Search

.

Content

Tentang blog

Ini adalah blog peribadi saya. Segala pendapat yang dinyatakan adalah idea dan rekaan saya sendiri. Jangan menganggap bahawa anda mengenali saya kerana anda membaca blog ini secara kebetulan. Diharapkan anda menghormati sy dan tidak menjadi penyiasat psiko. Semua pandangan atau pendapat yang ditulis dalam blog ini adalah peribadi dan milik sy sepenuhnya. Sy berhak mengawasi agar menghormati sensitiviti, agama dan politik.

Terima kasih,
Hazlynda Kushairi


#Chanteks

Monday, 18 May 2015

#RHsaranghae : Rezeki Rumah

Assalammualaikum :)

Hahaha kalau entri sebelum ni aku gelak sebab 3  bulan tak update, kali ni aku gelak panjang sebab 11 bulan tak update. Serious, aku rindu nak menulis blog, aku rindu nak blog walking dan sebagainya tapi aku tak punya banyak masa. Hahaha tah-tah sekarang pun takde orang nak bace blog aku! Bersawang gile. Eh, tapi hari ni macam banyak pulak masa aku siap bangun pagi selesai semua, aku tekad nak update blog. Sejak dua menjak keluar masuk wad, aku boring, aku buat kerja CBL, boring dah siap, tetiba teringat blog sendiri hahaha habis aku bace blog sendiri dr zaman paling awesome, wedding preparations.

Budget sikit aku ni. Budget hebak! Pedulik.

Memandangkan hampir genap setahun kami pindah ke rumah sendiri, jadi aku plan untuk ceritakan perjalanan rezeki kami untuk dapatkan rumah ini dari tahun 2012 hingga ke 2015. Eceh! Kan aku dah kata, aku suka budget hebak. 

Honestly, aku pun taktau kenapa aku pilih JB. Gila kau, 27 tahun hidup kat KL, tetibe kene relakan diri berhijrah ke tempat lain. Masa awal dulu, masing-masing (aku dan husben) taknak mengalah. Mane tidaknye! Aku memang dah selesa sedap kerja 4 tahun dgn UTAR, manakala husben lak dah selesa kerja kat SG 5 tahun. At last, iyalah, aku nak bau syurga maka aku pilih untuk pindah JB. Adui...!! JB!!

Dulu, sekitar tahun 2012, aku belum pindah JB lagi tapi salah sorang duk ulang alik KL-JB. Masa aku turun JB, kami jalan-jalan kat Angsana Mall, mak aku mmg suka ke sana untuk beli kerepek dan segala jajan yang ada kat ground floor depan entrance (ok, sekarang aku dah hafal location JB!) Jadi, masa kat Angsana, kami tertarik dgn booth jual rumah, dia tulis situ "Viscaria Cluster, Taman Pulai Indah" hahhhhh ambil pamphlet, berlagak pulak tu tak stop, ambil je lebih tapi kali ni aku tak buang sbb pamphlet die mcm booklet hahaha keras! Balik rumah cousin, hehe baru baca, bila baca nampak "Eh, murah le daripada KL! Besar pulak tu bukaan dia!" Ok, tu bukan dialog aku, dialog husben hahaha sbb bukaan ke tutupan ke, aku budak art mane nak faham.

So, the next day sebelum balik KL, kiteorg cadang nak tgk showroom. Ohhh.... time ni Pulai tu kat mana pun aku tak tahu! Tapi yg aku tahu, dekat dgn Tol Skudai hahaha sebab lepas tu aku terus blk KL. Balik KL, aku sediakan documentations husben, husben kata ok sgt rumah tu, kite try je loan dulu k. Dup dap dup dap, dah le time tu dah plan nak pindah ke JB, mmg rumah takde bayang lagi, tanah pun baru nak rata masa kiteorg tgk, rumah yg kami tgk tu phase 3. Sampai aku dah pindah JB, masa tu still under UTAR haha sebab tgh cuti sem kan, ALHAMDULILLAH loan lulus!

Perasaan?

Tak payah cerita la. JB pun JB la yang! Sementara tunggu rumah siap, dr KL aku pindah ke Setia Tropika. Huishhhhh area SP Setia tak payah cerita la awesome die macamana kan? Memang aku suke dan sangat selesa duduk kat Setia Tropika walaupun dapur die sempit doploh kali ganda koridor sekolah aku. Ingat tak entri ni? Ruang Santapan & Dapur? Fuhhh garaj lagi hebat daripada dapur. Tapi dari segi facilities, memang tip top! Dah la KDN depan tu je, tak heran kalau kene beratur awal hahaha Ok, enough cerita pasal Setia Tropika.

