Search

.

Content

Tentang blog

Ini adalah blog peribadi saya. Segala pendapat yang dinyatakan adalah idea dan rekaan saya sendiri. Jangan menganggap bahawa anda mengenali saya kerana anda membaca blog ini secara kebetulan. Diharapkan anda menghormati sy dan tidak menjadi penyiasat psiko. Semua pandangan atau pendapat yang ditulis dalam blog ini adalah peribadi dan milik sy sepenuhnya. Sy berhak mengawasi agar menghormati sensitiviti, agama dan politik.

Terima kasih,
Hazlynda Kushairi


#Chanteks

Thursday, 21 November 2013

"Sarang"hae : Progress 2

Assalammualaikum :)

Ahhh... Makin malasnye aku nak uodate blog ni. Bukannya ade orang nak bace pun tapi ntah la, aku tetap akan tulis blog daripada aku masuk pertandingan keyboard warrior kat facebook. Duh. Facebook sudah tak menarik seperti tahun 2007 aku memula ada facebook. Sekarang? Semuanya nak jadi ahli nujum, seekers, mutazah, ustaz, perdana menteri, menteri pembangkang dan sebagainya.

Tak kuasa!

Walaupun aku update blog nambulan sekali, sekurangnya aku update hahaha Ok, sekarang cuti sekolah, maka macam banyak sikit masa walaupun aku kene p sekolah jugak sampai hujung bulan ni. Nanti dapat jadual baru, aku tanam azam nak buat kerja sekolah secepat mungkin sebab aku nak mengadap sarang baru aku hahahaha :)

In Shaa Allah, Isnin ni nak pergi amek kunci, oh, aku tak pergi, husben pergi bersama jiran baru hahaha sementara aku pulak pergi sekolah siapkan kerja. Haih! Alhamdulillah, akhirnya kunci dah boleh ambil, dah boleh la contractor masuk rumah ukur dan bg quotation. Aku taknak duk Setia Tropika ni lama sangat, walaupun kawasan ni ala-ala Damansara tak kesampaian, sekurangnya dekat dengan bandor dan Woodland hahaha! Kalau sarang baru dekat dengan Legoland dan Tuas. Pfftt!! 

Sementara nak menunggu kunci, eh, cepat pulak dapat kunci, janji Dec 2013 - Jan 2014. Heyyyy... Kenapa cepat sangat? Duit tabung baru sampai leher ayam. Walau macamane sekali pun, macam yang aku bilang, kite kene masuk rumah asap! Feeling duk rumah sendiri lain kot? Ok sambung, sementara menunggu kunci, aku dan husben cuba untuk menjadi artitek dan interior designer untuk rumah kami sendiri.

Apa yang aku buat? Bab lukis, bagi ahkak ok!

Mulanya kiteorg sketch je atas floor plan yang sedia ada. Rancang dan bincang dengan Bonda, Uncle dan jiran sebelah rumah. Serious, aku tak tipu, jiran sebelah rumah baru nanti memang pakar bab autocad, unlike me. Genetik tak sama. 

 

Kemudian, aku edit dengan menggunakan photoshop, guna eraser untuk pecah tiang hahaha lepas tu print out untuk zoom setiap bilik atau area yang nak renovate. Bagi aku, senang nanti nak refer. Buku Saranghae yang putih gebu dan comot berceloreng. Redha. 
  

Print out setiap area tu, lukis semula secara manual. Siap berwarna-warni nak labelkan kipas la lampu la, plugs and so on. Aku rasa kalau hire artitek, mesti tak kuasa nak layan kerenah aku. So, aku combinekan saja architect wanna-be dengan ex-graphic designer. Jadi dapatlah hasil seperti yang ada sekarang ni. Maap, belum sempat nak snap gambo dan upload.

