Search

.

Content

Tentang blog

Ini adalah blog peribadi saya. Segala pendapat yang dinyatakan adalah idea dan rekaan saya sendiri. Jangan menganggap bahawa anda mengenali saya kerana anda membaca blog ini secara kebetulan. Diharapkan anda menghormati sy dan tidak menjadi penyiasat psiko. Semua pandangan atau pendapat yang ditulis dalam blog ini adalah peribadi dan milik sy sepenuhnya. Sy berhak mengawasi agar menghormati sensitiviti, agama dan politik.

Terima kasih,
Hazlynda Kushairi


#Chanteks

Wednesday, 29 February 2012

Si Tunggal

Assalammualaikum ;)

Ahhhh..... Lamanya tak menulis dan membebel seorang diri dari isi hati. Gembira rasanya bila tak menulis. Bukannya sy tidak rindu tetapi terlalu banyak kerja yang harus disiapkan, tambahan pula dengan semangat mencari kerja yang masih belum dicari setelah gagal di peringkat pertama tahun sudah *sobs*

Being the only child to a single mom....

Tidak semudah yang disangkakan.

Serius, tidak mudah.

Tidak semudah itu.

Percayalah.

Dahulu, 20 tahun lalu, sy selalu dengar orang keliling sy kata, "Untunglah anak tunggal, apa nak semua dapat" "Tumpuan dan kasih sayang pun pada dia seorang je" MashaAllah, perasaan ketika itu, bahagia sangat. Memang benar, Bonda memberikan pendidikan yang sempurna bagi sy. Tidak semestinya belajar di luar negara kerana Bonda percaya pada tahap kebolehan sy. Yang peliknya, Bonda seorang guru matematik, ramai yang tertanya, kenapa tak jadi akauntan ke pegawai bank ke atau apa sahaja yang bersangkut paut dengan matematik, angka dan kalkulator. Itu bukan sy. Sy lebih cenderung ke arah seni. Bercita menjadi arkitek tetapi bertahan selama 6 bulan dan kemudiannya menukar kursus ke Senireka Grafik. Hari-hari mengadap warna, berbagai warna yang akan kita lihat, bukankah itu memberi ketenangan minda dan merehatkan beban mata? Seronok melihat warna warni ;)

Sekarang semuanya sudah berubah, dahulu sy dibesarkan oleh Bonda seorang diri (bersama Arwah Tokwan dan Nenda). Kini, sy membesar atau grow old bersama Bonda. Kalau dulu, sakit pening semput sy, Bonda lah yang bawa ke klinik untuk ambil gas. Kini bila Bonda pula semput, sy lah yang memandu Bonda ke klinik untuk mengambil gas. Bila sy demam, Bonda akan jelum kepala sy dan kini bila Bonda demam, sy letakkan cool fever pada dahi Bonda, eh, teknologi sekarang dah canggih *haha* Susah senang Bonda membesarkan sy, kini sy pula yang menggalas tanggungjawab penjaga Bonda yang hakiki.

Kalau dulu waktu belajar, setiap kali drawing dikoyak dan dibuang, orang pertama yang sy akan mengadu adalah Bonda. Kononnya sudah tidak tahan lagi mengikuti kursus senireka. Kononnya! Tapi alhamdulillah, 5 tahun tempoh belajar, selamat sudah menjadi pendidik di dalam jurusan ini. Tapi sekarang, sy pula menjadi telinga Bonda. Apa sahaja masalah yang dihadapi di sekolah, pasti dikongsi. Tidak seperti di Convent, Bonda nampak lebih ceria dan senang bekerja di sana. Kalau sy tahu tugasan setelah dinaikkan pangkat begini, ada baiknya Bonda tolak sahaja jawatan itu. Keluh resah Bonda siapa yang tahu, sy juga yang tahu. Hendak pula ada yang menjatuhkan maruah Bonda di facebook, eh, bila sy tulis sedikit tentang apa yang sy rasa terhadap orang yang menjatuhkan Bonda, ada pula yang panas hati? Apabila kerajaan mensyorkan pencen sehingga umur 60 tahun dan mereka diberi peluang untuk membuat pilihan, terus terang sy berbicara dari hati ke hati kepada Bonda bahawa sy tidak bersetuju Bonda pencen pada umur 60 tahun. Cukuplah berkhidmat sehingga tahun hadapan. Dan Bonda setuju. Terima kasih Bonda kerana memahami. Sy tidak menghalang tetapi cukuplah daripada hati disakiti dan tekanan yang dihadapi, telinga sy pun sudah tidak sudi mendengar tentang sekolah itu lagi.

