Search

.

Content

Tentang blog

Ini adalah blog peribadi saya. Segala pendapat yang dinyatakan adalah idea dan rekaan saya sendiri. Jangan menganggap bahawa anda mengenali saya kerana anda membaca blog ini secara kebetulan. Diharapkan anda menghormati sy dan tidak menjadi penyiasat psiko. Semua pandangan atau pendapat yang ditulis dalam blog ini adalah peribadi dan milik sy sepenuhnya. Sy berhak mengawasi agar menghormati sensitiviti, agama dan politik.

Terima kasih,
Hazlynda Kushairi


#Chanteks

Thursday, 29 August 2013

Ingat lagi sarang setengah juta aku?


Assalammualaikum :)

Kahhkahhhkahhh tetiba aku rajin nak update blog. Rajin nauuu sejak dua menjak ni. Blogwalking sana sini. Maaflah Syima, aku sangat kesian dengan ko tapi nasi dah jadi bubur. Secara jujurnya, aku bukan benci dia tapi aku tak gemar perangai bercerita kain dalam bile ada dalam closed group yang majoritinya "strangers" - kawan alam maya je kot! Dah, malas nak masuk campur hal rumah tangga korang.

Meh dengor cerita rumah dan tangga aku yang hampir siap. Sebenarnya banyak benda yang aku nak kongsi tapi cerita dah basi sebab kejadian tigapatnam bulan yang lepas. Nak cerita pun dah takde feel. Biasalah, nanti bila rajin update, nanti orang label - Cikgu takde kerja! Goyang bontot je update blog kahhkahhkahh :)) Terasa jemah!

Buat masa ini, apa yang buat aku excited seperti budak darjah satu dapat A dalam semua subjek! Ingat lagi cerita tentang sarang "setengah juta" aku? Aku tak cakap pun harga setengah juta, tapi dah "strangers" bagi harga rumah macam tu, aku rela namakan "sarangku setengah juta". Kau hado?

Hujung tahun 2011 aku dan husben bersetuju untuk membeli sarangku setengah juta itu. Sebelum balik KL, aku dan Bonda sempat singgah tengok showroom, tengok terus jatuh hati. Padahal waktu tu aku tak tahu apa kehebatan Johor Bahru. Gitu kau! Maksud aku, aku dan husben tak tahu selok belok jalan di JB ni. Dulu aku taktau Skudai kat mane, Johor Jaya kat mane, Mount Austin kat mane.... Sekarang ni, pejam mata boleh bagi direction. Hebak kawe! Masa dah lulus semuanya, lepas aku dah pindah JB, berulang tengok rumah, barulah aku sedor bahawasanya Pulai Indah itu jauh daripada City Square yang kini seperti Curve bagi aku. Jadi la woi, daripada dulu takde benda, kini ade delicious di rooftop yang makin canggih itu. Hebak JB sekarang! Kotaraya pun dah hebak.

Gambar first kat bawah ni aku ambil tahun lepas. Masa ni tak boleh masuk kawasan jadi tengok dari jarak jauh je lah. Rangka rumah baru nak naik. Feeling excited tu kurang sikit sebab berdebar nak simpan duit tabung ayam yang sampai sekarang tak penuh lagi. Developer memang dah bagitahu yang rumah akan siap hujung tahun 2013 dan paling lewat awal 2014. Masa ada waktu, waktu tu lah! 





Kemudian awal tahun ni, pergi jenguk lagi kahhkahhh padahal setiap bulan pergi tengok. Tak jemu oi tengok rumah sendiri, nak lak, sarangku setengah juta. Feeling jutawan! Terima kasih la ek kepada manusia yang perli rumah aku harga setengah juta, sekurangnya aku dapat feeling kaya, kaya dengan hasil usaha suami isteri dan bukan usaha menjual pb. Eh? Kang kene report skmm lak! Cut the story, sarang hampir siap, jalan je belum ada. Struktur dan bentuk luaran sarang dah nampak. Contractor yang sangat menepati janji. Bagus betul. 






