Search

.

Content

Tentang blog

Ini adalah blog peribadi saya. Segala pendapat yang dinyatakan adalah idea dan rekaan saya sendiri. Jangan menganggap bahawa anda mengenali saya kerana anda membaca blog ini secara kebetulan. Diharapkan anda menghormati sy dan tidak menjadi penyiasat psiko. Semua pandangan atau pendapat yang ditulis dalam blog ini adalah peribadi dan milik sy sepenuhnya. Sy berhak mengawasi agar menghormati sensitiviti, agama dan politik.

Terima kasih,
Hazlynda Kushairi


#Chanteks

Tuesday, 8 May 2012

Zon selesa

Si isteri.

Si isteri cantik molek berisi lemak bekerja sebagai seorang pendidik di salah sebuah universiti tempatan. Si isteri tahu perkahwinan jarak jauh itu tidak akan berkahir dengan kesudahan hingga ke tua. Beliau yakin dan pasti bahawa suatu hari nanti beliau pasti akan duduk serumah sebumbung serta sekatil bersama suami.

Si isteri tahu.

Si isteri tidak tahu apa yang dirasai oleh si suami yang jauh di mata. Al-maklumlah, selama perkahwinan jarak jauh ini, semuanya masih indah, tiada apa yang membuat mereka curiga dan sangsi. Masing-masing sibuk dengan tugasan sehingga terlupa pada tanggungjawab sebenar. Si isteri merasakan bahawa beliau selesa dan inilah pekerjaan yang paling lama selepas tamat universiti. Profesion sebagai pendidik memang sesuai dengan jiwa dan perwatakan beliau, kemana tumpahnya kuah kalau tidak ke nasi?

Si isteri memang sayangkan pekerjaannya itu. Mana tidaknya, bila ada kelas jam 11 pagi, jam 10.30 pagi baru keluar rumah untuk mengajar. Tamat kelas, maka pulanglah pendidik yang kononnya dedikasi terhadap tanggungjawabnya kepada bangsa dan negara. Itulah si isteri. Seronok dengan pekerjaan separuh masanya itu. Mendapat hasil daripada peluh keringatnya sendiri, melakukan sesuatu yang diminati, itulah si isteri yang leka dan lupa akan tanggungjawab sebenarnya itu.

Si suami.

Si suami merasakan bahawa beliau selesa bekerja di tempat kerjanya sekarang dan inilah pekerjaan yang paling lama beliau yang sudah berkhidmat selama 4 tahun. Pekerjaan yang memerlukan tenaga fizikal dan mental, berjemur dan bekerja lebih masa jika perlu dan adakalnya bekerja sehingga melebihi 12 jam sehari.

Si suami tidak mengeluh bahkan lebih suka kerja begini, mana tidaknya, bujang di sana, perkahwinan jarak jauh. Si suami pernah bilang, "Ala, daripada duduk rumah tak buat apa, baik pergi kerja dapat duit lebihan". Si isteri yang mata membeli-belah memang angguk tanda setuju. Duit lebihan yang diperolehi disimpan untuk hari tua atau kecemasan walaupun belum punya rezeki anak lagi. Si suami bijak jimat menyimpan manakala si isteri bijak membelanja apa yang perlu - tidak boros tetapi membeli keperluan harian atau bulanan. Si isteri tahu, duit yang disimpan itu bukan untuk dibawa mati tetapi untuk keperluan kecemasan.

Hey, si isteri tahulah!

Kedua-duanya di zon selesa.

Si suami,
Gaji yang mampu menampung si isteri dan (anak-anak).

Si isteri,
Gaji yang mampu membantu keperluan kehidupan keluarga.
Waktu kerja yang sangat fleksibel.

Dua-dua tidak mahu mengalah.

Si suami sering kali bertanya kepada si isteri,
"Sudah apply kerja disini?"

Si isteri yang selesa di sana menjawab,
"Nanti sy kemaskini cv sy"

Entahlah.

Entahlah bila si isteri itu hendak selesai cvnya itu.

Terdetik dihati si isteri,
"Baiklah, lepas raya nanti kita cari kerja betul-betul sehingga dapat"

Itulah janji si isteri.

Belum sempat Ramadhan, si suami telah pun menghantar link-link kerja kosong kepada si isteri. Dengan perasaan tidak mahu menghampakan si suami, si isteri menghantar ke lebih daripada lima buah syarikat dan institusi pengajian, tidak kiralah jawatan sebagai pendidik mahupun pereka grafik. Sudah itu kelulusannya, terima sahaja.

