Search

.

Content

Tentang blog

Ini adalah blog peribadi saya. Segala pendapat yang dinyatakan adalah idea dan rekaan saya sendiri. Jangan menganggap bahawa anda mengenali saya kerana anda membaca blog ini secara kebetulan. Diharapkan anda menghormati sy dan tidak menjadi penyiasat psiko. Semua pandangan atau pendapat yang ditulis dalam blog ini adalah peribadi dan milik sy sepenuhnya. Sy berhak mengawasi agar menghormati sensitiviti, agama dan politik.

Terima kasih,
Hazlynda Kushairi


#Chanteks

Wednesday, 20 June 2012

Angkat, Punggah & Movers


Assalammualaikum,

Ohhhla.... Semalam tak update blog. Bukan apa, biasalah (kononnya) hari Isnin sibuk menyiapkan kerja yang baru dapat. Haish, semakin bosan dengan kerja sekarang. Mengeluh sahaja setiap hari tapi apa boleh buat, demi mencari rezeki 5kg beras.

Kesinambungan daripada cerita minggu lalu, cerita mengenai angkat, punggah dan movers. Siapa kata pindah rumah itu menyeronokan dan menyenangkan? Ya, mungkin bagi mereka yang mempunyai wang banyak dan berlebihan serta mampu untuk mengupah orang untuk membuatkan segala persediaan pindah rumah dari a hingga z.

Tetapi bukan kami.

Masa memula hendak mencari movers, memang tidak tahu mana hendak dimulakan, dari mana hendak cari maklumat tentang movers. Tidak perlu tanya orang, google sudah. Maklumat pertama setelah digoggle oleh sepupu adalah link ini,


Laman web ini adalah diantara yang terbaik dalam senarai goggle sy. Di sini, kita hanya perlu masukkan segala perician tentang barang yg hendak dipindahkan, nama, emel serta nombor telefon. Tidak perlu beri alamat lagi. Diantara hendak percaya atau tidak, sy tawakal sahaja. Mana tidaknya, takut barang yang kite hendak bawa bersama dibawa ke tempat lain. Berikutan dengan emel yang dihantar, emel mula dihujani dengan quotation dari syarikat² Movers. Memang banyak, tinggal untuk kita buat keputusan. Mereka akan meminta kebenaran untuk melihat barang² di rumah. AWAS! Sy tidak mengatakan bahawasanya semua boleh dipercayai tetapi sekurang-kurangnya biarlah ada lelaki bersama di rumah. Bukan apa, takut juga, mungkin ini taktik mereka merompak. Kita berhati-hati.

Daripada semua quotation yang sy dapat, kebanyakkannya mengenekan caj yang tinggi bermula dari RM2500-RM3500, perkidmatan daripada membalut, mengemas, memunggah, mengangkat dan menyusun. Semua akan dilakukan oleh mereka. Caj berlebihan kerana sy mengambil lori 8 tan dimana boleh memuatkan kesemua barang yang ada (termasuk yg tambahan hihi). Tambahan pula, ini perjalanan dari Kuala lumpur ke Johor Bahru, ini harganya didalam lingkungan ini.

Syukur.

Ini mungkin dinamakan rezeki pindah JB.

Sy mendapat quotation yang paling berbaloi.

RM1800

Ya, RM1800 yang termasuk;
- lori 8 tan (jenis kontena)
- mengemas, membalut dan memunggah
- driver
- 3 orang tenaga pekerja
- peralatan dan keperluan (seperti kotak besar dan kecil, tape dll)
- perjalanan dari KL ke JB (termasuk minyak dan tol)

Jika hendak dibandingkan dengan lori yang terdahulu pernah sy ambil,

Dari Selayang ke bandar Sri Damansara menggunakan lori 3 tan, perjalanan berulang sebanyak dua kali untuk memunggah dan 3 orang tenaga pekerja = RM1400. Itu perjalanannya tidak sampai 25km tetapi disebabkan kesuntukkan masa, kami ambil apa yang ada.

Akhirnya kami memutuskan untuk mengambil,
GLOBAL INFINITY MOVERS

Senang berurusan dengan En Afiz. Beliau akan datang ke rumah untuk melihat barang² yang perlu dibungkus dan membuat meneliti apa yang perlu di bungkus dan berapa kotak yang diperlukan. Bagi sy, apa yang penting adalah, mereka mampu menjaga piano kesayangan sy itu dengan baik. Piano pemberian Bonda sejak berumur 4thn. Itu adalah objek yang paling berat dan memerlukan penjagaan serta cara angkat yang betul. Ini yang menjadi perkara utama bagi sy setiap kali hendak pindah. Sekali terhentak kuat, rosaknya beribu yang diperlukan.

Sehari sebelum mereka datang untuk membalut dan membungkus barang² yang ada. Sementara itu juga, sy akan mengemas apa yang perlu dan mengassingkan mana yang perlu dibawa dan apa yang tidak perlu dibawa. Tidak perlu dibawa kerana barang tersebut akan diberi kepada pakcik bongsu. Tidaklah kesemua barang peninggalan Arwah yang kami bawa kecuali yang diamanahkan sahaja. Dari pagi hingga ke malam mereka membuat kerja.

