Search

.

Content

Tentang blog

Ini adalah blog peribadi saya. Segala pendapat yang dinyatakan adalah idea dan rekaan saya sendiri. Jangan menganggap bahawa anda mengenali saya kerana anda membaca blog ini secara kebetulan. Diharapkan anda menghormati sy dan tidak menjadi penyiasat psiko. Semua pandangan atau pendapat yang ditulis dalam blog ini adalah peribadi dan milik sy sepenuhnya. Sy berhak mengawasi agar menghormati sensitiviti, agama dan politik.

Terima kasih,
Hazlynda Kushairi


#Chanteks

Friday, 11 May 2012

Cemeng

Entahlah.

Tiba-tiba hati sayu, sedih, teringat.

Esok lusa kan Hari Ibu Sedunia.

Hari Bonda. Hari-hari adalah Hari Bonda.

Ada yang menyatakan haram untuk menyambut Hari Ibu. Tapi bagi aku, aku menyambut Bonda setiap hari. Sebab Bonda istimewa, setiap tahun dia pasti dapat 3 kali hadiah sempena dengan sambutan iaitu Hari Ibu, Hari Guru dan Hari Lahir. Untung lagi kalau Bonda punya anak yang ramai, pasti lebih banyak hadiah yang diterima. Ini tidaknya, seorang sahaja, maka satu hadiah sahajalah bukan untuk setiap sambutan tetapi dicombokan bersama, hadiah Hari Ibu & Guru satu manakala hadiah Hari Lahir satu, bermakna hanya dua sahaja.

Tapi tahun ini berbeda.

Tidak seperti 27 tahun yang lalu.

Masa dapat tawaran kerja di Johor Bahru, satu sahaja yang sy fikirkan, kalau sy pindah, Bonda bagaimana?

Bukan mudah menjadi anak tunggal, kalau punya ramai adik beradik mungkin ada diantara mereka yang akan tinggal bersama Bonda. Hendak pula Bonda seorang ibu tunggal, lagilah resah hati sy.

Tidak segampang rempit, eh, tidak semudah itu.

Sehinggalah suatu hari kami duduk berbincang dan Bonda memutuskan untuk tidak tinggal di Damansara dan menyuruh sy bawa semua barang rumah ke Johor Bahru. Baiklah, sy turuti. Bonda bilang, selepas pencen Bonda akan hijrah dan tinggal bersama sy disini, barulah terukir senyuman di bibir sy.

Gembira.

Bonda akan pencen tahun hadapan dan jangkaan untuk Bonda pindah tinggal bersamam sy adalah mungkin hujung tahun hadapan.

Tetapi masih.

Masih sedih kerana selama 28 tahun ini, sy tinggal dan hidup bersama Bonda. Susah senang bersama. Ingat mudah ke menggalas tanggungjawab sebagai ibu tunggal? Untuk membesarkan anak yang semakin besar badannya ini. Bukan senang.

Susah.

Memang dulu kami susah, kami merangkak untuk menikmati kehidupan yang kini kami kecapi. Masih ingatlagi dahulu, pergi ke sekolah menaiki bas mini 11. Iya, bas mini yang berwarna merah jambu itu. Sesak, lambat dan dimarahi di sekolah, itu sudah biasa kami lalui. Sehinggalah Bonda memiliki lesen dan kereta pertama Bonda iaitu mini cooper, bukan mini cooper yang baru ini canggih dan moden, ini zaman 25 tahun yang lalu dan plat kenderaan PBJ2020, ingat lagi.

Dahulu, pernah sekali kami terlibat di dalam kemalangan yang mengakibatkan kereta berpusing, ketika itu di Damansara Utama, tempat dimana Uptown Damansara sekarang. Oh, ketika itu bukan lagi kereta mini, sudah upgrade ke Iswara Aeroback. Orang yang melanggar kami ketika kami membuat u-turn adalah Abg Safuan (eh, ingat lagi nama dia? Mesti. Sbb dia tampan. erk) Itu adalah pengalaman paling tragis bersama Bonda. Ah, mesti ada yang busuk hati terdetik dlm hati ketika ini, "Kenapa kau tak mati je time tu!"

Alhamdulillah.

Umur masih panjang, kami berempat selamat, yang lagi dua merupakan sepupu sy.

Selama 28 tahun tidur bersama, sekatil dan sebilik, walaupun sy punya bilik sendiri tetap, mahu tidur bawah ketiak Bonda.

Anak manja. MEMANG.

Cemeng. MEMANG.


Menangis di sepanjang Lebuhraya Utara-Selatan dari Seremban ke Pedas Linggi. Teringat. Teringat wajah Bonda di pintu gate, teringat ketika peluk Bonda, Bonda sedih tetapi menyorokkan tangisan beliau. Bukan sahaja sy cemeng dengan Bonda, bahkan seluruh keluarga yg sy salam ketika itu iaitu pakcik dan makcik dan Kak Long.

Sedihnya.

Macamlah nak tinggal jauh di Oslo seperti Moose.

Moose lagi cekal.

Mulalah berjauhan 400km dalam anggaran.

Bila berjauhan begini, selain suami, sy suka bercerita dengan Bonda walaupun dia tidak tahu persekitaran kehiupan sy disini bagaimana. Sebelum ke kerja dan pada waktu malam kami akan berhubung, al-maklumlah subway (laparnya! telan air liur) eh sub-line. Buat sahaja panggilan atau video call secara percuma menggunakan Celcom. Siap promosi lagi. Bonda suka menceritakan tentang perihal sekolah kepada sy, iyalah, kita sahaja yang memahami apa yang berlaku di sekolah Bonda sehinggakan ada yang busuk hati menjatuhkan Bonda, sy tidak berdiam, sy mengambil tindakan dengan membuat aduan, kini masih dalam proses selanjutnya.

