Search

.

Content

Tentang blog

Ini adalah blog peribadi saya. Segala pendapat yang dinyatakan adalah idea dan rekaan saya sendiri. Jangan menganggap bahawa anda mengenali saya kerana anda membaca blog ini secara kebetulan. Diharapkan anda menghormati sy dan tidak menjadi penyiasat psiko. Semua pandangan atau pendapat yang ditulis dalam blog ini adalah peribadi dan milik sy sepenuhnya. Sy berhak mengawasi agar menghormati sensitiviti, agama dan politik.

Terima kasih,
Hazlynda Kushairi


#Chanteks

Friday, 4 May 2012

Kau Siapa?

thesis statement aku hari ini:
---------------------------------
orang cuma dengar APA yang mereka NAK dengar.
orang cuma lihat APA yang mereka NAK lihat.
orang cuma baca APA yang mereka NAK baca.
.
.

defense:
-----------

1)
aku kata A.
orang faham B.
orang marah aku.
bila tanya "siapa kata B?"
orang kata aku degil.
tak makan nasihat.

soalan.
BILA aku kata B?

2)
aku tulis A ketika aku kiaskan B.
orang cuma nampak A.
yang setuju dengan apa aku kata tentang A akan puji2.
yang setuju dengan apa aku kata tentang B akan julang tinggi.
yang tak setuju2-- maki2 dan caci2.

penyataan.
PEDULI APA aku kau setuju tidak apa aku rasa.
aku menulis APA aku rasa.

3)
aku cakap A.
A itu aku.
rupa2nya ramai yang A juga.
tersinggung hati.
perasan aku kata dia.

soalan.
kau SIAPA?
.
.

kesimpulan
-------------

BENARLAH--
orang cuma dengar APA yang mereka NAK dengar.
orang cuma lihat APA yang mereka NAK lihat.
orang cuma baca APA yang mereka NAK baca.
.
.

maka
------

janganlah perasan SEMUA BENDA dalam dunia ini berkisar tentang engkau SAHAJA.

kalau kau cari diri engkau dalam status2 manusia keliling--
kau MEMANG akan jumpa.

sebab kita manusia.
dosa kita,
pahala kita;
LEBIH KURANG sama.
cuma aplikasinya di lain2 situasi dan masa.

berhenti merasakan SEMUA BENDA adalah tentang kita.

Petikan diatas diambil dari status Kak Fynn Jamal.

Siapa tak kenal dia kan?

Sememangnya sy suka apa saja penulisan Kak Fynn kerana bagi sy penulisan beliau ikhlas dari hati dan tidak hipokrit. Apa yang di suka, di tulis, apa yang tidak suka, diluahkan, hanya terpulang pada kite sebagai manusia / individu untuk menerimanya.

Sedikit penambahan dari penulisan Kak Fynn.

BENARLAH--
orang cuma dengar APA yang mereka NAK dengar.
orang cuma lihat APA yang mereka NAK lihat.
orang cuma baca APA yang mereka NAK baca.

.
.

maka


kalau kau cari diri engkau dalam status2 manusia keliling--
kau MEMANG akan jumpa.

sebab kita manusia.
dosa kita,
pahala kita;
LEBIH KURANG sama.
cuma aplikasinya di lain2 situasi dan masa.


-


Dari sudut berbeza, pada pandangan sy,

Tidak semua benda yang kita dengar, lihat dan baca itu adalah benar. Mungkin ada benarnya tapi sedikit sebanyak ada informasi yang tercicir di tengah jalan. Jangan hanya mendengar dari sebelah pihak, siapakah kita untuk menghina dan menghukum orang itu? Sama seperti kita bermain permainan menyampaikan pesanan dari telinga ke telinga, bila tiba di hujung, informasi itu tidak sama seperti awalnya, malah ditokok tambahkan lagi.

Tahukah kita apa maksud sebenar yang hendak disampaikan. Manusia ini berbagai jenis dan saiz. Tidak semua sempurna, tidak semuanya indah, kita semua ciptaan Allah, kita sepatutnya menghormati satu sama lain. Dan siapalah sy untuk menulis ini sedangkan ada di luar yang berbisik, "Ah, macamlah kau ni baik sgt!" Itu apa yang kalian dengar dari pihak ketiga keempat kelima keenam dan seterusnya. Adakah benar?

Kita mengata itu ini tentang seseorang yang kita benci atau meluat tapi pernah tak kita lihat cermin? Sempurnakah kita untuk mengata orang itu sedangkan, solat pun tunggang langgang, nak mengata orang yg cukup solat 5 waktu.

