Search

.

Content

Tentang blog

Ini adalah blog peribadi saya. Segala pendapat yang dinyatakan adalah idea dan rekaan saya sendiri. Jangan menganggap bahawa anda mengenali saya kerana anda membaca blog ini secara kebetulan. Diharapkan anda menghormati sy dan tidak menjadi penyiasat psiko. Semua pandangan atau pendapat yang ditulis dalam blog ini adalah peribadi dan milik sy sepenuhnya. Sy berhak mengawasi agar menghormati sensitiviti, agama dan politik.

Terima kasih,
Hazlynda Kushairi


#Chanteks

Monday, 14 January 2013

In Shaa Allah, ini Syurga kami ;)



Assalammualaikum ;)

Subhanallah. Lamanya tak tulis karangan!

Rindu.

Sungguh, rindu untuk menulis semula seperti dulu - tahun 2010.

In Shaa Allah, tahun ini sy akan cuba sedaya upaya untuk menulis lebih. Dahulu selepas kahwin, tidak tahu hendak menulis tentang apa. Hendak tulis mengenai anak, masih belum ada rezeki. Hendak tulis mengenai rumah sewa, setengah jalan sahaja, selebihnya lebur entah ke mana. Hendak menulis mengenai rumah baru, baru kini ada kekuatan untuk menulis haha

Rumah kami, Syurga kami.

Alalalalalala skemanya ayat!

Sekarang,
Our Crib - Setia Tropika

Akan datang,
Our Cave - Pulai Indah.
(konon nampak lebih moden! KONON!)

Rumah ini dibeli pada awal tahun 2012 dan kami sendiri tidak menyangka bahawa ia bakal menjadi kediaman tetap kami di Johor Bahru.

Sekali lagi - KENAPA DI JOHOR BAHRU?

Siapa sangka, dahulunya hati tidak mahu terpisah dengan Kuala Lumpur - kota penuh dengan kesibukkan lalulintas, manusia berulang alik dan kota penuh dengan 1001 kenangan. Mana tidaknya, hampir 30 tahun dilahirkan serta dibesarkan di Kuala Lumpur, KONON anak kota! Anak kota lah sangat. Eh, sekurangnya ada OU, Curve dan Jalan TAR, itu kepentingan sy!

Siapa sangka, berjalan di Angsana Johor Bahru, secara tiba-tiba hati terpaut pada papan tanda Pulai Indah.

Secara tiba-tiba.

Sedang kami berjalan selepas makan malam setelah seharian meninjau kawasan rumah sewa, akhirnya hati terpanggil untuk melihat rumah yang sedang dalam proses pembinaan fasa 1 dan 2. Fasa 3 akan dibina tidak lama kemudian iaitu mulai bulan 9, tahun sudah. Maka, keesokkan harinya sebelum pulang ke Kuala Lumpur, kami sempat melihat rumah contoh. Malam itu berbincang dengan husben, "Rasanya loan kita tak lepas ni, tapi kalau nak cuba, mana tahu rezeki pindah JB. Cubalah" Dalam hati sebenarnya : NAK!

Rumah kami di Pulai Indah.




Sebulan selepas semua dokumen penting diserahkan, alhamdulillah, pinjaman diluluskan, kwsp juga diluluskan maka kaya untuk beberapa jam sahaja sebelum duit tersebut dipinda untuk deposit rumah tersebut. Baru tahu betapa susahnya bekerja selama 6 tahun, habis begitu sahaja untuk deposit rumah. Haish! Bak kata Bonda, "Kena ikat perut sikitlah nak beli rumah, bina rumah, siapkan rumah" Sy setuju. Memang benar kata Bonda.

Rumah itu, harta kita. 





Kini, rumah yang kami idamkan akan siap tidak lama lagi. Anggarannya adalah hujung tahun 2013 atau selewatnya awal 2014. Dalam masa setahun ini, duit untuk persiapan rumah sedang giat disimpan sampaikan hendak membeli sesuatu barang itu, difikirkan 60x walhal pada hakikatnya sudah tahu tidak akan dibeli bila soal rumah dipertikaikan.

Itu kelemahan sy.

Setiap kali hendak beli sesuatu benda, husben pasti bilang, "Simpan untuk rumah baru" Lemah telinga mendengar. Lemah.

Memang benar kata orang, hendak seribu daya, taknak seribu dalih. Kena berusaha lebih selepas ni. Kena ikat perut selepas ni boleh ramping. Kena potong jadual balik kampung selepas ni duduk rumah saja. Kena potong passport selepas ni tak boleh masuk Singapore lagi. Semuanya KENA!

