Search

.

Content

Tentang blog

Ini adalah blog peribadi saya. Segala pendapat yang dinyatakan adalah idea dan rekaan saya sendiri. Jangan menganggap bahawa anda mengenali saya kerana anda membaca blog ini secara kebetulan. Diharapkan anda menghormati sy dan tidak menjadi penyiasat psiko. Semua pandangan atau pendapat yang ditulis dalam blog ini adalah peribadi dan milik sy sepenuhnya. Sy berhak mengawasi agar menghormati sensitiviti, agama dan politik.

Terima kasih,
Hazlynda Kushairi


#Chanteks

Friday, 20 July 2012

Bilik IV : Creative by LYNDA

Assalammualaikum ;)

Salam Jumaat hihi TGIF!

Seperti yang dijanjikan, entri hari ini adalah tentang bilik IV yang letaknya di bawah, simpang tiga dari ruang tetamu, ke ruang santapan atau ke bilik IV. Seperti yang kalian tahu, sejak sy berhenti kerja, bukan kerana sekadar suka akan tetapi sy tidak suka bekerja di kantor yang suka bermain permainan kotor, selebihnya biarlah sy simpan seorang. Kerja yang sangat memberikan tekanan sehingga sy sendiri membuat keputusan untuk berhenti bekerja dan setelah berbicang dengan suami, sy bercadang untuk memperluaskan lagi bisnes Creative by LYNDA. Mudah-mudahan rezeki sy ada bersama CBL.

Maafkan sy seandainya hari ini sy akan menulis lebih panjang sehingga kalian bosan untuk membaca. Hari ini sy akan bercerita serba sedikit tentang Creative by LYNDA (CBL).

Masih ingatkah kalian semua tentang entri ini;

dan

Masih ingat?

Ya, bilik yang pada mulanya hendak dijadikan setor akhirnya berjaya sy kosongkan dan menggunakan nya sebagai bilik produksi CBL. Bilik dimana segala kerja CBL akan bergiat aktif. Seperti ada yang sedia maklum dan ada yang tidak, bilik ini akan beroperasi dari jam 11 pagi hingga 4.30 petang. Waktu pagi selalunya sy mengemas rumah dan membuat apa perlu dan di waktu petang pula sy akan mula memasak dan waktu rehat sy ;)

Inilah bilik setor yang berjaya sy kosongkan.

Misi membersihkan bilik tersebut mengambil masa hampir seminggu untuk menyiapkan segala keperluan. Mengapa sy mengambil masa yang lama? Barang kegunaan CBL sahaja 5 kotak A4 dan 1 kotak sederhana besarnya. Sy perlu mencari (tidaklah susah kerana sy sudah melabelkan hihi) dan memunggahkan barang-barang tersebut. Terdapat 2 meja yang tidak digunakan yang dibawa dari rumah sana iaitu meja putih dan juga meja coklat ala jepun itu. Meja putih digunakan oleh Bonda untuk membuat kerja manakala meja coklat pula sy gunakan untuk membuat kerja CBL dahulunya. Sy lebih selesa membuat kerja dibawah kerana memudahkan barang diselerakkan dan mudah untuk dicari serta pergerakkan tidak terbatas haha Bermacam kan sy ni?

Kini bilik tersebut sudah mula beroperasi sepanjang minggu ini dan dipenuhi dengan barang-barang CBL sahaja. Esel dibawah ini, sengaja diletakkan di dalam bilik tersebut. Pada awalnya esel ini hendak digunakan di Majlis Resepsi tahun lalu, malangnya size nya yang besar (dan berat) tidak mampu sy bawa dan muatkan di dalam kereta. Akhirnya kami menggunakkan esel yang biasa. Esel ini istimewa, sy dapat daripada Aunty Tina secara percuma! Berat dan inilah esel yang sebenarnya sy cari dahulu. Kini sy hiasinya di sudut bilik bersama frame yang pernah digunakan di Majlis Resepsi kami dahulu ;)

Meja putih yang ada tidak gunakan sepanjang masa kerana sy suka bekerja di atas lantai. Sy rasa budak ad memang begini kot sebab dari zaman di UiTM lagi, memang beginilah cara sy bekerja melainkan membuat kerja disaat akhir di tepi tandas, haha, ingat tak Cencorot? Hihi memori bersama. Berbalik kepada cerita ini, di atas meja tersebut sy hanya meletakkan peralatan yang hendak digunakan seperti gunting, pisau, cutting mat, tukul, uhu, gam gajah, gam semut (eh, ada ke? ada. gam biasa sy panggil gam semut bermakna tak berapa kuat seperti gam gajah haha) sahaja di atas meja tersebut. Selebih barang CBL diletakkan pd rak berwarna pink yang dibeli dari Giant sahaja hihi

Wall of frames.

