Search

.

Content

Tentang blog

Ini adalah blog peribadi saya. Segala pendapat yang dinyatakan adalah idea dan rekaan saya sendiri. Jangan menganggap bahawa anda mengenali saya kerana anda membaca blog ini secara kebetulan. Diharapkan anda menghormati sy dan tidak menjadi penyiasat psiko. Semua pandangan atau pendapat yang ditulis dalam blog ini adalah peribadi dan milik sy sepenuhnya. Sy berhak mengawasi agar menghormati sensitiviti, agama dan politik.

Terima kasih,
Hazlynda Kushairi


#Chanteks

Monday, 21 November 2011

Jangan jadi terlalu BRIDEZILLA boleh tak?

Assalammualaikum ;)

Pada 10 November lalu, sy ada meninggalkan jejak di blog Amy - Pemilik Absolutely Gorgeous. Hati ini asyik tergerak untuk menuli kesinambungan dan pengalaman sy yang dulu sebagai bakal pengantin.

Komen sy di blog Amy adalah,

hazlynda kushairi said...

amy, i setuju dgn entry u.

kita dulu pernah berada dalam situasi mereka yang hendak berkahwin dan kita juga pernah membuat research tetapi sgt dinasihatkan supaya atleast 2 bulan sebelum wedding, berhenti buat research yang pasti membuat mata kita rambang nak tukar itu dan ini - LAST MINUTE!

lynda pun sejak denga nCBL, alhamdulillah customer semua boleh toelrate dan faham situasi lynda yg bekerja separuh masa untuk menyiapkan ekrja kahwin mereka. Ada juga yang order last minit, tapi mana yg boleh buat ikut kemampuan, lynda try buat supaya tidak mengewakan tapi ada yang minggu depan nak kahwin, minggu ni baru order, mmg tak sempat la. Bukan tolak rezeki tapi ikut kemampuan.

Ada yang salah faham niat baik vendor tapi itulah... ragam manusia. Allah tahu apa yang terbaik, sebaiknya kita bersyukur sahaja ;)

Sorry komen panjang ;)


Setelah mengendali CBL lebih kurang 10 bulan, alhamdulillah, rezeki CBL yang datang dahulu sebelum rezeki anak. Sejujurnya, sy seronok membuat kerja kahwin dan adakalanya hati terdetik, "Kenapalah waktu aku kahwin dulu taktau guna ini semua? Rugi betul!"

Tapi itu dulu, 11 bulan yang lalu.

Sekarang, sy pula cuba merealisasikan keinginan orang terhadap apa yang mereka inginkan. Bagi sy, sy berlainan dengan Amy, sy bekerja sepenuh masa di salah satu Universiti dan membuat kerja-kerja CBL selepas waktu bekerja. Setakat ini, belum ada keinginan untuk berhenti kerja dan menumpukan pada CBL, bisnes sy masih kecil dan masih memerlukan masa yang panjang untuk dikenali orang ramai.

Mengapa sy tubuhkan CBL? Sy seorang yang suka kraftangan, diy dan syok sendiri - itu sy. Dulu semasa majlis sy belum puas diy untuk diri sendiri dan sy mahu diy lagi utk orang ramai. Bagi sy, hasil itu kemas dan cantik dimata orang, sudah memadai. Bukan wang ringgit yang sy kejar - baiklah, 20% ya, tipu diri sendirilah kalau tidak. Tapi keuntungan CBL tidak seperti NGI. Lupakan.

Dahulu, Bonda pernah memberi amaran kepada sy, dua minggu atau sepuluh hari sebelum majlis, pasti sy tidak la diy atau membuat sebarang pertukaran kerana ini akan menyukarkan semua pihak. Bonda bilang, "Kalau u nak tukar sana sini, u nak tambah sana sini, u yang pening. Mama tak tahu apa yg u nak, u yang uruskan majlis u. Jangan nak peningkan kepala."

Memang benar.

