Search

.

Content

Tentang blog

Ini adalah blog peribadi saya. Segala pendapat yang dinyatakan adalah idea dan rekaan saya sendiri. Jangan menganggap bahawa anda mengenali saya kerana anda membaca blog ini secara kebetulan. Diharapkan anda menghormati sy dan tidak menjadi penyiasat psiko. Semua pandangan atau pendapat yang ditulis dalam blog ini adalah peribadi dan milik sy sepenuhnya. Sy berhak mengawasi agar menghormati sensitiviti, agama dan politik.

Terima kasih,
Hazlynda Kushairi


#Chanteks

Wednesday, 16 November 2011

Sekadar menolong

Assalammualaikum ;)

Entry hari ini bukan sekadar emosi. Minggu sudah, sy tidak mempunyai masa untuk melayari internet, facebook mahupun blog. Sy juga tidak ada masa untuk membalas emel CBL dan juga mengambil tahu tentang BBF (wujud lagi ke?)

Minggu sudah, sy teramat sibuk dengan beberapa perkara CBL yang harus diselesaikan sebelum hari khamis. Al-maklumlah, jumaat itu tarikh keramat bagi kebanyakkan pengantin 11.11.11. Hari berikutnya 12 dan 13 merupakan majlis resepsi mereka. Banyak yang harus sy siapkan, lagipun sy bekerja sepenuh masa dan mempunyai beberapa jam di sebelah petang dan malam untuk menyiapkan kerja kahwin mereka. Syukur juga pada hari minggu sebelumnya pada cuti Aidiladha, husben tolong siapkan flower paper. Siapa kata orang bukan seni itu tidak kreatif? HAHA

Berikutan dengan kesibukan sy menyiapkan kerja CBL, Bonda pula sibuk dengan persiapan Hari Anugerah Cemerlang 2011 SK St John (1) KL. Bonda sy GPK di sekolah tersebut. Minggu sebelum Aidiladha, Bonda membawa pulang kad jemputan dan buku program yang digunakan untuk tahun-tahun sebelumnya. Sadis sy melihat. Maaf jika sy katakan kad yang digunakan adalah cetakan 5 thn yang lalu - sangat antik, malahan nama sekolah masih lagi SRK St John 1. Kemudian sy dengan berbesar hati ingin membantu Bonda untuk menghasilkan kad yang baru. Walaupun jadual masih padat, sy masih mempunyai ruang dan masa untuk membantu Bonda.

Ini adalah hasilnya.


Kemudian Bonda meminta sy adjust background pada buku program mereka supaya mendapat design yang sama seperti kad jemputan. Muka hadapan dan belakang buku program juga direka oleh sy, kesinambungan daripada rekabentuk pada kad jemputan.


Sy fikirkan setakat itu sahaja yang sy bantu bantu Bonda tetapi tidak. Bonda membawa pulang buku pelawat yang digunakan sejak 1960, yang ini sangat antik tetapi masih cantik luaran dan dalamannya. Sekali lagi, sy minta izin Bonda untuk menukar penghias muka depan dan design di helaian untuk Datuk Haji Astaman menurunkan tandatangan.

Sy membantu Bonda dengan hati yang ikhlas. Lagipun sy tahu, sebilangan guru di sekolah sana sangat anti dengan Bonda. Seorang daripada mereka yang "gila kuasa" telah berjaya menakluk GPK Hal Ehwal Murid dan Kokurikulum dan hingga ke hari ini (setelah 9 tahun Bonda berkhidmat disana), beliau belum bisa menakluki bahagian Tadbir dan Kurikulum. Susahkan ada orang yang rendah mentaliti di sekolah tetapi gila kuasa seolah beliau sudah memilik phd? Oh ya, beliau memang mempunyai phd iaitu perasaan hasad dengki dengan Bonda.

Sy bukan membukan pekung didada tetapi sy berasa sangat marah apabila ini melibatkan maruah Bonda. Si phd akan cuba sedaya-upaya untuk merosakkan majlis dibawah Bonda dan pengikutnya seramai 4 orang akan mengikut telunjuk si phd. Ini sy berani menyatakan kerana seminggu sebelum majlis, salah seorang daripada mereka iaitu ketua dekorasi/dewan telah memaklumkan pada Bonda bahawa beliau tidak dapat membuat apa-apa kerana kekurangan tenaga pekerja untuk membuat dekorasi.

Bonda sudah mula pusing kepala.

Sebaik sahaja Bonda pulang, Bonda meminta tolong daripada sy. Melihat keadaan Bonda ketika itu, hati anak mana tidak sayu melihat orang lain menindas ibu sendiri? Kalian tegar? Tidak untuk sy. Walau sibuk bagaimana sekalipun, sy akan membantu Bonda. Bonda bilang, "Kalau tidak ada dekroasi, kosong sahajalah dewan."

Sy tidak akan membiarkan perkara seperti ini berlaku. Itu janji sy. Jadi sy tanya Bonda, "Apa yang u nak i buat?"