Jika ditanya, sudut mana di dalam bilik yang paling sy suka? Sy akan jawab, esel tersebut yang kedua dan dinding yang dipenuhi dengan bingkai gambar ini yang pertama. Bingkai tersebut dibeli dari IKEA, berwarna hitam yang mempunyai pelbagai saiz. Pada awalnya sy ke sana untuk mencari bingkai yang memuatkan poster Kim Hyun Joong (KHJ) pelakon korea yang kacak itu hihi Poster pemberian pelajar sy di UTAR, mereka tahu betapa sy menggilai KHJ maka di hari akhir sy di UTAR, mereka mengadakan sedikit jamuan cake dan pizza. Ini adalah diantara batch pelajar yang paling sy rapat kerana sy mengajar mereka dari semester pertama mereka di sana. Ketika mencari bingkai ini, sy mendapat idea untuk meletakkan gambar konvo kami, gambar Bonda mendapat anugerah cemerlang, gambar arwah dan gambar perkahwinan kami. Idea itu datang secara spontan.

Bercerita tentang bingkai gambar yang dibeli ada-lah lebih kurang 15 bingkai tetapi sy tidak menggunakan kesemuanya, mungkin akan digunakan bila kami pindah di rumah sendiri nanti (insyaAllah) Inilah rupa bingkai yang sy gantung sendiri, ehem, hebat tak sy memaku? Haha Maaf ek, bingkai masih kosong, gambar belum diletakkan lagi, yang ada cuma KHJ pujaan hati. Nampak tak? Iya, bingkai yang paling besar itu!

Ehem.

Akhirnya kesemua bingkai sudah ada isinya. Gambar sy dan mereka yang memberi semangat dari dulu sehinggalah ke hari ini dan mereka yang sy sayang hingga ke akhir hayat (konteks berdasarkan apa yang ada di dinding tersebut kecuali KHJ haha)


Akhir sekali, satu gambar yang menggambarkan bilik kecil sy, bilik produksi CBL, bilik kantor sy dan di bilik inilah sy bekerja buat masa ini.

Tentang Creative by LYNDA. Ada yang tahu dari instagram, twitter dan facebook. Tetapi baru hari ini sy bercerita di blog. Bukan sy tidak mahu berkongsi tetapi menunggu entri yang sesuai untuk dikongsikan hihi maafkan sy.

Creative by LYNDA kini sudah didaftarkan bersama Suruhanjaya Syarikat Malaysia. Semoga rezeki yang diperolehi itu berkat dan terus maju. Terima kasih kepada mereka yang pernah berurusan dengan CBL sebelum ini dan secara terbuka sy meminta maaf seandainya dahulu pernah pesanan tiba lambat dan mengalami pelbagai rintangan apabila bekerja sambil membuat CBL.

Akhirnya, inilah jalan yang sy pilih -

Owner of Creative by LYNDA ;)

Di atas setiap kejayaan dan rezeki yang sy peroleh, sy tahu, berkat doa Arwah Nenda sentiasa ada bersama sy. Susah senang hidup sy bersama Bonda, semuanya dilalui bersama Arwah Nenda. Beliau yang banyak memberi kata nasihat tentang hidup, perkahwinan, memasak dan sebagainya. Sy bersyukur walaupun sy tidak dapat mempelajari selebihnya setelah berkahwin. Semoga roh Arwah Nenda dan Tokwan dicucuri rahmat.

Terima kasih Maktok.

Al-fatihah.

pause

Di kesempatan ini juga, sy ingin meminta maaf seandainya sy pernah tersalah cakap atau bersikap kasar terhadap individu tertentu. Buang yang keruh, ambil yang jernih. Ikhlas dari hati sy meminta maaf.

Ramadhan sudah tiba, Syawal menjelma.

Salam Ramadhan buat kalian semua.

15 komentar:

♥ balkidz_hunny ♥ says:
at: 20 July 2012 at 10:29 said...