Apakah?

Beli cermin.

Cermin bilik sy sudah cukup untuk melihat diri dari atas kepala hingga ke hujung kaki. InsyaAllah kita semua sedang perbaiki diri kita, bak kata Nawal di dalam tweet nya tadi,

"Girls,find a guy that can change you for the better.Better yet,if it works both ways."

Tidak mahu ngomel banyak, diri sy pun masih cuba memperbaiki dari sehari ke sehari.

Selamat berhujung minggu ;)

11 komentar:

lovelyadibah says:
at: 4 May 2012 at 13:59 said...

best gler status kak fynn. insaf di hari jumaat.hehe

jooleata says:
at: 4 May 2012 at 14:05 said...

totally aggreed!

ada ja yang salah faham, dah tu nak marah2 bila fahamnya perkara lain.. T____T

lynda, rajinla blog..rindu nak baca~

LisaLisut says:
at: 4 May 2012 at 14:07 said...

heheheheh agreeeeeeeeeeeeeeeeeee.

update lah selalu .bosan kotttt

♥ balkidz_hunny ♥ says:
at: 4 May 2012 at 14:30 said...

aku pun insaf jap baca status die.
oii, tau lah busy, update hoiii. taulah dah dekat ngan suami, happy sokmo!

eh aku cakap pasal kau tau A, bukan B! kahkah. ;p

hazlynda kushairi says:
at: 4 May 2012 at 14:47 said...

Diba :

Jumaat, penghulu bagi sekalian hari. Elok le insaf sekejap. kahhhhkahhh.

JOOLETA :
InsyaAllah babe, sekarang ni busy mengemas rumah, insyaAllah Lynda update dari semase ke semase, eceh.

hazlynda kushairi says:
at: 4 May 2012 at 14:49 said...

LISA :
yes mam!! eh, dah tukor url ek? Pagi tadi try url takleh bukak, lama tak bace blog u :( Hadiah kawen pun tersimpan rapi lg :(

KIDZ :
Insaf babe baca kebanyakkan status Kak Fynn, idola aku betullah! Ahhhhhhhhhhhhhhh suke tau! Mood baru nak bermanja *auw*

fika79 says:
at: 4 May 2012 at 15:04 said...

lynda..aku pun sbnrnya nak buat entry dr ayat2 fynn tu..aku pun ada pendapat tapi lain skit la kot..tapi tgh fikir nak post ke tak..ya allah..tetiba lak sama pkran:D

hazlynda kushairi says:
at: 4 May 2012 at 15:26 said...

NAT :
ade chemistry la kita ni HAHAHA aku menunggu kau balik JB lagi :(

cikpuanputeri says:
at: 4 May 2012 at 16:30 said...

update banyak2 tauuuu. pasal rumah tuu...hihi..

hana yoriee says:
at: 4 May 2012 at 19:26 said...

insaf dan agree jugak dgn kata2 di atas..

farahfatihah says:
at: 7 May 2012 at 10:47 said...

hahah aku tertinggal keretapi lagi!! danggggg

Stalking Me!

Kamsahameeda!

Spread the love

"Spread love everywhere you go: first of all in your own house. Give love to your children, to your wife or husband, to a next door neighbour... Let no one ever come to you without leaving better and happier. Be the living expression of God's kindness; kindness in your face, kindness in your eyes, kindness in your smile, kindness in your warm greeting."

by Mother Theresa

RH Pre-Wedding

RH Pre-Wedding
We enjoyed the moment! Just smile and the pictures will be awesome!

RH Engagement

RH Engagement
It was in year 2009. A small celebration between two families :)

RH Wedding

RH Wedding
Our experience working independently for the big day which fell on a very auspicious date, 1.1.11 *smile*

RH Saranghae

RH Saranghae
A story of our humble abode.

RH Travelogue

RH Travelogue
“Traveling – it leaves you speechless, then turns you into a storyteller.” – Ibn Battuta

Tabung Gajah

Inspirations

Buddies

They blog on weddings

They call me, Lunda.

The Writer

My Photo
hazlynda kushairi
Nama pendek, Lynda ;)
View my complete profile

Alhamdulillah

Alhamdulillah
Terima kasih, 4Weddingku!

RH Journey

Daisypath Anniversary tickers

February 2016

February 2016
We are featured in Impiana February 2016

June 2011

June 2011
We are featured in Pengantin June 2011

May 2011

May 2011
We are featured in Pengantin May 2011

April 2011

April 2011
We are featured in Pengantin April 2011

March 2011

March 2011
We are featured in Pengantin March 2011