Search

.

Content

Tentang blog

Ini adalah blog peribadi saya. Segala pendapat yang dinyatakan adalah idea dan rekaan saya sendiri. Jangan menganggap bahawa anda mengenali saya kerana anda membaca blog ini secara kebetulan. Diharapkan anda menghormati sy dan tidak menjadi penyiasat psiko. Semua pandangan atau pendapat yang ditulis dalam blog ini adalah peribadi dan milik sy sepenuhnya. Sy berhak mengawasi agar menghormati sensitiviti, agama dan politik.

Terima kasih,
Hazlynda Kushairi


#Chanteks

Friday, 13 July 2012

Ruang Santapan & Dapur

Assalammualaikum ;)

Seperti yang dijanjikan hari² sebelum, hari ini sy akan kemaskini tentang ruang santapan iaitu ruang makan dan memasak - dapur. Ini adalah kisah kesinambungan daripada entri Ruang Tetamu yang terus menghala ke simpang tiga di dalam rumah iaitu, ke kanan bilik IV dan ke kiri ruang kecil yang sy jadikan ruangan santapan dan terus ke dapur basah. Ya, tiada dry kitchen disini kerana ini rumah sewa dan dapur agak sempit.

Tanpa berlengah, kita mulakan.
(Sy risau entri ini akan berjela sebab gambar ada banyak hihi)

Baiklah.

Ini adalah dapur asal yang sempit. Sempit kan?
(gambar ihsan dari iproperty.com)

Sy pun pelik. Kenapa dapur sempit? Dari pemikiran kolot sy, mungkin rumah berkonsep moden, zaman moden, orang sibuk bekerja dan jarang memasak di rumah setelah penat bekerja. Itu tanggapan kolot sy. Tapi dari sudut pandangan sisi pula, setahu sy orang melayu suka memasak, nak lak bile kenduri, tidak kiralah jika kita mengambil katering atau tidak, yang pasti dapur kita pasti berselerak juga, faham tak maksud sy? Kalau tidak, abaikan.

Melalui pengalaman sy tinggal bersama Arwak Tokwan dan Maktok, memang setiap kali kenduri, pasti ada rewang² walaupun masaknya di kawasan tanah tepi rumah. Mungkin dari sini, terbawak hingga ke hari ini, sebab itu mentaliti sy sudah ditanam, "Dapur sempit, macamana nak masak untuk kenduri?" Husben jawab, "Awak masak sorang je la, yang lain duk depan" CESH!

Ok cukup.

Dari ruang masuk melalui ruang tetamu, sila ke kiri. Hihi


Ruang Santapan.

Ruangan ini sangat kecil, sangat kecil. Bukan sy mengulangi perkataan itu tetapi sy menegaskan bahawa ruangan itu memang kecil. Di sini hanya boleh memuatkan peti sejuk, rak barangan elektrik dan meja makan utk 2 org duduk sahaja hihi ;)

Ye, peti ais sy sarat dengan magnet daari dalam dan luar negara. Ini adalah sebahagian daripada hobi Bonda yang sedikit sebanyak telah mempengaruhi sy terjebak sama dengan hobi ini. Terima kasih pada Natrah dan Balkidz yang turut menyumbang magnet dari Sarawak, Paris dan German! Sayang mereka paling banyak hihi

Di peti sejuk ini juga kami lekatkan semua jenis bil di sebelah kiri dan resepi di sebelah kanan. Harap maaf kerana bahagian resepi belum bisa ditunjukkan sbb sangat berserabut nota itu. Siap ada arrow mana naik atas untuk di masak dahulu, ok, itu sy seorang sahaja yang faham hihi. Syukur, nombor sy dan Bonda subline jadi kami berhubung tanpa batasan. Bab ini, sy suka Celcom hihi memudahkan sy untuk memasak ;)

Berkenaan meja santapan, dahulu kami mempunyai meja 6 orang makan tetapi diberikan kepada Paksu sy, kononnya nak mengurangkan barang untuk naik lori, tidak ada maknanya! Semakin padat dengan barang baru. Meja santapan ini sy beli di IKEA sahaja hihi sebab itu kalau ada yang mengikuti foursquare dan facebook, sy asyik ke IKEA 2 minggu sebelum pindah, atas alasan, "Baik beli sekarang, alang-kepalang nak naik lori, lagipun JB takde IKEA" Ok itu salah. Tanpa disedari barang tambahan ini yang memenuhi ruang didalam lori. Benar.

Inilah dia meja yang sy beli. Sebenarnya meja ini boleh ditarik kiri dan kanan untuk diextend dari 4 orang makan ke 6 orang. Sangat berbaloi.

BJURSTA
Dining table
Length: 129 cm
Min. length: 90 cm
Max. length: 168 cm

Inilah dia ruangan santapan kami. Romantik tak?

