Search

.

Content

Tentang blog

Ini adalah blog peribadi saya. Segala pendapat yang dinyatakan adalah idea dan rekaan saya sendiri. Jangan menganggap bahawa anda mengenali saya kerana anda membaca blog ini secara kebetulan. Diharapkan anda menghormati sy dan tidak menjadi penyiasat psiko. Semua pandangan atau pendapat yang ditulis dalam blog ini adalah peribadi dan milik sy sepenuhnya. Sy berhak mengawasi agar menghormati sensitiviti, agama dan politik.

Terima kasih,
Hazlynda Kushairi


#Chanteks

Tuesday, 19 May 2015

#RHsaranghae : Kitchen Extension

Assalammualaikum :)

Hahaha kemain gian lak pulak nak update blog. Gigih buat logo #rhsaranghae, cari n edit gambor, aku ni dah kenapa? Ok, cerita pasal hashtag dulu boleh? RH = Razmie Hazlynda (ala budget sweet!) Saranghae = 사랑해 (I Love You) Hahaha Kononnya nak letak sarang (nest) tapi sebab masa tu gila sangat tengok cerita korea, letak je saranghae. Last-last hashtag tu melekat pada mulut kawan-kawan "Alaaa nak singgah rhsaranghae kau" So, kita biarkan saja.

Ok intro.

Kita mulakan bahagian extension yang paling aku ambil tahu which is the kitchen. Dapur memang aku suka ambil tahu tapi masaknya taklah sehebat mane. Gambar bawah ni adalah gambar dapur yang asal. Hanya satu lorong untuk masak, depan singki ada tingkap. Tingkap style macam tu memang aku suka. Rendah, bukaan tolak ke depan. Budget sgt nih. Disebabkan ini cluster house, jadi bontot dengan jiran belakang bercantum, dan adalah tanah sikit di bahagian tepi rumah. Jadi, bahagian belakang, sama besar lorongnya dengan dapur, then grill. Siap!




Alhamdulillah, berbekalkan tanah seciput kat tepi rumah, kami memang dah ada niat nak extendkan dapur, existing dapur kita buat dining. Jadi, lepas dah closed deal dengan kontraktor, lepas CNY tahun lepas, pemecahan dan sistem peparitan dimulakan. Site visit aku memang takyah cerita, kalau siapa yang ada dalam list instagram aku mesti boring asyik nak upload gambar kat site hahaha over betul setiap kali lepas sekolah mesti nak jenguk, atleast dua tiga kali dalam seminggu, setiap ahad site visit dgn husben. Permulaan yang agak slow sikit sebab nak tunggu api air masuk.




Lama-kelamaan baru nampak tanah dah diratakan, rumput dah takde, pasir dah cover dan batu naik. Bila barang ada, memang cepat dorang buat kerja, mungkin awal-awal ni kan? Bersangka baik. Alhamdulillah cuaca waktu tu panas berpanjangan, jadi konkrit, beam tiang tu cepat kering. Maafkan je la aku ni, istilah arkitek ni tak tahu pakai, tapi kalau principle and element of arts, aku tiptop! Haish, aku memang tak sabar....




Yes..................!! Aku paling tak sabar nak tengok struktur bentuk tingkap rendang kat dapur rekaan alam fantasi aku sendiri. Bab dapur memang husben serahkan pada aku, hahaha macam wife dia spend all her time kat dapur haha nak kata baking - hancur, nak kata masak - asal boleh. Akhirnya, dapur dah siap! Bukan siap sepenuhnya, hanya dinding dan bentuk dah ada. Eh, makin tak sabar nak tunggu siap.







With the contractor, kami minta sekali dengan table top, hanya kitchen cabinet kami outsource cari luar. Masa ni, dengan pertolongan abg sepupu siapkan autocad kitchen, memudahkan segala urusan. Dapur aku, simple and direct - L shape kitchen cabinet with island sink tapi tak island sangat sbb space tak berapa nak izinkan, we relocate the island to the wall - our second option. Tu lah, budget dapur extend besar nau!





