Search

.

Content

Tentang blog

Ini adalah blog peribadi saya. Segala pendapat yang dinyatakan adalah idea dan rekaan saya sendiri. Jangan menganggap bahawa anda mengenali saya kerana anda membaca blog ini secara kebetulan. Diharapkan anda menghormati sy dan tidak menjadi penyiasat psiko. Semua pandangan atau pendapat yang ditulis dalam blog ini adalah peribadi dan milik sy sepenuhnya. Sy berhak mengawasi agar menghormati sensitiviti, agama dan politik.

Terima kasih,
Hazlynda Kushairi


#Chanteks

Monday, 6 August 2012

Dato, tidak mengapa

Assalammualaikum ;)

Maaflah ye, sudahlah lama tidak kemaskini blog dan hari ini pula sy tidak mahu bercerita tentang rumah haha Nanti orang bosan, "Alaaa blog hazlynda asyik cerita rumah sewa dia je!"

Cut.

Kita bercerita tentang hal lain pula.

Olympics 2012.

Secara jujurnya, selama 9-10 hari Olympics 2012 di London, sy hanya menonton acara gymnastic dan badminton sahaja. Entah. Memang dr dulu zama Adun lagi, bila badminton je, semua ahli keluarga menonton siap bersorak. Bagi sy, mungkin itu sahaja permainan yang sy tahu peraturannya haha

Kelmarin dan semalam.

Sy agak lewat tiba di rumah selepas berbuka di luar pada hari Ahad lalu sedangkan waktu dan ketika itu semua rakyat Malaysia sudah duduk mengadap kotak bercahaya. Setibanya di rumah, tanpa menukar pakaian, kami menonton bersama sorakan. Entah, kenapa nak kena sorak? Bukannya kita di London pun. Mungkin dari hati ke hati, Dato Lee Chong Wei tahu rakyat Malaysia berada di belakang beliau. Sy pula, setiap kali bola di Dato, tetiba membaca al-fatihah dan doa agar kemenangan berpihak pada kita.

Ya, kita tidak menang emas.

Sy sedih tapi bukan kerana tidak memperoleh pingat emas, nasi kandar atau baskin robbins. Hati sy sayu melihat Dato melutut dan muram sepanjang upacara penyampaian hadiah. Bertambah sedih kerana itu merupakan perlawanan terakhirnya di Olympics di mana beliau akan bersara selepas bermain di Sukan Commonwealth akan datang. Sedih.

Mungkinkah sukan badminton kita akan bersinar seperti sekarang?

Kita mungkin tidak akan ada pengganti seperti Dato tetapi mungkin ada dikalangan rakyat Malaysia yang suatu hari nanti pasti akan bersinar seperti beliau.

Mungkin hati sy sensetif. Memang. Setiap kali melihat orang menangis, sy turut serta.

Seperti biasa, timeline di twitter dan facebook rancak dan laju, kesemuannya bercerita tentang permainan ini. Tidak kurangnya sy.

Bayangkanlah, sepanjang kelmarin dan semalam, sy masih bersedih. Kasihan melihat Wira Malaysia yang bertungkus lumus berusaha sehingga dia pernah melepaskan gelaran juara akibat kecederaan di tangan pada perlawanan lalu. Free-free je Lin Dan menang waktu tu. Beliau berbuat begitu, untuk lebih bersedia di Olympics 2012.

Kasihan.

Hingga ke hari ini, sy sudah tidak mahu bercakap mengenainya lagi. Dato pun mungkin sudah tiba di Malaysia.

Inilah ratapan sy di twitter;


Ini pula ratapan sy di facebook;


Ini pula ratapan sy di instagram;


Tapi dari semua yang ada, sy paling suka iklan dari Nando's ini;

Well said!

Beliau, Dato Lee Chong Wei. Kebanggaan kita semua, rakyat Malaysia ;)

4 komentar:

lovelyadibah says:
at: 7 August 2012 at 11:28 said...

ah!aku menangis.Dato thanks for uniting us with your silver medal.

cha says:
at: 7 August 2012 at 13:08 said...

i tak tgk live sbb masa tu buka kt luar tp i scroll twitter je. sebak gakla masa tengok gambar dia sume. paling benci bila org campur politik dgn sukan. blerghhh

balkidz_hunny says:
at: 7 August 2012 at 14:26 said...

benci kan pasal politik & sukan tue?
ok, aku bace tweet kau semua bersedih. takpe, kita tetap berbangga ada rakyat malaysia seperti dia.

Lara is Veelara says:
at: 7 August 2012 at 17:39 said...

sedih...tp xpe.bangga ngn DLCW...y cmpurkan politik dan badminton tu,ahh,xmo amik taw la..hehehe

bangga ngn DLCW

Stalking Me!

Kamsahameeda!

Spread the love

"Spread love everywhere you go: first of all in your own house. Give love to your children, to your wife or husband, to a next door neighbour... Let no one ever come to you without leaving better and happier. Be the living expression of God's kindness; kindness in your face, kindness in your eyes, kindness in your smile, kindness in your warm greeting."

by Mother Theresa

RH Pre-Wedding

RH Pre-Wedding
We enjoyed the moment! Just smile and the pictures will be awesome!

RH Engagement

RH Engagement
It was in year 2009. A small celebration between two families :)

RH Wedding

RH Wedding
Our experience working independently for the big day which fell on a very auspicious date, 1.1.11 *smile*

RH Saranghae

RH Saranghae
A story of our humble abode.

RH Travelogue

RH Travelogue
“Traveling – it leaves you speechless, then turns you into a storyteller.” – Ibn Battuta

Tabung Gajah

Inspirations

Buddies

They blog on weddings

They call me, Lunda.

The Writer

My Photo
hazlynda kushairi
Nama pendek, Lynda ;)
View my complete profile

Alhamdulillah

Alhamdulillah
Terima kasih, 4Weddingku!

RH Journey

Daisypath Anniversary tickers

February 2016

February 2016
We are featured in Impiana February 2016

June 2011

June 2011
We are featured in Pengantin June 2011

May 2011

May 2011
We are featured in Pengantin May 2011

April 2011

April 2011
We are featured in Pengantin April 2011

March 2011

March 2011
We are featured in Pengantin March 2011