Ini pula piring hiasan yang digunakan untuk menghiasi dinding di ruang ini. Pinggan itu sy beli di Sogo, sudah lama, di sudut tepi bahagian pinggan mangkuk (entah masih ada atau tidak) Tetapi tidak dijual bersama penyangkut. Penyangkut itu boleh dibeli di One Utama, ok, sy lupa nama kedai tersebut tetapi berhadapan dengan Auntie Anne's. Maafkan sy. Bila sy ingat, sy akan kemas kini hihi. Maaf!

Piring ini sahaja yang sy paku sendiri hihi kononnya taknak harapkan husben seorang, yang sedihnya, piring paling kiri itu senget dan jarak antara piring itu - fail!

Romantik tak makan malam kami?
Ini gambar awal bulan lepas. Berlilin mengikut mood!

Ruangan Dapur

Seterusnya ruangan memasak. Ye, dapur. Sy tak pasti mengapa rumah ini banyak sangat tingkap dan pintu, Cara bukaan pintu pun salah. Sudahlah sempit, ditambah pula dengan pintu. Haish!

Ini adalah keadaan sewaktu awal berpindah. Tengok sahaja barang yang dibeli, barang yang dipunggah, semuanya tidak berkemas. Hanya menunggu hari minggu, baru dapat kemas habis bersih ;)

Ruang simpanan barang dan makanan di buka supaya tidak berbau simen. Yang membuatkan sy pening adalah ruangan tersebut tidak mempunyai para dan disimen biasa sahaja tanpa tiles. MasyaAllah! Nak ambil gambar tunjuk pun malu hihi Kesudahannya sy membeli para di Jaya Jusco, RM11.90 setiap satu dan sy membeli 3 rak dua tingkat untuk dijadikan para sebagai tempat menyusun pinggan mangkuk cawan dan gelas. Satu almari bertutup diletakkan pada hujung dapur berhampiran tingkap itu sebagai tempat menyimpan sudu garfu tupperware dan makanan.

Ini keadaan dapur yang telah dikemas bersih, pada hari itu hihi Lihat lorong laluan untuk memasak itu? Hanya boleh memuatkan 2 orang sahaja itupun, jika seorang itu debab, yang seorang itu haruslah kurus, kalau kedua-duanya berbadan besar seperti saya, berlaga bontot lah kita di situ. Eh, gelak pula! Betul, sempit, sangat sempit.

Memandangkan kabinet yang disediakan tidak mempunyai para, selepas pulang ke KL semula, sy terus ke IKEA menyenaraikan apa yang perlu dibeli. Sy hanya membeli para yang berharga RM13.90 ini sebagai para meletakkan bekas kaca milo, teh, nescafe, oats dan gula. Bekas kaca itu pula dibeli dari SSF. Tidak mahal, serious murah - RM4.90/pc yang ketika itu promosi untuk member's day promotion untuk bulan April. Kini utk bulan July, RM3.90/pc, apa lagi, pergi ke SSF Sri Damansara, jadi ahli dan rebut bekas kaca ini. Banyak lagi yang sy beli ketika member's promotion - monthly. Kalau tidak menghabiskan wang di ThePoplook, mesti habis di SSF hihi ;)

Bekas menyimpan biskut dan makan ini pula dibeli dari IKEA, sy pasti semua sudah sedia tahu tentang bekas kaca ini, jadi tidak perlulah sy bercerita dengan lanjut hihi Sy letakkan bekas menyimpan makanan ini dibawah para di atas ;)

Dibawah pula bekas kecil yang dibeli dari IKEA juga untuk mengisi garam, serbuk kari kurma, halba dan sebagainya. Bersebelahan dengan dapur pula sy letak sebuah meja yang diatasnya bakul berisi bawang dan kentang. Ah, simple sudah. Tidak perlu letak bermacam diatas meja itu, nanti makin banyak diletak, makin serabut sy hendak mengemas hihi pemalas!


Tempat penyangkut tuala ini pula dibeli dari Jaya Jusco (maafkan sy, JB banyak Jaya Jusco, maka tempat membeli belah hanya di JJ hihi) berharga RM9.90. Tidak termasuk dalam senarai beli keperluan dapur, sekadar syok sendiri, daripada tuala diletakkan merata, lebih baik kita sangkut begini, kan molek? Maaf, tuala bear, pemberian anak murid kepada Bonda hihi cute betul budak sekolah rendah ni ;)

Di dapur mesti ada jam, dan jam itu pula akan sy cepatkan. Misal kata jam sebenar pukul 10 pagi, jam di telefon bimbit dan rumah akan dicepatkan 10 min = 10.10 pagi manakala jam di dapur akan dicepatkan 15 min = 10.15 pagi. Kenapa sy cepatkan? Andaikata kita ada plan selepas memasak, sekurangnya sy boleh estimate dan dapat berehat 15 min hihi Selalunya untuk menonton rancangan di tv, sempat menunggu dan berehat sebelum cerita bermula haha!

Dan akhir sekali, ini adalah pandangan dari tingkap dapur.

Inilah garaj dibelakang rumah.

InsyaAllah selepas ini sy akan kemaskini tentang garaj ini pula ;)

Tamat sudah kisah ruang santapan dan dapur sy yang ringkas.

Selamat berlibur di hujung minggu!

