Search

.

Content

Tentang blog

Ini adalah blog peribadi saya. Segala pendapat yang dinyatakan adalah idea dan rekaan saya sendiri. Jangan menganggap bahawa anda mengenali saya kerana anda membaca blog ini secara kebetulan. Diharapkan anda menghormati sy dan tidak menjadi penyiasat psiko. Semua pandangan atau pendapat yang ditulis dalam blog ini adalah peribadi dan milik sy sepenuhnya. Sy berhak mengawasi agar menghormati sensitiviti, agama dan politik.

Terima kasih,
Hazlynda Kushairi


#Chanteks

Friday, 5 October 2012

MashaAllah... 2 bulan dah!

Assalammualaikum ;)

MashaAllah lamanya sy tidak kemaskini blog yang kononnya berwajah baru tetapi isinya nan-ado! Teruknya sy ni. Dahulu masa duduk di rumah selama 1.5 bulan, setiap minggu pasti ada sahaja yang ingin sy ceritakan. Sekejapnya masa berlalu. Sekelip mata!

Terlalu banyak yang hendak sy ceritakan tetapi terlalu singkat masa yang ada. Al-maklumlah, sekarang sudah berkerjaya! HAHA Dahulu duduk di rumah, hidup ala-ala surirumah berjaya, kini tidak lagi ;)

Sedutan beberapa perkara yang ingin sy kongsikan adalah;

1. Balik kampung KL untuk Aidilfitri yang lalu. Selamat Hari Raya! Maaf Zahir dan Batin ek. Tengok, tak sempat pun nak buat entri Syawal. Hurmmmm.... Syawal kedua tanpa Arwah Nenda. Aidilfitri kali ini, kami merantau dari Johor Bahru - KL - Setiawan - Selama - Taiping - KL - Gemas - Melaka - Johor Bahru. Paling tidak, semasa semua sudah berada di kampung atau jalan yang bertentangan ke KL sesak, manakala perjalanan kami pulang ke KL lancar, alhamdulillah. Ingin bercerita lebih lanjut, mungkin bila ada masa, itupun cerita sudah basi kan? Aigoo!


2. Kini sy sudah sebulan bekerja sebagai seorang pendidik di R.E.A.L International School Cahaya Campus, Johor Bahru. Sy mengajar tahap rendah dan menengah bagi subjek Seni (sudah pasti), ICT dan Lego. Iya, LEGO! Subjek Lego menjadi subjek kegemaran sy buat masa ini, seni jatuh tangga kedua. Maafkan sy, Seni :( Kalau hendak dibandingkan pengalaman sy di UTAR dan disini, memang.... bagai langit dan bumi. susah hendak diungkapkan tetapi pendam di dalam hati. Sy masih bertahan kerana minat dan inilah yang sy mahukan.

 
 
 
 
 
 
3. Dalam masa yang sama, sy sibuk dengan Creative by LYNDA. Maafkan sy seandainya ada yang lambat sy kirimkan emel dan tidak menjawab pertanyaan dalam masa yang singkat. Sudah hampir dua bulan sy tidak mengemaskini emel yang masuk. InsyaAllah sy akan balas semua emel pada esok hari - ini pasti! Al-maklumlah baru masuk sekolah, terlalu banyak beban kerja yang harus dilaksanakan. Malahan, kini sy sedang sibuk bersiap sedia untuk dekorasi Halloween Celerabtion RISC.
 

 
 
 
 4. Sudah tentu ramai yang telah mengjungi Legoland Malaysia (LLM). Warga menumpang seperti sy sudah pasti LLM akan menjadi taman permainan di hujung minggu kami. Sesungguhnya, sy tidak tahu kemana dan dimana tempat menarik untuk kami berdua kunjungi selain menonton wayang di hujung minggu atau ke seberang tambak untuk menghabiskan wang. Kini, sy rasa sy "layak" menjadi Duta Legoland Malaysia kerana sudah beberapa kali sy kunjungi. Sekurang-kurangnya ada juga tempat untuk kami hiburkan hati di JB ini ;) Nanti sy kemaskini lebih lanjut ek?

