Search

.

Content

Tentang blog

Ini adalah blog peribadi saya. Segala pendapat yang dinyatakan adalah idea dan rekaan saya sendiri. Jangan menganggap bahawa anda mengenali saya kerana anda membaca blog ini secara kebetulan. Diharapkan anda menghormati sy dan tidak menjadi penyiasat psiko. Semua pandangan atau pendapat yang ditulis dalam blog ini adalah peribadi dan milik sy sepenuhnya. Sy berhak mengawasi agar menghormati sensitiviti, agama dan politik.

Terima kasih,
Hazlynda Kushairi


#Chanteks

Monday, 1 June 2015

#RHsaranghae : ONE YEAR!

Assalammualaikum :)

Sorry out of topic sikit. Hari ini genap setahun kami pindah ke #RHsaranghae. Alololololololo tajuk nak sweet macam celebrate wedding anniversary, setiap tahun nak kira, boleh? Mengada. 



Ok fine.

Today, officially genap one year kami keluar dan serah kunci rumah Setia Tropika pada owner dan officially pindah masuk rumah sendiri. Awal nak pack up tak payah cerita, memang dulu masa kat rumah Setia Tropika, garage takat masuk satu kereta je, depan leh masuk lagi satu kereta, maka suku daripada garage memang aku letak kotak yang dibawa dari Bandar Sri Damansara and unpack. Ape yang nak guna je aku kuarkan. The rest, tak payah semak mata memandang. After all, we know dalam setahun setengah dah nak pindah masuk rumah sendiri. So, jangan buang masa dan tenaga.

Things are ready to load! Belajar daripada pengalaman pindah paling jauh KL-JB, kali ni dah pandai sikit nak label dan tak perlu byk kotak haha baju-baju masuk plastik heavy duty je, ikat atas, habis cerita. Tak payah nak masuk dalam kotak lah, nak tape lah, hish leceh. Then buku perabot semuanya di tutup dengan kadbod kotak sebab taknak tergesel dan rosak. Habis drawer beli masa kahwin, satu bucu cacat bile pindah dari KL dulu.







Lori datang pagi 30hb so what we did was, disebabkan tiles satu rumah ditukar dan takut bercalar, ye lah aku ni cerewet dan particular. Gila kau, duit dah melabur untuk rumah dan org lain dia kisah ape, janji kerja die siap, tercalar sikit, terguris hati i hahaha So, berbekalkan tikar Arwah Nenda dan carpet bersaiz besar yang dibeli masa bertunang dulu, aku bentangkan utk alas letak barang hahaha yela, kalau ade batu kecik bawah kotak, dah la rumah mase tu tengah siapkan porch depan. Macam-macam lah dalam kepala otak aku ni. Takut itu lah ini lah. Paranoid duit dah melabur hahaha







Ok, sekarang aku akan tunjukkan sebelum dan selepas sebulan dua pindah barulah dapat kemas sikit-sikit. Nak kemas sekali jalan, memang patah pinggang. Setiap kotak dan barang dah label, atas/bawah dan nama ruang setiap satu. Jadi tempat pengumpulan paling banyak dan taktau ke nak letak mana ialah living hall. Nah amek! Segala bendalah kat sane. Dan yang paling berat dan perlu dijaga bila angkat ialah piano kesayangan yg dibeli oleh Bonda masa aku kecik. Eh, ingat aku tak reti main piano eh? Nanti dah pandai main lagu Furious 7, aku kasi tonton kat instavid ok? Hahaha

Nak sangat tengok kan?
Sakit mata memandang. Banyaknya nak buat!




Finally, ini rupa living hall awal tahun ni.
Kosong je, tak banyak benda sebenarnya :)



Gambar bawah selepas beberapa hari pindah,
still sama hahaha aku memang tak larat nak kemas! 



Ok, gambar bawah ni selepas bantuan husband, uncle
dan bonda yang datang ke JB kebetulan uncle ade tahlil FIL.
Fuhhhhhhhhhh lega! Tapi sofa takda hahaha sebab sofa yang lama
dan dibawa naik ke tv room. Tunggulah dulu eh.



Still waktu yang sama cuma diambil dari depan.
Tengoklah, segala benda letak situ. Nak kemas pun
tak tahu nak start dengan kotak mane hahaha


Ok, ni dari pandangan hadapan rumah.
Kosong gila. Masa ni terfikir, hey, byknya nak kene
plan masuk rumah tapi tak boleh sederabbbbb.... pokai.


Ok, sekarang kotak-kotak dan clear susun dalam guestroom dulu.
Biar sedap mata memandang. Store pun tak mampu nak menampung.
Nampak kosong dah. Meja makan pun dan boleh guna utk makan.
Tengah alam kau meja makan hahaha masa ni dapur masih
under renovation yg minor² but still....!!!
Malas nak ulaskan.