Few months after pergi jenguk lagi. Sebenarnye kiteorg akan pergi jenguk sarang setiap kali lepas balik dari Legoland kahhkahh sebab agak dekat melalui Second Link. Gila tak excited bila rumah dah cat! Eh, cepatlah pulak siap rumah ni, tabung ayam baru takat kepak, belum sampai leher ayam lagi. Why so fast??!!! Kami dah boleh jalan depan rumah, baru clear tapi gate takde lagi. Masa ni dah kira langsir berapa banyak nak kene letak dan swimming pool berapa besor nak gali. Muat untuk badan aku masuk, celup rendam sikit pun jadilah. tanah sekangkang kera, ada hati nak ade swimming pool.




And the latest picture taken, few weeks back tak salah aku, sudah 100% siap! Nombor ptd pun dah tampal pada tingkap. Paling sengal selama ni kiteorg tengok salah rumah kahhkahhkahhh tengok rumah belah kiri, rupanya tu rumah "jiran jauh", rumah kami sebelah kanan bile menghadap rumah. Haihhhh kalau perasan la gambor kat atas tu gambor rumah jiran jauh. Kenapa jiran jauh? Hahhhhh ada cerita tapi lain kali aku cerita. Bagilah aku excited cerita hal rumah aku dulu ek? 


Alhamdulillah.



Penantian itu tidak menyeksakan tapi mendeborkan. Berdebor weh sarang dah nak siap. Bermacam plan nak buat untuk sarang ni, nanti aku kongsi sama ek - doakanlah aku rajin update blog!



Akhirnya jalan pun sudah nampak, tepi jalan pun dah bersimen bagai, nombor ptd rumah pun dah naik, harga rumah pun dah naik, kalau masa beli setengah juta, mungkin sekarang market dah sejuta. WOW! Boleh beli rumah kat Singapore lepas ni. Berangan! Berangan itu percuma.






INILAH SARANGKU SETENGAH JUTA!




Aku rasa ada beberapa blogger yang tinggal di kawasan perumahan ni. Nanti kalau buat open house, In Shaa Allah aku jemput. Aku tak berapa pasti siapa blogger tu tapi yang aku ingat 2 orang blogger - Nurlela dan Irma Putri (tak salah aku) sebab dia approach kat ig hihi :)


Hi Sarangku setengah juta! Siaplah cepat. Tak sabor nak decor rumah sendiri. Tak sabor nak bercucuk tanam dan ada bilik laundry! Lepas ni sy janji sy akan rajin gosok baju untuk sebulan pakai. Semoga awak pun tak sabor menunggu kami masuk. See you next year! In Shaa Allah.



Doalah aku rajin update blog! Kahhkahhkahh

13 komentar:

Wawa Yusoff says:
at: 29 August 2013 at 09:27 said...

tersangatlah cantik..!

hey sarang, sila siap cepat sikit. daku tak sesabor nak nengok tuan nye men'decor :)

LisaLisut says:
at: 29 August 2013 at 10:49 said...

tolong la rajin tolong lah! pelik a linda. knp tulisan blog u jd double2 aa. bertindan2. ssh nk baca. i refresh byk kali pn cenggitu jgk. ade certain ayat je yg normal bole baca hehe

gorgeous gila rumah u :D

hazlynda kushairi says:
at: 29 August 2013 at 15:59 said...

Hey Wawa, Sarang ni. Sarang pun tak sabor tuan nak masuk. Tuan ok tapi takut Puan banyak songeh HAHAHA

Saranghae,
Sarang.

Gitu.......... Sarang reply!

hazlynda kushairi says:
at: 29 August 2013 at 16:00 said...

Hi Lisa, Puan sy memang sengal. Dia excited nak publish lepas tu tak check html. Rasenye dah ok kan? Nanti i ketuk Puan i tu ek. Dia kuat berangan sejak dua menjak ni.

Love,
Sarang :)

cik yaya says:
at: 29 August 2013 at 16:08 said...

eyy buang jela perenggan pertama.tak relevan haha

madada nanti dah duduk rumah sejuta jgn lupakan kami golongan marhaen ini *tetibe

macam biasa plan ke jb masih ada tapi tak tau bila kahkah.ko p tanya bang nijam!

BAIZURA NATASHA says:
at: 29 August 2013 at 18:49 said...

