Search

.

Content

Tentang blog

Ini adalah blog peribadi saya. Segala pendapat yang dinyatakan adalah idea dan rekaan saya sendiri. Jangan menganggap bahawa anda mengenali saya kerana anda membaca blog ini secara kebetulan. Diharapkan anda menghormati sy dan tidak menjadi penyiasat psiko. Semua pandangan atau pendapat yang ditulis dalam blog ini adalah peribadi dan milik sy sepenuhnya. Sy berhak mengawasi agar menghormati sensitiviti, agama dan politik.

Terima kasih,
Hazlynda Kushairi


#Chanteks

Thursday, 14 June 2012

Misi mencari rumah

Assalammualaikum ;)

Tentang mencari rumah, sy agak cerewet. Sangat cerewet sebenarnya. Dalam masa yang singkat, bagaimana nak cari rumah yang harganya berpatutan? Itu mustahil. Mustahil kerana jarak diantara KL dan JB itu tidak seperti Selayang dan Sungai Buloh, jauh beribu batu. Secara peribadi, setelah berpengalaman menyewa buat kali pertamanya di dalam hidup, di Damansara, sy kini lebih berhati².

Cuma bayangkan.

Rumah sewa yang sy diami selama 1.5 tahun itu adalah sebuah rumah yang sudah 20 tahun dibangunkan dan penghuninya sudah kerap kali bertukar. Bayangkanlah pula tandas dan dapur. Bila minta pemilik tukar itu ini, bermacam alasan yang diberikan.

Heran. Heran dapat pemilik begini.

Dahulu sewaktu kami mahu sewakan rumah di Selayang, kami cat semula rumah dan betulkan apa perlu, kabinet pun dikilatkan semula. Kami tahu, orang mahu tinggal selesa di rumah, biarlah harga sewa itu berbaloi dengan rumahnya. Bayangkan lagi, sewa rumah Damansara yang dahulu sewanya RM1000 kini RM1400. Bagaimana sy tahu? Sy terdengar perbualan diantara penyewa yang bakal masuk bersama agen. Telinga sy tajam.

Bayangkan, rumah lama begitu sudah naik harganya ke RM1400.

Tidak boleh dipersoalkan kerana walaupun kondisi rumah sudah berdaki, kemudahan disekelilingi yang membuatkan harga rumah naik. Keluar kawasan Bandar Sri Damansara, ke kanan LDP/MRR2 dan ke kiri NKVE. Sekolah berdekatan sahaja, jarak lebih kurang 5 lorong rumah, lintas jalan besar, sekolah di hadapan. Bank juga merata disekelilingi kawasan, RHB, MBB, CIMB dll, semuanya di dalam kawasan. Kedai makan, usahlah tanya, memang banyak dan kegemaran sy, Groupbase (haha).

Itu tentang harga sewa rumah di Damansara.

Rumah sewa di Johor Bahru, lain pula ceritanya.

Di Johor, kami harus mencari rumah sewa. Kalau hendak tunggu rumah siap, lebih baik sy pindah tahun 2014. Lamaaaa lagidan makin banyak dosa sy kerana mengingkari husben yang suruh berpindah dekat dengannya. Tidak mengapalah, sewa dahulu. Bila sudah punya rumah sendiri (InsyaAllah) kita pindah la semula. Bagi husben, asalkan sy ada bersamanya kerana tidak larat untuk menghabiskan wang dan masa untuk berulang.

Semasa mencari, sy hanyaa mencari melalui laman sesawang iproperty.com dan mudah.my. Siapa kata rumah di JB sewanya murah berbanding dengan KL? Oh, kalian silap. Sebenarnya sama sahaja, malah ada yang lebih tinggi. Al-maklumlah, sewanya untung jika disewakan kepada warga seberang dimana mereka lebih daripada mampu untuk menyewa disini.