Ini gambar keseluruhan barang yang sudah dibalut, dibungkus dan disusun
untuk memudahkan mereka angkat ke dalam lori keesokkan harinya.

Seawal jam 10 pagi mereka tiba di perkarangan rumah. Pada awalnya sy sangkakan mereka akan membawa lori 8 tan yang biasa, bermakna yang bertutup kain kanvas. Rupanya yang datang, kontena dari Sepang.

Lihat wajah husben yang tersengih.

Lihat juga Afif Ali yang suka menolong "sibukkan diri" itu.




Lori kemudiannya bergerak ke JB pada jam lebih kurang 1 tengahari. Pada ketika ini, kawan baik sy, Nina datang ke rumah untuk berpelukan sebelum sy hijrah ke JB. Katanya sy makin jauh, entah bila dapat berjumpa lama. Sedangkan beliau yg tinggal di Saujana Utama dan sy di Damansara pun tidak ekrap berjumpa, inikan pula seorang di JB dan seorang di KL. Nina bertakungan, sy pun yang berlinangan air mata selepas melambai ke arah kereta beliau. Sayu, sedih, semuanya ada. Sahabat karib dari sekolah hingga kini, terharu apabila beliau datang ke rumah sebelum sy pindah ke JB. Allah sahaja yang tahu bagaimana perasaan sy.


Perjalanan lori mengambil masa 6 jam atau lebih. Jadi sementara lori di dalam perjalanan, sy mengambil peluang untuk rehat dan tidur sebentar. Al-maklumlah, kepenatan. Siapa kata pindah-randah itu tidak penat? Sy mengalami asthma sepanjang seminggu mengemas. Dalam jam 3 petang, kami meneruskan perjalanan ke Johor Bahru dan bercuti selama 3 hari. Eh, semuanya 3 hihi.

Lori tiba lebih awal daripada kami. Kami tiba 30minit kemudian. Syukur kerana sy mempunyai sepupu yang sudah lama dianggap sebagai abang kandung iaitu Alloy yang menunggu di rumah sana. Kunci rumah memang ditinggalkan bersama beliau, malahan beliau yang menolong sy ambil kunci dari Puan rumah.

Lihat.

Rumah baru, tiada apa yang perlu dibersihkan melainkan menyapu dan mengemop sahaja, itupun sudah dibereskan oleh pekerja Alloy dan kakak ipar. Bertuah sungguh badan! Setibanya di JB, mereka sudah pun mengagihkan barang² di dalam bilik-bilik. Barang besar seperti sofa, meja makan, katil tilam, rak buku, almari baju, semuanya telah diletakkan di tempat yang sepatutnya. Berurusan dengan mereka, sangat senang dan bertolak ansur.

Jika kalian berminat, sila hubungi;
Mohamed Afiz
Sales & Commercial Manager
016.275.1490




Kami tidak tinggal lama kerana urusan di rumah Damansara belum selesai dan banyak lagi barang yang perlu dibawa ke rumah makcik di Sg Buloh. Terdapat pinggan putih yang dibeli oleh Arwah Tokwan dan Maktok didalam kotak yang dibawa dari Selayang dahulu. Masih elok dan masih disimpan baik dalam kotak. Dahulu, orang² tua membeli pinggan² putih untuk tujuan kenduri kendara, senang dengan adanya koleksi sendiri. Sekarang, ramai diantara kita yang lebih gemar menggunakan perkihdmatan katering. Oleh yang demikian, pinggan mangkuk transparent milik Arwah, dibahagikan sama rata untuk disedekahkan kepada yang memerlukan seperti di masjid. Sedekah untuk Arwah.

Oh, pinggan bunga² dibawah adalah hadiah pemberian orang kepada ibu, 1 set ade 8 biji, pinggan bersaiz S,M dan L serta teko dan cawan. Yang ini sahaja sy ambil untuk kegunaan di sini ;)

Tindakan untuk mengambil movers ini adalah satu tindakan yang bijak, tidaklah sy kata sy seorang yang bijak mengambil movers. Bijak dari segi memudahkan kerja pindah. Moving into aa new home can be a long and complicated process. There is so much to do that it can be easy to feel overwhelmed. However, I streamline the process of moving by planning ahead, just like I did for my did day - but this time, there's not much to do!

Maaf, terasa panjang pula menulis untuk hari ini.

InsyaAllah, akan datang sy berkongsi serba sedikit tentang hiasan dalaman dan luaran ;)

Selamat hari Rabu. Hari ini sy lewat. Sy lewat, potong gaji!

p/s : Al-fatihah dan takziah untuk sahabat karib sy, Fareezan yang baru kehilangan Babah Kader :(

12 komentar:

Faizura says:
at: 20 June 2012 at 09:59 said...

