Search

.

Content

Tentang blog

Ini adalah blog peribadi saya. Segala pendapat yang dinyatakan adalah idea dan rekaan saya sendiri. Jangan menganggap bahawa anda mengenali saya kerana anda membaca blog ini secara kebetulan. Diharapkan anda menghormati sy dan tidak menjadi penyiasat psiko. Semua pandangan atau pendapat yang ditulis dalam blog ini adalah peribadi dan milik sy sepenuhnya. Sy berhak mengawasi agar menghormati sensitiviti, agama dan politik.

Terima kasih,
Hazlynda Kushairi


#Chanteks

Thursday, 16 February 2012

Selamat tinggal blog?

Assalammualaikum ;)


MasyaAllah lamanya blog ini terbiar? Baru kini saya tahu mengapa orang selepas kahwin jarang kemaskini blog mereka. Ada diantara mereka yang sibuk dengan kehidupan baru, tanggungjawab baru, orang baru, kerja baru, rumah baru, sebab itu mereka sibuk. Berlainan dengan sy, entah kenapa malas hendak kemaskini blog. Sudah janji mahu kongsi cerita JPO dan sebagainya tetapi entah, malas hendak menulis.


Walaupun saya LDM tetapi sy masih punya tanggungjawab sy walaupun dari sudut pandangan orang lain, LDM tidak seperti isteri lain yang sibuk memasak, mencuci baju dan menjaga makan pakai suami disisi. Sy sibuk dengan aktiviti diri sendiri. Creative by LYNDA sudah sy sekatkan tempahan kerana sy memerlukan masa untuk diri sy sendiri ;)


Kebelakangan ini sy lebih komited dengan kerja-kerja di kantor. Kalau tahun 2010 sy lebih tertumpu pada persediaan Majlis dan menjaga Arwah Nenda. Kalau tahun 2011 pula, sy lebih tertumpu dengan Creative by LYNDA tetapi tahun ini sy lebih tertumpu kepada diri sendiri dan tugasan sebagai pendidik. Kerja memang siap sebelum tarikh dan marking sudah siap sehari selepas mereka menghantar tugasan. Komited dan efisyen!


Sy malas untuk kemaskini blog kerana :


1. Menunggu mood untuk mencari kerja di Selatan
2. Sibuk dengan tugasan di kantor
3. Kemaskini markah dan tugasan pelajar
4. Menjaga Bonda yang sudah 5 hari tidak sihat
5. Melawati dan menghormati Arwah Tokchu
(satu-satunya Atuk sedara yang ada, adik kepada Arwah Nenda)
6. Bersenam utk mencapai azam menguruskan badan
7. Berjumpa kawan-kawan di hujung minggu untuk aktiviti sihat
8. Makan bersama keluarga / kawan-kawan untuk mengeratkan silaturahim
9. Mencuri masa hujung minggu untuk bersama husben
10. Mencuri waktu untuk diri sendiri ;)


Sy rasa hidup lebih bererti bersama husben, keluarga dan kawan-kawan ;)


Kini, sy dan geng UiTM yang gila sedang gian melakukan aktiviti sihat seperti jogging, berbasikal dan skating. Moga kami dapat menguruskan badan tahun ini! Kalau nak tunggu sy kongsi tentang ini (alamak!) Sy tidak berani berjanji tetapi insyaAllah sy cuba kemaskini blog nanti ;)


Selamat berhujung minggu!
(Kahhhh memang dah tau esok pasti blog tidak akan dikemaskini)

1 komentar:

Reen Tart Nenas says:
at: 16 February 2012 at 12:11 said...

mmg nampak lynda dah kurus pun!

Stalking Me!

Kamsahameeda!

Spread the love

"Spread love everywhere you go: first of all in your own house. Give love to your children, to your wife or husband, to a next door neighbour... Let no one ever come to you without leaving better and happier. Be the living expression of God's kindness; kindness in your face, kindness in your eyes, kindness in your smile, kindness in your warm greeting."

by Mother Theresa

RH Pre-Wedding

RH Pre-Wedding
We enjoyed the moment! Just smile and the pictures will be awesome!

RH Engagement

RH Engagement
It was in year 2009. A small celebration between two families :)

RH Wedding

RH Wedding
Our experience working independently for the big day which fell on a very auspicious date, 1.1.11 *smile*

RH Saranghae

RH Saranghae
A story of our humble abode.

RH Travelogue

RH Travelogue
“Traveling – it leaves you speechless, then turns you into a storyteller.” – Ibn Battuta

Tabung Gajah

Inspirations

Buddies

They blog on weddings

They call me, Lunda.

The Writer

My Photo
hazlynda kushairi
Nama pendek, Lynda ;)
View my complete profile

Alhamdulillah

Alhamdulillah
Terima kasih, 4Weddingku!

RH Journey

Daisypath Anniversary tickers

February 2016

February 2016
We are featured in Impiana February 2016

June 2011

June 2011
We are featured in Pengantin June 2011

May 2011

May 2011
We are featured in Pengantin May 2011

April 2011

April 2011
We are featured in Pengantin April 2011

March 2011

March 2011
We are featured in Pengantin March 2011