Search

.

Content

Tentang blog

Ini adalah blog peribadi saya. Segala pendapat yang dinyatakan adalah idea dan rekaan saya sendiri. Jangan menganggap bahawa anda mengenali saya kerana anda membaca blog ini secara kebetulan. Diharapkan anda menghormati sy dan tidak menjadi penyiasat psiko. Semua pandangan atau pendapat yang ditulis dalam blog ini adalah peribadi dan milik sy sepenuhnya. Sy berhak mengawasi agar menghormati sensitiviti, agama dan politik.

Terima kasih,
Hazlynda Kushairi


#Chanteks

Thursday, 19 January 2012

Anniversary@Villa Samadhi

Assalammualaikum ;)

Seperti biasa, Hazlynda Kushairi memang suka mungkir janji kan? Maafkan sy. Kerja di kantor, semester bermula, kerja CBL dijalankan, semuanya rancak diuruskan. Moga-moga tidak kelewatan seperti tahun sudah. Maaf ek.

Sudah lama tidak menulis dan ada kala terasa tangan sudah kaku dan idea sudah tiada untuk menulis. Pastinya sudah tiada orang yang sudi menjenguk blog yang cacamarba serba kekurangan ini.

Hari ini mood baik untuk kemaskini tentang sambutan ulangtahun pertama kami yang hanya disambut di Kuala Lumpur, di tengah Kota Sebok. Kami tidak merancang awal dan masing-masing sibuk dengan urusan kerja sehingga terlupa tentang sambutan ulangtahun yang pertama.

Maaf sekali lagi kalau entri hari ini dipenuhi dengan gambar.

Sekejapnya masa berlalu.

Masih kedengaran bisikan "eh" dari husben ketika akad nikah ;)

Kami berbincang melalui telefon sahaja dan akhirnya kami memilih,


Pasti kalian tertanya, di mana letaknya Villa Samadhi? Villa ini dikelilingi oleh Kedutaan² yang terletak di Jalan Madge, pendek kata simpang di Proton Edar sebelum Holiday Villa dan Gleneagles. Seperti tidak percaya kan di tengak kota yang sibuk ada juga tempat yang cantik dan indah seperti ini (gambar ihsan daripada laman web Villa Samadhi)



Setibanya di sana, kami di sambut mesra oleh pekerja mereka yang bukan warganegara Malaysia tetapi ramah dan fasih berbahasa inggeris. Lihat gambar tengah dibawah, itu adalah laluan masuk ke VS, kecil tetapi cantik dan bersih. Balkoni itu adalah bilik kami dan kami hanya membawa 1 beg pakaian, tidur semalam sahaja ;)



Ini pula tangga menuju ke kamar beradu kami. Sangat cosy. Ya, suasana di VS sangat tenang dan tidak percaya seperti di tengah kota. Kamar kami no 21 ;)



Setibanya di kamar beradu, harum semerbak dengan lilin yang dinyalakan dan yang paling sy suka adalah natural light dari luar yang membuatkan suasana bilik menjadi sangat romantik. Di bawah adalah gambar kamar beradu kami yang sangat luas, seperti boleh bawa masuk 10 orang lagi ;) 








Satu lagi yang paling sy suka adalah 2 singki, 2 rain shower. Entah kenapa sy suka tandas yang mempunyai 2 singki sama seperti di drama, gosok gigi seawal pagi sebelah menyebelahi - tidak mungkin bagi kami kerana seorang singki di utara, seorang lagi singki di selatan. Kami tidak membawa apa pun kecuali pakaian dan wangian. Selebihnya sy tahu, pasti disediakan ;)




Ya, paling menggembirakan hati adalah jacuzzi. Ini lagi satu masalah sy, sy tidak berapa gemar mandi-manda di kolam renang melainkan kolan kecil di dalam bilik, lebih privasi - ini sy suka ;)



Seterusnya kami bersiap untuk makan malam bersama seperti yang diaturkan oleh pihak VS. ami ke lobi menunggu van tiba untuk bawa kami ke sana. Ke mana? Mari!