Pernah sy berborak dengan salah satu vendor semasa majlis sy, beliau pernah menceritakan pengalaman beliau bersama seorang bakal pengantin. Beliau menasihatkan sy supaya sudah-sudahlah membuat reseacrh disaat akhir. Tahun lepas, syy seorang yang suka menghadap komputer riba tentang perihal kahwin, apa sahaja idea yang boleh dimanfaatkan, sy akan diy atau menambahbaikan item majlis. tetapi itu sekurangnya sebulan sebelum majlis. memang benar, jika kita teruskan dengan apa yang kita lihat, kita akan mempunyai keinginan itu untuk majlis kita walhal dalam hati tadi baru terdetik, "I'm on a tight budget. Enough" Sy sama sekali tidak menggalakkan bakal pengantin untuk membuat persiapan akhir dan menambahkan itu ini disaat akhir.

Bear in mind,

Vendor tidak punya banyak masa utk melayan kalian disaat akhir. Majlis kahwin tidak lagi seperti dulu, pada waktu cuti sekolah penggal, kini, setiap minggu ada majlis. Bekerjasama bersama vendor kalian, insyaAllah mereka pasti akan memberi yang terbaik untuk majlis kalian. Persediaan disaat akhir tidak mendatangkan keuntungan kepada kalian, malahan ia akan menyusahkan semua pihak, seprti kata Amy,
"Contohnya ialah menyusahkan vendor, adik-beradik dan mungkin parents anda sendiri. Ingat, wedding ni bukan anda sorang-sorang jer yang akan make it happen. Ianya melibatkan banyak pihak. So, sila lah tolerate sikit yer."

Tolerate. Bertolak ansur.

Semua orang mahukan yang terbaik untuk hari bersejarah seumur hidup mereka. Tetapi, sedarkah kalian bahawa dalam masa yang sama, kalian telah mengguris perasaan orang lain dan menyusahkan mereka?

Sudah-sudahlah persediaan disaat akhir.

Apa yang sudah kalian miliki itu sudah memadai, berbelanja mengikut kemampuan bukan nafsu keinginan.

Jangan tanam didalam hati, "Oh, si polan tu ada guestbook, aku pun nak lah tapi mana nak cari yang murah?"

Majlisnya lusa, baru hari ini nak cari? Tidak perlu order, beli sahaja yang sedia ada di kedai. Itu tidak menyusahkan orang lain.

Bagi CBL, sy percaya rezeki itu datang dari Allah, bukan dari review orang ramai.

Sudah.

Tajuk sama seperti Amy, penghujung entri pun bersetuju dengan Amy,
Just a bit reminder to readers and to myself. Kadang-kadang kita tak realize apa yang kita buat tu orang suka ke tidak. So, kalau vendors suka anda, mana tahu vendors tak berkira, so dapat lah gifts or whatnot on your wedding.

Jangan jadi terlalu BRIDEZILLA ya adik-adik dan kakak-kakak yang bakal berkahwin ;)

My two cents.

20 komentar:

reena says:
at: 21 November 2011 at 11:08 said...

Good entry, Linda! I bakal pengantin tapi i setuju sangat. Sepatutnya lagi sebulan tu dah boleh rileks dan buat benda kecik2 yang patut je. Survey2 ni patut dari awal lagi. Pastu tinggal execute je.

hazlynda kushairi says:
at: 21 November 2011 at 11:12 said...

REENA, betul. sebulan sebelum berhentilah buat research yg akan menambahkan beban je. execute apa yang harus dibuat, nanti last minit baru nak buat, tidak ke itu menyusahkan orang lain?

Asfiza says:
at: 21 November 2011 at 11:20 said...

sokong entry u Linda...as pun memang plan 1 bulan before majlis nak stop buat segala tentang wedding..nak relax..tak nak tension2 dah..

LisaLisut says:
at: 21 November 2011 at 11:23 said...

tp kes u lain.bukan bridezilla dh tu. tu kes takde otak. haha.kan dh kasar.benda simple pn tak bole fikir.cuba fikir hati dan perasaan org jugak lah before arah itu ini.herghhhhhhhhhhhh

wedding preps tu sama mcm exam.dh saat2 akhir tu tak payah la nk buat itu ini.relax sudah.tawakkal.tetiba.haha

hazlynda kushairi says:
at: 21 November 2011 at 11:26 said...

ASFIZA, betul, a month before dah rilex and chill pergi spa pedi mani, bior vendor uruskan yg lain cuma cepat atau lambat je lah. time tu bil telefon mmg mencanak la skit. come on, sacrifice sikit...

hazlynda kushairi says:
at: 21 November 2011 at 11:27 said...

