Search

.

Content

Tentang blog

Ini adalah blog peribadi saya. Segala pendapat yang dinyatakan adalah idea dan rekaan saya sendiri. Jangan menganggap bahawa anda mengenali saya kerana anda membaca blog ini secara kebetulan. Diharapkan anda menghormati sy dan tidak menjadi penyiasat psiko. Semua pandangan atau pendapat yang ditulis dalam blog ini adalah peribadi dan milik sy sepenuhnya. Sy berhak mengawasi agar menghormati sensitiviti, agama dan politik.

Terima kasih,
Hazlynda Kushairi


#Chanteks

Tuesday, 17 July 2012

Ruang Garaj

Assalammualaikum ;)

Selepas entri Ruang Santapan & Dapur, entri hari ini pendek sahaja sbb tiada apa yang menarik tentang ruang garaj. Rumah Setia Tropika ini mempunya pelbagai konsep dan rumah yang kami diami ini berkonsepkan garage house.

Kalau datang atau masuk ke rumah melalui dapur. Dari pandangan belakang, adakala sy tengok macam rumah kedai haha ;) Kepada yang berminat, masa ada beberapa unit untuk dijual, harga setengah juta! *pengsan* Satu sahaja yang sy puji SP Setia, landskap dan kehijauan di kawasan perumahan sangat cantik. Rumput karpet sepanjang jalan masuk ke kawasan perumahan. Ok, itu sy jakun. Al-maklumlah, sesetengah kawasan hanya menggunakan rumput biasa.

Baiklah, ini adalah garaj kosong.
(gambar ihsan dari iproperties.com)

Garaj ini boleh memuatkan 2 buah kereta dan sebuah lagi di porch hadapan. Kami tidak mempunyai 3 buah kereta untuk diletakkan haha jadi kereta dimasukkan dalam garaj manakala motorsikal husben di hadapan bagi memudahkan beliau keluar kerja seawal jam 5.30 pagi. Nak tunggu garaj tutup semula, sempat sy buat air milo secawan hihi

Kini, garaj sy gunakan sebagai tempat simpanan barang dan masih boleh memuatkan 2 buah kereta ;)

Garaj dicuci setiap minggu, berhabuk, habuk dari orang belakang yang sedang membina istana Serius, beliau renovate lagi besar dari sedia ada - banyak betul duit mereka hihi

Ini pula garaj yang telah dibuka. Lihat, macam kedai hihi ;)

Masih ingat tak entri tentang Misi hari ini : Bersihkan bilik IV? Rumah ini tidak mempunyai stor dibawah tangga mahupun dibelakang rumah atau dimana sahaja di dalam rumah. Tidak ada stor. Oleh yang demikian, pada awalnya kami meletakkan semua barang dan kotak kosong di dalam bilik tersebut, pendek kata, "kita jadikan stor je lah!"

Sy tidak bercanda, banyak lagi barang yang belum dikemas (sebenarnya) Sy hanya sempat mengemas di bahagian utama rumah dan bilik tidur untuk memudahkan kami. Selebihnya dikemas sedikit demi sedikit dan kini, semuanya sudah selamat dikemaskan.

Lihat sahaja gambar dibawah ;)

Kesemua barang telah dikemas dan dipindahkan ke dalam bilik yang sepatutnya. Kami mempunyai 3 kamar di atas; kamar kami, kamar Bonda dan yang satu lagi kami jadikan bilik solat. Barang yang ada dibuka dan diagihkan. Sy mengambil masa 6 setengah jam untuk membersihkan bilik IV ini.

Kesemua kotak yang telah kosong, disusun dalam garaj, di satu sudut hujung (seperti gambar dibawah) Kotak yang boleh digunakan lagi disimpan, manalah tahu, akan datang kami akan berpindah ke rumah kami (insyaAllah) maka kami tidak perlu mencari kotak lagi, jimat tidak perlu beli dari movers seperti dahulu.

Kotak disusun mengikut saiz dan ada juga kotak yang masih belum dibuka, kebanyakkannya adalah barangan kaca. Rumah tidak berkabinet penuh, maka, barang yang boleh diletak hanyalah untuk dipakaiguna. Selebihnya masih di dalam kotak, dan jika diperlukan, barulah dikeluarkan. Setiap kotak mempunyai label supaya dapat memudahkan kerja mencari.

Ringkas.

