Search

.

Content

Tentang blog

Ini adalah blog peribadi saya. Segala pendapat yang dinyatakan adalah idea dan rekaan saya sendiri. Jangan menganggap bahawa anda mengenali saya kerana anda membaca blog ini secara kebetulan. Diharapkan anda menghormati sy dan tidak menjadi penyiasat psiko. Semua pandangan atau pendapat yang ditulis dalam blog ini adalah peribadi dan milik sy sepenuhnya. Sy berhak mengawasi agar menghormati sensitiviti, agama dan politik.

Terima kasih,
Hazlynda Kushairi


#Chanteks

Monday, 25 March 2013

Rajinkan tangan!

Assalammualaikum ;)

Fuhhhh macam bermimpi pulak aku update blog. Kalau tidak punyalah malas, buat setengah jalan kendian aku delete. MALAS! Entah kenapa sejak aku pindah JB, memang rasa macam nak tutup blog pun ada, nak tutup creative by LYNDA pun ada jugak! Kalau dulu masa kat sekolah lama lagilah..... Aku rasa mcm no life! Hari-hari nak meeting, sekolah macam tu jugak aku tengok. Pffftttt!!

HAHAHAHA Aku rajin bersebab.

Hari ini aku rajin sekejap sebab cuti sekolah seminggu kan? Nak lak aku tak balik KL minggu ni. Duduk rumah mengadap kerja rumah, mengadap kerja sekolah dan sekarang ada masa untuk mengadap komputer! Aku tak tahu lah kenapa tapi mungkin budak arts memang macam ni kot, suka buat kerja ikut mood, suka buat kerja last minit (ini perkara biasa!) Agaknya memang dah dilatih dari zaman UiTM, berlarutan sampai ke hari ini.

Kerja sekolah aku hanya siap 50% sahaja. Ada lagi empat set worksheets yang belum ditanda. Ala lupa, di sekolah baru ni, takde buku teks. Aku suka cara sekolah ini, budak lebih banyak buat latihan, setiap hari Cikgu kena sediakan worksheets. Itu yang banyak kena tanda tapi aku nak tanam azam baru (kononnya!) yang aku siapkan semua marking setiap hari selepas habis kelas. KONONNYA!!! Tapi setiap hari aku rasa seronok pergi sekolah, sekurang-kurangnya takde zombie dalam kelas. Aku cikgu yang garang hahaha Serious aku tak tipu, tengok Bonda lah! Bonda sampai tahap tarik sideburn, tp aku tahap ketuk meja. Al-maklumlah, baru tahap protege hahaha 

Hari semalam jugak aku rajin sikit tukor layout blog. Tukor lagi! Entah lah, aku rasa mcm blog sebelum ni agak berserabut tapi aku suka muka depan je. Kali ni bukannya aku nak kata cantik dan aku suka tapi aku rasa memang aku suka sangat layout ni, simple and clean hahaha yang penting putih! Sedap sikit mata aku memandang, taklah serabut sangat. Mood baik, semua benda berjalan dengan baik. Kan aku dah kata, aku ni jenis buat kerja ikut mood. Kalau mood takde memang kerja tu ke laut sudah!

Sama jugak kalau aku buat kerja CBL, kalau mood tu baik memang kerja cepat je siap. Cuba kalau kerja sekolah tengah serabut, kerja rumah tertunggak, memang tak jalan kerja tu, separuh jalan je! Aku taktau lah mungkin aku je yang perangai macam ni, tapi cuba tanya budak arts yang lain, kebanyakkan daripada kami semua, kalau buat kerja last minit tu, idea datang mencurah-curah. Time tu la kononnya masterpiece teragung! Hahahaha tak percaya, cuba jadi budak arts.

Sama la jugak dengan mood melukis. Kalau aku tengah free nak berangan, grab je buku, bermacam la yang aku conteng. Yang aku upload kat blog ni, dah tentulah yang cantik je hahaha yang buruk, setengah jalan aku dah koyak takpun aku bior je terbengkalai tanpa kesudahan. Ingatkan dah jadi Cikgu bolehlah berhenti kerja-kerja design tapi bila tak buat tu rasa mcm tak seronok. Aku rasa, bagi aku, bila berhenti buat design rasa tak seronok mungkin sebab design dah jadi sebahagian daripada otak aku.




Esok pulak mungkin aku akan rajin ke sekolah jadi aku tak rasa aku akan rajin update blog hahaha esok aku nak siapkan kerja yang tertunggak.

Jadi................. kita jumpe luse? In shaa Allah ;)

9 komentar:

BAIZURA NATASHA says:
at: 25 March 2013 at 12:57 said...

Oh my Linda. I suka yg Hibernating tuh :) kan best ada tangan berseni mcm u :)

LisaLisut says:
at: 25 March 2013 at 13:08 said...

smart!

Wani says:
at: 25 March 2013 at 13:09 said...

wokeh!we'll be waiting!peace!

oshinz says:
at: 25 March 2013 at 22:15 said...

pergh... comel gila okeh semua lukisan tu. suka!!

hazlynda kushairi says:
at: 25 March 2013 at 23:57 said...

Baizura Natasha :

Thank you babe! Sebenarnye tangan ni tak berseni mana mungkin rezeki i Allah kurniakan otak warna warni utk i. Cubalah, mane tau sebenarnye u pun berbakat ;)

hazlynda kushairi says:
at: 25 March 2013 at 23:58 said...

Lisa Lisut :

Thank you! Kata nak datang Legolang! Hurmmpp!!

hazlynda kushairi says:
at: 25 March 2013 at 23:58 said...

Wani :

HAHAHA wait for me wednesday. Entah ye entah tidak update nye :P

hazlynda kushairi says:
at: 25 March 2013 at 23:59 said...

Oshinz :

Terima kasih ek! Comel bila ada mood je tuh HAHAHAHA pelsu belake.

kelipkelipchumel says:
at: 26 March 2013 at 11:13 said...

artistik sangat.sukeeee...

Stalking Me!

Kamsahameeda!

Spread the love

"Spread love everywhere you go: first of all in your own house. Give love to your children, to your wife or husband, to a next door neighbour... Let no one ever come to you without leaving better and happier. Be the living expression of God's kindness; kindness in your face, kindness in your eyes, kindness in your smile, kindness in your warm greeting."

by Mother Theresa

RH Pre-Wedding

RH Pre-Wedding
We enjoyed the moment! Just smile and the pictures will be awesome!

RH Engagement

RH Engagement
It was in year 2009. A small celebration between two families :)

RH Wedding

RH Wedding
Our experience working independently for the big day which fell on a very auspicious date, 1.1.11 *smile*

RH Saranghae

RH Saranghae
A story of our humble abode.

RH Travelogue

RH Travelogue
“Traveling – it leaves you speechless, then turns you into a storyteller.” – Ibn Battuta

Tabung Gajah

Inspirations

Buddies

They blog on weddings

They call me, Lunda.

The Writer

My Photo
hazlynda kushairi
Nama pendek, Lynda ;)
View my complete profile

Alhamdulillah

Alhamdulillah
Terima kasih, 4Weddingku!

RH Journey

Daisypath Anniversary tickers

February 2016

February 2016
We are featured in Impiana February 2016

June 2011

June 2011
We are featured in Pengantin June 2011

May 2011

May 2011
We are featured in Pengantin May 2011

April 2011

April 2011
We are featured in Pengantin April 2011

March 2011

March 2011
We are featured in Pengantin March 2011