Sekarang sy sedang sibuk mencari peluang kerja di Selatan. Perkara ini pernah diutarakan diantara Bonda, sy dan husben. Al-maklumlah, ketika ini, si suami berada di zon selesa dan si isteri juga berada di zon selesa. Kedua-duanya sayang hendak melepaskan kerja dan gaji yang ada kini. Akhirnya si isteri mengalah dan berusaha mencari kerja di Selatan. susah hendak mencari kerja sekarang ini, peluang sangat tipis. Bonda pula bersetuju dan meminta supaya sy pindah dahulu, tidak perlu tunggu sehingga Bonda pencen kerana tempat isteri disisi suami. Bonda sangat memahami tetapi hati sy yang berbelah bahagi. Tambah pula bila sy berpindah ke sana, Bonda akan tinggal bersama siapa? *sighhh* Susah jadi anak tunggal ini tetapi mujur sy masih mempunyai keluarga lain yang sudi menumpangkan Bonda untuk beberapa bulan sebelum Bonda pencen. InsyaAllah jika tahun ini sy berpindah ke Selatan, Bonda akan tinggal bersama kakaknya buat sementara waktu. Ada juga yang masih sudi membantu sy dan Bonda. Syukur alhamdulillah. Semoga Allah permudahkan urusan sy pula.

Menjadi si tunggal di dalam keluarga itu besar tanggungjawabnya. Kalau dulu bil elektrik, air dan segala bil, Bonda yang bayar tetapi setelah bekerja sudah menjadi tanggungjawab sy. Kalau ada empat adik beradik pun sudah memadai, dimana, anak pertama membayar bil elektrik, anak kedua membayar bil air dan indah water (al-maklumlah bil air selalunya percuma), anak ketiga pula bayar cukai pintu dan anak bongsu bayar cukai tanah dan astro. Berkira sungguh! Itulah tanggungjawab, walaupun ada sepuluh orang adik-beradik tetapi yang menanggung beban hanya seorang dua, siapa nak jawab? Lebih baik menjadi anak tunggal, tidak bermasam muka, tahu tanggungjawab yang ada, laksanakan seorang diri. Ini sudut pandangan sy, tidak ada kaitan dengan sesiapa yang terasa ;)

Sudahlah. Cukuplah bebelan untuk hari ini.

Hendak bila pula sy hendak berkongsi tentang Philea Malacca dan JPO.

Semoga sy diberi kekuatan untuk terus menulis! Hwaiting!

Eh, entri yang istimewa, tahun ini kan leap year, hari ini 29 Februari 2012 ;)

3 komentar:

Reen Tart Nenas says:
at: 29 February 2012 at 13:53 said...

my mom juga tak sambung sampai 60. it's time for her to rest kot. enjoy spending her daughther's money for shopping :

hazlynda kushairi says:
at: 29 February 2012 at 15:00 said...

Betul babe. Sudahlah mencari rezeki. Kita ade lebih masa utk dekatkan diri denga nAllah i bilang kat my mom.

Sudah tiba masa untuk bersara dan rilex.

NurulizzaH says:
at: 27 March 2012 at 10:56 said...

agree.i also dont really want my father to get going with his job until 60.memang lagi tua,lagi banyak ilmu n experience yg mereka ada,but dr 1 sudut sy rasa masa ni lah sesuai untuk mereka bersama family n beribadat.lg pula mostly dah ada sakit yg mcm2.kt sbg anak cuma nak tgk parents kt sihat n bnyk berehat je kn.. =D

Stalking Me!

Kamsahameeda!

Spread the love

"Spread love everywhere you go: first of all in your own house. Give love to your children, to your wife or husband, to a next door neighbour... Let no one ever come to you without leaving better and happier. Be the living expression of God's kindness; kindness in your face, kindness in your eyes, kindness in your smile, kindness in your warm greeting."

by Mother Theresa

RH Pre-Wedding

RH Pre-Wedding
We enjoyed the moment! Just smile and the pictures will be awesome!

RH Engagement

RH Engagement
It was in year 2009. A small celebration between two families :)

RH Wedding

RH Wedding
Our experience working independently for the big day which fell on a very auspicious date, 1.1.11 *smile*

RH Saranghae

RH Saranghae
A story of our humble abode.

RH Travelogue

RH Travelogue
“Traveling – it leaves you speechless, then turns you into a storyteller.” – Ibn Battuta

Tabung Gajah

Inspirations

Buddies

They blog on weddings

They call me, Lunda.

The Writer

My Photo
hazlynda kushairi
Nama pendek, Lynda ;)
View my complete profile

Alhamdulillah

Alhamdulillah
Terima kasih, 4Weddingku!

RH Journey

Daisypath Anniversary tickers

February 2016

February 2016
We are featured in Impiana February 2016

June 2011

June 2011
We are featured in Pengantin June 2011

May 2011

May 2011
We are featured in Pengantin May 2011

April 2011

April 2011
We are featured in Pengantin April 2011

March 2011

March 2011
We are featured in Pengantin March 2011