Search

.

Content

Tentang blog

Ini adalah blog peribadi saya. Segala pendapat yang dinyatakan adalah idea dan rekaan saya sendiri. Jangan menganggap bahawa anda mengenali saya kerana anda membaca blog ini secara kebetulan. Diharapkan anda menghormati sy dan tidak menjadi penyiasat psiko. Semua pandangan atau pendapat yang ditulis dalam blog ini adalah peribadi dan milik sy sepenuhnya. Sy berhak mengawasi agar menghormati sensitiviti, agama dan politik.

Terima kasih,
Hazlynda Kushairi


#Chanteks

Tuesday, 26 June 2012

Ruang Tetamu

Assalammualaikum ;)

Tiba-tiba rasa macam tidak begitu sibuk di office hari ini. Mana tidaknya, mereka ada on-site visit dan sy boleh bergumbira (seketika). Mengulor le! Dalam pada kerja banyak, masih mencuri (sedikit) masa untuk kemaskini blog supaya tidak lagi terbiar seperti dahulu ;)

Hari ini tentang ruang tamu, the living hall.

Ruangan yang menyejukkan mata apabila tiba dirumah setelah penat bekerja.

Ini adalah ruangan kosong yang tampak luas. Gambar ihsan dari iproperty.com


Ingattak didalam entri sebelum ini sy ada bilang bahawasanya Puan rumah ini sangat baik hati sehingga menyediakan langsir untuk setiap tingkap yg ada kecuali dapur. Langsir yang disediakan bukan jenis murah dan nipis. Langsir berkualiti, tebal dan warnanya lembut, seperti Puan rumah tahu warna perabot di rumah yang sedia ada.

Ini langsir yang diberikan.

Cantik. Tiada corak, menepati citarasa ;)


Sy seorang yang sangat suka mengubahsuai dalaman rumah, dahulu tidak pula bercita² menjadi
interior designer tetapi sebaliknya graphic designer. Arwah Nenda cukup kenal dengan perangai sy tiap kali cuti semester. Sama seperti di rumah Selayang, sy suka mengalih perabot dan kedudukan isi di dalam rumah, khususnya ketika Arwah sedang memasak di dapur. Apabila selesai memasak, Arwah akan ke hadapan ruang tamu untuk berehat, "Eh, dah tukaq pulak?"

Itu saya. Sukahati mengubahsuai segalanya.

Sy mempunyai seorang pakcik yang sangat kemas dan segak orangnya. Beliau seorang yang sangat gemar menghias rumah dengan barang moden dan antik. Ada di dalam hiasan rumah ini iaitu peti besi ajaib yang dibelinya ketika muda di Melaka, kini di Johor. Pakcik tidak berbalah untuk mengambilnya semula. Rezeki sy ;)

Mungkin sy mengikut jejak langkahnya. Bonda seorang yang yang kemas dan tegas. Jika sampah dibuang merata, siaplah Cikgu Azimah marah. Berlainan dengan sy, sy suka mengubahsuai manakala Bonda suka mengemas. Lihat, dua minat yang berlainan hihi

Dipendekkan cerita, ini adalah ruangan tamu kami,


Kan sudah sy bilang, langsir yang diberikan sesuai dengan perabot yang ada.

Ya, pasti ada yang berkata dalam hati, "Untunglah semua lengkap!"

Adakala apabila dilahirkan dan dibesarkan sebagaikan anak tunggal kepada ibu tunggal, ada baiknya. Bukan maksud sy harta itu semuanya kepunyaan sy, tidak. Diantara yang ada di dalam rumah ini adalah kepunyaan Arwah Tokwan dan Nenda serta Bonda. Barang yang kami beli hanya hiasan, carpet, perabot lain serta peti sejuk hihi Beruntung, memang benar, beruntung dilahirkan dalam keluarga ini. Tidak perlu bertelingkah untuk mengagihkan barang dan tidak pula sy tamak untuk memiliki semua kepunyaan Arwah. Sebaliknya telah diberikan kepada makcik dan pakcik bongsu, dimana pakcik bongsu tinggal bersama di Selayang sebelum berkahwin selepas Arwah Nenda tiada. Kami akrab dan rapat. Maka, Bonda mengikut pesan Arwah Nenda, "Berikan sedikit kepada Paksu" Kami turuti. Inikan harta pusaka.Selebihnya yang dibeli oleh Bonda, dibawa ke JB.

Ada juga yang tertanya, mengapa tiada peti tv di bawah?