Ya, sy mencari rumah baru bina untuk disewakan. Mengapa rumah baru? Sebenarnya harga sewa rumah baru dan lama tidah banyak beza. Lagipun dahulu, Bonda sudah berpesan, "Kalau nak sewa, lebih elok kalau dapat rumah baru" Memang benar kata Bonda, jika kita sewa rumah baru, tidak baik kerja harus dilakukan sebelum masuk, tandas pun tidak berdaki (haha) Bagi sy, tandas dan dapur paling penting, bukan dari segi keluasan tetapi kebersihan. Itu pantang sy.

Seperti yang sy katakan, rumah sewa baru dan lama tidak banyak bezanya. Kami mencari disekitar area berhampiran dengan Second Link dan lokasi biarlah sama adil, ditengah² antara office sy dengan Second Link. Sama adil. Ada rumah yang baru didiami 2-3 tahun dan sewanya di dalam lingkungan RM1400-RM2000 manakala rumah yang baru didiami RM1400-RM2500 (oh melampau hingga RM2500 - tapi itu fully furnished) Bukan kami berlagak tidak mahu tinggal di apartment buat sementara waktu, tetapi barang di rumah ini banyak, al-maklumlah, barang daripada peninggalan Arwah, yang dibeli oleh Bonda dan sy, semuanya harus dibawa ke JB.

Kami pergi ke JB bersama senarai rumah yang ingin dikunjungi sebelum membuat keputusan. Kata sahaja rumah itu 2 tahun tetapi keadaannya seperti 5 tahun tidak dibersihkan. Paling tidak berkenan apabila tandas berbau. Ahhh... mesti berbulan perlu dibersihkan. Benar, sama seperti tandas di Damansara, sebulan kami tidak menggunakan tandas yang satu itu, mujur ada tandas yang lain. Benci tau nak kena sental daki orang. Dalam masa 4 hari 3 malam itu, sambil membuat perhitungan, akhirnya kami bersetuju untuk menyewa di Setia Tropika.

Mengapa Setia Tropika?


Setia Tropika baru dinaikkan, berhampiran dengan Tol Skudai. Malah, kalau hendak balik ke KL, keluar sahaja rumah terus highway menuju ke Tol Skudai, bak kata orang putih - easy access. Apa yang lebih menggembirakan adalah rumah itu tidak perlu banyak pembersihan dan pemilik rumah sangat ramah, boleh dikatakan baik hati. Ok, you tell me, mana ada pemilik rumah yang sewakan rumah berserta langsir di setiap pintu dan tingkap? Langsir yang tebal dan buatan yang cantik. Nasibaik warnanya kena dengan perhiasan rumah. Mujur. Ada yang sebaik ini? Pemilik rumah yang kini sy diami adalah Cina, sangat baik dan ramah, dan paling kami suka, beliau boleh dibawa berunding dan bertolak ansur.

Alhamdulillah.

Sudah selamat kami kerjakan rumah ini - ditebuk, digali, ditanam, segalanya.

Walaupun ini rumah sewa tetapi kami menjaga seperti rumah sendiri, selesa untuk tinggal didalamnya. Pemilik pernah berkata, "Sy cerewet memilih penyewa tapi i tahu u boleh jaga rumah i"

Senyum. InsyaAllah.

Dan ini adalah rumah yang sama seperti kami sewa.

Gambar diambil dari iproperty.com.

Ruang tamu.

Tangga.

Ruang santai di tingkat atas.

Master bedroom.

Bilik kedua.

Bilik ketiga

Tandas di Master Bedroom.

Tandas di tingkat atas

Tandas di tingkat bawah

Balkoni belakang di tingkat atas

Balkoni tingkat atas yang disediakan ruangan mencuci baju.

Dapur (yang sempit)

Garage (yang mengambil ruang dapur)

Dari belakang rumah, kelihatan seperti kedai :P

Rumah ini diberi nama "Garage House" Bukan sy yang memberi gelaran tetapi Pihak Developer. Design rumah ini moden dan sangat sistematik dimana mereka sediakan ruang untuk meletakkan mesin basuh, tempat letak kereta di belakang yang boleh memuatkan 2 biji kereta tetapi malangnya dapur mereka kecil. Mungkin mereka berpendapat, wanita kerjaya zaman kini tidak punya masa di dapur. Alamak, kita melayu, mungkin sudah biasa dengan dapur yang luas, mudah untuk memasak. Eh, bercakap seperti surirumah sepenuh masa.

