Search

.

Content

Tentang blog

Ini adalah blog peribadi saya. Segala pendapat yang dinyatakan adalah idea dan rekaan saya sendiri. Jangan menganggap bahawa anda mengenali saya kerana anda membaca blog ini secara kebetulan. Diharapkan anda menghormati sy dan tidak menjadi penyiasat psiko. Semua pandangan atau pendapat yang ditulis dalam blog ini adalah peribadi dan milik sy sepenuhnya. Sy berhak mengawasi agar menghormati sensitiviti, agama dan politik.

Terima kasih,
Hazlynda Kushairi


#Chanteks

Wednesday, 23 January 2013

Surat buat Nenda tercinta

Buat tatapan Maktok yang sentiasa dirindui dan disayangi,

Assalammualaikum Maktok.

Sudah lama Lynda tak tulis panjang seperti mana yang pernah Lynda tulis tentang Maktok dulu. Dulu, 2 tahun lepas. Kini, 2 tahun Maktok pergi tinggalkan Lynda dengan Mama. 



2 tahun dahulu.

Masih segar dalam ingatan Lynda, hari pertama Maktok dimasukkan dalam hospital. Sebelum dihantar ke hospital, Maktok minta Lynda buatkan air teh suam dan biskut marie dicicah bersama teh untuk maktok makan sebelum bertolak. Pada waktu dan ketika itu, Maktok sudah tidak boleh telan makanan lagi, air teh yang disuap menggunakan sudu mengalir keluar semula di tepi bibir Maktok. Takpe Maktok, asalkan rasa air teh itu ada di lidah Maktok. Selang beberapa minit kemudian, Lynda kemas baju dan barang keperluan Maktok untuk dibawa ke hospital. Lynda sendiri seperti hilang arah. Lynda tak sanggup tengok Maktok berterusan menahan sakit derita. waktu itu memang Lynda menahan sebak, melihat keadaan Maktok seperti sudah tercungap menraik nafas. Mulut Lynda terkumat-kamit mendoakan Maktok dipanjangkan umur dan Lynda akan sentiasa bersama dengan Maktok.

Kemudian, tanpa menghubungi ambulans, Maktok dibawa ke hopital dengan menaiki kerete Lynda. Subhanallah, itu adalah kali terakhir Maktok naik kereta Lynda. Kami tidak mahu ambulans datang kerana risau, bimbang kerana kami tahu Maktok takut hendak ke hospital. Lynda genggam erat tangan maktok walaupun ketika itu genggaman Maktok tidak seerat sekuat dulu. Maktok ingat tak apa yang Lynda bisikkan pada Maktok? "Kuatkan semangat Maktok, Lynda ada dengan Maktok."

Iya, Lynda ada bersama Maktok hingga ke akhir hayat Maktok.

Itu janji Lynda.

Setibanya di wad kecemasan, Maktok diperiksa dan segala wayar yang ada berselirat pada badan Maktok. Lynda tahu Maktok tidak selesa, Maktok risau dan bimbang. Waktu itu, Lynda tidak dapat genggam tangan Maktok sebab Doktor tidak benarkan Lynda berada disitu. Maktok dibawah pemerhatian. Tapi mata Maktok meleret ke arah Lynda. Lynda tahu. Lynda nampak. Setiap kali Lynda hilang sekejap dari pandangan Maktok, Maktok akan mengangkat perlahan tangan. Maktok jangan risau, Lynda sentiasa bersama Maktok. Kan Lynda sudah janji?

Maktok di tahan dalam wad, Lynda ambil seminggu EL. Waktu itu, apa nak jadi, jadilah, Lynda tetap mahu cuti untuk berada disisi Maktok. Empat hari kita di hospital. Pernah sekali sewaktu bertukar giliran dengan Mama waktu petang, Lynda turun sebentar, waktu itu Lynda ingat Maktok tidur, rupanya tidak ek? Sebaik sahaja Mama dan Nyah naik ke atas bilik, Maktok menangis. Maktok fikir Lydna tinggalkan Maktok. Lynda minta maaf Maktok. Lynda tak berniat untuk tinggalkan maktok, tidak pernah terlintas langsung. Cuma pada keadaan itu, mereka lupa bawa pas untuk jagaan, maka Lynda terpaksa turun sebentar untuk memberikan pas itu kepada Mama. Tapi selepas Asar, selepas Lynda balik mandi dan rehat, Lynda datang semula kan? 

Iya, Lynda takkan abaikan Maktok.

Itu janji Lynda.

Kemudian Maktok dikeluarkan dari wad, selama 8 bulan kami bergilir menjaga Maktok, Lynda selalu berdoa dan yakin bahawa satu hari nanti Maktok akan sembuh seperti dulu. Lynda yakin, sangat yakin. Walaupun pada waktu itu, ada yang bilang, kalau stroke serangan kedua, susah hendak kembali kepada normal. Tidak mengapa Maktok, itu kata orang. Ini kata cucu Maktok, Maktok mesti boleh! Kita ikhtiar ek? Pelbagai ubat yang Maktok makan, berbagai orang yang datang urut Maktok, biarlah kita habis beribu sekalipun, Maktok mesti sembuh. Lynda nak Maktok sihat sebab majlis Lynda tidak lama lagi. Maktok kena ada, mesti ada bersama. 

Tapi 26 haribulan bila Maktok pergi pemeriksaan, doktor nasihatkan supaya Maktok tidak dibawa ke tempat yang ramai orang dan diatas sebulat suara daripada keluarga, Lynda akur. Itu yang terbaik untuk Maktok. Lynda minta maaf Maktok sebab tidak dapat tunaikan permintaan Maktok yang hendak melihat Lynda bersanding dan adakan majlis di rumah Maktok di Selayang. Maafkan Lynda. Keadaan tidak mengizinkan. Tapi apa yang penting bagi Lynda adalah doa restu daripada Maktok. Maktok, Lynda sayang sangat Maktok. Selain Mama, Lynda hanya ada Maktok ketika itu. Takpe, sebelum dan selepas akad, Lynda akan peluk cium restu dari Maktok.