Sy tidak mahu meletak peti tv di ruang tetamu kerana, secara peribadi, bagi sy, peti tv ada baiknya diletakkan di ruangan atas - ruangan santai. Tetamu yang datang untuk seketika, kebanyakkannya hendak bercerita, berbual sambil menikmati jamuan yang disediakan dan dengan adanya peti tv (jika dipasang oleh tontonan) akan sedikit sebanyak mengganggu perbualan yang sedang rancak itu. Lagipun, ruangan minima, tidak punya banyak ruang untuk selesakan diri sambil menonton. Ini dari sudut pandangan sy, tolong jangan salah tafsirkan kerana ianya terpulang kepada individu itu sendiri.


Piano.

Piano yang diberi oleh Bonda ketika usia kecil. Jangan tanya samada sy hebat bermain piano. Sy hanya belajar hingga gred 7 dan kemudiannya berhenti kerana (kononnya) tinggal di asrama penuh - yang hanya kekal untuk 6 bulan sahaja hihi Sehingga sy menuntut di UiTM, kelas piano tidak lagi sy hadiri cuma beberapa lagu sahaja yang sy masih ingat bermain. Tidaklah hebat yang lain.

Ini adalah objek yang paling sy khuatir ketika hendak pindah. Mana tidaknya, untuk mengangkat piano ini memerlukan 7-8 orang lelaki (jika boleh yang sasa haha) Sedangkan husben yang kononnya kuat itu pun menggigil² ketika mengangkat dr tanah ke atas lori.

Berat, memang berat.


Dan ini pula kerusi malas kegemaran Arwah Tokwan sejak 15 tahun yang lalu, masih boleh digunakan cuma harus disyelek supaya nampak lebih klasik. Kerusi ini dahulunya diletak pada beranda rumah tetapi kali ini sy ingin meletakkannya didalam. Bg sy, bukan sahaja ia kerusi antik tetapi juga kerusi kegemaran Arwah Tokwa yang seharusnya diletak bersama dengan yang lain - didalam rumah ;)


Ini pula meja makan bulat bercorak ikan yang dibeli oleh Arwah Nenda. Mengapa sy letakkannya di bahagian ruang tamu? Mudah untuk mereka menjamu selera haha maka ruangan itu tidaklah kosong. Karpet bulat itu dibeli di IKEA sahaja sebelum kami hijrah ke JB. Comel tak?


Dahulu ketika awal pindah, sy pernah
upload gambar ini di instagram. Percaya atau tidak sy sudah lama membeli ini di SSF Damansara ketika member's promotion dengan harga RM10-RM15 setiap satu mengikut saiz. Ketika itu tidak terfikir hendak menghiasi rumah Damansara kerana sudah ada target untuk pindah ke JB hihi maka dibawa ke JB.

Pada awalnya sy hendak meletak 1 yang corak berlainan itu di hadapan rumah dan 3 yang berbentuk sama di dalam tandas. Bila diletakkan lilin beraroma, wangilah tandas nanti! Tetapi disebabkan di ruang tamu ini terdapat wayar yang terjulur keluar untuk penghawa dingin. Memandangkan kami belum punya budget lebih untuk penghawa dingin di ruang tamu kerana keutamaan diberi di dalam bilik kerana lebih 8 jam kami berada di bilik bukan di ruang tamu hihi Makan, wayar yang terjulur itu dihiasi dengan bebola² ini, supaya nampak sebagai hiasan #sukahatihazlynda

Lihatlah.



Dan ini pula tangga menyusuri tingkat atas ;)


Okay, hingga sini episod ruang tamu.

Esok lusa, entah² minggu hadapan hihi akan sy coretkan tentang ruangan lain.

Terima kasih sudi membaca!

35 komentar:

NURUL JAMIAN says:
at: 26 June 2012 at 09:30 said...

cantik hiasan bebola itu

Xora says:
at: 26 June 2012 at 09:31 said...

lynda, saya yang dah duduk hampir 2 tahun kat rumah saya pun, belum lengkap selengkap rumah kamu lagi T.T Ni dah nak raya, kena masuk gear deko rumah ni.

p.s btw, saya pun tak letak tv kat ruang tamu bawah atas sebab:ruang dan takmo mata tetamu dok tgk tv sedangkan kita sepatutnya berborak :)

♥ balkidz_hunny ♥ says:
at: 26 June 2012 at 09:41 said...

pengsanlah aku nak compare rumah dengan kau! HAHA.
Idea benda gantung2 ni husben aku nak guna kat bilik mainan isya jugak. ade wayar aircond huhu. cilok idea madada lah ;p

nurul harnani says:
at: 26 June 2012 at 09:49 said...

cantik... suke n nmpk sweet n kemas..

sy ex b2b dr slngor.. hehe

salam ukhuwah

hazlynda kushairi says:
at: 26 June 2012 at 10:03 said...