Dalam masa setahun tu, memang tak kisah nak tengok progression rumah sbb jalan pun takde, tanah pun baru rata, lalu tepi konon nak tengok pun tak nampak sbb ditutup zink! Bile dah setahun pindah JB, amek kau! Jauh tuh Pulai dengan bandar! Dulu tak kisah sangat kan, sekarang aku kisah. Yang paling pasti, rumah Pulai dekat dengan UTM hahaha selepas hampir dua tahun, tahun 2013 mulalah aku stalk rumah sendiri. Pulai umpama Puncak Alam ke Mutiara Damansara la kot. Aku selalu mengharap atau berangan bandar JB tu macam Mutiara Damansara hahaha nasib la nak! Masih bertanah merah, struktur rumah dah naik, agak cepat jugak rumah ni nak siap! Debaran kau, tabung gajah tak penuh lagi.







2013.

Setiap bulan mesti nak stalk rumah sendiri lepas tu mulalah episod ikat perut. Time ni kami dah start beli barang rumah. Nak beli sekaligus memang tak dapat lah, simpanan yg ada memang nak guna utk extend dapur rumah. Menipu la kalau aku cakap tak pinjam loan, yes, sebab dah tahu ape nak buat dengan rumah. Barang rumah pun ada dari peninggalan arwah Nenda dan Tokwan, ada jugak barang dr rumah Mama. Selebihnya pepandailah nak cari sendiri.

Duit renovation
Duit ni memang ada plus minus, tak pernahnya la ngam-ngam ikut quotation. Once dah buat loan 2 tahun sebelumnya, aku masukkan dalam asb, orang kata boleh beranak. Alhamdulillah, harap-harap cukup utk extend dapur idaman kalbu.

Duit rumah
Aku and husben memang selagi ada jalan, kami cuba redah, selagi boleh save, kite save! Duit rumah, alhamdulillah, sejak loan lulus, setiap 3-6 bulan kami tolak dari epf haha jadi duit yang nak bayar tu dam masuk asb, kasi ada cucu pulak. Kadang-kala aku rase macam lokek pun ade, kedekut pun ade hahaha asyik nak suh duit beranak je! Money minded time tu. Nak kata keluar honeymoon ke holiday ke, mmg taklah. Semuanya utk rumah.

Duit barang rumah
Soal barang rumah, kami tak beli sekaligus. Tak pernah ada simpanan utk beli barang rumah cuma..... Pergi ke kedai, harap kedai tu terima payment 2-3 kali then bile rumah siap, terus di hantar. Setiap bulan, kami allocate 1k dari gaji utk beli barang. So, katalah january kita cari downlights, chandeliers dan kipas, so kalau tak cukup budget bawaklah ke bulan depan. Beli items mcm ni takde ansuran maka kau bayar cash je la. Macam aku, kipas tak beli sekaligus. Dah la perlukan 8 kipas, mau pengsan. Setiap bulan beli 2 kekadang 1 kipas sebulan hahaha budget gile. Cuma kena pandai survey dan buat beza harga. Masa panjang lagi, boleh lah survey, dah dekat nak pakai barang, asal ade kedai tu depan mata. Macam katil, side tables barang utk bilik yang lain, honestly aku select design kemudian bayar 3x, hold barang kat kedai, rumah siap, hantar terus. Pandai-pandailah korang estimate timing, jgn la simpan kt kedai sampai setahun hahaha Banyak kedai dan tempat aku nak share jimatnya duit tapi nantilah eh? Berjela sgt dah ni.


