Search

.

Content

Tentang blog

Ini adalah blog peribadi saya. Segala pendapat yang dinyatakan adalah idea dan rekaan saya sendiri. Jangan menganggap bahawa anda mengenali saya kerana anda membaca blog ini secara kebetulan. Diharapkan anda menghormati sy dan tidak menjadi penyiasat psiko. Semua pandangan atau pendapat yang ditulis dalam blog ini adalah peribadi dan milik sy sepenuhnya. Sy berhak mengawasi agar menghormati sensitiviti, agama dan politik.

Terima kasih,
Hazlynda Kushairi


#Chanteks

Wednesday, 19 February 2014

Aku nak minta maaf

Assalammualaikum.

Sebenarnya aku dah lama nak update blog tapi macam takde masa sangat sejak sekolah dan cuti sekolah on off turun KL cari barang kemudian melawat tapak, bincang sane bincang sini. Masa tu habis macam tu je. Aku nak update blog, tapi asyik draft je, end of the day, aku malas nak sambung taip. Gambo je dah upload hahaha malas! Malas aku makin menjadi, maafkanlah.

Ok. Straight to the point.

AKU NAK MINTA MAAF.

Aku nak minta maaf pada family aku, pakcik atau makcik atau sepupu sepapat yang mungkin terasa bile bace blog aku, mungkin ape yang aku tulis tu bukan ditujukan pada family tetapi disalahertikan seperti entry MAKCIK. Dalam entry tu aku himpunkan kisah orang yang mengata dan tak setuju dgn majlis aku dalam satu entry. Aku tahu ade diantara sepupu aku yang baca blog hingusan aku yang tak seberapa ni. Lynda minta maaf, dari hujung rambut hingga ke hujung kaki. Sejak dah pindah JB, memang jarang dan adakala tak pernah jumpa sepupu, masing-masing ada family dan raya pun sometimes clashing maka tak berjumpa.

Aku nak minta maaf kepada kawan-kawan yang pernah aku kerja bersama, dari British Council Malaysia, Berjaya Higher Education, Universiti Tuanku Abdul Rahman, REAL International School dan Sekolah Seri Omega. Aku minta maaf kalau aku pernah bercakap belakang atau mengata korang. Aku bukan superstar nak buat press conference minta maaf secara terbuka, tapi sekurang-kurangnya bila aku tulis dari hati aku, aku betul-betul maksudkan. Maafkan aku.

Aku nak minta maaf kepada geng blogger aku, Chanteks - Hudau, Yayau, Nawal, Acik, Balkidz, Diba, FF, Mawar, Moose,Yaty, SK, Papau dan Nasrah Kecik. Aku nak minta maaf kalau aku ade salah cakap atau salah tulis atau salah komen bila borak dengan korang. Aku nak minta maaf banyak-banyak sebab sepi dan tetibe muncul :) Kepada Hudau, aku nak mintak maaf sebab selalu muncul tetibe pagi petang siang malam tak kire pukul berapa di whatsapp kau babe. Kau adalah kawan hebat Hajelunda!

Aku nak minta maaf kepada pihak lawan Chanteks, aku rasa ramai yang tahu, NCOLians - terutama Nadya, Syima, Tatie, Renee, Rynn, Kitty (aku lupe nama kau), Linda dan lain-lain yang turut serta dalam angkatan perbalahan antara aku dengan korang. Aku nak minta maaf, ikhlas dari hati aku kalau selama perbalahan yang takde kesudahan tu, aku memang bercakap belakang, mengata dan mengutuk korang. Tengah marah, nak lak aku dengar macam-macam pasal diri aku, melenting jugak lah. Aku rasa aku nak tamatkan kisah aku dengan korang sampai sini je dan aku taknak ade ape-ape perkaitan antara aku (dan Creative by LYNDA) dengan korang semua di NCOL. Aku taknak ungkit cerita lama dalam entri aku ni tapi aku harap korang dapat maafkan aku dan aku tak mintak pun korang berkawan dengan aku tapi sekurang-kurangnya bila dah dimaafkan, hati aku tenang. Aku minta maaf sekali lagi.

Aku minta maaf, bukan sebab aku tahu aku akan mati esok, aku pun tak tahu bila dan bila-bila saja Allah boleh tarik nyawa aku dari muka bumi ni. Sebelum terlambat dan leka dengan duniawi, aku nak minta maaf kepada semua, kepada semua yang pernah bace blog aku, pernah follow blog aku, aku minta maaf. Siapalah aku nak menghukum korang, siapalah aku untuk tidak memaafkan korang.

Aku minta maaf dan aku maafkan korang semua.



2 komentar:

yUmiE AzuRa says:
at: 19 February 2014 at 14:53 said...

aku pun!!even aku xpernah jumpa kau tp aku rse mcm dh lama kenal kau..
good luck lynda dlm apa juga kau lakukan.may god blees u..

Nadya Zahid says:
at: 6 July 2015 at 15:16 said...

Hye Lynda :)
Same goes to me :)
I pon mtk maaf if ade ckp ket belakang or kutuk2 kat belakang selama ni...
i rase kite smua pon dah besar...i pon dh jarang gile hapdet blog dah..bz gile...
all the best in everything you do :) take care!

Stalking Me!

Kamsahameeda!

Spread the love

"Spread love everywhere you go: first of all in your own house. Give love to your children, to your wife or husband, to a next door neighbour... Let no one ever come to you without leaving better and happier. Be the living expression of God's kindness; kindness in your face, kindness in your eyes, kindness in your smile, kindness in your warm greeting."

by Mother Theresa

RH Pre-Wedding

RH Pre-Wedding
We enjoyed the moment! Just smile and the pictures will be awesome!

RH Engagement

RH Engagement
It was in year 2009. A small celebration between two families :)

RH Wedding

RH Wedding
Our experience working independently for the big day which fell on a very auspicious date, 1.1.11 *smile*

RH Saranghae

RH Saranghae
A story of our humble abode.

RH Travelogue

RH Travelogue
“Traveling – it leaves you speechless, then turns you into a storyteller.” – Ibn Battuta

Tabung Gajah

Inspirations

Buddies

They blog on weddings

They call me, Lunda.

The Writer

My Photo
hazlynda kushairi
Nama pendek, Lynda ;)
View my complete profile

Alhamdulillah

Alhamdulillah
Terima kasih, 4Weddingku!

RH Journey

Daisypath Anniversary tickers

February 2016

February 2016
We are featured in Impiana February 2016

June 2011

June 2011
We are featured in Pengantin June 2011

May 2011

May 2011
We are featured in Pengantin May 2011

April 2011

April 2011
We are featured in Pengantin April 2011

March 2011

March 2011
We are featured in Pengantin March 2011