Sinki memang dah beli awal, disebabkan table top nak granite, dan kebetulan masa jalan cari sinki, kami terjumpa sinki granite, jadi, nak sedikit kelainan dan harga lebih kurang macam stainless steel sink, we go for granite sink! Sinki pun dah test masuk, akhirnya table top granite pun dipasang. We go for black, black top and black sink. Granite.




And finally, dapur dah settle! Settle bahagian dalam, table top, flooring and top. Tinggal tunggu tingkap dan pintu. By the way, wayar yang terjuloq keluaq tu untuk aircond, we did the concealed earlier. Aku ni sebolehnya nak semua benda tutup, taknak casing. Budget perfectionist sikit! So, sekarang kita tunggu pintu dan tingkap dapur sahaja. By time, workers settlekan bahagian dalam, paling utama tangga auratku :)




Nak tengok tingkap rendang aku? Memang ini yang aku mahukan, alhamdulillah dapat dilaksanakan. Memang jenuhlah nak ngelap sbb dekat dengan hob. Tapi sebab nak cantik dimata aku, aku relakan diri utk rajin ngelap selepas masak. Alah, masak pun seminggu dua tiga kali hahaha :)


Esok, in shaa Allah kalau masih bercuti, berehat dan berpantang makan, aku akan update tentang kitchen eh? Ehhhh...... sabor! Satu-satu la ye? Kite habiskan bab kitchen dulu.

Thank you sebab sudi jenguk dan baca blog ni lagi. Signing off!

4 komentar:

sue sue says:
at: 19 May 2015 at 15:51 said...

So cantik....
Best kalau dapat ruang dapur yang luas...bole berlari2..hihi..


Nak free vitamin tak?
Jemput singgah ke blog saya:
http://blogmummyrifqiy.blogspot.com/2015/05/free-vitalea-untuk-ahli-baru-shaklee.html

misz sheyla says:
at: 20 May 2015 at 10:50 said...

seronoknyeeeee... part yang paling suka dalam rumah ialah dapur yang cantik mcm dlm tv...bila nak dpt ntah

hazlynda kushairi says:
at: 22 May 2015 at 09:50 said...

Sue Sue, dapur kite kecik je, takleh sehati berdansa hehe realitinya, tak besar mane pun bile kabinet dah masuk :)

hazlynda kushairi says:
at: 22 May 2015 at 09:51 said...

Misz Sheyla, thank you sudi baca blog ni. In shaa Allah ada rezeki awk nanti eh. Tapi dapur kite tak sehebat dalam tv hehe

Stalking Me!

Kamsahameeda!

Spread the love

"Spread love everywhere you go: first of all in your own house. Give love to your children, to your wife or husband, to a next door neighbour... Let no one ever come to you without leaving better and happier. Be the living expression of God's kindness; kindness in your face, kindness in your eyes, kindness in your smile, kindness in your warm greeting."

by Mother Theresa

RH Pre-Wedding

RH Pre-Wedding
We enjoyed the moment! Just smile and the pictures will be awesome!

RH Engagement

RH Engagement
It was in year 2009. A small celebration between two families :)

RH Wedding

RH Wedding
Our experience working independently for the big day which fell on a very auspicious date, 1.1.11 *smile*

RH Saranghae

RH Saranghae
A story of our humble abode.

RH Travelogue

RH Travelogue
“Traveling – it leaves you speechless, then turns you into a storyteller.” – Ibn Battuta

Tabung Gajah

Inspirations

Buddies

They blog on weddings

They call me, Lunda.

The Writer

My Photo
hazlynda kushairi
Nama pendek, Lynda ;)
View my complete profile

Alhamdulillah

Alhamdulillah
Terima kasih, 4Weddingku!

RH Journey

Daisypath Anniversary tickers

February 2016

February 2016
We are featured in Impiana February 2016

June 2011

June 2011
We are featured in Pengantin June 2011

May 2011

May 2011
We are featured in Pengantin May 2011

April 2011

April 2011
We are featured in Pengantin April 2011

March 2011

March 2011
We are featured in Pengantin March 2011