Kami menikmati makan malam romantik di Mandi-Mandi Tamarind Springs. Kami menikmati hidangan tahun baru di tepi kolam. terdapat 2 pondok sahaja di sana, alhamdulillah kami bersantapan dan bersantaian di pondok itu ;)













Jam 11 malam kami pulang semula ke VS dan menikmati keindahan malam di luar balkoni. Walhal kami menunggu sambutan tahun baru dimana kami boleh melihat percikan bunga api di kawasan KLCC dan Bukit Bintang. Indah. Sangat cantik. Untung juga ya berkahwin pada tahun baru. Setiap tahun dapat sambutan ulangtahun yang sangat meriah, berdas-das tembakan bunga api. Syukur, satu dunia meraikan *perasan*




Keesokkan paginya kami bersarapan di Mandi-Mandi VS sahaja. Tiada makanan yang pelik kerana kami berada di Malaysia, Kuala Lumpur je pun, sarapan seperti biasa, nasi lemak yang sedap serta buah-buahan.





Selepas check out, apa yang memeranjatkan kami adalah kereta kami dicuci dengan bersih. Memang semua kereta dicuci. Servis tambahan yang tidak perlu bayar cuma bersedekah sahajalah kalau dah tahu kereta kita sangat kotor kan ;)


Kami terus menuju ke Sungei Wang. Plan asal adalah untuk mengulangi apa sahaja yang pernah kami lakukan ketika hari pertama dating bersama empat tahun yang lalu. Makanan pertama kegemaran kami berdua adalah Yaku dan mengambil gambar poket bersama tapi mesin itu sudah dihapuskan agaknya, tidak kelihatan. Al-maklumlah sejak bertukar tempat kerja di Petaling Jaya, sudah hampir tiga tahun jarang sama sekali ke kawasan kesesakan lalu lintas. Kami menghabiskan masa bersama berjalan, duduk minum makan, membeli belah di sekitar Bukit Bintang ;) 



Kesudahannya kami pulang ke rumah makcik dan menikmati kek aiskrim kami. Oh, sy sambut dahulu bersama "husben kenid" sy iaitu Afif Ali dan kemudian bersama husben yang paling best di mata sy ;)




Entri yang sangat ringkas tetapi maafkan sy kerana padat dengan gambar. Ketika kami menginap di VS, kami mendapat harga yang sgt berbaloi iaitu RM580 all in semasa soft opening sehingga 31 Disember 2011 dan tambahan RM100 utk makan malam di Tamarind Springs. Kini bilik tersebut kembali ke harga asal melainkan booking melalui agoda, lebih jimat :)


Bagaimana saya tahu tentang VS? Di sini (Belated) Birthday
Sy teringat kerana sy pernah membaca entri Ashylla tentang VS.


Kepada mereka yang tidak mahu ke luar kota dan tempat yang paling ideal untuk getaway adalah di Villa Samadhi.

17 komentar:

ceklala says:
at: 19 January 2012 at 11:32 said...

siyes best!okla tu all in 700 kan..berbaloi2!hehe happy anniversary my dear darling! terasa2 mcm baru je mgu lepas pegi wedding ko hehe

Alia.A says:
at: 19 January 2012 at 11:38 said...

thank you for sharing lynda! awesome. dlm KL pun ada tmpt yg cantik seperti itu. and its worth! :)

happy belated anniversary

Mrs.aisheiteru says:
at: 19 January 2012 at 11:56 said...

Good review & pics Lynda Lama tgu bilala Lynda nk review. hehehe. Faeza baca pun feeling mcm kat tempat tu. slow motion je. hehe.

Wish one day nti dpt spend time with hubby kat sini. or maybe anniversary next month.

Thanks again!

Anis_Apis says:
at: 19 January 2012 at 12:16 said...