Kami bersama mengeluarkan idea, brainstorming dan ini hasilnya.
(Maafkan tulisan sy yang cakar ayam)

Kemudian, Pn Ainon dan Pn Ida serta beberapa guru yang bertanggungjawab dengan tugasan yang diberikan, kami menyiapkan dekorasi pentas dan tangga. Skirting yang ada dalam gambar dibawah adalah kain skirting dan scallop yang baru setelah 7 tahun menggunakan kain yang sama seperti belacan.


Ketika mereka sibuk menyiapkan pentas, sy pula menyiapkan walkway. Dengan masa yang agak singkat, sy tidak dapat mencari barang dan apa yang ada di hadapan mata, itu yang sy gunakan seperti papan tanda "Tolong Senyap, Peperiksaan sedang dijalankan" Seperti yang sy bilang, sy akan ambil apa sahaja yang ada dalam stor kecil CBL dan stor kecil sekolah.

Dan berikut adalah hasilnya.


Kemudian, papan di atas pentas dihiasi oleh Pn Ida dan suaminya yang turut membantu kami pada hari Ahad yang lalu.

Ini adalah suasana keseluruhan Majlis pada hari Isnin yang lalu.

Disini ingin sy maklumkan bahawa, niat sy hanya sekadar menolong Bonda, bukan kepada sekolah tetapi kepada Bonda. Sy tidak perlu publisiti untuk menaikkan nama Creative by LYNDA kerana sy percaya rezeki itu datang dari Allah dan dari apa yang telah sy lakukan sy tidak mendapat satu sen dari pihak sekolah dan sy tidak mengharap begitu.

Ada juga yang bercakap belakang seperti, "Ala, kalau dah graphic, memang lah boleh buat semua ini." Untuk makluman cikgu, sy juga seorang pendidik dari jurusan seni tetapi tidak perlu berkata begitu, jika cikgu mahu kreatif seperti sy, mengapa cikgu tidak ambil grafik ketika diploma atau sambung degree pjj dalam bidang grafik?

Ada juga yang bercakap belakang seperti, "Ala, Pn Azimah sahajalah tu nak tunjuk pada kita, anak dia yang buat!" Bonda tidak seperti itu, menjaja cerita "kehebatan" sy dihadapan orang. Kalau betul Bonda mahu menjaja cerita "kehebatan" sy, sudah lama sy minta Bonda hulurkan business card CBL kepada semua jemputan. Apa susah ;)

Ada juga yang bercakap belakang seperti, "Dia rasa cantik ke dia buat belon ni semua?" Bagi sy, kalau apa yang sy buat itu tidak cantik, memang benar kerana dengan 2 hari yang ada, apa yang boleh sy lakukan? Sy bukan perancang majlis. Namun begitu, alhamdulillah Bonda mendapat pujian dari ibubapa ;)

Sebab itu di facebook sy ada menyatakan,

"I rasa I cantik, kalau you rasa I tak cantik, you dengki la tu ;P"

dalam maksud lain adalah;

"I rasa I hebat, kalau you rasa I tak hebat, you dengki la tu ;P"

atau

"I rasa I kreatif, kalau you rasa I tak kreatif, you dengki la tu ;P"

Pendek kata, orang dengki sahaja yang akan menjatuhkan maruah orang lain.

Bonda senyum, hati sy senang ;)

21 komentar:

Fariza says:
at: 16 November 2011 at 10:40 said...

CNTIK dan kreatif :)
abaikan mulut ye.

~ NANA ~ says:
at: 16 November 2011 at 10:46 said...

masalahnya mmg cantek la decoration dewan tu! nak2 yg belon tu...super like! :)

erin moshimoshi says:
at: 16 November 2011 at 11:01 said...

cntik la design n decoration ..
creative kak lynda ..

kak nk order gb :)

LisaLisut says:
at: 16 November 2011 at 11:12 said...

wtf la dgn org2 mcm tu. belajar tinggi2 tp bodoh bertingkat2. (emo). kalau nak harapkan diorg mmg hodoh la kot.nasib baik la ade anak cikgu besar ni.tak sia2 belajar grafik.sejuk perut mak mengandung.ahaks!

kem salam maut sikit kat cikgu2 bongok tu.

NF says:
at: 16 November 2011 at 11:14 said...

mmg lawa deco.kreatif la, walopun dgn 2hari kerja keras.sekurang2nya jemputan majlis terasa diALu-alukan...i like also =)
salam dari Brunei

oshinz says:
at: 16 November 2011 at 11:24 said...

paling suka belon2 tu. buat walkway utk majlis kawen macamtu lagi comel. haha.

farhanna says:
at: 16 November 2011 at 11:32 said...

kreatif la u linda

lovelyadibah says:
at: 16 November 2011 at 11:42 said...

hehe..padan la bz nor.thumbs up!:P

syida shedot says:
at: 16 November 2011 at 11:49 said...

Linda, cantik sgt2 yang belon tue. kreatif sgt!!! untung bonda u!

fiezachommel says:
at: 16 November 2011 at 11:53 said...