Seppp!
suka selerakkan barang & buat kerja kat bawah. Bukan budak ID je, budak archie & building pun same! Nak buat model. hihi.
Okeh, dah boleh tiru wall of frames kau. Sekian.

Selamat Berpuasa mek!

hazlynda kushairi says:
at: 20 July 2012 at 10:43 said...

Balkidz,

Aku lupa nak tujukan entri ni utk ko haha duk ralit menulis dan keadaan berselbung dgn selimut, aku demam. haish.

Sila sila tiru. Amek aura dr gambar tu dulu ek. Aku belum register. Janji, aku akan register nanti! kbai.

oshinz says:
at: 20 July 2012 at 10:44 said...

cantik!!! kemas sangat. semoga CBL terus maju.. =)

hazlynda kushairi says:
at: 20 July 2012 at 10:45 said...

Oshinz,

Amin amin YRA. Thanks dik!

Mrs.aisheiteru says:
at: 20 July 2012 at 10:59 said...

suka wall of frames tu. Mgg creative by Lynda la!

Adein Kushairi says:
at: 20 July 2012 at 10:59 said...

cantik ah frame kt dinding tuh.. nk tiru gak eh. huhu..=) semoga lynda maju jaya bersama CBL.

aZeeMaH says:
at: 20 July 2012 at 11:19 said...

salam lynda..akak pon harap one day akak ada bilik khas utk kerja-kerja "keras tangan" akak.hohohooh...u inspired me!

neng ana says:
at: 20 July 2012 at 11:37 said...

wahh keep up ur good work! Good luck ;)

Miss Ika says:
at: 20 July 2012 at 12:16 said...

Gud luck sis.
Proud of you. :)

.:shura shushi:. says:
at: 20 July 2012 at 13:28 said...

Wah, dah berdaftar dengan SSM..Good Luck :))

Bake With Love says:
at: 20 July 2012 at 14:46 said...

yuhuu darl,

i super adore your easel okeh. sgt classic! best wishes for CBL too!!

salam ramadhan to you & family :)

♥ dak pink says:
at: 20 July 2012 at 17:17 said...

Selamat berpuasa Linda.
=)

Fyka says:
at: 20 July 2012 at 21:03 said...

waaaa kemasss sgt blik CBL..
semoga berjaya ya kak...

Ainee Cumi says:
at: 23 July 2012 at 10:29 said...

Wahh bestnya Kak Linda ada bilik operandi sendiri. barulah mood disiplin tu datang kan Kak Linda kan? Semoga Kak LInda terus sukses dan sukses.

Selamat berpuasa Kak Linda. Btw bilik tu sangat kemas dan teratur. Suka tang frame frame tu.

MijaShidy says:
at: 30 July 2012 at 14:19 said...

salam ramadhan... blh k.ja tau tak beli kat mane bingkai gmbr cmtu atau lynda buat sdiri...?
cantek... k.ja suka semua brg2 yg di susun atur dlm rmh lynda simple n t'susun rapi

Stalking Me!

Kamsahameeda!

Spread the love

"Spread love everywhere you go: first of all in your own house. Give love to your children, to your wife or husband, to a next door neighbour... Let no one ever come to you without leaving better and happier. Be the living expression of God's kindness; kindness in your face, kindness in your eyes, kindness in your smile, kindness in your warm greeting."

by Mother Theresa

RH Pre-Wedding

RH Pre-Wedding
We enjoyed the moment! Just smile and the pictures will be awesome!

RH Engagement

RH Engagement
It was in year 2009. A small celebration between two families :)

RH Wedding

RH Wedding
Our experience working independently for the big day which fell on a very auspicious date, 1.1.11 *smile*

RH Saranghae

RH Saranghae
A story of our humble abode.

RH Travelogue

RH Travelogue
“Traveling – it leaves you speechless, then turns you into a storyteller.” – Ibn Battuta

Tabung Gajah

Inspirations

Buddies

They blog on weddings

They call me, Lunda.

The Writer

My Photo
hazlynda kushairi
Nama pendek, Lynda ;)
View my complete profile

Alhamdulillah

Alhamdulillah
Terima kasih, 4Weddingku!

RH Journey

Daisypath Anniversary tickers

February 2016

February 2016
We are featured in Impiana February 2016

June 2011

June 2011
We are featured in Pengantin June 2011

May 2011

May 2011
We are featured in Pengantin May 2011

April 2011

April 2011
We are featured in Pengantin April 2011

March 2011

March 2011
We are featured in Pengantin March 2011