Search

.

Content

Tentang blog

Ini adalah blog peribadi saya. Segala pendapat yang dinyatakan adalah idea dan rekaan saya sendiri. Jangan menganggap bahawa anda mengenali saya kerana anda membaca blog ini secara kebetulan. Diharapkan anda menghormati sy dan tidak menjadi penyiasat psiko. Semua pandangan atau pendapat yang ditulis dalam blog ini adalah peribadi dan milik sy sepenuhnya. Sy berhak mengawasi agar menghormati sensitiviti, agama dan politik.

Terima kasih,
Hazlynda Kushairi


#Chanteks

Tuesday, 27 November 2012

7 bulan di Selatan ^_^


Assalammualaikum ;)

Lamanya tak menulis dalam blog usang ni. Kadang kala nak menulis tapi masa itu kejam, tiada masa untuk menulis dan terus memberi sumber inspirasi kepada yang bakal berkahwin. Masa yang ada kini di sekolah, di rumah memasak, di rumah menonton drama korea sambil membuat kerja CBL atau keluar bersama husben. Masa yang panjang di rumah untuk mengadap laptop dan kemaskini facebook, blog, twitter, instagram dan printerest sudah tiada lagi. 

Tiada lagi waktu berkualiti.

Waktu berkualiti untuk diri sendiri.

Dulu bila nak pindah JB, bermacam perkara yang harus difikirkan. Husben tidak mahu mengorbankan kerja dan gajinya di Kota Singa 3-0 dan sy juga berkeras untuk terus bekerja dan tinggal di Kota Sibuk 0-3.

Ya, sy tidak mahu mengorbankan waktu fleksibel di UTAR dan gaji yang dapat menampung kehidupan kami selama setahun lebih itu.

Sy rindu Kota Sibuk walaupun kita sudah kalah di tangan Kota Singa ;)

Johor Bahru.

Apa yang hebat sangat di Johor Bahru kalau hendak dibandingkan dengan Kuala Lumpur?

Sewaktu sy mengambil keputusan untuk pindah dan berkorbankan perasaan, keluarga, sahabat baik dan sahabat handai serta kerja di KL, satu sahaja yang bermain di fikiran sy, "JB ada apa?"

Bukan bererti sy riak dan merendahkan JB. Keadaan sekeliling yang memaksa. eh, pandai la pulak nak salahkan keadaan sekeliling! Memang benar. Jika kalian dilahirkan dan dibesarkan di KL, kalian pasti tahu apa yang sy lalui. Seandainya tetiba kalian diarahkan berpindah mengikut suami di Pasir Mas, Kelantan, apa akan terjadi?

Sudah, tutup mulut. Jangan nganga terlalu luas.

Hidup di negeri orang tidak sama seperti hidup bersama keluarga yang hampir 30 tahun bersama. Agak sukar bagi sy. Cubalah kalian bayangkan, disini sy hanya punyai abg sepupu sekeluarga dan husben. Kawan-kawan yang sekepala seperti di KL memang sama sekali tidak serupa atau sama. Iya, manusia berbeza maka jangan disamakan.

Hari ni, sudah hampir 7 bulan sy berpindah ke Johor Bahru.

Johor Bahru yang semakin membangun pesat!
(Eh, ini bukan ayat sedapkan hati tapi kenyataan)

JB yang dulu sy bayangkan bosan kini bertambah maju. Sungguh. Ini fakta dari sy. Dahulu, apa yang sudah sy khabarkan pada husben; "Kita tengok movie di JB" "Kita jalan-jalan ke seberang" 

Sungguh.

Tapi itu dulu.

Sekarang lain.

Johor Bahru sudah ada Legoland Malaysia (LLM). Ahhh... yang ini pasti ramai yang meluat dan menyampah kerana setiap bulan pasti ke sana, dan sudah memenuhi gambar di facebook dan instagram sy. Kami mengambil pas tahunan dan ini sahaja cara untuk kami menghabiskan waktu bersama. Biar apa yang kita beli itu berbaloi, maka kami harus mengunjungi LLM sebanyak sepuluh kali - baru berbaloi!