Rumah kami endlot, bukan corner lot ya. Jiran hadapan cina dan kanan + belakang, melayu. Makcik sebelah sangatlah peramah, siap offer daun kunyit dan pandan di belakang rumahnya, malu sy! Persekitaran yang sangat cantik landscape dan buatan rumah yang cantik.

Harga rumah? Setengah juta.

Mahal?

Kerana sungguhpun ini kawasan baru, kawasan ini berhampiran (sangat) dengan Kementerian Dalam Negeri, jadi kalau hendak ke JPN ke Imigresen ke, sangatlah dekat. Kawasan yang sudah dilengkapi dengan bank, prasarana dan lebuhraya EDL yang baru dibuka dua bulan lalu (sebab itu dari rumah ke tempat kerja hanya 10-15 minit) JB tidak sesak seperti KL walaupun di bandar ;)

Selanjutnya, kita sambung kemudian.

22 komentar:

lovelyadibah says:
at: 14 June 2012 at 11:56 said...

fuyooo..cantik nyer Garage house.tak pernah dgr.nie first time:)

hazlynda kushairi says:
at: 14 June 2012 at 12:00 said...

DIBA :

aku pun first time dengar bila sampai sini. haha lepas ni aku nak bagi nama la kat rumah sendiri.

ceklala says:
at: 14 June 2012 at 12:03 said...

rumah idaman..tapi bile tgk dapur kecik terus tak jadi idaman dah!hahahha...aku memerlukan dapur yg luas sbb aku suke masak!hihihi

AdaNaz87 says:
at: 14 June 2012 at 12:07 said...

style & cantiknyaaa rumah ni. dah macam rumah dekat oversea. :')

nYomeL says:
at: 14 June 2012 at 12:45 said...

cantek betul! nape laa dapur dia kecik sgt. xpuas nak masak. heheee..

hazlynda kushairi says:
at: 14 June 2012 at 12:52 said...

LALA :

Aku pun bila tengok ruang atas utk cuci baju & garage belakang, dah teruja, siap nak buat kat umah sendiri. tapi dapur kecil. pembeli kena melabur duit utk renovate rumah tu.

hazlynda kushairi says:
at: 14 June 2012 at 12:54 said...

ADANAZ :

mungkin sebab rekabentuk rumah ni kot? cuma satu tentang sp setia, landscape memang cantik.

hazlynda kushairi says:
at: 14 June 2012 at 12:55 said...

NYOMEL :

betul babe! Mak kite dtg hari tu, siap sorang je masuk dapur, takleh ramai, berlaga badan (padahal taknak masak. alasan) hihi

Reen Tart Nenas says:
at: 14 June 2012 at 13:06 said...

yg balkoni atas tu memberi idea kepada sy nak extend bahagian dapur. suka guna mcm kaca tu. a'a dapur tecikkk. kalau umah sendiri, bleh amik sket ruang porch. apa pun rumah nie dh cukup besar pun :) percayalah babe, kalau kena tinggal sensorang, mesti rs ngape la umah nie besar sgt hoiiii

hazlynda kushairi says:
at: 14 June 2012 at 13:54 said...

REEN :

kalau rumah sendiri, rasenye porch tu nak setengah. ngengade nak letak 2 kete, satu depan, satu belakang, cukup dah. tapi betul la babe, bile tinggal sorang, terasa nak duk rumah setingkat, senang nak p dapur. letih naik turun tangge ;P

fika79 says:
at: 14 June 2012 at 14:04 said...

Ko boleh jadi penjial property la wei..haha..terpesona dengan cara ko menerangkan..

hazlynda kushairi says:
at: 14 June 2012 at 14:08 said...