Tidak pula dijangka, si isteri mendapat temuduga daripada tiga syarikat yang dihantar.

Ini namanya rezeki. Mungkin rezeki si isteri disana disisi suami.

Terdetik lagi dihati, "Alaaaa..... belum raya lagi ni......"

Tidak murka, si isteri pergi temuduga ke dua syarikat kerana satu daripadanya itu adalah syarikat yang baru ditubuhkan pd tahun 2010. Hati berbisik untuk tidak pergi kerana takut syarikat tersebut belum stabil.

Alhamdulillah.

Kedua-duanya memberi peluang kepada si isteri. Syarikat yang satu daripada Kota Singa dan yang lagi satu adalah institusi pendidikan.

Yang mana satu pilihan si isteri?

Tunggu entri seterusnya ;)

Si isteri itu, saya lah.

10 komentar:

ceklala says:
at: 8 May 2012 at 14:27 said...

hahah..kdg kite xbole jangka apa yang ada pada masa depan kita kan.. :)

oshinz says:
at: 8 May 2012 at 14:43 said...

baguslah rezeki mencurah. alhamdulillah.. jangan lepaskan sis. =)

cik senah says:
at: 8 May 2012 at 15:22 said...

;) suka sungguh lah chek baca karangan Lynda..tersengih sendiri di depan PC..

tak sabaq nak tunggu sambungan cerita "Zon Selesa"..berepisodkah ia..?ngeh3x!!

p.s : teruihkan mengarang wahai Puan Lynda!! ;)

yUmIe says:
at: 8 May 2012 at 16:07 said...

bce pn dh bleh agak si isteri itu adalah ko:p

Miss Ika says:
at: 8 May 2012 at 17:40 said...

Tak sabar nak tahu. Hehe

BAIZURA NATASHA says:
at: 8 May 2012 at 22:58 said...

Hai linda...aduhai tgh sedap baca u sambung next entry plak.hehe

farahfatihah says:
at: 9 May 2012 at 08:38 said...

heheheh nk aku tolong smbung citer ni x? hahahahah

fika79 says:
at: 9 May 2012 at 14:28 said...

hahah..aku nak jawab..:P

nizabeba says:
at: 9 May 2012 at 16:06 said...

haha comel seh entry ni.. sama lah situasi kita yg jrk jauh wahai si isteri.. husband aku pon asek tny, "dah apply keje kat jb?" haha.. bkn aku tanak apply, tp blom ade rezeki lg..huhu

si tuyUk says:
at: 17 May 2012 at 07:57 said...

Assalamualaikum..hihi..suke bace blog akak..dari sebelum kawen sampai skang..hihi...semoga terus dimurahkan rezeki...aminn..

Stalking Me!

Kamsahameeda!

Spread the love

"Spread love everywhere you go: first of all in your own house. Give love to your children, to your wife or husband, to a next door neighbour... Let no one ever come to you without leaving better and happier. Be the living expression of God's kindness; kindness in your face, kindness in your eyes, kindness in your smile, kindness in your warm greeting."

by Mother Theresa

RH Pre-Wedding

RH Pre-Wedding
We enjoyed the moment! Just smile and the pictures will be awesome!

RH Engagement

RH Engagement
It was in year 2009. A small celebration between two families :)

RH Wedding

RH Wedding
Our experience working independently for the big day which fell on a very auspicious date, 1.1.11 *smile*

RH Saranghae

RH Saranghae
A story of our humble abode.

RH Travelogue

RH Travelogue
“Traveling – it leaves you speechless, then turns you into a storyteller.” – Ibn Battuta

Tabung Gajah

Inspirations

Buddies

They blog on weddings

They call me, Lunda.

The Writer

My Photo
hazlynda kushairi
Nama pendek, Lynda ;)
View my complete profile

Alhamdulillah

Alhamdulillah
Terima kasih, 4Weddingku!

RH Journey

Daisypath Anniversary tickers

February 2016

February 2016
We are featured in Impiana February 2016

June 2011

June 2011
We are featured in Pengantin June 2011

May 2011

May 2011
We are featured in Pengantin May 2011

April 2011

April 2011
We are featured in Pengantin April 2011

March 2011

March 2011
We are featured in Pengantin March 2011