Search

.

Content

Tentang blog

Ini adalah blog peribadi saya. Segala pendapat yang dinyatakan adalah idea dan rekaan saya sendiri. Jangan menganggap bahawa anda mengenali saya kerana anda membaca blog ini secara kebetulan. Diharapkan anda menghormati sy dan tidak menjadi penyiasat psiko. Semua pandangan atau pendapat yang ditulis dalam blog ini adalah peribadi dan milik sy sepenuhnya. Sy berhak mengawasi agar menghormati sensitiviti, agama dan politik.

Terima kasih,
Hazlynda Kushairi


#Chanteks

Friday, 22 May 2015

#RHsaranghae : Kitchen Cabinet (Details)

Assalammualaikum :)

Hahaha aku baru perasan, tajuk selama ni poyo je in english, end up tulis caca marba, english boleh, malay boleh, korean pun ade hahaha lantaklah. Blog aku. Hahaha semalam sempat tukar header picture baru, nampak tak semangat di situ? Dah, jom sambung cerita semalam yang aku dah janjikan. Lepas ni, tak berani nak janji sebab cuti 2 minggu dah tamat haha jap lagi ada appointment dengan pakar, moga-moga aku boleh jadi lebih kuat dari sebelum ni. Isnin dah naik sekolah selepas 14 hari cuti panjang. Hurm..... Takut blog ni terbengkalai lagi unless aku rajin utk schedulekan entri-entri akan datang hahaha

Okay! Hari ni aku janji nak tunjuk details kitchen cabinet aku, all this while dekat instagram aku upload gambar tapi tak sedetail yang akan aku tunjukkan. Tujuan aku hanya untuk share idea yang aku ada, bukan untuk menunjuk atau dalam perkataan kasor - berlagak dengan dapur sendiri haha Sebab aku memang suka bab deko-deko walaupun aku tahu tahap kemampuan kami suami isteri dan tidak setanding dengan hiasan di majalah.

Sekadar berkongsi ok? Intro picture :)



Bawah ni gambar aku tunjukkan L shape kitchen cabinet dan juga island melekat ke dinding aku. Kalau korang perasan, kitchen cabinet aku semuanya jenis bukaan, takde drawers. Sbb aku rase drawers boleh apply kat tepi island melekat tu. Memula memang plan island tu tengah² tapi sebab penuh keyakinan dapur extend tu besar (padahal sekangkang kera je) so island tu kite lekatkan pada dinding, ambil sikit bahagian dapur, sikit lagi bahagian dining (yang luaslah sgt hahaha) So, dari island ke dinding pintu kosong, aku berhajat nak buat drawers kat situ. L shape biarlah para letak barang. Harap mencukupi. Takde space, kite buat pre-loved items hahaha $$$ Instead of having drawers yang biasa dibuat pada kitchen cabinet, I came out the idea of having pigeon holes. Impian nak pigeon holes macam kedai ubat sen sei dulu-dulu. Huh? Tak tahu? Ok-ok tengok bawah meh.





Ok, kite start dengan details tak bape detail la kan, dengan L shape kitchen cabinet. Masa awal untuk susun atur kitchen cabinet, yang aku tahu, sinki kat island. Jadi kalau sinki kat island, antara sinki dengan refrigerator and hob kene dalam bentuk segi tiga, faham tak? Hahaha aku harap korang faham. Tiga benda penting untuk penyediaan makanan atau ape sekali pun, bagi aku, tiga benda (refrigerator, sink and hob) ni penting dalam kedudukan segi tiga. Bukan ape, memudahkan kerja di dapur untuk pemalas macam aku hahaha

Ok dah. Jom start.

Gambar 1
Bila masuk je bahagian dapur, sinki sebelah kanan, refrigerator sebelah kiri. Abaikan magnet yang melekat tu. Ala, aku tahu korang nak cakap ape, even gambar magnet aku tu la yg jadi viral kt fb tentang salah satu punca cancer adalah dari magnet yg lekat kat fridge. Aku sendiri dapatkan kepastian dari doktor, memanglah takde bukti ape die cakap tapi verbally die ckp "..... unless kau letak refrigerator kau bertentangan dengan sinaran matahari yang boleh masuk direct dalam rumah kau, mungkin magnet tu beri kesan pada makanan yang disimpan" Itu kata dia. Wallahualam. Aku tetap biarkan magnet tu kat situ. Dekat situ jugak aku letak microwave and oven. Mulanya nak beli microwave built-in tapi rezeki Bonda pencen dulu dapat microwave tu, maka taknak membazir, rezeki jangan ditolak kan?