Selain itu JB ada Hello Kitty Town. Oh maaf, sudah hampir sebulan HKT dibuka tapi kami tidak tertarik dan minat dengan Hello Kitty mahupun warna merah jambu. Tidak dapat sy ulaskan dengan lanjut tapi In Shaa Allah, satu hari nanti kami akan pergi (tapi entah bila) sekadar melihat dan menjenguk HKT.

Jusco? Ok, yang ini tidak perlu dipertikaikan. JB memang kaya dengan Jusco tetapi Jusco di sini lebih bagus daripada di KL hehe semuanya ada tetapi hingga kini sy tidak pernah lihat TGIF mahupun Chillis. Redha.

Sy rasa masih awal dan terlalu banyak lagi tempat yang perlu sy terokai selain daripada JB ini. Johor kan besar, bak kata seorang rakan. Sy harus mula terokai keindahan pantai yang ada sungguhpun kami berdua lebih gemar berjalan daripada mengadap pantai HAHA

Takpe, sabar ek Hazlynda. In Shaa Allah, sy pasti temui keindahan Kota Johor Bahru ini.

Ini baru permulaannya.

Ada lebih banyak lagi yang harus sy terokai.

In Shaa Allah.

20 komentar:

Dilakochan says:
at: 27 November 2012 at 09:45 said...

Klw pergi JB, tempat yg saya MESTI jejak tepian tebrau pekena Murtabak singapore!

Dan dinner, lepak di stulang menjamu nasi goreng seafood!

Ahh JB syurgaaa makanan! hahha! :)

june says:
at: 27 November 2012 at 09:50 said...

lynda, TGIF ada dkt area HSA, padang gelam. Wisma JOTIC.
alorhhh xreti makcik nk ckp.kahkah!!
tp area ctu la. tp nk cr chillis xdo la.kikikiki

LisaLisut says:
at: 27 November 2012 at 10:40 said...

maafla ye. tak tahu celah mana comelnya hello kitty. i hope my baby xsuka HK dan i tak akan ajar dia utk suka HK. pink xpe lg hahahah. i xpernah smpai JB lg.batu pahat tu dh kire plg jauh i ke selatan. hopeeeefully one day i smpai la JB yg besaq itu(dr skolah menengah kwn i suka up2 psl JB dia best so i harus jejak kaki hahah)

cik kumbang merah says:
at: 27 November 2012 at 11:19 said...

Salam linda,

Walaupun saya anak jati JB,tp saya hidup di KL selama lebih kurang 10 tahun (belajar & bekerja). Bila saya balik JB, sgt2 terasa JB kekurangan tempat2 menarik selain drpd shopping malls..sad but true..

p/s: TGIF ada di JOTIC sebelah Dewan Jubli Intan n Bangunan Tabung Haji

farahfatihah says:
at: 27 November 2012 at 12:02 said...

duk lama2 baru jatuh chenta ngan johor heheheheh

Haliza Haron says:
at: 27 November 2012 at 12:06 said...

TGIF ade kat wisma jotic kat area bandar dekat ngan mahkamah JB.

oshinz says:
at: 28 November 2012 at 09:04 said...

pergi la pulau kat sebelah laut china selatan tu sis. hehe.

ziela amjis says:
at: 28 November 2012 at 11:03 said...

kak lynda TGIF ada dekat area kedutaan indonesia di jb..dekat bangunan jotic.tempatnya tersorok tak nampak dr tepi jalan besar..:)chilli's belum ada lg.hehe

Anis_Apis says:
at: 28 November 2012 at 14:52 said...

Danga bay tak pergi ke? hihi... Kak Lynda shud enjoy seafood... :P

hazlynda kushairi says:
at: 28 November 2012 at 20:58 said...

Dilakochan,

Tepian Tebrau? Dekat mane? Ok sorry, still blur lagi jalan area Tebrau :(

Alaaaaa stulang mmg selalu pergi utk mkn seafood. Memang sedap n berbaloi ek.

Eh, Penang la syurga makanan! HAHAHA



hazlynda kushairi says:
at: 28 November 2012 at 20:59 said...

June,

Thanks babe! Nanti Lynda cari. Ramai komen cakap TGIF ada kat sana.

Chilis, nanti Lynda suggestkan kat dorang hehe ;P

hazlynda kushairi says:
at: 28 November 2012 at 21:05 said...

