Search

.

Content

Tentang blog

Ini adalah blog peribadi saya. Segala pendapat yang dinyatakan adalah idea dan rekaan saya sendiri. Jangan menganggap bahawa anda mengenali saya kerana anda membaca blog ini secara kebetulan. Diharapkan anda menghormati sy dan tidak menjadi penyiasat psiko. Semua pandangan atau pendapat yang ditulis dalam blog ini adalah peribadi dan milik sy sepenuhnya. Sy berhak mengawasi agar menghormati sensitiviti, agama dan politik.

Terima kasih,
Hazlynda Kushairi


#Chanteks

Thursday, 21 May 2015

#RHsaranghae : Kitchen Cabinet (Faults)

Assalammualaikum :)

Ok, simptom malas melanda kembali. Aku bukannya malas ape, malas nak cari gambar. Sebab gambar semua from the phone then aku transfer gitu je, ntah folder mana aku letak, melambatkan dan memalaskan aku untuk update blog hahaha

Hari ini entri yang paling ringkas, aku janji tak berjela tapi hati membuak nak cerita tentang kc pertama yang kami deal dulu masa di Home Fair Persada Johor. Lembut lidah berbicara kesudahan macam lidah belit kau jugak! hah tengok, belum start dah nak marah. Sabaq!

Ok.

Kesinambungan dari entri kelmarin, #RHsaranghae : Kitchen Extension, hari ini nak masuk cerita tentang top, flooring and kitchen cabinet. Ok, aku mulakan dengan pemilihan top and flooring dapur kami. Untuk wall tiles, aku nak cari something like the picture below tapi kat tempat yang contractor ambil sample tu takde. Aku suke ala-ala brick style tapi in white. Check out gambar bawah ni,


Picture taken from : http://www.wflsjn.com

Unfortunately, rezeki kami nak dapatkan tiles macam tu di dalam kiraan budget contractor beri dalam quotation, maka, kami memilih ala bricks tapi cream colour, bukan shinning white yang macam aku nak sangat tu. It's ok, yang ni pun ok ape! hahaha sedapkan hati :)


At first, we wanted to consider terracotta for kitchen flooring. Sebab masa google dulu aku rasa mcm sangat menarik perhatian, nak lak when you have your kitchen cabinet in white. Kononnya lah! Tapi hampa lagi. BMS mall yang ada segala macam jubin tu tak ada stock untuk terracotta jenis lama. All they have is printed terracotta, yg jenis kilat n shine mcm tiles. Ok, sangat tak cool.


Picture taken from : http://st.houzz.com

In the end, we chose black flooring to match with the black granite. Konon lagi, nak grey tapi grey macam tak naik sangat dgn white, so lastly we decided on this tile, black dot-dot aku namakan.



Alhamdulillah, wall tiles dah ada, table top dah pasang, flooring pun dah siap! Maaf le, memang yang ada cuma peti ais haha more over masa ni takleh nak letak ape pun since the cabinet tak siap lagi bila kami masuk. How long you want us to extend the renovation work kan? Memang aku push macam gila sampai contractor dgn aku tak baik dan ada aku peduli. All i want is the money we paid is what we ask for. Cut cerita pasal contractor sbb aku tak berminat nak cerita dan ambil tahu haha taik.





Okay, let's move to the kitchen cabinet story.

We came across this company who made kitchen cabinet using nyatoh. Memang aku bagitahu husben, kitchen cabinet kalau boleh nak nyatoh sbb all this while, rumah kat KL pun guna nyatoh and alhamdulillah masih elok dan kukuh. So, aku decided nak nyatoh juga. Memang susah nak cari yang masih produce nyatoh for kitchen cabinet. After all, time tu memang tak terer lagi nak survey kemana² so dah jumpa dekat Home Fair Persada Johor, kita grab je lah!

Bila dah grab................................................................

Dorang pun datang ukur bagai nak rak, ada gaya macam professional rupanya profesiotal, maafkan lah perasaan marah tu tetap ada, sudahlah bulan puasa pun tak dapat buat ape, asyik bungkus takpun buka luar, fuhhhhh memang sebulan tu makan je RM400. Ok chill lynda chill. Datang ukur berkali, inikan pulak datang pasang, berkali kali sangat. Ok, let the picture show you the prove.


Ok, gambar bawah ni kononnya dah siap. Memang dari awal aku dah bilang yang kabinet L shape tapi tak bercantum. Kalau ikut dalam drawing, pintu dan size cabinet bahagian atas antara hood tu memang sama, tapi kesudahannya? Kau datanglah 60x pun tetap sama. Belah kiri sepatutnya 3 pintu sahaja. Bermurah hati bagi aku extra satu pastu takleh bukak. Bodoh seh.

Ok, dalam gambar yang sama, pintu kabinet bahagian bawah sepatutnya ukuran pintu sama dgn yg atas, terang-terangan  dalam drawing kau pun aku budak art pandai baca, inikan husben aku! Sepatutnya ada 9 pintu yang sama size dengan yang bawah tapi diberi 7 pintu gedang-gedang besar. Kesudahan yang hujung kiri tu takleh bukak. Ape kekdah kau cuba buktikan pada aku ni?