Last visit selepas raya, rumah hampir siap, dah ada rupa, dah ada warna. Kalau orang nak kahwin makin berseri, aku makin pucat hahaha duit keluar macam air. Konon dah takyah nak stalk rumah sendiri sbb hujung tahun dah nak dapat kunci, kau cium lah dinding rumah tu puas-puas hahaha 







Alhamdulillah, pertengahan November 2013 kami dapat kunci. Masa dah dapat kunci, dah dapat contractor, mulalah list down apa nak buat dulu dan ape kemudian! Ngam-ngam lepas dividen asb 2014, start deposit dan kerja rutuhan bermula. Duit ciput tapi macam-macam nak buat,

- extend dapur
(paling aku kisah bahagian dining yg ciput dan dapur budget masak sedap tiap hari)
- patio ala kopitiam
- tangga tutup aurat
- pecah bilik tv
- tukar tiles
- wiring
(yang ini paling aku ambil kisah, sebab bagi aku lighting memainkan peranan penting)


Alhamdulillah, rezeki Allah tu luas. Mungkin belum rezeki aku untuk ada anak tapi aku percaya ketentuan Allah. Selebihnya, aku akan cerita esok lusa tulat selagi aku ada kat rumah hahaha Maklumlah, sejak keluar masuk ward ni, macam banyak sgt masa terluang hahaha

AKU PASTI UPDATE LAGI.
Itupun kalau ada yang membaca.

10 komentar:

paukacang says:
at: 18 May 2015 at 10:39 said...

aku tergelak besar part tangga tutup aurat..mohon pencerahan madada haha

hazlynda kushairi says:
at: 18 May 2015 at 10:52 said...

Pau, nanti aku update tangga tutup aurat aku. Tah, tetibe aku bagi nama tu.

FadMN says:
at: 18 May 2015 at 10:56 said...

nak tengok belah dalam pulak.update la,ada ja reader mcm i olls nak baca ni :).

FAD

pisangkunen says:
at: 18 May 2015 at 15:04 said...

Update lagi update lagi hehe. Ain suka tgk rumah kak lyndaa!

Aty_Fared says:
at: 18 May 2015 at 21:14 said...

heheh... macam i dulu decide nak duduk rawang.. dah biasa duk shah alam berzaman dari kecik..tetibe dok rawang..tapi lama2 ok jer.. tapi.. umah i ngan mutiara damansara dekat sikit lah.. hahaha..

hazlynda kushairi says:
at: 19 May 2015 at 11:39 said...

Fad, haha thank you sudi baca lagi. Ni takut angan taik ayam ni update, dah busy nanti, hilang balik........ hahaha

hazlynda kushairi says:
at: 19 May 2015 at 11:40 said...

Pisangkunen, hehe Ain, thank you sudi bace lagi :) in shaa Allah akak cuba update selalu hahah

hazlynda kushairi says:
at: 19 May 2015 at 11:41 said...

Aty Fared, eh eh.... rumah die cantik!!! I ok lagi kalau rawang sbb dalam Selangor/KL hahaha ni dah tukar negeri ni yg terpaksa berangan bandor tu mutiara damansara hahaha

Natrah Kamaruzaman says:
at: 21 May 2015 at 07:00 said...

uits..bila la blh dtg kesana...padahal sejemput je ngan office aku

Miss N says:
at: 28 May 2015 at 23:06 said...

Hihihihi..plss keep update lg. Lama sungguh tunggu update psl rhsaranghae ni. Nasib da follow ig siap2.

Stalking Me!

Kamsahameeda!

Spread the love

"Spread love everywhere you go: first of all in your own house. Give love to your children, to your wife or husband, to a next door neighbour... Let no one ever come to you without leaving better and happier. Be the living expression of God's kindness; kindness in your face, kindness in your eyes, kindness in your smile, kindness in your warm greeting."

by Mother Theresa

RH Pre-Wedding

RH Pre-Wedding
We enjoyed the moment! Just smile and the pictures will be awesome!

RH Engagement

RH Engagement
It was in year 2009. A small celebration between two families :)

RH Wedding

RH Wedding
Our experience working independently for the big day which fell on a very auspicious date, 1.1.11 *smile*

RH Saranghae

RH Saranghae
A story of our humble abode.

RH Travelogue

RH Travelogue
“Traveling – it leaves you speechless, then turns you into a storyteller.” – Ibn Battuta

Tabung Gajah

Inspirations

Buddies

They blog on weddings

They call me, Lunda.

The Writer

My Photo
hazlynda kushairi
Nama pendek, Lynda ;)
View my complete profile

Alhamdulillah

Alhamdulillah
Terima kasih, 4Weddingku!

RH Journey

Daisypath Anniversary tickers

February 2016

February 2016
We are featured in Impiana February 2016

June 2011

June 2011
We are featured in Pengantin June 2011

May 2011

May 2011
We are featured in Pengantin May 2011

April 2011

April 2011
We are featured in Pengantin April 2011

March 2011

March 2011
We are featured in Pengantin March 2011