LISA, ur kes lain, u order last minit tapi 2 weeks before. kes Syima Syaz pun lain sbb sistem barter dgn paper bag dia. As in kes Amy, i can feel her. Apa yang Amy tulis semuanya betul ;)

ceklala says:
at: 21 November 2011 at 11:49 said...

nk buat sume last minit bole je..tp jgn nk berlagak mcm duit yg die ade tu bole beli sume mende..nk cantik n murah sile buat sendiri jgn nyusahkan orang lain oke! haishh dah bnyk sgt jmp perangai customer camni tau..menci! sekian :)

hazlynda kushairi says:
at: 21 November 2011 at 11:52 said...

LA, to be honest, aku suke deal ngan client² aku, so far, mereka semua baik belaka. Yang mana last minit order, aku declined cara baik sbb aku tahu kemampuan aku dimana. tapi bila ada yang mendesak dan meminta tolong, aku tolong buatkan jugak tapi thru out the end, bad review on CBL, itu yg aku tak suke.

dilla nadila says:
at: 21 November 2011 at 13:29 said...

kak lynda
thanks 4 ur entry ni
sy pun akan jd B2B insyaallah next middle year.nxt mnth akan bertunang, so mase yg tggal untuk preparation big day saye lebih kurang 5 bulan je kan.sebulan or due bulan sebelum big day sy da nak kena rileks.means just buat bende yg kecik2 je la kn.so, jjust mase yg ade 2-3 bulan untuk prepare all kan.dsebabkn sy anak sulong, so fmly pn mmg xd exprience.dat y, stat skrg sy da stat blogging n wat research mengenai B2B ni.and kak lynda, thanks fr sharing this.if akak xbgtau, maybe sy pun xtau.thnks ye kak...

Reen Tart Nenas says:
at: 21 November 2011 at 13:32 said...

adoiii kawen nie tak payah nak stress2. buat mana mampu je. hah, kang beria sgt nak super malatopszzzz wedding ko nak kalah artis, ko masuk hospital sehari before wedding sapa susah? ko jugak kan??? adoiii buat mana mampu. ikut kemampuan BODY ko. eih apesal tulis body nak pakai capslock? hahaha apa pun lynda, derang banyak complaint, yuh buat jer entri kutuk customer. 1 customer lari, 10 yg datang tauuuuuuuuuuuuuu

nYomeL says:
at: 21 November 2011 at 13:56 said...

Kalo nak buat last minit, tak menyusahkan org xpela jugak. Kalo dah salah kita, admit jelaa.. susah sgt ke? kenapa nak buat bad review bagai? I only have 3 months to prepare for my wedding. nak berangan itu ini? dalam mimpi je la.. nak DIY? jauh skali..

so, bersyukur jela dgn ape yg ade..
yg penting sume guest happy.

marriage life is more important than your wedding.

just my 2 cents.

nuha hayati says:
at: 21 November 2011 at 14:20 said...

sis, nuha x paham pon term 'bridezilla' tu. tapi through reading bole la paham2 sket tp still x dapat exact term. hehe.

+ Diyana J. + says:
at: 21 November 2011 at 15:11 said...

Thanks for the advices, Kak =) Akan i pegang sampai bila-bila. (Saya yang lagi 5 bulan lebih pulak rasa takut) DX

intan says:
at: 21 November 2011 at 17:34 said...

hai Lynda,

bab siang bekerja, malam ber DIY..itu i sangat setuju. kadang-kadang takde masa utk diri sendiri n suami. tapi jawapannya, sabar sahaja walaupon kadang-kadang termelatah juga..hehehehe~

The Spasmodic Scribbler says:
at: 21 November 2011 at 20:25 said...

So true! It's okay to be fussy about your wedding but really, not at the last minute.

I have met a bride who was just too controlling that she hurt the feelings of the father on the day of the solemnization itself. The father was supposed to marry her but in the end, didn't. Berjauh hati dengan anak. Sedih tak? Masa tok kadi tanya, ayah nak nikahkan ke, si ayah jawab tak. He answered "tak" ONLY. Can you imagine?