Hahaha. Linda, smpt lagik u menyelit bedesung bedesing sana sini. Hahaha.

Stgh juta pn stgh juta la, jnj ada. Kau hado? Hahah. X sbr nk tgk u deco rumah.

chil&zam says:
at: 29 August 2013 at 23:28 said...

hi puan betty ! hayohhh...sgt seronoknye bile tgk umah dah siap..!




*adakah kau mengenali diri ini? (perghh soalan perasan)

hazlynda kushairi says:
at: 30 August 2013 at 07:19 said...

Hi Kakya, biaselah aku ni kan, nak jugak selit hahaha aku kasi strike lah ek?

Hi Abgjam, bila nak bawak Kakya & Acimucuk dtg JB? Penat tau madada tunggu hahaha kalau nak tunggu Madada beli rumah kat SG, lambat lagi tuh!

Hi Acim, i miss you!!!!

hazlynda kushairi says:
at: 30 August 2013 at 07:21 said...

Hi Baizura, eh panggil Bai ke Zura ke Tasha? hahahahaha :P Biasalah puan sy ni, dia memang suka cari pasal kalau orang tetibe cari pasal dgn dia. Nanti sy bagitahu Puan untuk update idea-idea deco ek.

Love,
Sarang(setengahjuta)

WAHAHAHAHAHAHAHAHAHAHAHAHAHA :))

hazlynda kushairi says:
at: 30 August 2013 at 07:23 said...

Oi Chik!! Ape tak kenal gila! Rakan seperjuangan sesama harungi pahit getir hidup designer gitu hahaha tahniah chik dah kawen!

Hang kat KL ka kedah? Kirim salam suamimu. kahhkahhh teringat kelaku laki hang ms kat studio kiteorg dulu, dah la asyik suh signkan je attendance die! HAHAHAHAHA

Balkidz Hunny says:
at: 30 August 2013 at 10:04 said...

dah siap deco semua make sure jemput chanteks dtg housewarming.
tak payah nak highlight setengah juta weh. kau tak cakap pun org dah bleh bajet.
bukan harga 59.90 JE
kbai!

hazlynda kushairi says:
at: 30 August 2013 at 10:27 said...

Kidz, bab ni suke tau! Aku jemput housewarming, korang kene mai selatan la weh. Rumah setengah juta pun jadi isu. Belum lagi aku up isu laki tak wish birthday. Kbai!

irmafittaputri says:
at: 9 October 2013 at 11:37 said...

cepat gali pool...leh tompang berendam..teringin sgt nak ada private pool...hahaha tunggu seploh tahun lagik kalau kite gamaknya

Stalking Me!

Kamsahameeda!

Spread the love

"Spread love everywhere you go: first of all in your own house. Give love to your children, to your wife or husband, to a next door neighbour... Let no one ever come to you without leaving better and happier. Be the living expression of God's kindness; kindness in your face, kindness in your eyes, kindness in your smile, kindness in your warm greeting."

by Mother Theresa

RH Pre-Wedding

RH Pre-Wedding
We enjoyed the moment! Just smile and the pictures will be awesome!

RH Engagement

RH Engagement
It was in year 2009. A small celebration between two families :)

RH Wedding

RH Wedding
Our experience working independently for the big day which fell on a very auspicious date, 1.1.11 *smile*

RH Saranghae

RH Saranghae
A story of our humble abode.

RH Travelogue

RH Travelogue
“Traveling – it leaves you speechless, then turns you into a storyteller.” – Ibn Battuta

Tabung Gajah

Inspirations

Buddies

They blog on weddings

They call me, Lunda.

The Writer

My Photo
hazlynda kushairi
Nama pendek, Lynda ;)
View my complete profile

Alhamdulillah

Alhamdulillah
Terima kasih, 4Weddingku!

RH Journey

Daisypath Anniversary tickers

February 2016

February 2016
We are featured in Impiana February 2016

June 2011

June 2011
We are featured in Pengantin June 2011

May 2011

May 2011
We are featured in Pengantin May 2011

April 2011

April 2011
We are featured in Pengantin April 2011

March 2011

March 2011
We are featured in Pengantin March 2011