Dari sudut fotografi yang sama tapi versi yang dah dikemas.
Tu je kerusi yang ada untuk living hall, serious!
Itu pun kerusi Arwah Nenda yang dibawa bersama.


Ni pulak bahagian depan selepas tiles dah siap pasang.
Masih pindah tu, dorang baru nak siapkan porch haha
ade aku kisah, aku masuk jugak, ikut perjanjian kan.
Kosong, yang ada lampu. Yang lain, still dalam rumah :)



Okay, sekarang dah boleh bawak keluar big stand tu keluar.
Mana aku beli? Nanti aku cerita eh. RM50 je! Sila sakit hati.
Yes, pokok takde lagi dalam pasu haha aku taktau mane nak beli.
All this while aku beli kat kusta Sg. Buloh.



Lagi satu kawasan penting bile pindah. Aku tak kisah la
living hall tak siap lagi janji wifi and astro dah masuk.
Bilik tv pun set up letak ape ade dulu, kemudian baru pasang
cabinet tv. Hey, banyak benda tau nak kena buat!
Janji dapat tgk tv waktu malam dan waktu penat mengemas.


Ok, gambar ni diambil bulan selepas, bulan puasa tak salah
aku langsir baru masuk hahaha punyalah nak masuk satu-satu.
Alhamdulillah, tv room dah siap dan sedap mata memandang.


Ingat tak tadi aku cerita kotak-kotak dari living hall
aku susun pulak dalam guestroom and now....
Aku kena kemas balik dan start pasang katil.
Yelah, masa ni uncle nak dtg haha cepat² kemas dan
pindahkan kotak dalam store lagi satu hahaha nasib!


Akhirnya guestroom dah siap ala kadar haha ape ada aku guna,
ape yang aku nampak, aku guna. Senang cerita.


Finally, gambar pertama selepas 10 hari aku kemas,
dengan lafaz Alhamdulillah urusan dgn kontraktor
dah habis tergantugn tak bertali. Aku deal direct
dengan orang yang siapkan rumah.


So, sekarang ni aku tengah cuti sekolah, harap² dan doa² aku rajin sikit nak update blog. Sebenarnya aku nak update tentang dining area, tapi nanti lah eh. Beri laluan untuk sambut 1st birthday RHsarangae! Mengada.

Ok nak sign off!

Nak prepare celebration untuk Rhsaranghae :)

5 komentar:

Wani says:
at: 1 June 2015 at 14:09 said...

Happy Birthday #RHsaranghae :)

Nor Arinee Mat Saaud says:
at: 1 June 2015 at 17:10 said...

woo mintakla kongsi mana beli stand tu ?
sugguh osem okeyh!!

haya says:
at: 1 June 2015 at 23:19 said...

Cantiknyaaaaa... kak lynda yg beli pasu kt sri dmnsara tu apa nma kedai nya ya. Tq kak lynda

Nasha Naim says:
at: 4 June 2015 at 09:00 said...

Ok amat jelessss..bila nak ada rezeki macam ko ni babe..huuhu..doakan aku yer..nak ada saranghae mcm ko gak...

Iryani Azlan says:
at: 20 June 2015 at 14:55 said...

Babe! I suka your house... very Shanghai... Tapi i suka konsep rustic rustic ni... tapi eh suka juga lah your house haha

Stalking Me!

Kamsahameeda!

Spread the love

"Spread love everywhere you go: first of all in your own house. Give love to your children, to your wife or husband, to a next door neighbour... Let no one ever come to you without leaving better and happier. Be the living expression of God's kindness; kindness in your face, kindness in your eyes, kindness in your smile, kindness in your warm greeting."

by Mother Theresa

RH Pre-Wedding

RH Pre-Wedding
We enjoyed the moment! Just smile and the pictures will be awesome!

RH Engagement

RH Engagement
It was in year 2009. A small celebration between two families :)

RH Wedding

RH Wedding
Our experience working independently for the big day which fell on a very auspicious date, 1.1.11 *smile*

RH Saranghae

RH Saranghae
A story of our humble abode.

RH Travelogue

RH Travelogue
“Traveling – it leaves you speechless, then turns you into a storyteller.” – Ibn Battuta

Tabung Gajah

Inspirations

Buddies

They blog on weddings

They call me, Lunda.

The Writer

My Photo
hazlynda kushairi
Nama pendek, Lynda ;)
View my complete profile

Alhamdulillah

Alhamdulillah
Terima kasih, 4Weddingku!

RH Journey

Daisypath Anniversary tickers

February 2016

February 2016
We are featured in Impiana February 2016

June 2011

June 2011
We are featured in Pengantin June 2011

May 2011

May 2011
We are featured in Pengantin May 2011

April 2011

April 2011
We are featured in Pengantin April 2011

March 2011

March 2011
We are featured in Pengantin March 2011