Iya, Lynda tunaikan janji Lynda.



Tapi........................................

Kenapa Maktok pergi meninggalkan Lynda pada hari lahir Lynda. Dengan beza waktu 5 minit sahaja. SubhanAllah. Hati Lynda pada saat dan ketika itu memang sangat yang amat teramatlah sedih. Maktok, Lynda memang tak menyangka Maktok akan pergi pada hari lahir Lynda. Pada saat dan ketika itu, memang Lynda dah tekad, Lynda tidak mahu adakan majlis sambutan atau apa sahaja jenis sambutan hari lahir pada 23hb Januari setiap tahun. Lynda taknak. Lynda tak suka. Bagi Lynda, sambutan itu seperti sesuatu yang menggembirakan sedangkan hati Lynda sedih. Setiap kali malam 23hb, Lynda akan sebak, menangis teresak, selalu teringat kenangan kita bersama. Apa yang Lynda boleh bahagiakan Maktok adalah dengan bacaan doa selepas solat, mengaji dan bacaan yassin untuk Maktok dan Wan.

Lynda nak jadi macam Maktok. 

Kalau diikutkan hati, Lynda hendak ikut Maktok, Lynda nak bersama dengan Maktok sebab Maktok banyak mengajar Lynda erti kehidupan selain Mama. Sifat, sikap dan ciri-ciri yan gada pada Maktok membuatkan Lynda kagum mempunyai nenda seperti Maktok. Biarlah apa orang nak kata. Mereka tidak tahu bagaimana akrabnya hubungan kita. genap 27 tahun kita lalui kehidupan bersama, pahit manis semuanya bersama.

27 tahun kita bersama.

2 tahun Maktok pergi tinggalkan Lynda.




Ini semua takdir Allah.

Lynda redha dengan pemergiaan Maktok.

Minggu ini In Shaa Allah Lynda akan pulang. Lynda akan ziarah pusara Maktok dan Wan. Lynda akan sedekahkan doa setiap kali Lynda teringat pada Maktok dan Wan.

Maktok,

Lynda sayang sangat Maktok.

Lynda cuba untuk jadi cucu yang terbaik untuk Maktok.

Lynda minta maaf kalau selama Lynda jaga Maktok, ada sakit dimana-mana dan terlepas pandang.

Maktok doakan kebahagiaan Lynda di dunia ni ye.

In Shaa Allah, kita pasti akan berjumpa di akhirat nanti. Maktok tunggu Lynda di syurga.

Lynda sayang Maktok.

Semua kenangan kita bersama, tertulis dalam diari digital Lynda.
doa buat Nenda tercinta
Al-Fatihah buat Nenda tercinta, Hjh. Mariam bt Ahmad
the blessings
Tiada lagi sambutan

Tetapi kasih sayang Lynda kepada Maktok tetap di dalam hati.

"Ya Allah Ya Tuhanku, ampunilah segala dosa arwah Maktok ku. Kau tempatkanlah Maktok di dalam golongan orang yang beriman. Kau temukan kami di syurgamu. Ya Allah, aku amat menyayangi Maktok ku dan memohon yang terbaik buatnya dariMu"

AL-FATIHAH.


Daripada cucu yang sentiasa menyayangimu,
Lynda.

2 komentar:

izfanora says:
at: 23 January 2013 at 12:11 said...

sebak dan menangis.. syukur linda dapat bersama maktok selama 27 tahun. za cuma 12 tahun tp kita bersyukur dan beruntung sebab sama2 dapat jg ketika hayatnya hingga akhir hayat.

serius, za juga penah cerita pasal arwah wan dalam blog dulu. smpai skrg, mmg susah nk lupakan. but, yg kita boleh buat, hanya sedekahkan doa sahaja. semoga roh mereka tenang di sana.

MizaShoppe says:
at: 23 January 2013 at 15:23 said...

al-fatihah..sedihnya baca surat sis ni...

Stalking Me!

Kamsahameeda!

Spread the love

"Spread love everywhere you go: first of all in your own house. Give love to your children, to your wife or husband, to a next door neighbour... Let no one ever come to you without leaving better and happier. Be the living expression of God's kindness; kindness in your face, kindness in your eyes, kindness in your smile, kindness in your warm greeting."

by Mother Theresa

RH Pre-Wedding

RH Pre-Wedding
We enjoyed the moment! Just smile and the pictures will be awesome!

RH Engagement

RH Engagement
It was in year 2009. A small celebration between two families :)

RH Wedding

RH Wedding
Our experience working independently for the big day which fell on a very auspicious date, 1.1.11 *smile*

RH Saranghae

RH Saranghae
A story of our humble abode.

RH Travelogue

RH Travelogue
“Traveling – it leaves you speechless, then turns you into a storyteller.” – Ibn Battuta

Tabung Gajah

Inspirations

Buddies

They blog on weddings

They call me, Lunda.

The Writer

My Photo
hazlynda kushairi
Nama pendek, Lynda ;)
View my complete profile

Alhamdulillah

Alhamdulillah
Terima kasih, 4Weddingku!

RH Journey

Daisypath Anniversary tickers

February 2016

February 2016
We are featured in Impiana February 2016

June 2011

June 2011
We are featured in Pengantin June 2011

May 2011

May 2011
We are featured in Pengantin May 2011

April 2011

April 2011
We are featured in Pengantin April 2011

March 2011

March 2011
We are featured in Pengantin March 2011