 

Selesai design syok sendiri, aku minta tolong jiran sebelah rumah lukiskan dalam autocad. Eh, bukan aku ek, bukan aku yang hebat sgt nak gune autocad ni, aku tak hebat bab itu. Jadi, kami dah design dan kira siap dengan ukuran untuk keluasan renovate dapur, pasang kitchen cabinet dan sebagainya. Terima kasih jiran baru! Jadi nanti bile specialist cabinet datang nak ukur dan tanye design, boleh bagi design autocad ni hehe selesai masalah! Malas.

 

Minggu sudah pulak kami amek kesempatan ke Mega Home kat Persada Johor. Dalam pada kehangatan cerita Villa Nabila, kami spend dr jam 11 pg hingga 6 ptg kat Persada. Masuk kemudian keluar kemudian masuk dan deal. Alhamdulillah, selesai bab :

1) water filter indoro and outdoor Coway.
2) kitchen cabinet - deposit and yet to decide on the design and material.
3) built in wardrobe - deposit and yet to decide on the partitions.

Selebihnya nanti kite pikir ek?

 

In Shaa Allah 6-8 December 2013 ada Homefair 2013 lagi kat Persada Johor. Kite redah lagi ek? Mungkin boleh dapat yang lain pulak?




Bab design, aku tak cerewet mana, as long as design tu simple and white. WHITE! Dari dulu aku suke white kan? Dari wedding, sebelum kawen sampailah dah nak masuk 3 tahun kawen, husben pun bersetuju. Jangan tanya aku tentang wallpaper atau ape, setakat ni, beum ade nawaitu nak letak wallpaper sbb aku tak berapa minat. Rumah pun aku tak cat warna lain sbb budget takde untuk cat warna lain, mungkin nak cat kereta aku je nanti hahaha cabinet pun warna putih. Maafkanlah aku yang sangat obses dengan warna putih walaupun ade yang ckp :

"Putih susah nak jagalah"
"Putih nanti kene kunyit payah nak hilang"
"Tunggulah ade anak nanti, habes comot"
"Putih cepat kotor lah"

OK-OK, KITA POSITIVE EK HUSBEN?

Walau ape pun, tetap nak WHITE. Mengada!

2 komentar:

LisaLisut says:
at: 21 November 2013 at 09:57 said...

saya suke baca bab deco/ design dari anda. teruskan menulis. sekian terima kasih :)

irmafittaputri says:
at: 21 November 2013 at 10:48 said...

walawei jiran..pecah dapur...giler major reno pecah kan tiang utama dapur... besau giler kos..amik kontraktor mana lynda.. lee chai yin ke?

Stalking Me!

Kamsahameeda!

Spread the love

"Spread love everywhere you go: first of all in your own house. Give love to your children, to your wife or husband, to a next door neighbour... Let no one ever come to you without leaving better and happier. Be the living expression of God's kindness; kindness in your face, kindness in your eyes, kindness in your smile, kindness in your warm greeting."

by Mother Theresa

RH Pre-Wedding

RH Pre-Wedding
We enjoyed the moment! Just smile and the pictures will be awesome!

RH Engagement

RH Engagement
It was in year 2009. A small celebration between two families :)

RH Wedding

RH Wedding
Our experience working independently for the big day which fell on a very auspicious date, 1.1.11 *smile*

RH Saranghae

RH Saranghae
A story of our humble abode.

RH Travelogue

RH Travelogue
“Traveling – it leaves you speechless, then turns you into a storyteller.” – Ibn Battuta

Tabung Gajah

Inspirations

Buddies

They blog on weddings

They call me, Lunda.

The Writer

My Photo
hazlynda kushairi
Nama pendek, Lynda ;)
View my complete profile

Alhamdulillah

Alhamdulillah
Terima kasih, 4Weddingku!

RH Journey

Daisypath Anniversary tickers

February 2016

February 2016
We are featured in Impiana February 2016

June 2011

June 2011
We are featured in Pengantin June 2011

May 2011

May 2011
We are featured in Pengantin May 2011

April 2011

April 2011
We are featured in Pengantin April 2011

March 2011

March 2011
We are featured in Pengantin March 2011