Menariknya penemuan Kak Lynda ni...saya dan tunang bercadang nak berpre-honeymoon di Malaysia dahulu sebelum ke honeymoon sebenar yang tak ada date lagi :) Thanks for the info :)

Cik Rose Cute says:
at: 19 January 2012 at 13:09 said...

datang follow sini..

mizzura says:
at: 19 January 2012 at 13:13 said...

nice place n exclusive tuuuu...suker...!

farhana shamsuddin says:
at: 19 January 2012 at 13:36 said...

warghh best nyer..promo pun dh rm580..kalau back to normal harga dia..berapa la ..huhhhuhu

Khalisa Ridzuan says:
at: 19 January 2012 at 14:01 said...

awesome gila villa ni. bestnyaaaa. such a sweet and romantic getaway.a very good start for a new year.heheh.. happy belated anniversary Puan Hazlynda :P

erin moshimoshi says:
at: 19 January 2012 at 15:19 said...

kl ke ni ...nice nye

ShahidaAzlini says:
at: 19 January 2012 at 15:28 said...

wahhh..cantik btol tmpt ni..
thank for the review...leh plan gi anniversary nnt...

i like the jakuzi..very privacy gitu

fika79 says:
at: 19 January 2012 at 16:01 said...

perghh ngk memang best tapi 700 tercungap jugakla kan..haha..aku tempting tgk makanan tu!pastu jacuzzi cam citer korea lak..

Reen Tart Nenas says:
at: 19 January 2012 at 18:08 said...

best kot!!! happy belated anniversary lynda :)

Lara Shamsyul says:
at: 19 January 2012 at 19:24 said...

x pcayenye kt kota ni ade tmpat y best cmtu....happy anniversary lynda....

mrs irmidrza to be says:
at: 25 January 2012 at 19:35 said...

hai kak lynda...new b2b mencari inspirasi...happy aniversary semoga ikatan yang di bina sentiasa allah berkati...=)

best giler tempat nih...pernah gak usha kalu lalu kat sini..siyes cantik ..cam menarik utk honeymoon...hhehe..

visit my blog sis...folo u...will really apreciate and hapi if u folo mine too..=)...

http://lildrwalimah.blogspot.com/

weedeeit.co says:
at: 26 January 2012 at 11:43 said...

kata bole muat 10 org napa x bawak i dan ejan :( hehhe

cha says:
at: 15 February 2012 at 09:13 said...

hi dear, singgah sini baca blog u. happy anniversary. wah seronoknya. tgh2 kota kl ada tempat nice camni.

Dr Mohd Kamarulzaman Kassim says:
at: 30 April 2015 at 11:09 said...

Bestnya! macam kat bali tapi tak payah travel jauh.Insya Allah kami akan masukkan dalam list next anniversary, kami memang selalu sambut every year.

http://kamarulklang.blogspot.com/2015/04/anniversary-retreat-hilton-kuala-lumpur.html

Stalking Me!

Kamsahameeda!

Spread the love

"Spread love everywhere you go: first of all in your own house. Give love to your children, to your wife or husband, to a next door neighbour... Let no one ever come to you without leaving better and happier. Be the living expression of God's kindness; kindness in your face, kindness in your eyes, kindness in your smile, kindness in your warm greeting."

by Mother Theresa

RH Pre-Wedding

RH Pre-Wedding
We enjoyed the moment! Just smile and the pictures will be awesome!

RH Engagement

RH Engagement
It was in year 2009. A small celebration between two families :)

RH Wedding

RH Wedding
Our experience working independently for the big day which fell on a very auspicious date, 1.1.11 *smile*

RH Saranghae

RH Saranghae
A story of our humble abode.

RH Travelogue

RH Travelogue
“Traveling – it leaves you speechless, then turns you into a storyteller.” – Ibn Battuta

Tabung Gajah

Inspirations

Buddies

They blog on weddings

They call me, Lunda.

The Writer

My Photo
hazlynda kushairi
Nama pendek, Lynda ;)
View my complete profile

Alhamdulillah

Alhamdulillah
Terima kasih, 4Weddingku!

RH Journey

Daisypath Anniversary tickers

February 2016

February 2016
We are featured in Impiana February 2016

June 2011

June 2011
We are featured in Pengantin June 2011

May 2011

May 2011
We are featured in Pengantin May 2011

April 2011

April 2011
We are featured in Pengantin April 2011

March 2011

March 2011
We are featured in Pengantin March 2011