NAT :

Betul ke? Boleh la aku try kerja tu pulak haha atleast commision banyaak berlipat kali ganda ;P

Adein Kushairi says:
at: 14 June 2012 at 14:20 said...

wah... beshnye rumah linda.. besau gle ah, tp dapur kecik sgt la.. kalo nk masak2 mest kene buat sorg2 sbb tak cukup space. tp suke sgt design rumah tuh.. pandai linda pilih. mest skang rumah tuh da chanteque2 kan..? linda kn suke men-tatarias-kan rumah..?

anaztasias nora aira says:
at: 14 June 2012 at 15:57 said...

cantik !! suka part garaj tu. tiba2 teringat citer fast furios haha

NURUL JAMIAN says:
at: 14 June 2012 at 16:11 said...

serius cantik rumah ni. awak pindah johor rupanya

cik yaya says:
at: 14 June 2012 at 16:42 said...

cantiknye rumah ko madada.mugkin patut bawak aassim bercuti ke setia tropika untuk giginye yg ke empat

wahahahahha

Fainie says:
at: 14 June 2012 at 16:50 said...

terkezut tgk belakang rumah. Ingtkn lynda salah attach pic. huhuhu..tp ruang interior mmg cantik, cume dapur kecik..

nizabeba says:
at: 14 June 2012 at 17:08 said...

wow 1st time tgk tgk rumah sebegini, siap ade garage. suka balkoni kat atas tu..hehe.seronoknye! pasni shopping barang rumah plak. hihi.

LisaLisut says:
at: 14 June 2012 at 17:36 said...

mcm ala mat salleh siut ade garaj. rs nk pindah JB tetiba. hahah

Hawa says:
at: 14 June 2012 at 18:33 said...

salam.akak..waaa..mesti syok kan nak hias rumah..nanti
garage house style cam org puteh ahh tak silap..
anyway happy new home

♥ balkidz_hunny ♥ says:
at: 15 June 2012 at 02:42 said...

HAHA. yaya tak bleh blah. cakap je lah ko nak berjalan.

Aku tak nak tanya harga sewa sb dapat bajet kot! ;p
Tp serious, style giloss ar rumah ko. alah, tak best lah tengok gambar rumah kosong. Interior view plisss ;p

thezaila says:
at: 15 June 2012 at 12:38 said...

cantik nya rmh ko lunda.. aku pun nk bawah syakir yg bergigi 2 batang.. ahahahha.. habis la rmh ko dah jadi mcm hotel bagi #chantekss...
tp rmh ko mmg style la...

Stalking Me!

Kamsahameeda!

Spread the love

"Spread love everywhere you go: first of all in your own house. Give love to your children, to your wife or husband, to a next door neighbour... Let no one ever come to you without leaving better and happier. Be the living expression of God's kindness; kindness in your face, kindness in your eyes, kindness in your smile, kindness in your warm greeting."

by Mother Theresa

RH Pre-Wedding

RH Pre-Wedding
We enjoyed the moment! Just smile and the pictures will be awesome!

RH Engagement

RH Engagement
It was in year 2009. A small celebration between two families :)

RH Wedding

RH Wedding
Our experience working independently for the big day which fell on a very auspicious date, 1.1.11 *smile*

RH Saranghae

RH Saranghae
A story of our humble abode.

RH Travelogue

RH Travelogue
“Traveling – it leaves you speechless, then turns you into a storyteller.” – Ibn Battuta

Tabung Gajah

Inspirations

Buddies

They blog on weddings

They call me, Lunda.

The Writer

My Photo
hazlynda kushairi
Nama pendek, Lynda ;)
View my complete profile

Alhamdulillah

Alhamdulillah
Terima kasih, 4Weddingku!

RH Journey

Daisypath Anniversary tickers

February 2016

February 2016
We are featured in Impiana February 2016

June 2011

June 2011
We are featured in Pengantin June 2011

May 2011

May 2011
We are featured in Pengantin May 2011

April 2011

April 2011
We are featured in Pengantin April 2011

March 2011

March 2011
We are featured in Pengantin March 2011