Gambar 2
Ngam-ngam di sudut tepi L shape tu memang aku dah buat saluran air keluar dan masuk untuk mesin coway ni. Belakang mesin ade 3 plug points kalau kononnya nak gune utk blender ke pembakar roti ke dan lain-lain tapi tak pernah pakai lagi haha selain untuk mesin coway tu sahaja. Huh? Mana aku letak rice cooker semua? Aku memang jenis taknak display, kalau boleh semua aku nak simpan kat dalam dan tersorok, biarlah penat nak kuar masuk, janji tak sakit mata. Nanti aku bagitahu mane tempat simpanan ok? 



Gambar 3
Bahagian ni, adalah kesudahan L shape. Konon lagi kan, konon dulu nak buat laundry room. Aku jatuh cinta tengok laundry room dekat pinterest. Bagai nak rak aku save semua gambar, in the end macam tak sesuai dan takde tempat aku nak buat bilik cinonet laundry aku, maka aku stack up washer and dryer aku di penghujung kitchen cabinet. Cabinet bahagian atas tu adalah untuk simpanan bahan-bahan laundry. Senang, satu bahagian untuk tu je. Gambar? Nanti eh aku update haha lupa nak ambil gambar. Maafkanlah.



Gambar 4
Haaaaa perasan eh balang besar kat hujung sebelah dengan dryer tu? Cubalah teka apa kat dalam. Hahhh!! Pemalas eh nak fikir. Aku letak beras, senang cerita haha nak lak duk berdua, beras paling banyak aku beli pun beras 5kg, memang muat sgt dalam balang tu. Bukan sahaja untuk hiasan, malah ade kegunaannya kan? Mana aku beli? Kalau korang perasan atau pernah lalu area bandar sri damansara, ada kedai pasu kat tepi jalan, jauh kau jah import dr KL ke JB sbb sane murah dan puas hati harganya. Tak salah aku, RM48 tapi sebab bentuknya unik, aku grab tanpa fikir panjang.



Gambar 5
Kalau korang perasan, aku pernah upload gambar pasu cinonet ni kat rumah Setia Tropika dulu. Di mana aku beli meja, tempat hiasan pokok ni dan pokok-pokok cinonet dekat SSF Plentong. Memandangkan meja tu aku buat meja CBL haha, hiasan tu pindah masuk master bedroom maka yang cinonet ni kite hias dekat tingkap, atleast ade hijauan kan?




Ok, ni bab yang paling aku suka...........

PIGEON HOLES IN MY HUMBLE ABODE.




What is on the pigeon holes?
Ok, di tempat yang sama dengan perisian beras tu, aku terjumpa chinese oriental container yang sangat menarik hati. Aku beli 4, tak salah aku, RM5.90 each hahaha murah kan? Terus terang aku cakap, rumah aku takde ape benda yang mahal. Cuma kena bijak cari dan berbelanja. Disebabkan aku hanya tahu tempat murah kat KL, tidak di JB, setiap kali balik KL naik kereta, mesti nak tapau bawak balik JB. Nak tahu ape di dalam bekas ni? Ok, next picture please.
  

Are you readdy?
Taraaaaaaaaaaaaaaaa...........
Ada 4 bekas tapi aku isi yang mana aku selalu guna je haha sebab yang lain ada dalam cabinet bawah hob. So, dalam bekas ada
1) garam
2) serbuk kunyit
3) serbuk kurma
4) rempah empat beradik


Korang mesti nak tahu dalam pigeon holes yang kecil ruangnya apa je benda yang boleh aku masukkan? Ok, ini trick dia..........



Yes............!!! Pigeon holes ada 4 level. Level pertama dan kedua aku buat single opening, maknanya setiap kotak tu memang boleh guna pakai. Level ketiga dan keempat, walapun depan tunjuk satu-satu tapi sebanarnya dua kotak tu satu bukaan. Faham tak? Aku kalau nak explain dengan jari memang tak berapa pandai, tengok gambar atas ok? Jadi, ini sahaja drawers yang aku ada dalam dapur aku. 

Bermacam benda aku isi dalam pigeon holes sampai ade beberapa kotak yang kosong sbb tak tahu nak letak apa. Aku rasa, hanya aku yang hafal setiap kotak ada apa. For example hari tu Bonda datang cari sudu, siap cakap "You ambil dalam first box on the top right" hahaha tu utensils harian, kotak berikutnya untuk set 4 orang dan seterusnya untuk set 6 orang dan 8 orang hahaha beriya kan? Padahal hadiah kahwin tahun 2011 dulu baru buka hahaha alhamdulillah rezeki orang bagi, kita gunakan.


Okay, for now, ini je details yang aku boleh share tentang dapur, the rest dalam cabinet susun atur dan apa yang ada, in shaa Allah akan dibawa ke minggu hadapan kalau aku rajin schedulekan entri aku. Doakanlah aku diberhentikan kerja hahaha boleh mengadap blog hari².