MAMA RAINA :

terima kasih pada SSF sebab jual murah hihi ;)

hazlynda kushairi says:
at: 26 June 2012 at 10:05 said...

XORA :

Ala Xora, kamu takpe sbb berlainan kisah dengan sy. Sy disebabkan sofa dr Bonda meja makan dari Arwah Nenda, itu yg nampak lengkap. Kami cume lengkapkan dengan hiasan sahaja.

Idea untuk tidak meletakkan tv di ruang tamu itu ada logiknya. menonton untuk bersantai, bukan untuk berborak sambil mata di tv hihi

hazlynda kushairi says:
at: 26 June 2012 at 10:07 said...

KIDZ :

Sila sila..... Aku pun tengah kemas kotak, nampak pulak bebola tu, padahal beli tahun lepas sebelum apply kerja lagi hihi

Cilok je idea Madada, Madada ok je demi Isya ;)

hazlynda kushairi says:
at: 26 June 2012 at 10:07 said...

NURUL HARNANI :

Assalammualaikum. Terima kasih ye sudi singgah blog ;)

Sy pun ex-b2b dari KL ;)

Jan@Afzan says:
at: 26 June 2012 at 11:17 said...

Cantik lynda menghias rumah.

ada seni. Dan rumah pun dah macam home sweet home berbanding rumah Jan. hehehe masih berkurangan beberapa item penting.

Apapun, can't wait utk deco ruang lain pula, boleh jadi panduan utk Jan.

All the best

Cikpuan rara says:
at: 26 June 2012 at 11:31 said...

wow cantik sgt semua sudut rumah.mmg pandai menghias awak ni =)

LisaLisut says:
at: 26 June 2012 at 12:22 said...

oh man best gile. i wish i bole deko selawa ini. tp skrg segala pergerakan terbatas(alasan). bestnye la kalau kreatif mcm u haha.dh mcm deko bersama eric ni. Eric, xnk buat show deko bersama eric lg ke? mmg confirm i call suruh dia tlg dtg umah tlg deko hahaha. boring plain dull rumah i skrg -_______-

Shakina Farhan says:
at: 26 June 2012 at 12:23 said...

oh..cantik..suke sgt langsir xd corak..tp yg xd corak tu la lg mahal..xsbr nk ade rumah sendiri jugak..

GincoMerahJambu says:
at: 26 June 2012 at 13:31 said...

kreatif! sangat cantik

Rilla says:
at: 26 June 2012 at 14:39 said...

Bestnya ruang tetamu itu. Saya setuju TV tidak di letak di situ.

Hazz Nieza says:
at: 26 June 2012 at 15:18 said...

kalau tgn dah berseni ni, bg laa susun apa pun mesti cantik. hehe. suka tgk ur deco. simple yet sgt nice! =)

farhana shamsuddin says:
at: 26 June 2012 at 18:59 said...

cantik!

Moose says:
at: 26 June 2012 at 20:55 said...

ok, aku book ko decorate rumah aku tahun depan. surprise surprise mak dada!

kbai

hazlynda kushairi says:
at: 27 June 2012 at 10:13 said...

Jan@Azfan,

Mekaseh ek sudi bace n tunggu deco lain hihi Lynda pun masih ade kekurangan untuk bilik sendiri tapi pelan kayuh n mungkin tunggu bile duk rumah sendiri ;)

hazlynda kushairi says:
at: 27 June 2012 at 10:13 said...

Cikpuan rara,

Terima kasih tau!

hazlynda kushairi says:
at: 27 June 2012 at 10:15 said...

LisaLisut,

Hehe tak payah Eric, KR pun boleh, percaya la pd die, die mesti boleh buat surprise deco utk u, nanti i suh die buat surprise dengan bantuan i sekali ek.

hazlynda kushairi says:
at: 27 June 2012 at 10:16 said...

Shakina Farhan,

Betul, sebenarnye yang tak bercorak tu lah lagi mahal. Bila ada rumah sendiri, rasenye duit memang macam air - bg wanita ;)

hazlynda kushairi says:
at: 27 June 2012 at 10:16 said...

GincoMerahJambu,

Thanks babe ;)

hazlynda kushairi says:
at: 27 June 2012 at 10:17 said...