 
 
 
 
 
 
 5. Alhamdulillah rumah yang kami impikan hampir siap. Tidaklah hampir tetapi 50% sudah ada bentuk rupa rumah tersebut HAHA Serius, sy tidak sabar untuk menghias rumah sendiri. Oh ya, tidak dilupa, laman kecil kami di rumah ini sudah dipenuhi hijau-hijauan. Banyak yang ditanam dalam pasu supaya memudahkan proses perpindahan ke rumah kami nanti. InsyaAllah mengikut jangkaan, 2014 akan siap. InsyaAllah bila ada masa nanti, sy akan bercerita tentang Viscaria ini ;)


Setelah hampir dua bulan tidak kemaskini dan bersikap pasif - mendiamkan diri, tidak bersosial di mana-mana laman sosial kecuali di instagram HEHE Kini sy sudah jatuh sakit, sejak hari Rabu yang lalu. Demam dan suara hilang buat seketika. Ubat yang diberikan oleh doktor seperti stok untuk setahun. 

Tetapi..... Adakala bila dapat cuti rehat seperti ini, seronok ek? HAHAHA! 


Apa yang pasti.....



Selamat berlibur di hujung minggu kawan²!


10 komentar:

ceklala says:
at: 8 October 2012 at 09:23 said...

tak sabar nak tunggu rumah baru ko siap pastu bleh aku datang lelepaks pastu kite pi jenjalan seberang!wiiiiiiiii

Nora Karim says:
at: 24 October 2012 at 00:38 said...

wah... bestnya ngajar LEGO.. hehe memang tak sabar nak deco rumah sendiri bila siapkan?!

izfanora says:
at: 31 October 2012 at 11:03 said...

rumah ke hotel tue? superb !

selalu jengah legoland? brp kosnyer yer?

singgah sini 1st time..

Reen Tart Nenas says:
at: 7 November 2012 at 20:48 said...

hai Jah!

LisaLisut says:
at: 14 November 2012 at 11:28 said...

if i dtg jb/ke seberang bole lah tumpang mnginap rumah u? hihi save budget:P

hazlynda kushairi says:
at: 15 November 2012 at 09:33 said...

CEKLALA,

Rumah baru insyaAllah siap hujung tahun depan tapi dah dekat nak ke Tuas Second Link. Jomsss!!

hazlynda kushairi says:
at: 15 November 2012 at 09:34 said...

NORA KARIM,

Ye babe, kalau rumah sendiri kita boleh cat, paku, drill memana kita nak hehe Kalau sewa, agak terhad ;)

hazlynda kushairi says:
at: 15 November 2012 at 09:36 said...

IZFANORA,

Terima kasih kerna masih sudi singgah blog yang sudah usang ni. Legoland tiket lebih kurang harga seperti USS. RM150 utk dewa per entry. Untuk annual pass RM275. Sekarang JB makin maju dengan projek Iskandar, Hello Kitty Theme Park pun sudah dibuka ;)

hazlynda kushairi says:
at: 15 November 2012 at 09:36 said...

REEN,

Hi Pah! Rindu la tu!

hazlynda kushairi says:
at: 15 November 2012 at 09:37 said...

LISA,
Sila sila... Tapi make sure time tu I cuti sekolah dan ada di JB hehe ;P

Stalking Me!

Kamsahameeda!

Spread the love

"Spread love everywhere you go: first of all in your own house. Give love to your children, to your wife or husband, to a next door neighbour... Let no one ever come to you without leaving better and happier. Be the living expression of God's kindness; kindness in your face, kindness in your eyes, kindness in your smile, kindness in your warm greeting."

by Mother Theresa

RH Pre-Wedding

RH Pre-Wedding
We enjoyed the moment! Just smile and the pictures will be awesome!

RH Engagement

RH Engagement
It was in year 2009. A small celebration between two families :)

RH Wedding

RH Wedding
Our experience working independently for the big day which fell on a very auspicious date, 1.1.11 *smile*

RH Saranghae

RH Saranghae
A story of our humble abode.

RH Travelogue

RH Travelogue
“Traveling – it leaves you speechless, then turns you into a storyteller.” – Ibn Battuta

Tabung Gajah

Inspirations

Buddies

They blog on weddings

They call me, Lunda.

The Writer

My Photo
hazlynda kushairi
Nama pendek, Lynda ;)
View my complete profile

Alhamdulillah

Alhamdulillah
Terima kasih, 4Weddingku!

RH Journey

Daisypath Anniversary tickers

February 2016

February 2016
We are featured in Impiana February 2016

June 2011

June 2011
We are featured in Pengantin June 2011

May 2011

May 2011
We are featured in Pengantin May 2011

April 2011

April 2011
We are featured in Pengantin April 2011

March 2011

March 2011
We are featured in Pengantin March 2011