The next day, during reception, pelamin roboh after only 5 minutes bersanding.

God is fair you see.

~ mizzAmy ~ says:
at: 22 November 2011 at 08:54 said...

kan? bukan x leh nak fussy or nak tukar2 or even last minit sekali pun. tp tolerate la. if yg paham, even last minit pun siap ckp lg "tak kisah la design macam mana, yg penting sempat siap". kan senang mcm tu, at least ala2 mcm win-win situation. dia dpt apa yg dia nak, kita pun dpt buat bisness.

ni yg melampau nauu.. dah la last minit order. dah proceed, still nak ubah2 design lagi. susah la org mcm ni. x paham situasi vendor yg mungkin bz.

mizzura says:
at: 22 November 2011 at 10:41 said...

just nak share..kengkadang kita dah prepare elok2...tapi last2 minute vendor buat hal.. mintak a bagi b...tap time tu dah malas pikir, kang dok pikir jadi godzilla plak...rasa biar je la majlis ni habis...haishhh..sbr jela kan...

Mawar misswateva says:
at: 22 November 2011 at 17:48 said...

mek, macam aku ko da bg design awal n da mintak gambar aku awal for GB, tapi aku yg lambat bagi...
kihkihkih..
da la org baik hati buat utk kite, pastu aku plak yg lambat confirm kann..rase mcm nk lempang diri sendiri lajut-lajut..

tp sila salah kan kursus aku yg buat aku jadi tak cukup kaki tangan nak berkejar sana sini.
neway, aku puas hati ngn servis CBL.
all the best LALING.;)

Syima Syaz says:
at: 22 November 2011 at 19:43 said...

{Guestbook sweet dari CBL
Tapi malangnya, diorang tak kuarkan... sad!

Takpe... perkara kecik je

PERKARA KECIL? CAKAP DGN KAWAN KAU, LAIN KALI, 2 HARI LEPAS KAWEN BARU ORDER KAT AKU. BODOH GILA}

-->can i confirm with u...what do u mean by THIS? bkn i tanya u btl2 ke b4 i pass ur no dekat dia? kalau u rasa tak cukup tgn, tak menang tgn, napa u agree? lagi pun i dah bagitau u clearly wedding dia bila, kan?n did i told u, she email u long time ago but no reply?

sorry lah lynda kalau recommend yg datang dari i ni buat beban kat u...next time, sms me lah direct tak perlu kot u post kat status u yang i takleh nak comment... be proffesional!

chill~

Twiggy says:
at: 29 November 2011 at 16:17 said...

sigh. there's a bridezilla in all of us i guess. worse if you bump into a groomzilla *menggigil*

http://www.liyanaznil.com/

Stalking Me!

Kamsahameeda!

Spread the love

"Spread love everywhere you go: first of all in your own house. Give love to your children, to your wife or husband, to a next door neighbour... Let no one ever come to you without leaving better and happier. Be the living expression of God's kindness; kindness in your face, kindness in your eyes, kindness in your smile, kindness in your warm greeting."

by Mother Theresa

RH Pre-Wedding

RH Pre-Wedding
We enjoyed the moment! Just smile and the pictures will be awesome!

RH Engagement

RH Engagement
It was in year 2009. A small celebration between two families :)

RH Wedding

RH Wedding
Our experience working independently for the big day which fell on a very auspicious date, 1.1.11 *smile*

RH Saranghae

RH Saranghae
A story of our humble abode.

RH Travelogue

RH Travelogue
“Traveling – it leaves you speechless, then turns you into a storyteller.” – Ibn Battuta

Tabung Gajah

Inspirations

Buddies

They blog on weddings

They call me, Lunda.

The Writer

My Photo
hazlynda kushairi
Nama pendek, Lynda ;)
View my complete profile

Alhamdulillah

Alhamdulillah
Terima kasih, 4Weddingku!

RH Journey

Daisypath Anniversary tickers

February 2016

February 2016
We are featured in Impiana February 2016

June 2011

June 2011
We are featured in Pengantin June 2011

May 2011

May 2011
We are featured in Pengantin May 2011

April 2011

April 2011
We are featured in Pengantin April 2011

March 2011

March 2011
We are featured in Pengantin March 2011