness; kindness in your face, kindness in your eyes, kindness in your smile, kindness in your warm greeting."

by Mother Theresa

RH Pre-Wedding

RH Pre-Wedding
We enjoyed the moment! Just smile and the pictures will be awesome!

RH Engagement

RH Engagement
It was in year 2009. A small celebration between two families :)

RH Wedding

RH Wedding
Our experience working independently for the big day which fell on a very auspicious date, 1.1.11 *smile*

RH Saranghae

RH Saranghae
A story of our humble abode.

RH Travelogue

RH Travelogue
“Traveling – it leaves you speechless, then turns you into a storyteller.” – Ibn Battuta

Tabung Gajah

Inspirations

Buddies

They blog on weddings

They call me, Lunda.

The Writer

My Photo
hazlynda kushairi
Nama pendek, Lynda ;)
View my complete profile

Alhamdulillah

Alhamdulillah
Terima kasih, 4Weddingku!

RH Journey

Daisypath Anniversary tickers

February 2016

February 2016
We are featured in Impiana February 2016

June 2011

June 2011
We are featured in Pengantin June 2011

May 2011

May 2011
We are featured in Pengantin May 2011

April 2011

April 2011
We are featured in Pengantin April 2011

March 2011

March 2011
We are featured in Pengantin March 2011