Cantik...
Pedulikan apa orang cakap

nYomeL says:
at: 16 November 2011 at 11:55 said...

semua ni dlm masa 2 hari?
sgt hebat ok!

hoh.. i rase u cantik. i rase u hebat. i rase u kreatif. means i xdengki tapi i suke!

babe, abaikan la org2 dengki tu..
i believe, CBL akan trus lebih sukses!

Xora says:
at: 16 November 2011 at 12:02 said...

Lynda, cantik ok. zaman seko saya dulu, haram takde benda2 cam ni tau. paling hebat, tulisan tu pakai polisterin dan ditampal. bunga2 alih daripada tapak perhimpunan dan letak kat tepi dewan *apa tu?!!

maka sya tertanya2, kat sek ren saya dulu, masa zaman dolu2 saya, adakah
1.ramai cikgu dengki mengdengki smp deko majlis tak best
atau
2. ramai cikgu tak kreatif, smp deko majlis sama sahaja sentiasa.

tapi bila tgk gambar ni, satu sahaja komen saya, sudah tiba masanya cikgu ni luang skit masa google images tgk idea gambar2 yg boleh digunakan untuk deko.

yuyu aziz says:
at: 16 November 2011 at 12:35 said...

beautiful outcome in just 2 days preparation.

congrats kak linda. Allah berkati usaha dan hidup anak yg berbakti pd ibubapa..

fika79 says:
at: 16 November 2011 at 13:37 said...

Cantik babe.lg pun sekolah rendah,belon2 ni kira kenala..tambahla majlis yg happy2 camtu..ala biasala babe org klu phd tinggi mmg mcm2.tolong xnak,complain je lebih.

Reen Tart Nenas says:
at: 16 November 2011 at 13:49 said...

best best. kreatif bangat kamu lynda :) *dekorasi dewan tu, terus teringat stage utk filem TALENTIME arahan Arwah Yasmin :)

♥ dak pink says:
at: 16 November 2011 at 14:47 said...

C.A.N.T.I.K lah Lynda.
=)

PhD memang ramai orang ada, tapi Ph.D kurang.

Ha, nampak perbezaan tu?

Yanie says:
at: 16 November 2011 at 21:47 said...

Yanie selalu kena macam ni. Dah tolong buatkan kena dengar kata2 kesat lagi orang kat belakang. Agak sedih jugak kan? Padahal kita nak tolong je... Tapi xpela.... abaikan je... dulu pernah tolong kawan buatkan benda DIY2 ni lah. sekali dia bukan setakat mengata kat belakang siap cakap kita nak tunjuk pandai lagi. serius tak paham. tapi mintak Yanie tolong...

Fatin Fairuz says:
at: 17 November 2011 at 03:44 said...

cantek lynda..good job!..tak sia2 betapa belajar AD kt perak dulu..hehe..anyway..lynda punye tangan memang creative..jeles mak! :P

Rilla says:
at: 17 November 2011 at 07:24 said...

Cantik mek! Good job! Tetiba rasa bangga untuk Lynda. There will always be haters when you're talented. Biarkan sahaja mereka itu. Just move onward & upward!

Liyanaroxx says:
at: 17 November 2011 at 10:11 said...

Chanteklah lynda..sape cakap tak chantek?diorg dengki tuh tak leh jadik creative mcm u..alahai kenapa skeptikal sgt si PHD tuh?primary school,ok what letak belon2 nih?go CBL!

Nurulhuda|Adlie says:
at: 18 November 2011 at 12:19 said...

kahhhhhhhhhhhhh lawa camni kene kutuk, sure jeles tu haha

Stalking Me!

Kamsahameeda!

Spread the love

"Spread love everywhere you go: first of all in your own house. Give love to your children, to your wife or husband, to a next door neighbour... Let no one ever come to you without leaving better and happier. Be the living expression of God's kindness; kindness in your face, kindness in your eyes, kindness in your smile, kindness in your warm greeting."

by Mother Theresa

RH Pre-Wedding

RH Pre-Wedding
We enjoyed the moment! Just smile and the pictures will be awesome!

RH Engagement

RH Engagement
It was in year 2009. A small celebration between two families :)

RH Wedding

RH Wedding
Our experience working independently for the big day which fell on a very auspicious date, 1.1.11 *smile*

RH Saranghae

RH Saranghae
A story of our humble abode.

RH Travelogue

RH Travelogue
“Traveling – it leaves you speechless, then turns you into a storyteller.” – Ibn Battuta

Tabung Gajah

Inspirations

Buddies

They blog on weddings

They call me, Lunda.

The Writer

My Photo
hazlynda kushairi
Nama pendek, Lynda ;)
View my complete profile

Alhamdulillah

Alhamdulillah
Terima kasih, 4Weddingku!

RH Journey

Daisypath Anniversary tickers

February 2016

February 2016
We are featured in Impiana February 2016

June 2011

June 2011
We are featured in Pengantin June 2011

May 2011

May 2011
We are featured in Pengantin May 2011

April 2011

April 2011
We are featured in Pengantin April 2011

March 2011

March 2011
We are featured in Pengantin March 2011