Salam Jumaat penuh barakah untuk semua :)

Ingat tau, aku hanya berkongsi idea dekorasi dalaman rumah.

15 komentar:

atiqah mutaza says:
at: 22 May 2015 at 10:28 said...

nanges tengok dapur u sis..harap 1 day ada rezki buatsaya untuk dapar rumah hebat macam sis

Dyedo Iqmal Jihaan says:
at: 22 May 2015 at 10:37 said...

Thanks for sharing babe. Please share more the details. hehe...i baru nak pindah my own house. so excited especially the kitchen part :)

daisy says:
at: 22 May 2015 at 11:07 said...

i like the idea of pigeon holes..

Aty_Fared says:
at: 22 May 2015 at 12:54 said...

cantik giler u punya dapur..!!!!! cantik kc u.. cantik sangat2.. sukaaaaaaa.....macam umah omputeh sangat tau...:)

hazlynda kushairi says:
at: 22 May 2015 at 13:30 said...

Atiqah Mutaza, amin... In shaa Allah rezeki awak ada, Allah tahu bila waktu terbaik utk awak sekeluarga.... Akak doakan k.

hazlynda kushairi says:
at: 22 May 2015 at 13:32 said...

Hehe in shaa Allah Dyedo, congrats! Dah pindah masuk rumah, start pinning k babe :)

hazlynda kushairi says:
at: 22 May 2015 at 13:32 said...

Hi Daisy, I hope the idea will help you in future :)

hazlynda kushairi says:
at: 22 May 2015 at 13:33 said...

Alhamdulillah. Thank you Aty! Awak pun pandai hias rumah, pasti cantik dapuq u nanti :)

mimie says:
at: 23 May 2015 at 21:52 said...

tetibe rs nk renovate dapur umah sebiji2 mcm dapur kak lynda....

Nor Arinee Mat Saaud says:
at: 25 May 2015 at 09:36 said...

salam ,
ur pigeon holes idea tu mmg esom okey.
tak pernah i tgk lagi org buat cmtu.
they are really2 very2 nice okey.

also like your oriental deco!!

tiramisu says:
at: 25 May 2015 at 12:25 said...

canteknyeeee......

Anis aka Mama Mila says:
at: 25 May 2015 at 12:40 said...

i love love love your kitchen especially the pigeon holes ideas. My house dapur kecil sgt2...nak extend tapi not in the near future...tgh cari idea. keep on writing about this ya...suka.

dulu avid reader ur wedding preps...skrg your house make over pula.

nurul harnani says:
at: 26 May 2015 at 17:41 said...

hi dear. selama ni i stalk IG u. fuhhh u boleh jadi interior designer la. mesti tenang duduk dlm umah. best best :)

salam perkenalan

Umie Aisya says:
at: 28 May 2015 at 22:15 said...

Ah love ur kitchen. Mmg idaman tp x mampu nk buat cmni.

AinulMalik says:
at: 31 May 2015 at 23:39 said...

Cantik sangat ni! jadi sumber inspirasi saya, terima kasih, ya :)

Stalking Me!

Kamsahameeda!

Spread the love

"Spread love everywhere you go: first of all in your own house. Give love to your children, to your wife or husband, to a next door neighbour... Let no one ever come to you without leaving better and happier. Be the living expression of God's kindness; kindness in your face, kindness in your eyes, kindness in your smile, kindness in your warm greeting."

by Mother Theresa

RH Pre-Wedding

RH Pre-Wedding
We enjoyed the moment! Just smile and the pictures will be awesome!

RH Engagement

RH Engagement
It was in year 2009. A small celebration between two families :)

RH Wedding

RH Wedding
Our experience working independently for the big day which fell on a very auspicious date, 1.1.11 *smile*

RH Saranghae

RH Saranghae
A story of our humble abode.

RH Travelogue

RH Travelogue
“Traveling – it leaves you speechless, then turns you into a storyteller.” – Ibn Battuta

Tabung Gajah

Inspirations

Buddies

They blog on weddings

They call me, Lunda.

The Writer

My Photo
hazlynda kushairi
Nama pendek, Lynda ;)
View my complete profile

Alhamdulillah

Alhamdulillah
Terima kasih, 4Weddingku!

RH Journey

Daisypath Anniversary tickers

February 2016

February 2016
We are featured in Impiana February 2016

June 2011

June 2011
We are featured in Pengantin June 2011

May 2011

May 2011
We are featured in Pengantin May 2011

April 2011

April 2011
We are featured in Pengantin April 2011

March 2011

March 2011
We are featured in Pengantin March 2011