Sy berani. Sy akan buat apa sahaja demi maruah Bonda.

Mahu sy kopipes surat sy kepada Kementerian Pendidikan di blog? Boleh tetapi Bonda tidak suka.

Abaikan.

Ahad ni Hari Ibu.

Kali pertama berjauhan, tidak dapat sambut bersama Bonda. Esok Bonda ada sekolah ganti (rasanya) dan husben pula kerja esok hari. Sy juga terpaksalah kerjakan rumah yang belum habes dikemas.

Tadi menangis dengar lagu di bawah, bertakungan di mata. Masuk ke tandas dan kesat. Eh, makin deras pula dia mengalir. Tiba-tiba emo di twitter kerana tidak dapat sambut bersama Bonda. Kasihan Bonda.

Tapi mungkin sy punya kejutan?

Jeng jeng jeng.

Untuk Bonda dan seluruh Bonda dan bakal Bonda di dunia,


For you Mama, Azimah Yahaya

I LOVE YOU, MAMA

You'll always be there every time I fall
You are to me the greatest love of all
You take my weakness and you make me strong
And I will always love you 'til forever comes

I will love and cherish you, Mama.
My prayers is always there with you.

HAPPY MOTHER'S DAY!
.... and Happy Teacher's Day!

From us in JB >.<
Hazlynda Kushairi & Razmie Isa

13 komentar:

lovelyadibah says:
at: 11 May 2012 at 11:42 said...

auwwww..tak mau nanges2.pe lagi ahad pecut ke KL.weehoo.tiba jah!

hazlynda kushairi says:
at: 11 May 2012 at 11:47 said...

DIBA :

kahhkahhh kalau aku bawak Ferrari mmg dah pecut turun KL :(

Lara is Veelara says:
at: 11 May 2012 at 12:18 said...

jgn sedih2..bonda lynda bhgia dpt anak mcm lynda...rsnya lynda perkara paling tbaik y pna tjadi dlm hdup bonda lynda,insyaAllah...

eh eh.comel pic tu....alololo..

Anis_Apis says:
at: 11 May 2012 at 13:15 said...

alamak, bergenang air mata...

elle's laaa~ says:
at: 11 May 2012 at 13:58 said...

Comel kak lynda mse kecik.... ;))

farhana shamsuddin says:
at: 11 May 2012 at 15:06 said...

hehehehe cumil..

Mawar misswateva says:
at: 11 May 2012 at 15:10 said...

oitt, gamba kecik2 pun nk cemeng kan!
tabah lahh wahai lunda.pejam celik pejam celik skjap je da tahun depan nt.;)

LisaLisut says:
at: 11 May 2012 at 18:40 said...

sy bakal bonda.hahaha.so terima kasih juga untuk lagu ni.cewah ;p

Moose says:
at: 11 May 2012 at 18:41 said...

tetiba nama aku kena petik.

bertabahlah lynda, JB-KL takde jauh mana, boleh je merempit kejap.

Shakina Farhan says:
at: 11 May 2012 at 18:46 said...

comel je!tak berubah muka..

BAIZURA NATASHA says:
at: 11 May 2012 at 20:30 said...

linda.u r such a sweet daughter.bonda u mst proud dgn u..b strong dear.. :)

Meey@ says:
at: 12 May 2012 at 20:57 said...

comel nya lunda gmbr cemeng tu!hehe.xmo nanes2 ok, jom g shooping JPO!ngehngeh=p

Reen Tart Nenas says:
at: 14 May 2012 at 08:44 said...

xpenah celebrate mothers day. jarang2 wish mothers day. mcm pelik bila wish. hehehe tp mama tau saye sayang die.

oho. jgn sedih2. jauh di mata dekat di hati.

Stalking Me!

Kamsahameeda!

Spread the love

"Spread love everywhere you go: first of all in your own house. Give love to your children, to your wife or husband, to a next door neighbour... Let no one ever come to you without leaving better and happier. Be the living expression of God's kindness; kindness in your face, kindness in your eyes, kindness in your smile, kindness in your warm greeting."

by Mother Theresa

RH Pre-Wedding

RH Pre-Wedding
We enjoyed the moment! Just smile and the pictures will be awesome!

RH Engagement

RH Engagement
It was in year 2009. A small celebration between two families :)

RH Wedding

RH Wedding
Our experience working independently for the big day which fell on a very auspicious date, 1.1.11 *smile*

RH Saranghae

RH Saranghae
A story of our humble abode.

RH Travelogue

RH Travelogue
“Traveling – it leaves you speechless, then turns you into a storyteller.” – Ibn Battuta

Tabung Gajah

Inspirations

Buddies

They blog on weddings

They call me, Lunda.

The Writer

My Photo
hazlynda kushairi
Nama pendek, Lynda ;)
View my complete profile

Alhamdulillah

Alhamdulillah
Terima kasih, 4Weddingku!

RH Journey

Daisypath Anniversary tickers

February 2016

February 2016
We are featured in Impiana February 2016

June 2011

June 2011
We are featured in Pengantin June 2011

May 2011

May 2011
We are featured in Pengantin May 2011

April 2011

April 2011
We are featured in Pengantin April 2011

March 2011

March 2011
We are featured in Pengantin March 2011