Tahniah linda, seronok baca crita pindah umah ni, lagi ler plak perjalanannya dari KL ker JB, lagi ler penat, best gak dpt nengok umah awak, lain design dari yg sedia ada di ST, tahniah2, nanti sambung crita lagi, okies...

LisaLisut says:
at: 20 June 2012 at 10:03 said...

berbaloi gila 1800 utk lori 8tan drr KL ke JB. awesome!

cha says:
at: 20 June 2012 at 10:10 said...

i rasa harga dia sgt berpatutan sebab dorg tolong kemas sekali. siap wrap elok je.

♥ balkidz_hunny ♥ says:
at: 20 June 2012 at 10:13 said...

Harga movers ko same dgn harga masukkan kereta aku dlm kontena dan pos ke sarawak.
Aku paham betapa penatnya pindah rumah. Ni aku dlm proses pindah rumah sewa baru jugak ni. Penat yang amattt!

farahfatihah says:
at: 20 June 2012 at 10:43 said...

cepat sket update pasal hiasan dalaman tuh leh tak? hahahaha cepat2

cikpuanputeri says:
at: 20 June 2012 at 10:55 said...

harga berbaloi. memudahkan itu yg penting!.. Nasib baik lah put xde nak bawa barang p kl banyak. naik kereta je muat dah.hee

hazlynda kushairi says:
at: 20 June 2012 at 11:02 said...

FAIZURA:

terimas babe! ST mmg best cume tak mampu nak beli buat SP Setia hihi nanti Lynda sambung ek ;)


LISA :

berbaloi sgt! lagipun bukan lori kanvas biasa, kontena gitu. rase yakin sikit ;)

hazlynda kushairi says:
at: 20 June 2012 at 11:04 said...

CHA :

Yes babe, I rase ini paling berpatutan dan toleransi.


KIDZ :

Huh...!!! Aku tunggu feature wall ko! jangan ngelat haaa... Aku nak print tapi entah bile ;P

hazlynda kushairi says:
at: 20 June 2012 at 11:05 said...

FF :

Sabor babe. Aku pun baru bernafas sbb bos takde hihi minggu depan la pulak hihi ;P


PUT :

Welcome to Kolompo! Bestnya lahai suami kat Kolompo. Leh p shopping selalu ;)

♥ Elin ♥ says:
at: 20 June 2012 at 11:44 said...

idea yg bagus... dan harga pun sgt berpatutan dr yg lain.
at least masa kite x terbuang dgn mengemas semua tuh..blh buat kerja lain.

lgpun cara kerja meraka semua tgk ok jer.

tp apa pun nak pindah rumah nih bukan sikit/senang punya hal..

elin pernah alaminya.:)

Reen Tart Nenas says:
at: 20 June 2012 at 15:21 said...

dulu ingat cam nak amik movers jugak wpun jarak umah sewa dgn umah sendiri tu 5 minit je pasal malas hokeee nak bungkus2 brg. tp pasal mcm mengada plak rasa nak membazir2 duit nie, sudahnyer, ku angkut sendiri berdua. dah la xde sapa tolong. sedih makkk nokksss.

hazlynda kushairi says:
at: 20 June 2012 at 17:15 said...

ELIN :

Kan... Lynda belajar dari kesilapan dulu walaupun pindah dekat je. Ingat senang. Lepas dah kemas, nak munggah, mulalah cari semua benda takde! hihi


REENREEEEEMMMM :

Mak, over tau 5 minit pn nak movers! Angkat sikit² sudah hihi daripada bazir duit ke situ baik baik ai ;P

Stalking Me!

Kamsahameeda!

Spread the love

"Spread love everywhere you go: first of all in your own house. Give love to your children, to your wife or husband, to a next door neighbour... Let no one ever come to you without leaving better and happier. Be the living expression of God's kindness; kindness in your face, kindness in your eyes, kindness in your smile, kindness in your warm greeting."

by Mother Theresa

RH Pre-Wedding

RH Pre-Wedding
We enjoyed the moment! Just smile and the pictures will be awesome!

RH Engagement

RH Engagement
It was in year 2009. A small celebration between two families :)

RH Wedding

RH Wedding
Our experience working independently for the big day which fell on a very auspicious date, 1.1.11 *smile*

RH Saranghae

RH Saranghae
A story of our humble abode.

RH Travelogue

RH Travelogue
“Traveling – it leaves you speechless, then turns you into a storyteller.” – Ibn Battuta

Tabung Gajah

Inspirations

Buddies

They blog on weddings

They call me, Lunda.

The Writer

My Photo
hazlynda kushairi
Nama pendek, Lynda ;)
View my complete profile

Alhamdulillah

Alhamdulillah
Terima kasih, 4Weddingku!

RH Journey

Daisypath Anniversary tickers

February 2016

February 2016
We are featured in Impiana February 2016

June 2011

June 2011
We are featured in Pengantin June 2011

May 2011

May 2011
We are featured in Pengantin May 2011

April 2011

April 2011
We are featured in Pengantin April 2011

March 2011

March 2011
We are featured in Pengantin March 2011