Rumah kini sudah 50% naik. Tidak lama lagi, seperti yang baru sy dengar, kemungkinan akan dicepatkan , dalam tahun ini juga rumah akan siap dibina. Lebih awal daripada jangkaan maka lebih cepat duit harus disimpan untuk rumah baru.

Inilah rumah yang baru kami lawati bulan 11 tahun lalu. 




In Shaa Allah, ini Syurga kami ;)



11 komentar:

LisaLisut says:
at: 14 January 2013 at 10:41 said...

tak sangka lepas ni u jd org jb. huhu. dpt jmpe pn skjp je ms nk kawin dlu. we're in a same situation.nk beli brg pk 100x.bkn 60x dh. phewwww.

i cant wait to read deco2 post heheh

izfanora says:
at: 14 January 2013 at 12:37 said...

wah, cantiknya.. untung dah ada rumah sendiri.. hubby pun ajak pindah johor.. apakah? huhu..

hana yoriee says:
at: 14 January 2013 at 14:28 said...

bestnya..tak sabar nak ada rumah sendiri jugak..insyaAllah. =)

Reen Tart Nenas says:
at: 14 January 2013 at 14:31 said...

lynda, mmg betul. lepas nie semua rumah. and serius, kena byk savings for rumah. mcm2 nak buat nanti. selamat mendekorasi rumah. tp sebelum masuk rumah pun byk jugak die akan terlebur. hehehe

nurul says:
at: 14 January 2013 at 17:22 said...

nice!www.the-simpleme.blogspot.com

Atiqah Adnan says:
at: 15 January 2013 at 09:54 said...

wah bestnyee..
nannti kalau pi johor boleh singgah rumah baru.. hehe amek bauuuu...^^

sk says:
at: 16 January 2013 at 13:20 said...

aku nampak signboard setia tropika masa nak gi jpo haritu. HAHAHA tak dpt jumpa ko weh. nnt la, ada rezki lenkali bleh jumpa.. ye tak?

elle's laaa~ says:
at: 17 January 2013 at 15:34 said...

yeayyyy!! kite jiran nanti... hye kak lynda! hehehe.... nnti house warming kit jemput hadir ye :)

Balkidz Hunny says:
at: 21 January 2013 at 09:45 said...

Eh, jadi orang johor kau ekk? Alahaaii bilalah aku nak dapat pindah sana, nak beli rumah sendiri jugak. rumah ade buat sewa. tak mauuuu!
well, aku juga menanti entry deco² eric! ;p

Jadi ke idak gathering? hihihi.

sumpit says:
at: 22 January 2013 at 18:54 said...

cantiknya design dia!

irmafittaputri says:
at: 14 February 2013 at 08:36 said...

wah...neighbor ma... kite duduk viscaria ph 1... wah2...xsabae-xsabar

Stalking Me!

Kamsahameeda!

Spread the love

"Spread love everywhere you go: first of all in your own house. Give love to your children, to your wife or husband, to a next door neighbour... Let no one ever come to you without leaving better and happier. Be the living expression of God's kindness; kindness in your face, kindness in your eyes, kindness in your smile, kindness in your warm greeting."

by Mother Theresa

RH Pre-Wedding

RH Pre-Wedding
We enjoyed the moment! Just smile and the pictures will be awesome!

RH Engagement

RH Engagement
It was in year 2009. A small celebration between two families :)

RH Wedding

RH Wedding
Our experience working independently for the big day which fell on a very auspicious date, 1.1.11 *smile*

RH Saranghae

RH Saranghae
A story of our humble abode.

RH Travelogue

RH Travelogue
“Traveling – it leaves you speechless, then turns you into a storyteller.” – Ibn Battuta

Tabung Gajah

Inspirations

Buddies

They blog on weddings

They call me, Lunda.

The Writer

My Photo
hazlynda kushairi
Nama pendek, Lynda ;)
View my complete profile

Alhamdulillah

Alhamdulillah
Terima kasih, 4Weddingku!

RH Journey

Daisypath Anniversary tickers

February 2016

February 2016
We are featured in Impiana February 2016

June 2011

June 2011
We are featured in Pengantin June 2011

May 2011

May 2011
We are featured in Pengantin May 2011

April 2011

April 2011
We are featured in Pengantin April 2011

March 2011

March 2011
We are featured in Pengantin March 2011