Search

.

Content

Tentang blog

Ini adalah blog peribadi saya. Segala pendapat yang dinyatakan adalah idea dan rekaan saya sendiri. Jangan menganggap bahawa anda mengenali saya kerana anda membaca blog ini secara kebetulan. Diharapkan anda menghormati sy dan tidak menjadi penyiasat psiko. Semua pandangan atau pendapat yang ditulis dalam blog ini adalah peribadi dan milik sy sepenuhnya. Sy berhak mengawasi agar menghormati sensitiviti, agama dan politik.

Terima kasih,
Hazlynda Kushairi


#Chanteks

Monday, 14 May 2012

Blog aku

Assalammualaikum ;)

Hah.

Isnin yang menyakitkan. Gara-gara nak selamatkan semakphone, sy yang terjatuh dalam lubang. Ah, itu bukan petanda yang tidak baik atau karma. Kenapa harus percaya? Itu dugaan Allah, sudah tertulis Hari Isnin, 14 Mei 2012, jam 8.10 pagi, Hazlynda akan jatuh lubang akibat cuba menyelamatkan semakphone.

Aku redha.

Tentang blog.

Sy mula menulis blog ini, rasanya sudah berulang kali dicerita tetapi hari ini akan dipendekkan cerita. Sejak tahun 2007, sy mula menulis entah apa yang sy tulis tetapi yang sy tahu, entri pertama adalah tentang kami. Sy mula menulis dengan kencangnya apabila sy mula menjejaki blog-blog perkahwinan terutamanya blog Anil. Dari situ, sy mula kenal dunia blog perkahwinan.

Tapi.

Apa sebenarnya yang kita mahu daripada blog?

Mendapat dan berkongsi idea tentang majlis perkahwinan dan dalam masa yang sama kita mendapat ramai kenalan dari alam blog dan bertambah ramai kawan apabila tertubuhnya facebook group blogger brides forever. Apa motif sebenar? Motif telah terpesong. Sy tidak mahu mengulas lebih lanjut.

Saban hari, semakin ramai yang menulis blog.

Selesai majlis, sy tidak lagi menulis seperti biasa. Kebanyakkan mereka yang berkahwin, alhamdulillah mendapat rezeki awal, mereka mula menulis tentang persediaan dan pengalaman berbadan dua dan berpantang. Bagi mereka yang masih belum punya rezeki seperti sy, ada yang tidak kemaskini sampai kesudah, ada yang kemaskini tentang percutian dan ada juga yang kemaskini tentang apa sahaja yang berlaku dalam hidup mereka.

Tetapi tidak sy.

Sy seperti tiada masa untuk menulis kerana siang sibuk mengajar, malam sibuk menyiapkan kerja kahwin orang, hari minggu pula adakalanya pulang ke JB atau sibuk melayan suami, al-maklumlah, dulu weekend wife. Jadi, disitu, aku tidak punya banyak masa untuk diluangkan dan bercerita tentang suami, tentang famili mertua ipar, famili sendiri, tidak semua boleh dicerita dalam blog mahupun facebook dan twitter. Macamanalah suami taknak layan kalau isteri sibuk di blog, facebook dan twitter? Hah jawab.

Blog kau.

Iya, blog kamu, kamu tulis, sy baca. Tidak kiralah blog kamu menarik atau tidak, sudah terpancul di timeline blog, sy klik dan baca. Lain kali, kalau tidak mahu sy serta rakan lain baca, sila tulis di pangkal tajuk;

"BUKAN UNTUK TONTONAN HAZLYNDA DAN #CHANTEKS. Eh?"

Begitu.

Ok, kemudian sy tidak akan membaca. Sudahlah orang benci kita, takkanlah kita nak merenggek hentak kaki mahu baca juga kan?

Memang benar blog kamu tapi perkhidmatan internet sy yang bayar, tidak salah kalau sy baca dan bayar. Kita sama. Tidak menang, tidak kalah.

Blog aku.

Iya, ini blog saya, maka terpulanglah pada sy apa yang hendak sy tulis dan berkongsi cerita bersama yang (masih) sudi membaca. Blog aku, gambar aku. Blog kau, ada gambar aku? Ok takpa, kita halalkan sahaja. Blog sy, apa sahaja yang kita tulis, orang akan baca. Tidak kiralah apa isu sekali pun, orang akan baca. Orang juga akan komen jika kita menulis sesuatu yang menarik perhatian mereka. Sy tidak menafikan bahawa tidak semua yang sy tulis menarik tetapi itu terpulang kepada pembaca. Apa niat sebenar kita menulis? Mengaibkan org? Meraih simpati? Meminta sokongan padu daripada orang sekeliling? Membina empayar besar untuk menunjukkan kuasa besar?