Ececececehhhh kononnya ditukarkan pintu yang tak boleh bukak tu dengan pintu yang berganda gedangnye. Subhanallah............... Sungguh!! Hilang tahap kesabaran aku. Takkan aku nak biarkan. The person incharge, this lady bagi aku 2 options yang memang sah-sah aku takkan bayar extra sen pada kau. Satu, dia akan buat kerja belakang, siapkan jugak 9 pintu tu and I dont have to pay her, she will pay to the carpenter which is slightly cheaper than the company billed to me. Option kedua, dia bagi duit dia, company dah bill pada aku, which is lagi mahal la. Aku? Memang takkan keluarkan duit. Aku buat ape? Aku pergi ke hak pengguna kat Menara Ansar, minta pendapat. Balik rumah, kami bincang, biarkan die tukar pintu yg kononnya die buat kerja belakang, pendek kata yang murah sikit harganya tapi kualiti dan jenis pintu yang sama. Kalau tak ok atau tak sama, baru kite buat report.



Dan paling aku tak gemar, rupanya cabinet bawah takde ape, kosong macam ni. dan para mudah alih tu pun tak sama size dan kesudahannya dia biar je macam tu! Aku memang tak bayar balance kau. Macam ni rupa kau bagi aku. Aku nak buat report tapi Bonda tak bagi. Biar org buat kite, jangan kite buat org, fikirkan CBL, aku terus tak buat report. Ape aku buat seterusnya?


At last, aku ambil khidmat Abg Fuad, orang yang siapkan kitchen cabinet cousin aku. At first cousin aku pun ambil dr tmpt yg sama tapi daripada die rugi beribu baik dia rugi deposit dan proceed dengan orang yang lebih bertanggungjawab. Lepas tengok hasil kerja Abg Fuad di rumah cousin aku, aku pun minta dia buatkan semula kabinet di bahagian bawah kedua-duanya termasuk island melekat dinding aku tu. Memang puas hati. Berbaloi dengan harga yang jauh lebih murah dan kualiti kerja yang jauhhhhhhhhhhhhhhhhhhh lebih bagus daripada orang yang cakap tak serupa bikin!


Alhamdulillah, finally, bahagian dalam ada para utuk simpanan barang yang lebih teratur. Aku memang berterima kasih pada cousin aku sebab kenalkan pada Abg Fuad ni. Dan lebih terhutang budi dengan Abg Fuad ni yang sanggup menghabiskan sisa kerja taik yang ditinggalkan sebelumnya. Eii memang taik la. Geram!!!



Kan aku dah cakap, hari ni entri pendek je. Esok aku update details on the kitchen cabinet dan hiasan di dapur. Ada yang sudi tunggu entri esok?


8 komentar:

Qistin Fadzin says:
at: 21 May 2015 at 14:23 said...

Thanks for sharing Lynda!!

Taste kitchen kita almost sama! :D
I'm going for subway tiles too (white bricks putih for backsplash) and white nyatoh cabinet (but going for shaker style). Lantai je lain :)

elle's laaa~ says:
at: 21 May 2015 at 16:14 said...

cantikkknye dapo hakakkk...

cikpuanputeri says:
at: 21 May 2015 at 16:48 said...

tengah-tengah pantang ni memang syiok blok walking, update lagi pleasee...

hazlynda kushairi says:
at: 22 May 2015 at 09:47 said...

My pleasure Qistin!
Update on your kitchen too eh.
I loveeeeeeeee seeing people's interior ideas :)

hazlynda kushairi says:
at: 22 May 2015 at 09:48 said...

Terima kasih Elle :)

hazlynda kushairi says:
at: 22 May 2015 at 09:49 said...

Eh, puteri pantang anak kedua eh? Hehe congrats Puteri! Bestnye dah dua org dah. In shaa Allah lynda cube rajinkan diri untuk update eh :)

Miss N says:
at: 28 May 2015 at 23:14 said...

Part pintu tak sama size tu x leh blah betul. Pelik diorg ni buat keje asal boleh jer. Tp yg part kabinet bwh tu mmg mostly kosong gitu. Susah kan deal ngn company 'default' mcm ni.. nk ikut design diorg je. Langsung x fikir logic, pintu tu leh buka ke tak. Sama mcm design dapur i. Da setahun siap, bru now nk menyesal. Eee..geram betul.

MissStrawberry hana says:
at: 18 September 2015 at 12:59 said...

Lynda... saya pun menghadapi yg sama kitchen cabinet saya sampai sekrg x siap... boleh x bagi contact no ABg.Fuad

Stalking Me!

Kamsahameeda!

Spread the love

"Spread love everywhere you go: first of all in your own house. Give love to your children, to your wife or husband, to a next door neighbour... Let no one ever come to you without leaving better and happier. Be the living expression of God's kindness; kindness in your face, kindness in your eyes, kindness in your smile, kindness in your warm greeting."

by Mother Theresa

RH Pre-Wedding

RH Pre-Wedding
We enjoyed the moment! Just smile and the pictures will be awesome!

RH Engagement

RH Engagement
It was in year 2009. A small celebration between two families :)

RH Wedding

RH Wedding
Our experience working independently for the big day which fell on a very auspicious date, 1.1.11 *smile*

RH Saranghae

RH Saranghae
A story of our humble abode.

RH Travelogue

RH Travelogue
“Traveling – it leaves you speechless, then turns you into a storyteller.” – Ibn Battuta

Tabung Gajah

Inspirations

Buddies

They blog on weddings

They call me, Lunda.

The Writer

My Photo
hazlynda kushairi
Nama pendek, Lynda ;)
View my complete profile

Alhamdulillah

Alhamdulillah
Terima kasih, 4Weddingku!

RH Journey

Daisypath Anniversary tickers

February 2016

February 2016
We are featured in Impiana February 2016

June 2011

June 2011
We are featured in Pengantin June 2011

May 2011

May 2011
We are featured in Pengantin May 2011

April 2011

April 2011
We are featured in Pengantin April 2011

March 2011

March 2011
We are featured in Pengantin March 2011