12 komentar:

Mrs.aisheiteru says:
at: 13 July 2012 at 12:14 said...

oooh mmg dapur moden kecikkan. skrg ni rumah semua dapur kecik. by the way pandai lynda deco deco.

Happy deco deco!

LisaLisut says:
at: 13 July 2012 at 12:21 said...

lps ni kenduri kendara rewang kat garaj la haha

cha says:
at: 13 July 2012 at 12:31 said...

cantiknya dapur u. even kecik tp i love the deco. kreatif la. lagi2 guna barang ikea mmg such an ispiration la hee. yeya pasni lagi ada mood la nak ke dapur kan kan :D

hazlynda kushairi says:
at: 13 July 2012 at 13:43 said...

Mrs Aisheteru,

Lepas ni kalau rumah sendiri takleh dapur kecik sbb master chef ngan student nak masuk dapur bersama mmg tak muat hihi

Tapi memang lah, kebanyakkan ruma semua dapur kecik. Even bakal rumah kami (insyAllah) pn dapurnya kecik.

hazlynda kushairi says:
at: 13 July 2012 at 13:44 said...

Lisa,

Makcik sebelah pun masak kat garaj, Dia buat katering, haaaa garaj jadi dapur hihi Memang tak puas, i tell you. Gitu maca kiah-kiah borak kat dapur!

hazlynda kushairi says:
at: 13 July 2012 at 13:45 said...

Cha,

Barang IKEA je yang moden n berbaloi hihi kalau yang lg mahal, tak mampu makcik, dah lah pindah rumah gune banyak duit hihi ;P

Nak masak kari udang, semakin bersemangat la nanti hihi ahhh teringat kari udang u!

♥ balkidz_hunny ♥ says:
at: 13 July 2012 at 13:50 said...

Dapor aku pung kecik!
Sabar ajelah. Memang aku takkan upload lah hoi.

Jeles statement, ade Jusco & IKEA. kat sini? HAHA. Nak je aku pesan kau semua rak, balang kaca tue nanti poskan utk aku! Boleh?

hazlynda kushairi says:
at: 13 July 2012 at 13:56 said...

Balkidz Chanteks,

Aku rasa 10 thn akan datang, arkitek takkan design dapur, dapur dihapuskan haha semua masak kat luor rumah ;P

Noks, sini takde IKEA pun, SSF pun tak byk barang macam kat KL. Nak kirim, boleh je noks, tunggu ai balik KL hihi ;P

Cik Atun Banyak Nama says:
at: 13 July 2012 at 16:03 said...

saya pun sedang mencari almari macam sebelah peti ais Lynda tu. pernah jumpa di IKEA almari yang hampir sama waktu dengannya tapi tak muat kereta nak angkut ke Ipoh. T__T

masih mencari di kedai perabot di sini... tapi tak berjumpa. sedih. huh.

Ned says:
at: 12 January 2013 at 08:42 said...

Ok jugak idea awak ni.

Dapur kecik ni kena berkreatif sikit susunatur barang-barangnya.

Saya pun pening kepala nak adjust barang ikut ruang yang sempit tu.

JEMPUT SINGGAH BLOG SAYA

Syafinas says:
at: 29 August 2013 at 17:08 said...

boleh sy tahu rak yg letak microwate tu beli dimana ye..finas sedang cari rak yg boleh letak microwave dan oven mcm ni...

Juliza Sihatnatural says:
at: 16 January 2015 at 02:20 said...

Kretip...even katany dpur sempit...:-)


Jom lawat blog saya...

www.sihatnatural.blogspot.com

Stalking Me!

Kamsahameeda!

Spread the love

"Spread love everywhere you go: first of all in your own house. Give love to your children, to your wife or husband, to a next door neighbour... Let no one ever come to you without leaving better and happier. Be the living expression of God's kindness; kindness in your face, kindness in your eyes, kindness in your smile, kindness in your warm greeting."

by Mother Theresa

RH Pre-Wedding

RH Pre-Wedding
We enjoyed the moment! Just smile and the pictures will be awesome!

RH Engagement

RH Engagement
It was in year 2009. A small celebration between two families :)

RH Wedding

RH Wedding
Our experience working independently for the big day which fell on a very auspicious date, 1.1.11 *smile*

RH Saranghae

RH Saranghae
A story of our humble abode.

RH Travelogue

RH Travelogue
“Traveling – it leaves you speechless, then turns you into a storyteller.” – Ibn Battuta

Tabung Gajah

Inspirations

Buddies

They blog on weddings

They call me, Lunda.

The Writer

My Photo
hazlynda kushairi
Nama pendek, Lynda ;)
View my complete profile

Alhamdulillah

Alhamdulillah
Terima kasih, 4Weddingku!

RH Journey

Daisypath Anniversary tickers

February 2016

February 2016
We are featured in Impiana February 2016

June 2011

June 2011
We are featured in Pengantin June 2011

May 2011

May 2011
We are featured in Pengantin May 2011

April 2011

April 2011
We are featured in Pengantin April 2011

March 2011

March 2011
We are featured in Pengantin March 2011