Sy tidak kuasa.

Sy tidak menulis untuk mendapat jumlah wang yang besar dari Nuffnang.

Sy tidak menulis untuk meraih komen paling banyak di dunia.

Sy tidak menulis untuk mendapat publisiti murahan.

Sy tidak menulis untuk menjadi bintang WOWWW Awards atau apa sahaja award yang ada di dunia blog ini.

Sy tidak menulis untuk meniru gaya orang lain menulis.

Sy tidak menulis untuk menjadi seperti Hanis Zalikha.

Sy tidak menulis untuk menjadi seperti Maria Elena.

Sy tidak menulis untuk menjadi seperti Sue Anna Joe.

Sy tidak menulis untuk menjadi seperti Kak Senduk (kahhkahh dia ni best!)

Sy tidak menulis untuk mendapat follower yang ramai.

Sy tidak menulis untuk menunjuk angle gambar sy yang hebat.

Sy tidak menulis untuk minta kamu, kamu dan kamu mendapat dosa kerana mengutuk dan bercakap belakang.

Sy menulis.

Terus menulis apa yang sy rasa.

Terus menulis walaupun sudah tiada siapa yang mahu membaca.

Terus menulis sehingga tidak berdaya.

Dan kamu,

Boleh terus membaca dan mengutuk apa sahaja yang ada di dalam blog ini sebagai hiburan bersama kawan.

Tidak sy peduli sama sekali.

Tapi jangan lupa sign out blogger dan nuffnang ek!

Nanti dapat jejak, jangan melatah.

Esok kita kemaskini tentang pindah ek!

22 komentar:

farahfatihah says:
at: 14 May 2012 at 11:07 said...

OII AKU XKISAH KO NK TULIS APE, AKU BCA JE HAHAHA EHH TER CAPS LOCK LGI..MALAS NK TYPE BLIK..K BAI

hazlynda kushairi says:
at: 14 May 2012 at 11:10 said...

FF :
Oi, tak payah nak UPPERCASE, aku belum rabun oi. Kata nak jumpe, podah.

Nurulhuda|Adlie says:
at: 14 May 2012 at 11:20 said...

lynda, ingat pesanan aku, jangan berubah arah dan edit belog ko menjadi blog ala ala

blog MYSPACE itu. Euuuuu.

atau jangan sesekali mengelupur tukar URL!

wahahahahaha!

thezaila says:
at: 14 May 2012 at 11:20 said...

oooiii aku tulis belog, sebab nk jadi seperti Hazlynda kushairi.. boleh..
hahaha

Adein Kushairi says:
at: 14 May 2012 at 11:30 said...

peduli la pe dorg nk ckp.. bukan dorg yg bg makan pakai kte cukup tiap bulan pun..

ble nk update cite br ttg pindah ke JB neh..? penat tggu lor.. lama suda bah.. huhu..=)

LisaLisut says:
at: 14 May 2012 at 12:15 said...

yg i tau blog hazlynda carta teratas dlm nuffnang i sbb jd reference org cari blog i hahahaha. nk g check nuffnang i lah dh lama x tgk apa jadi lol

Miss Ika says:
at: 14 May 2012 at 13:31 said...

Sis, biarkan apa orang nak kata.
Yang penting kita tahu apa kita buat.
:)

hazlynda kushairi says:
at: 14 May 2012 at 14:02 said...

HUDA :
bior le berjuta org hentam tak suka aku, aku still guna

hazlynda.blogspot.com

takkan nak tukor
hazlyndachanteks.blogspot.com

kang muntah hijo lak ORG!

ZAILA :

Sudahlah tu jadikan aku idola kau kahhkahhh Idola aku sekarang ni SK Adam. Eh?

hazlynda kushairi says:
at: 14 May 2012 at 14:04 said...

ADEIN :
nama bapak kite sama bahh...

ok, ok, esok ek? esok? janji!