Rilla,

Tv kalau letak disitu, persoalannya, nak borak ke nak tengok tv? hihi

hazlynda kushairi says:
at: 27 June 2012 at 10:18 said...

Hazz Nieza,

Ala babe, tak perlu tangan seni hihi my uncle kerja perikanan lg hehe bukan pengiklanan, tapi maybe sbb minat, itu yg seronok. Orang suka tengok, kite lagi gembira ;)

hazlynda kushairi says:
at: 27 June 2012 at 10:19 said...

farhana shamsuddin,

terima kasih babe!

hazlynda kushairi says:
at: 27 June 2012 at 10:20 said...

Moose,

Alright! No biggie. Aku nak deco bilik baby je pls haha

Jap, rumah kat KL ke Oslo? Kalau Oslo, sekarang jugak aku boleh deco kan!

Love,
Madada

kbai!

cik senah says:
at: 27 June 2012 at 10:28 said...

;) tgn berseni..buat apa pun jadi..

sejukkkk mata memandang ruang tamu & ruang makan umah Lynda..

p.s : langsir pemberian tuan rumah mmg curlassss!! sebati dan serasi dgn perabot milik Lynda.. ;) - lepaih nih nak tunjuk ruang mana..? dapoq kah..? ;)

Cik Atun Banyak Nama says:
at: 27 June 2012 at 16:45 said...

cantiknya... nampak classic gitu... ^^

dapat langsir sangat berkualiti, memang bertuah!

Kalau diikutkan, langsir sekarang mahalnya mengalahkan perabot lain. T_T

Reen Tart Nenas says:
at: 9 July 2012 at 19:53 said...

i adore ur living hall. eih mana u letak kunci2 semua?

hazlynda kushairi says:
at: 10 July 2012 at 10:36 said...

Cik Senah,

best dapat Puan rumah yang tak berkira dan percaya pada kita. Lepas ni taktau nak update apa lagi, tunggu rumah habes kemas dulu hihi

hazlynda kushairi says:
at: 10 July 2012 at 10:37 said...

Cik Atun Banyak Nama,

Nama mana yang boleh dipanggil? Hihi best betul nama haaa.... Tq babe. Betul, sekarang ni langsir memang mahal. Dulu mase nak kawen, rumah tingkat bawah konon nak buh langsir lace, mahal sgt kan, haaa belah dua buat ala rumah cottage haha langsir mahal - setuju!

hazlynda kushairi says:
at: 10 July 2012 at 10:38 said...

Reen pembakar semangat lemakku,

Tq babe. Kunci² kite tak letak bawah hihi takut org panjang tangan leh capai. kolot kan pemikiran? kunci kite buh atas dlm drawer bilik hihi

amy says:
at: 14 December 2014 at 15:52 said...

Suke idea tu....klaulah awak boleh dtg umah sya tolong deco....

amy says:
at: 14 December 2014 at 15:52 said...

Suke idea tu....klaulah awak boleh dtg umah sya tolong deco....

amy says:
at: 14 December 2014 at 15:53 said...

Datanglah umah saya tolong deco....nak tunggu eric tak mampu....

Stalking Me!

Kamsahameeda!

Spread the love

"Spread love everywhere you go: first of all in your own house. Give love to your children, to your wife or husband, to a next door neighbour... Let no one ever come to you without leaving better and happier. Be the living expression of God's kindness; kindness in your face, kindness in your eyes, kindness in your smile, kindness in your warm greeting."

by Mother Theresa

RH Pre-Wedding

RH Pre-Wedding
We enjoyed the moment! Just smile and the pictures will be awesome!

RH Engagement

RH Engagement
It was in year 2009. A small celebration between two families :)

RH Wedding

RH Wedding
Our experience working independently for the big day which fell on a very auspicious date, 1.1.11 *smile*

RH Saranghae

RH Saranghae
A story of our humble abode.

RH Travelogue

RH Travelogue
“Traveling – it leaves you speechless, then turns you into a storyteller.” – Ibn Battuta

Tabung Gajah

Inspirations

Buddies

They blog on weddings

They call me, Lunda.

The Writer

My Photo
hazlynda kushairi
Nama pendek, Lynda ;)
View my complete profile

Alhamdulillah

Alhamdulillah
Terima kasih, 4Weddingku!

RH Journey

Daisypath Anniversary tickers

February 2016

February 2016
We are featured in Impiana February 2016

June 2011

June 2011
We are featured in Pengantin June 2011

May 2011

May 2011
We are featured in Pengantin May 2011

April 2011

April 2011
We are featured in Pengantin April 2011

March 2011

March 2011
We are featured in Pengantin March 2011