Search

.

Content

Tentang blog

Ini adalah blog peribadi saya. Segala pendapat yang dinyatakan adalah idea dan rekaan saya sendiri. Jangan menganggap bahawa anda mengenali saya kerana anda membaca blog ini secara kebetulan. Diharapkan anda menghormati sy dan tidak menjadi penyiasat psiko. Semua pandangan atau pendapat yang ditulis dalam blog ini adalah peribadi dan milik sy sepenuhnya. Sy berhak mengawasi agar menghormati sensitiviti, agama dan politik.

Terima kasih,
Hazlynda Kushairi


#Chanteks

Friday, 8 June 2012

Bungkus saja!

Assalammualaikum ;)

Ho ho memang lama tak update blog.

Maaf kerana beremosi bulan lalu.

Dulu pernah berjanji hendak kemaskini blog tentang penghijrahan tapi.... Bukan sy sengaja, sebenarnya sy menunggu Bonda datang JB minggu sudah membawa sekali camera sy yang tertinggal di KL.

Syukur alhamdulillah.

Sudah sebulan sy berhijrah ke JB.

JOHOR BAHRU.

Semuanya menarik, makanan pun sedap.

Siapa kata tak best? Walaupun tiada Pavillion, MV, OU dan Curve.

Johor ada Jusco (kahhkahh) Ok ok, Johor ada JPO, Johor ada Singapore.

Nak juga buat perbandingan.

Dalam masa kurang dari sebulan, sy harus pindah masuk ke JB. Pelbagai yang sy harus fikirkan bulan April yang lalu;

1/ Notis 3 bulan. Iya, TIGA BULAN notis di UTAR.

2/ Ke Krabi pada hujung April. Flight and hotel sudah dibayar.

3/ Sehari selepas ke Krabi, terus masuk kerja di JB.

4/ Rumah sewa harus dicari dalam masa kurang dari 2 minggu.

5/ Pencarian lori sewa dan pengiraan kos pindah yang memeningkan.

Semuanya harus difikirkan. Siapa kata pindah itu mudah? Mudah kalau dengan wang yang banyak, semuanya akan diuruskan oleh orang lain. Sama seperti majlis kahwin, jika kalian punya wang jumlah yang besar, semuanya siap sekelip mata. Tapi awas, jangan omong kosong.

Selepas sahaja sy terima surat tawaran daripada syarikat ini, sy terus bungkus!

Bungkus saja apa yang ada!

Gambar dibawah merupakan semua barang yang baru 15% sahaja dibungkus. Dahulu, sy pernah bertanya pada Bonda sama ada mahu dibawa semua atau ditinggalkan dahulu dan kemudian diangkat apabila Bonda pencen dan pindah bersama sy tahun hadapan. Bonda bilang bawa saja semua, tak elok rumah dibiarkan kosong, lagipun Bonda kini tinggal di rumah Makcik untuk sementara.

Maka, kita bungkus saja!

Kotak-kotak diambil daripada syarikat abg sepupu dan ssf. Selebihnya adalah milik movers. Kotak yang sy kumpul pada awalnya termasuk jumlah yang diambil daripada mereka ada lebih kurang 30 kotak dengan pelbagai saiz. Tetapi tidak kepada buku² ensiklopedia dan buku² cerita serta majalah di rak buku. Sy ikatkan menggunakan tali rafia. Mengapa tidak dimasukkan dalam kotak? Jawabnya, koyak atau terbolos semuanya. Tidak mampu menampung berat.

Surat khabar banyak diperlukan. Apabila hendak pindah ni, barulah hati terdetik, "
Kalau tahu, dulu tak payah bagi lori surat khabar lama. tsk." Disaat kita perlukan, disaat itu stok berkurangan. Ketika ini, sy belum lagi mencari movers, kononnya hendak sewa lori sahaja, yang lain sy bungkus sendiri.

Tetapi tidak. Dibantah sama sekali.

Husben bilang lebih banyak bayar lebih untuk perkhidmatan movers kerana kita bukan hendak pindah dari Bandar Sri Damansara ke Damasara Utama, tetapi terus ke Johor Bahru. Jauh. Fikirkan keselamatan barang² kita.

Ada benarnya.

Cerita lebih lanjut mengenai movers, akan datang.

Seperti sy bilang, beberapa frame telah selamat dibalut sebelum kehadiran movers. Tidak mengapa, buat apa yang perlu dulu. Setiap kotak yang telah diseal akan dilabel, bagi memudahkan lagi apabila tiba di JB (tapi tak mudah pun, tercarik jugak!)

Hahhhh majalah yang dulu menjadi sumber inspirasi ;)
Hadiah kawen. Terima kaseh ek.
Boleh dikatakan tidak kesemua barang sy bawa ke JB seperti peti ais pemberian orang kepada arwah maktok, meja makan panjang, katil bilik bujang, kerusi rotan serta pinggan mangkuk yang dahulunya kepunyaan Arwah Maktok dan Tokwan diagihkan dan diberikan kepada anak² yang lain. Seperti yang kalian sedia maklum, sy dibesarkan dari lahir hingga ke akhir hayat arwah, kami tinggal sebumbung. Ada juga diantara barang di dalam rumah yg dibeli oleh Bonda dan sy dan yang mana kepunyaan Arwah, kami berikan kepada anak² Arwah. Tidak mahu ada yang mengungkit. Peti ais kami yg sedia ada ditinggalkan di rumah Selayang dan yang diberi orang ada bersama pakcik bongsu.

Bila pindah, banyak duit yang digunakan, tidak dinafikan. Seperti sy yang sudah menanam ayat ini di dalam kepala,

"Ala, barang naik lori besor, baik beli, nanti kat sana nak beli leceh, baik sekali jalan."

