Search

.

Content

Tentang blog

Ini adalah blog peribadi saya. Segala pendapat yang dinyatakan adalah idea dan rekaan saya sendiri. Jangan menganggap bahawa anda mengenali saya kerana anda membaca blog ini secara kebetulan. Diharapkan anda menghormati sy dan tidak menjadi penyiasat psiko. Semua pandangan atau pendapat yang ditulis dalam blog ini adalah peribadi dan milik sy sepenuhnya. Sy berhak mengawasi agar menghormati sensitiviti, agama dan politik.

Terima kasih,
Hazlynda Kushairi


#Chanteks

Tuesday, 20 December 2011

Hampir tiba

Assalammualaikum ;)

Pejam celik, sekejapnya masa berlalu. Dulu pada waktu dan ketika ini, keadaan sangat kritikal, banyak benda dan persediaan majlis agak kelam kabut dan menghadapi tekanan, dugaan yang dihadapi sendirian. Rindunya waktu dulu, waktu sedang sibuk membuat bunga manggar, mencari barang hantaran, mencari cincin untuk membatal air sembahyang, memang gila kan? dua tiga minggu sebelum majlis baru hendak cari kesemua barang hantaran cuma cincin sahaja yang dibeli dulu dan lusanya mencari barang hantaran. Mana tidaknya, menunggu husben pulang ke KL untuk mencari bersama. Siapa kata PJJ itu menarik?

Kini, sudah hampir 11 bulan 2 minggu dan 5 hari kami mendirikan masjid Allah dan kami masih lagi di dalam kelompok perkahwinan jarak jauh.diam tak diam, lagi 2 minggu, genap usia perkahwinan kami setahun. Sy sendiri hampir terlupa untuk merancang bersama husben ke mana destinasi tahun baru kami. Memang gila, dua minggu lagi baru sekarang hendak mencari dan menenpah bilik, entah ada entah tidak, kami redha kerana memang silap kami kerana tidak merancang awal. Dengan masa yang singkat ini, kami hanya memikirkan dua buah negara untuk destinasi tahun baru iaitu Malaysia dan Kota Singa. Akhirnya kami memilih Malaysia, husben bilang, "Asyik Singapore je, hari-hari tempat sama, balik negara asal lah..." Kami memilih Malaysia tetapi bukan Pulau Perhentian, Pulau Redang, Damai Laut atau apa sahaja laut, pantai dan destinasi berbulan madu yang menarik di Malaysia. Husben bilang lagi, "Kita cari di KL je?" Sy bertanya, "Sambut di rumah je? Oh...... okay" Rupanya tidak, maksud husben, cari tempat yang menarik di sekitar Kuala Lumpur atau paling hampir Port Dickson.

Sy pilih Kota Sebok!

Diantara tempat yang agak menarik perhatian kami adalah seperti berikut ;)




Gambar dibawah adalah di Port Dickson

Siapa kata Kuala Lumpur tidak ada tempat yang menarik?

Cuba cari.

Dikala orang ramai keluar dari Kota Sebok, orang Kota Singa pulang.

Dua minggu lagi, waktu itu hampir tiba ;)

10 komentar:

K.I.N.A says:
at: 20 December 2011 at 11:57 said...

Bukan senang PJJ..kina rasa kina pun tak mampu & tak kuat utk PJJ..suka scenery gambar kedua tu..

erin moshimoshi says:
at: 20 December 2011 at 12:13 said...

grand lexis ... tmpt honeymoon erinn nnti

elle's laaa~ says:
at: 20 December 2011 at 12:56 said...

ewahhh... best nye lynda.. hihi..

Jan@Afzan says:
at: 20 December 2011 at 13:25 said...

wah, kejap je kan masa berlalu..Dah nak anniversary. Same like me, tapi bulan January tahun depan. Pun tak lama lagi. Belum merancang, hampir terlupa mcm Lynda. hehe

Sgt cantik lah pic2 yg Lynda dapat. 3 of the pics memang di Kota Sebok ke? Area mana?

Tahun 2011, Jan sambut di PD. Kat water chalet, Nexus. Ok jugak untuk lari dari kerja & melepak2 berdua. Itulah masa nya.

Hope kita berdua entiasa dirahmatiNya dan diperhebatkan jodoh. Amin

cik senah says:
at: 20 December 2011 at 13:35 said...

Happy 1st Anniversary Lynda..semoga kekal bahagia hingga ke syurga.. aminnn.. :) [saja wish awai2..bimbang lmbt wish kalau dah naik reja pun 3hb Jan. 2012 nnt.. hehe!!]

p.s : selamat berhornymoon bersama husben tersyg..dan selamat menyambut tahun baru 2012 di Kota Sebok!! ;)

choclairissa @ intan says:
at: 20 December 2011 at 15:52 said...

sekejap je kan dh hampir sthn kawen..i pun next week dh 1 year..

Reen Tart Nenas says:
at: 20 December 2011 at 17:44 said...

paling best adalah masa berdua-duaan. mmg org kata kat rumah pun boleh. tp suasana kat umah takkan sama mcm suasana kat tempat lain. at least, pegi hotel, boleh rasa mcm princess sket :)

Ann@zanyra says:
at: 21 December 2011 at 09:54 said...

lynda...gmbr first and third tu kt mane yea..kami pn giler cuti2 ni..

neway..happy vacation and hornymoon:)

anaztasias nora aira says:
at: 21 December 2011 at 11:27 said...

selamat bercuti !!!

PrinceSsLemOn says:
at: 21 December 2011 at 15:53 said...

lagend water chalet port dickson sgt best..ade private pool =) bley new year dlm swimming pool berdua je =)
by the way..congrates on the 1st yr anniversary..semuga kekal bahagia selamanye...

Stalking Me!

Kamsahameeda!

Spread the love

"Spread love everywhere you go: first of all in your own house. Give love to your children, to your wife or husband, to a next door neighbour... Let no one ever come to you without leaving better and happier. Be the living expression of God's kindness; kindness in your face, kindness in your eyes, kindness in your smile, kindness in your warm greeting."

by Mother Theresa

RH Pre-Wedding

RH Pre-Wedding
We enjoyed the moment! Just smile and the pictures will be awesome!

RH Engagement

RH Engagement
It was in year 2009. A small celebration between two families :)

RH Wedding

RH Wedding
Our experience working independently for the big day which fell on a very auspicious date, 1.1.11 *smile*

RH Saranghae

RH Saranghae
A story of our humble abode.

RH Travelogue

RH Travelogue
“Traveling – it leaves you speechless, then turns you into a storyteller.” – Ibn Battuta

Tabung Gajah

Inspirations

Buddies

They blog on weddings

They call me, Lunda.

The Writer

My Photo
hazlynda kushairi
Nama pendek, Lynda ;)
View my complete profile

Alhamdulillah

Alhamdulillah
Terima kasih, 4Weddingku!

RH Journey

Daisypath Anniversary tickers

February 2016

February 2016
We are featured in Impiana February 2016

June 2011

June 2011
We are featured in Pengantin June 2011

May 2011

May 2011
We are featured in Pengantin May 2011

April 2011

April 2011
We are featured in Pengantin April 2011

March 2011

March 2011
We are featured in Pengantin March 2011