Itu sahaja cerita tentang ruang garaj yang telah digunakan sebagai stor sementara dan tempat meletak kereta.

Esok, insyaAllah, sy akan kemaskini tenntang bilik IV, yang akhirnya menjadi bilik produksi untuk Creative by LYNDA.

Sudahkah kalian bersedia? Hihi

11 komentar:

cikCT says:
at: 17 July 2012 at 09:29 said...

makin lama makin pelik2 design rumah kan .hihi :)

cha says:
at: 17 July 2012 at 10:02 said...

haaa i suka style rumah camni u. haish bestnya.

♥ balkidz_hunny ♥ says:
at: 17 July 2012 at 10:36 said...

yayy! tak sabar aku nak tengok bilik CBL tue.
especially wall of frames.
Sila dedikasikan untuk aku yer. HAHA.

weh, jeles ok, byk masa update beloG!

hazlynda kushairi says:
at: 17 July 2012 at 11:12 said...

Cik CT,

Sekarang ni design umah kebanyakkannya bumbung flat hihi ala moden dan save cost pembinaan tapi harga rumah kemain lagi! Tak suke.

hazlynda kushairi says:
at: 17 July 2012 at 11:13 said...

Cha,

I tak suke hihi mentang² bukan rumah kite hihi satu je yg i tak suke sbb banyak pintu dan dapur kecil hihi wahh mcm nak jadi master chef lak ;)

hazlynda kushairi says:
at: 17 July 2012 at 11:14 said...

Balkidz,

Moga aku tak busy sangat esok hihi sbb aku nak siapkan order. InsyaAllah aku tujukan khas utk ko tapi agak malu sbb gambar tak print lagi sampai ke hari ni hihi

LisaLisut says:
at: 17 July 2012 at 11:55 said...

kalau kt KL dpt rumah ni sebijik dgn harga 300k mmg melompat I hahaha. garaj tu plg best sbb bole sumbat kereta2 yg ada(ceh mcm byk sgt je kereta i kan hahaha)sbb parking skrg 1 je yg lain semua kene letak luar guard. tskk

SP setia kan pemaju well known.harusla superb. lainla kalau Talam Holdings. eh.hahahah

Fiza Amran says:
at: 17 July 2012 at 13:57 said...

cantiknya rumah kamu................ me love..
tc

ShahidaAzlini says:
at: 17 July 2012 at 16:00 said...

cantik design rumah ni..macam dkt oversea...suke nye..kt KL xde plak design cm ni

choclairissa@intan marliana says:
at: 17 July 2012 at 18:30 said...

hahaha cm dh oversea porch style garage..selamat pun lebih slmt kan :)

bunga daisy says:
at: 18 July 2012 at 09:53 said...

nice house...i think rumah sekarang dh kena ade garaj so kete kite tak lah kene panas dan hujan...

Stalking Me!

Kamsahameeda!

Spread the love

"Spread love everywhere you go: first of all in your own house. Give love to your children, to your wife or husband, to a next door neighbour... Let no one ever come to you without leaving better and happier. Be the living expression of God's kindness; kindness in your face, kindness in your eyes, kindness in your smile, kindness in your warm greeting."

by Mother Theresa

RH Pre-Wedding

RH Pre-Wedding
We enjoyed the moment! Just smile and the pictures will be awesome!

RH Engagement

RH Engagement
It was in year 2009. A small celebration between two families :)

RH Wedding

RH Wedding
Our experience working independently for the big day which fell on a very auspicious date, 1.1.11 *smile*

RH Saranghae

RH Saranghae
A story of our humble abode.

RH Travelogue

RH Travelogue
“Traveling – it leaves you speechless, then turns you into a storyteller.” – Ibn Battuta

Tabung Gajah

Inspirations

Buddies

They blog on weddings

They call me, Lunda.

The Writer

My Photo
hazlynda kushairi
Nama pendek, Lynda ;)
View my complete profile

Alhamdulillah

Alhamdulillah
Terima kasih, 4Weddingku!

RH Journey

Daisypath Anniversary tickers

February 2016

February 2016
We are featured in Impiana February 2016

June 2011

June 2011
We are featured in Pengantin June 2011

May 2011

May 2011
We are featured in Pengantin May 2011

April 2011

April 2011
We are featured in Pengantin April 2011

March 2011

March 2011
We are featured in Pengantin March 2011