LISA :
kahhkahhh gitu! kita kan selalu dihubungkait sama. Kasihan u asyik jadi mangsa sbb rapat dgn i. Dah,jangan kawan dgn i. eh?

hazlynda kushairi says:
at: 14 May 2012 at 14:04 said...

IKA :
InsyaAllah. Thanks sis!

cik yaya says:
at: 14 May 2012 at 14:14 said...

lisa ni..dalam diam2 tau dia.nak gelak aku baca komen lisa kahhh

♥ balkidz_hunny ♥ says:
at: 14 May 2012 at 14:22 said...

HAHAHA. Suka hati kaulah nak baca blog sape, nak tulis ape.
Aku berblog tanpa sebab.
Tapi aku dah ada blog sebelum ada blogger brides forever yg FF jadi pengetua tue. HAHA. k bai! ;p

hazlynda kushairi says:
at: 14 May 2012 at 14:25 said...

KAKYA :
kau ajor le Lisa tengok stalker berapa ramai LOL

hazlynda kushairi says:
at: 14 May 2012 at 14:28 said...

KIDZ :

Hahh samalah. Takde herannya sgtlah blog ni haaa.... Bukannya aku dapat RM5k tiap bulan dr Nuffnang, Saiful Nang pun tak pandang blog ni heh

lovelyadibah says:
at: 14 May 2012 at 16:10 said...

hahaha ko mmg kan lunda nk guna idola aku Saiful Nang.cissssss

hazlynda kushairi says:
at: 14 May 2012 at 16:28 said...

DIBA :

Ok ok, jangan ebut, aku amek SK lah jadi idola.

Cik Cyida says:
at: 15 May 2012 at 09:10 said...

betul2,

kte setuju dengan awk,

Reen Tart Nenas says:
at: 15 May 2012 at 13:42 said...

patut la lynda jatuh, kena sumpah rupanyer :p

cik senah says:
at: 16 May 2012 at 12:48 said...

;) hurmm..chek nie..drp jd silent reader..teruih naik taraf jd kastemer Pn. Lynda.. ngeh3x!!

so far..blog ini adalah salah satu sumber inspirasi dan rujukan chek masa dok buat wedding preps chek thn lepaih.. :)

majlis kawen chek pun dah lepaih lama dahh..tp, blog nih chek takkan lepaih sampai bila2..walaupun tuan empunyanya hanya update blog nie sekali-sekala..eh? ya ka..? hehe..!

p.s : jgn berenti menulih..tau..tau..tau!! :)

hazlynda kushairi says:
at: 17 May 2012 at 15:55 said...

CIK CYIDA :

terimas ramas ek!

hazlynda kushairi says:
at: 17 May 2012 at 15:56 said...

REEN :

ape sumpahan²? sumpahan kum-kum kahhkahhkahhh :P kemain ek!

hazlynda kushairi says:
at: 17 May 2012 at 15:56 said...

CIK SENAH :

I love u lah!

Stalking Me!

Kamsahameeda!

Spread the love

"Spread love everywhere you go: first of all in your own house. Give love to your children, to your wife or husband, to a next door neighbour... Let no one ever come to you without leaving better and happier. Be the living expression of God's kindness; kindness in your face, kindness in your eyes, kindness in your smile, kindness in your warm greeting."

by Mother Theresa

RH Pre-Wedding

RH Pre-Wedding
We enjoyed the moment! Just smile and the pictures will be awesome!

RH Engagement

RH Engagement
It was in year 2009. A small celebration between two families :)

RH Wedding

RH Wedding
Our experience working independently for the big day which fell on a very auspicious date, 1.1.11 *smile*

RH Saranghae

RH Saranghae
A story of our humble abode.

RH Travelogue

RH Travelogue
“Traveling – it leaves you speechless, then turns you into a storyteller.” – Ibn Battuta

Tabung Gajah

Inspirations

Buddies

They blog on weddings

They call me, Lunda.

The Writer

My Photo
hazlynda kushairi
Nama pendek, Lynda ;)
View my complete profile

Alhamdulillah

Alhamdulillah
Terima kasih, 4Weddingku!

RH Journey

Daisypath Anniversary tickers

February 2016

February 2016
We are featured in Impiana February 2016

June 2011

June 2011
We are featured in Pengantin June 2011

May 2011

May 2011
We are featured in Pengantin May 2011

April 2011

April 2011
We are featured in Pengantin April 2011

March 2011

March 2011
We are featured in Pengantin March 2011