Disebabkan kata² itulah sedikit demi sedikit barang dibeli di ssf dan ikea, itu je yang mampu. Sebenarnya tanpa disedari barang² tambahan yang dibeli itulah membuatkan lori padat dan hampir tidak muat lg. Husben pelik, "Mana dapat duit beli ni semua?" Jeng!!!

Sy pecah tabung CBL.

Sekurang² nya kita nampak hasil daripada apa yang kita perolehi. Tidaklah sy kedekut cuma berjimat haha sebab setiap kali husben tanye, "Duit ada lagi tak?" Pantas menjawab "TAKDE!" Siapa suruh tanya, lainkali jangan ditanya.


Ala, tidak mengapalah, sekali sekala kite berbelanja, bukan untuk diri sendiri tetapi untuk rumah kita, walaupun ianya rumah sewa. kalau untuk rumah sendiri (insyaAllah 2014 nanti) itu kita kena kumpul duit dari sekarang kahhkahhh

Cukuplah apa yang ada buat masa ini.

Sungguhpun tinggal di rumah sewa, harus dijaga.
Dapat pula sy yang memang suka menghias tanpa konsep ;)

Selebihnya minggu hadapan ek ;)

Selamat berhujung minggu.

10 komentar:

ceklala says:
at: 8 June 2012 at 09:24 said...

pindah memang memenatkan. aku dari kecik rasenye dah lebih dari 5 negeri berpindah randah. tak suke tapi harusss!hihihi

LisaLisut says:
at: 8 June 2012 at 09:51 said...

arghhhh ini tidak bolehhh. rumah sewa u lg kemas dr rumah i camanaaaaaa.
dhla xkreatif pemalas pulak tu. rumah mcm apa je. tiap pagi keluar rumah nk g keje mst toleh ruang tamu tgk kain xlipat2.dapur xsemenggah. letih lahhhhhhhh. meh la tlg deco dan kemas rumah i haha..

cikpuanputeri says:
at: 8 June 2012 at 10:33 said...

tengok pun dah penat nak kemas barang semua tu!...hehe. kagum... *clap2* rumah cantik! teruskanlaah mendeco..heee

oshinz says:
at: 8 June 2012 at 11:07 said...

Johor ade LEGOLAND. kihkihkih.

♥ balkidz_hunny ♥ says:
at: 8 June 2012 at 14:03 said...

aku tengah busy nak pindah rumah jugak ni hoii. pening!

Fainie says:
at: 8 June 2012 at 16:03 said...

welcome to jb..jb quite moderate la..tak happening sgt, tak busan sgt..(",)

hazlynda kushairi says:
at: 8 June 2012 at 16:40 said...

LALA :
ini baru kali ke dua pindah. InsyaAllah ade rezeki, hujung tahun depan pindah lagi haha mmg tak semua barang aku keluarkan.

LISA :
u tau la, i ni kan mcm mak-mak sikit, pantang tengok benda bersepah. tapi kalau bangun pagi lewat, katil pun terbior hahaha ;P ala babe, kat KL ade la perkhidmatan org bersihkan rumah, RM50 utk bersihkan rumah, sawang kipas, basuh baju. Dulu masa i kat Dsara, ade khidmat ni.

tiramisu says:
at: 9 June 2012 at 20:28 said...

Linda, u stay sri damansara ke sblm ni? Area mane ek? Trah ngah cari umah bawah... Umah linda tu bape sewa sebulan?

Reen Tart Nenas says:
at: 10 June 2012 at 17:30 said...

tak snaggup nak kenang saat mengemas utk pindah, loading barang semua, kemas di rumah baru. memenatkan! dgn tiada siapa tolong, kononyer busy family time. whattheheckkk (luah perasaan plaksss). anyway, i really heart ur coffea table. coffea table ke tu noksss?

Adein Kushairi says:
at: 14 June 2012 at 14:26 said...

banyaknye buku linda..

banyaknye buku linda!! (skali lagi sbb kagum)

suka la tgk ruang tamu tuh.. macam eksklusif.. boleh panggil chef ismail dtg uma linda neh. masuk program siapa dirumah. huhu..=)

Stalking Me!

Kamsahameeda!

Spread the love

"Spread love everywhere you go: first of all in your own house. Give love to your children, to your wife or husband, to a next door neighbour... Let no one ever come to you without leaving better and happier. Be the living expression of God's kindness; kindness in your face, kindness in your eyes, kindness in your smile, kindness in your warm greeting."

by Mother Theresa

RH Pre-Wedding

RH Pre-Wedding
We enjoyed the moment! Just smile and the pictures will be awesome!

RH Engagement

RH Engagement
It was in year 2009. A small celebration between two families :)

RH Wedding

RH Wedding
Our experience working independently for the big day which fell on a very auspicious date, 1.1.11 *smile*

RH Saranghae

RH Saranghae
A story of our humble abode.

RH Travelogue

RH Travelogue
“Traveling – it leaves you speechless, then turns you into a storyteller.” – Ibn Battuta

Tabung Gajah

Inspirations

Buddies

They blog on weddings

They call me, Lunda.

The Writer

My Photo
hazlynda kushairi
Nama pendek, Lynda ;)
View my complete profile

Alhamdulillah

Alhamdulillah
Terima kasih, 4Weddingku!

RH Journey

Daisypath Anniversary tickers

February 2016

February 2016
We are featured in Impiana February 2016

June 2011

June 2011
We are featured in Pengantin June 2011

May 2011

May 2011
We are featured in Pengantin May 2011

April 2011

April 2011
We are featured in Pengantin April 2011

March 2011

March 2011
We are featured in Pengantin March 2011