LisaLisut,

Hoi, baby tak suke HK? Kalau hannah tak suka Hello Kitty (HK) takpe tapi dia WAJIB suka Hazlynda Kushairi (HK) HAHAHA ;)

Hahhhh JB yang besaq, besaq la jugak tapi taktau nak kemana. Balik-balik City Square, balik-balik City Square!

hazlynda kushairi says:
at: 28 November 2012 at 21:07 said...

cik kumbang merah,

Waalaikumsalam CKM. Sad but true tapi no worries, sy rasa JB makin membangun, peluang kerja pun semakin banyak sejak ada Iskandar Malaysia ;)

Marilah balik JB hehe ;P

Ahaaaa nanti sy cari TGIF ek. Ramai yang komen kata di Jotic. Sy tak pernah sampai sane hehe ;)

hazlynda kushairi says:
at: 28 November 2012 at 21:08 said...

farahfatihah,

Aku rasa memang akan duduk lama sebab tu Rajemi beli rumah kat sini. Berapa lama aku tak pasti. Aku rasa kene jelajah 1 JOHOR bukan JB ek.

hazlynda kushairi says:
at: 28 November 2012 at 21:09 said...

Haliza Haron,

Thanks babe. Ramai yang komen bagitahu di sana. In Shaa Allah, nanti Lynda cari ek.

Thank you for the info!

hazlynda kushairi says:
at: 28 November 2012 at 21:09 said...

Oshinz,

Ahaaaa itulah. baru dalam perancangan bajet 2013 hehe Tapi taktau mana nak mula ;)

hazlynda kushairi says:
at: 28 November 2012 at 21:10 said...

ziela amjis,

Thanks dik. In Shaa Allah nanti akak cari kat sana. ramai yang bagitahu kat Jotic-Jotic. Jotic pun taktau mana HAHAHA ;)

hazlynda kushairi says:
at: 28 November 2012 at 21:11 said...

Anis_Apis,

Danga bay pergi tapi bila family dtg hehe kalau berdua tak pergi hehe Sudah, sudah cuba seafood kat Stulang tapi dorang kata ada yang sedap kat masai tepi laut hehe tak pernah pergi lagi sbb taktau mana ;)

Wawa Tasliman says:
at: 30 November 2012 at 19:02 said...

Best lah jb..kalau boring2 boleh g sinapore.. Rasa kl yg boring.. Jom linda kita swap.. :)

iedaurora says:
at: 4 December 2012 at 16:40 said...

Mase memule berhijrah JB mmg boring, tapi bile dah stay JB lelame jatuh cinta suda, jusco & angsana mmg tempat fav shoping ^_^

Stalking Me!

Kamsahameeda!

Spread the love

"Spread love everywhere you go: first of all in your own house. Give love to your children, to your wife or husband, to a next door neighbour... Let no one ever come to you without leaving better and happier. Be the living expression of God's kindness; kindness in your face, kindness in your eyes, kindness in your smile, kindness in your warm greeting."

by Mother Theresa

RH Pre-Wedding

RH Pre-Wedding
We enjoyed the moment! Just smile and the pictures will be awesome!

RH Engagement

RH Engagement
It was in year 2009. A small celebration between two families :)

RH Wedding

RH Wedding
Our experience working independently for the big day which fell on a very auspicious date, 1.1.11 *smile*

RH Saranghae

RH Saranghae
A story of our humble abode.

RH Travelogue

RH Travelogue
“Traveling – it leaves you speechless, then turns you into a storyteller.” – Ibn Battuta

Tabung Gajah

Inspirations

Buddies

They blog on weddings

They call me, Lunda.

The Writer

My Photo
hazlynda kushairi
Nama pendek, Lynda ;)
View my complete profile

Alhamdulillah

Alhamdulillah
Terima kasih, 4Weddingku!

RH Journey

Daisypath Anniversary tickers

February 2016

February 2016
We are featured in Impiana February 2016

June 2011

June 2011
We are featured in Pengantin June 2011

May 2011

May 2011
We are featured in Pengantin May 2011

April 2011

April 2011
We are featured in Pengantin April 2011

March 2011

March 2011
We are featured in Pengantin March 2011